Enjoy Song

Monday 16 December 2013


“MALAM APRESIASI TARI”

(RINTIS 2013)

SABAH, 14 DISEMBER 2013: Malam Apresiasi Tari  atau RINTIS 2013 telah diadakan di Dewan Resital, Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. Malam Apresiasi Tari yang bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam ini dianjurkan oleh Kelab Artis Tari Universiti Malaysia Sabah (ARTUMS).

            Malam Apresiasi Tari ini, dipimpin oleh saudara Rezadhuddin Duman. Terdapat 12jenis persembahan tarian yang dipersembahkan oleh pelbagai kelab. Malam Apresiasi Tari ini, dimeriahkan oleh pelbagai kaum contohnya India, Cina dan Melayu dan ibu bapa serta keluarga.  Selain itu, Malam Apresiasi Tari ini juga dimeriahkan oleh pelajar- pelajar dari pelbagai kos, Universiti Malaysia Sabah. Antara jenis tarian yang mereka persembahkan adalah Tarian Tradisional india, Tarian China, Tarian Komtemporary, Drama Tari dan banyak lagi. Selain daripada murid- murid atau pelajar, pensyarah dan tutor tarian Sekolah Pengajian Seni (UMS) juga turut membuat persembahan pada Malam Apresiasi Tari tersebut.

            Setiap tarian yang dibawa oleh penari mempunyai mesej yang tersendiri. Pelbagai gerak dan ragam yang dilakukan oleh penari- penari. Persembahan tarian yang dipersembahkan menjadi lebih cantik dan hebat apabila mereka menggunakan lampu yang bewarna- warni dan mengikut tema, mesej serta jalan cerita yang ingin disampaikan. Malam Apresiasi ini dikatakan berjaya apabila penonton yang hadir pada malam itu bertepuk tangan dan bersorak. Hal ini demikian, menandakan yang persembahan pada Malam Apresiasi Tari ini dapat menarik hati penonton yang hadir.

 

DiSediakan Oleh: NINA AISHAH BINTI RAMALI

Matrik: BC 12160190

Saturday 14 December 2013


“MALAM APRESIASI NASKAH 2013”

SABAH, 11 DISEMBER 2013: Sekolah Pengajian Seni Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan Malam Apresiasi Naskah sempena penilaian akhir dalam subjek teras sekolah bagi Seni Kreatif Penulisan tahun dua iaitu subjek Apresiasi Naskah. Malam Apresiasi Naskah yang bermula pada jam 7.00 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam, diadakan di Theaterette Ahmad Nisfu, Sekolah Pengajian Seni (UMS).
                 Malam Apresiasi ini, telah dibimbing oleh pensyarah yang mengajar subjek Apresiasi Naskah iaitu, Encik Lokman Bin Abdul Samad. Malam Apresiasi Naskah ini, dinilai oleh dua orang juri jemputan iaitu Encik Syarifuddin Zainal yang merupakan pensyarah sekolah pengajian seni dan juga seorang tutor iaitu Encik Jasman bin Bandar. Malam Apresiasi Naskah ini, dimeriahkan lagi oleh pelajar- pelajar dari major teater dan juga major tarian Sekolah Pengajian Seni (UMS) . Selain daripada penilaian, Malam Apresiasi Naskah ini juga bertujuan mengangkat karya pelajar- pelajar penulisan tahun dua Sekolah Pengajian Seni (UMS). Malam Apresiasi Naskah ini dinilai melalui kreativiti pelajar- pelajar tahun dua penulisan contohnya, persembahan lakonan, sketsa, dan drama. Terdapat 6 kumpulan yang membuat persembahan. Majoriti pelajar- pelajar yang terlibat menggabungkan Puisi Syair, Pantun, Nyanyian dan lain- lain menjadi satu persembahan.
                 Kebanyakan persembahan yang dibuat pada Malam Apresiasi Naskah itu, mengangkat Teori Feminisme. Walaupun begitu, mereka berjaya membawa cerita tersebut dengan kreativiti yang tersendiri. Setiap kumpulan mempunyai banyak kelebihan dan pengajaran yang tersendiri. Persembahan yang mereka lakukan pada Malam Apresiasi Naskah itu, banyak menonjolkan unsur- unsur pengajaran yang berguna kepada masyarakat zaman sekarang dan masyarakat yang akan datang. Oleh hal yang demikian, penilaian seperti ini perlu diteruskan, kerana dengan ini kita dapat melihat dan mengetahui bakat- bakat baru yang ada pada pelajar- pelajar penulisan. Hal ini membuktikan bahawa pelajar penulisan bukan saja hanya berbakat dari segi penulisannya, malah mereka juga berbakat dalam bidang lakonan, tarian, bersajak dan sebagainya.

DiSediakan Oleh: NINA AISHAH BINTI RAMALI

Matrik: BC 12160190

 
Tangisanku…
Di kala malam…
Aku meratapi nasib yang kian hiba..
Di mana ingin aku cari….
Di mana…..
Di mana…..

Aku buntu aku bebal dengan kehidupanku..
Yang hanya bertopengkan tawa…
Di mana ingin aku cari…
Di mana….
Aku tidak pernah pernah tahu erti sebuah kehidupan…

Adakala hidup itu indah…
Bias buat hatiku tersenyum…
Bias buat hati ini meronta….
Bias buat hati ini kian hiba…

Setiap hanya ketenangan yang aku cari…
Apa salahku…
Aku tidak minta lahir ke dunia…
Aku tidak minta di jadikan begini..

Kenapa lelaki hanya bias berkata-kata
Mereka hanya memikirkan nafsu serakah mereka…
Mana martabat dan nilai seorang wanita,…
Di mana….
Jika setiap yang bergelar wanita,
Seperti aku diperlakukan sebegini….
Keadilan seorang yang bergelar wanita
Tiada empunnya….

Aku kian khilaf dengan hidupku..
Yang hanya bisa menangis,meronta, meraung…..
Aku di jadikan seorang pelacur…
Seorang yang hanya bias menanggung kesakitan yang pedih…
Semuanya terbeku di dalam hati…
Tanpa bisa aku ungkapkan…

Salahkah aku…
Aku tidak minta semua ini…
Kau…kau….kau…dan kau….
Kenapa tidak pernah mengerti tangisanku ini..

Aku ingin merasa nikmat kehidupan…
Yang penuh dengan keindahan dan ketenangan…
Aku ingin merasa kehausan kasih sayang ibu dan bapa…
Hanya itu yang aku mahukan…
Hanya itu…….




Nukilan: Siti Noor Ain Binti Awang (Bc 12110155)
KERINDUAN ILAHI
Ketika hati merinduimu TUHAN…
Dalam setiap hembusan nafas yang aku hembus setiap saat
Ada kerinduan yang teramat-amat mendalam
Kerinduan yang semakin membuatkan hati ini yakin degan
Kekuasaan-Mu…
TUHAN..
Jika suatu hari nanti
Aku tak bias lagi melihat mentari…
Engkau izinkan aku melihat wajah-MU
Melihat-MU dengan segala-galanya
Aku tahu engkau Maha Agung…
TUHAN..
Jika hari ini aku seorang hamba yang lalai dan melupakan-Mu
Ingatkan aku dengan caraMu
Agar akan akan sentiasa ingat padaMu
Dan tidak lupa akan hadirnya-Mu dