Enjoy Song

Tuesday 21 January 2014

Hidup Berasaskan Adat

Masyarakat Malaysia cintakan keamanan dan kesejahteraan. Sebarang tindakan yang boleh mencetuskan gejala tidak baik, adalah dilarang. Bagi orang Melayu, khasnya yang berbeza ideologi politik, perlu diingat mereka hidup berasaskan adat yang turut diamal sebahagian besar orang sebangsa. Orang Melayu, walau apa juga ideologi politik tetap mengendung adat. Jika menolak adat, mereka akan kehilangan jati diri kemelayuannya.

Ramai yang mengharapkan Melayu dapat disatukan melalui adat bertunjangkan kepada suasana politik semasa dan Islam seperti yang diakui bahawa agama dijunjung, adat dan warisan dikendung. Jika agama dan adat ini seiring untuk menyatupadukan Melayu, insya-Allah, orang Melayu akan berada dalam penyatuan walaupun pemikiran politiknya berbeza.

Dalam konteks penyatuan orang Melayu, khasnya setelah kegagalan pelbagai percubaan, mereka yang terbabit perlu melihat peranan yang boleh dimainkan institusi adat yang bukan saja melindungi adat Melayu tetapi juga ke arah menyatupadukan bangsa. Satu pemikiran baru berhubung soal adat ini perlu diberi pertimbangan wajar berasaskan peranan yang boleh dimainkan untuk menyatupadukan bangsa.

Jika budaya boleh menyatupadukan bangsa, apatah lagi adat yang sudah menjadi darah daging orang Melayu. Dalam budaya, tidak ada tarian Melayu untuk UMNO atau PAS semata-mata, begitu juga tidak ada adat Melayu hanya untuk UMNO atau PAS. Adat Melayu adalah untuk semua bangsa Melayu.

Oleh : Siti Aishah Aziz (BC 12110150)

Monday 20 January 2014

SISWA PERLU TAHU MATLAMAT PERJUANGAN

Siswa adalah golo­ngan terpelajar, namun dengan sikap dan tindakan segelintir yang terbabit dalam beberapa insiden provokasi mutakhir ini sedikit sebanyak mencalar imej dan identiti mereka.
Meskipun tindakan itu membabitkan sebilangan saja, kesannya tetap tercalit pada siswa secara keseluruhan. Pelbagai tanggapan timbul, malah tidak keterlaluan ada suara mengatakan siswa masih belum matang dan terpengaruh dengan pihak tertentu.

          Percanggahan pendapat dalam sesetengah perkara mungkin tiada salahnya. Keinginan agar idea dide­ngar pihak lain juga suatu lumrah. Malah, hak bersuara barangkali tidak dihalang selagi ia tidak menyalahi undang-undang, bahkan menonjol­kan norma intelektual.
Bagaimanapun, apakah justifikasi anda apabila bercakap mengenai isu ini? Apakah pembabitan mereka berpaksi kepada kebenaran demi sebuah perjuangan yang tulus ataupun sekadar retorik dan berlandaskan emosi?

          Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Zaid Ahmad berkata, masyarakat pada asasnya tidak boleh menganggap situasi yang melanda siswa kini sekadar retorik semata-mata. Menurutnya, walaupun ramai beranggapan golo­ngan terbabit sekadar meraih publisiti murahan atau mudah diperalatkan, pemerhatian dan pemahaman perlu dilihat dari sudut berbeza agar tidak timbul salah faham.

“Kita tidak boleh sesuka hati mengatakan tindakan diambil segelintir daripada mereka salah dan tidak boleh diterima pihak lain.
“Pada waktu sama juga kita tidak boleh mengatakan mereka dibenarkan berbuat demikian sewenang-wenangnya tanpa memikirkan sensitiviti atau akibat lain yang mungkin timbul,” katanya.
Katanya, sebelum membuat penilaian, kepentingan memahami tindakan itu perlu ada supaya kedua-dua pihak dapat melihat keperluan sesuatu tindakan dari sudut berbeza bagi mencari titik persefahaman dan tidak disalah anggap.

Beliau juga kurang bersetuju apabila ada segelintir pihak menyamakan tindakan segelintir siswa terbabit bersifat murahan dan seperti diperkudakan pihak tertentu yang berkepenti­ngan.
“Saya berpendapat, ia kurang tepat dan kurang manis apabila melabelkan sesuatu pihak dengan tanggapan buruk.
“Tidak kiralah sama ada siswa atau pihak lain, tanggapan yang diberikan perlu berdasarkan bukti dan tidak boleh dilakukan dengan emosi dan andaian semata-mata.

“Bukan menyokong mana-mana pihak tapi adakalanya pendapat diberikan disalah tafsir sedangkan kedua-duanya boleh mencari persefahaman bagi mengelakkan perselisihan faham,” katanya.
Dr Zaid berkata, jika pertikaian sedia ada itu diprovokasi pihak yang mahu mengambil kesempatan, contohnya disemarakkan lagi dengan media sosial, pertikaian kecil mungkin menjadi besar kerana ada tokok tambah.
“Pihak yang memperjuangkan iaitu siswa dan pihak menggubal atau memegang tampuk kuasa akan melihat pertikaian itu dari definisi berbeza.

“Akhirnya akan mencetuskan perbalahan yang tidak diingini dan kesempatan itu pula dipergunakan pihak lain yang mempunyai kepentingan peribadi,” katanya.
Beliau bagaimanapun menegaskan, andai kata situasi itu benar-benar melanggar undang-undang, ia perlulah dikenakan tindakan sewajar­nya.
“Saya percaya ma­syarakat sebenarnya tidak mahu mengongkong pergerakan siswa andai kata golongan itu tahu batasannya.

“Malah, masyarakat juga yakin golongan itu perlu diberi ruang untuk menyuarakan pandangan serta hak perbezaan pendapat.
“Tapi seandainya ia keterlaluan dan boleh meng­ganggu gugat keamanan mahupun sensitiviti orang lain atau melanggar undang-undang, sudah semestinya tindakan perlu diambil,” katanya.
Katanya, siswa perlu menunjukkan daya intelektual tinggi serta tahu arah perjuangan mereka.
Beliau berkata, pihak­nya tidak pernah mahu menyekat perkembangan daya pemikiran golongan terbabit dalam menyuarakan sesuatu isu, malah mereka diberikan platform untuk berpolitik.

“Namun, pada masa sama perlu buktikan mereka adalah golongan yang mampu berfikir serta mempunyai daya intelek­tual tinggi.
“Dukacita apabila mereka yang agresif ini tidak bertindak seperti itu. Jadi jangan salahkan masyarakat andai kata mereka melemparkan tuduhan atau melabelkan siswa dengan pelbagai tanggapan,” katanya.
Mengenai tanggapan tindakan siswa kini yang dikatakan lebih dipengaruhi sentimen siswa terdahulu, Dr Zaid berkata, kebangkitan itu walaupun caranya sama, matlamat perjuangannya sudah berbeza.
Katanya, dulu siswa berjuang kerana mereka ada rasa tanggungjawab untuk membela masyarakat dan perjuangan itu tiada agenda tersembunyi.

“Persoalannya, apakah perjuangan siswa kini atas matlamat sama atau disebabkan kekecewaan parti politik yang disokong juga ada agenda lain?
“Jika betul matlamat dan caranya, boleh kita katakan siswa memang berjuang untuk masyarakat, tapi jika sebaliknya, ia adalah salah,” katanya.
Namun, beliau melontarkan soalan: “Bagaimana kita mahu mengetahui perjuangan mereka adalah benar jika ada unsur provokasi, keganasan dan sebagainya?”
Katanya, masyarakat tidak memberikan label kepada siswa terbabit tetapi mereka sendiri yang membuka peluang kepada pihak lain untuk membuat penafsiran bersandarkan perlakuan ditunjukkan.

Oleh : Mohamad Amirul Shahzwan Bin Rosli (BC 12110074)

Sunday 12 January 2014

UMS Sejati

21 Disember 2013- Aktiviti ko-kurikulum Ums Sejati dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat daripada ibu pejabat Kota Kinabalu telah berlangsung di Kiulu Resort Tamparuli, Sabah. Terdapat beberapa orang peserta daripada Universiti Malaysia Sabah dan beberapa ahli bomba turut terlibat. Antaranya ialah seramai 95 orang pelajar yang terdiri daripada Ums Sejati dan 5 orang anggota bomba. Perkemahan ini juga telah mengambil masa selama dua hari iaitu bermula pada 21 hingga 22 Disember 2013. Perkhemahan ini juga diadakan semperna Ums Sprint iaitu suatu acara pengakhiran aktiviti ko-kurikulum pada setiap semester. Pada hari pertama, peserta telah diberikan taklimat oleh pegawai bomba yang telah ditugaskan mengenai keselamatan yang perlu dipatuhi semasa berada di kem tersebut. Seterusnya, terdapat banyak juga aktiviti yang dijalankan. Antaranya ialah aktiviti penyelamat di air. Aktiviti ini juga mencabar fizikal dan mental para peserta kerana mereka akan berlajar dan mengetahui mengenai cara menyelamat mangsa dengan menggunakan tali. Sukanneka juga diadakan untuk meningkatkan tahap keceriaan serta menghiburkan. Menurut salah seorang peserta iaitu Mohd Hafeez Haikal Bin Roslan, dia sangat berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan walaupun terdapat aktiviti yang terpaksa dibatalkan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Malah peserta tersebut juga menyatakan bahawa kerjasama daripada pegawai bomba daripada ibu pejabat Kota Kinabalu sangat memuaskan hati terutama cara pengajaran, kerjasama dan juga kadang kala mengcuit hati peserta dengan gelagat ahli pegawai. Objektif yang perlu mereka capai terutama dari segi kerjasama antara kumpulan, disiplin dan keselamatan. Selain itu, mereka berpegang pada selogan “ We Protect, We Care, We Save”, sesuai dengan aktiviti mereka kerana menekankan cara menyelamat.

Ditulis oleh: Tuan Mohd Raffudin bin Tuan Rani bc 12110174
Keunikan ‘UMS’
 
 10. Januari.2014- Universiti Malaysia Sabah merupakan sebuah universiti yang baru sahaja ditubuhkan dan terdapat di Malaysia. Universiti Malaysia Sabah (UMS) umumnya ditubuhkan secara rasminya pada 24. November. 1994. Ianya merupakan salah satu universiti awam yang ke-9 yang merupakan salah sebuah universiti yang tercantik di Asia Tenggara. UMS tercantik dengan pintu gerbangnya dan juga keindahan nilai estetika seperti permandangan sepanjang di dalam kawasan Ums dengan keindahan alam sekitar yang dikatakan seperti taman. Di samping itu juga, Ums juga mempunyai dua buah kampus cawangan iaitu di Wilayah Persekutuan Labuan dan di Sandakan. Selain itu, Ums juga turut terkenal dengan sebuah pembinaan masjid yang terbesar di mana ianya di bina di atas kaki bukit. Masjid UMS ini amat dikenali ramai kerana dengan adanya nilai keindahan dari segi seni pembuatannya dan seni ukiran yang amat unik dan menarik perhatian masyarakat sekeliling Kota Kinabalu,Sabah.
Pada mulanya, Kampus Tetap UMS mempunyai  sembilan buah sekolah , antaranya ialah (Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Sekolah Sains Sosial, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial dan Sekolah Pengajian Seni) dan sebuah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB). Pada tahun 2003, jumlah sekolah meningkat kepada 10 buah dengan penubuhan Sekolah Perubatan. Kampus Perubatan Desa yang terletak di Sikuati, Kudat menempatkan para pelajar Sekolah Perubatan supaya menetap tetap disana.
Pada tahun 2006, Sekolah Pertanian Lestari pula telah ditubuhkan, menjadikan bilangan sekolah kini bertambah kepada 11 buah. Dijangka pada tahun 2010, Sekolah Pertanian Lestari akan berpindah ke Kampus Cawangan Sandakan (Kampus Pertanian) yang terletak di Sungai Batang, Sandakan dan sedang dalam pembinaan. Kedua-dua Sekolah Perubatan dan Sekolah Pertanian Lestari pada masa ini terletak di dalam bangunan Sekolah Sains dan Teknologi. Selain itu, Kampus Tetap UMS turut memuatkan 5 buah pusat kecemerlangan penyelidikan iaitu Institut Penyelidikan Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Institut Penyelidikan Bioteknologi, Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, dan Unit Penyelidikan Etnografi.Kampus Antarabangsa Labuan pula menempatkan dua buah sekolah, iaitu Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan dan Sekolah Sains Informatik Labuan. Kampus ini mendapat gelaran 'Kampus Pantai' (The Beach Campus) kerana kedudukannya yang terletak berdekatan pantai dan laut.
Pada tahun 2010, UMS telah menubuhkan Pusat Asasi Sains yang dikenali sebagai Pusat Persediaan Sains dan Teknologi dan setakat ini merupakan ambilan ketiga oleh pusat tersebut. Ums juga menggunakan identiti yang berwibawa dan bertolenransi dengan mottonya “Bertekad Cemerlang”. Ums juga bertujuan untuk melahirkan graduasi yang berkerjaya dan cemerlang dalam mengorak langkah kehidupan. Bak kata perpatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Nukilan: Siti Noor Ain binti Awang BC 12110155


recycle day
 
 12. Januari. 2014, Universiti Malaysia Sabah-Sempena berakhirnya sesi semester1 2013/2014 pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah dan juga Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS telah menganjurkan satu program ‘Recycle Day’ yang telah diadakan pada hari Ahad (12/01/2014). Program ini juga diadakan bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir sehingga pukul 11.30 pagi, program minggu ‘Recycle Day’ ini dianjurkan adalah bertujuan untuk mengkitar semula bahan-bahan buangan yang terpakai daripada terbuang begitu sahaja. Program ini telah diadakan berdekatan dengan Kedai Mini Kampung E.
Program ini dianjurkan untuk menarik pandangan positif daripada mahsiswa dan mahasiswi Kolej kediaman daripada membuang barangan terpakai dengan begitu sahaja. Program ini juga mengalu-alukan para mahasiswa dan mahasiswi Ums untuk membawa dan memberikan barangan yang tidak lagi mahu digunakan untuk mendermakan kepada orang yang lebih memerlukan. Di samping itu juga, program ini juga memainkan peranan penting dalam membantu kita untuk menyelamat bumi kita daripada pencemaran dan juga hakisan.
Program ini juga mengangkat intipati budaya masyarakat Cina yang mememtingkan nilai keharmonian dalam semua golongan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah serta menggalakan penerapan nilai-nilai moral dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah.

Ditulis Oleh: Siti Noor Ain Binti Awang Bc12110155
‘Kepelbagaian  DIALEK di UMS’
 




10.Januari.2014, Universiti Malaysia Sabah- Masyarakat di Sabah umumnya sebuah masyarakat yang mempunyai satu kelompok yang besar. Mereka juga mempunyai penggunaan dialek yang berbeza-beza mengikut kaum mereka masing-masing. Masyarakat yang tinggal di Sabah ini juga mempunyai pelbagai lapisan bangsa dan kaum. Walaupun mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakattetapi mereka berjiwa kental dengan hidup secara bertolenransi dan bertolak ansur. Sebagai contohnya, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah ini juga menggunakan pelbagai jenis dialek. Antaranya ialah, dialek Kelantan, Terengganu, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Sabahan dan Sarawak.
Di UMS ini kebanyakan mereka terdiri daripada golongan masyarakat yang tinggal di Sabah. Mereka sentiasa berkomunikasi dengan dialek Sabahan mereka dengan menggunakan kata akhiran “bha”. Dialek yang mereka gunakan berbeza dengan cara percakapan dengan masyarakat di Semenanjung. Masyarakat di Sabah ini juga mempunyai pelbagai jenis dialek percakapan. Misalnya, dialek masyarakat yang tinggal di Sempurna kebanyakannya menggunakan dialeg katalog Filipina. Cara mereka menyebut konotasi dan fonologinya ala-ala orang Filipina. Contohnya “Ma’al-ma’al kita’b” dan mereka menggunakan perkataan saya ditukarkan dengan “Ako”. Selain itu juga, masyarakat di Sabah juga mempunyai pelbagai dialek mengikut kaum mereka masing-masing seperti masyarakat Dusun (Isai Naranum; siapa namamu), Bajau, Bugis, Bidayuh, Dusun dan sebagainya.
Di samping itu juga, mahasiswa dan mahasiswi di Sabah juga terdapat juga golongan yang berasal daripada Sarawak. Mereka juga mempunyai pelbagai penggunaan dialek. Antaranya ialah masyarakat Melanau menggunakan perkataan ungkapan saya dengan ‘ako’. Bangsa Melanau ini juga menggunakan penggunaan bahasa tagalog. Ianya mempunyai perbezaan dengan masyarakat Iban yang menggunakan dialek penggunaan bahasa mereka yang tersendiri. Mereka menggunakan ungkapan saya dengan ‘aku’ tetapi cara sebutan fonologinya berbeza dengan masyarakat yang lain.
Selain itu juga, mahasiswa di UMS menggunakan dialek Kelate. Pelajar-pelajar di Ums ini juga majoritinya juga berasal daripada Kelantan Darul Naim. Mereka kebanyakannya menggunkan dialek kelatan mereka yang tersendiri. Seperti penggunaan saya, digantikan dengan kawe, ambo, demo. Dialek Kelantan dengan Terengganu tidak ada perbezaannya tetapi sebutannya yang mempunyai perbezaannya. Ini kerana masyarakat Terengganu kebanyakannya menggunakan percakapannya di akhirannya menggunakan ‘g’. contohnya ‘makang’ tetapi ianya berza dengan dialek Kelantan yang menggunakan akhirannya dengan digantikan dengan huruf ‘e’. Perkataan makan digantikan dialeknya dengan ‘make’.
Tuntasnya, mahasiswa dan mahasiswi di Ums dapat mempelajari pelbagai jenis penggunaan dialek dan dapat mengenali pelbagai kaum dan masyarakat. Penggunaan dialek ini juga merupakan pertuturan yang diamalkan sejak turun temurun lagi. Ianya juga bagaikan adat yang patut di patuhi dari generasi ke generasi yang lain. Bak kata perumpamaan ‘biar mati anak jangan mati adat’. Ianya juga dapat mengeratkan hubungan sesama kaum kerana bahasa merupakan lambang identiti sesebuah bangsa.

Hasil Nukilan: Siti Noor Ain binti Awang Bc 12110155



Thursday 9 January 2014

Kemiskinan

Kala subuh menjelma,
Titisan embun pada dedaun hijau,
Bagai mengorak seribu makna,
Ianya bagai mengolah sebuah liku-liku kehidupan…

Manusia adalah cipta Tuhan yang maha Esa,
Manusia asalnya diciptakan daripada tanah dan kembalinya ke tanah jua..
Kehidupan setiap manusia di muka bumi ini berbeza,
Ada yang bergeluman dengan kemiskinan dan kekayaan.

Kemiskinan…
Ia bagaikan satu noktah hidup yang tiada pengakhiran,
Semuanya sudah tertulis dalam suratan takdir,
Hanya kesabaran dan keredhaan yang terserlah.

Pedihnya jiwa seorang yang bergelar miskin,
Tetapi hidup kita  hanya sejenak,
Dalam jiwa manusia biarlah miskin harta,
Jangan miskin ilmu..miskin amalan yang akan kita bawa di alam akhirat..

Orang yang miskin dilarang tertawa,
Adakah kejinya seorang yang bergelar miskin…
Ingatlah wahai manusia,
Kadang kala orang yang miskin tinggi nilai perkertinya dan ilmunya.
Nukilan : Siti Noor Ain Binti Awang Bc 12110155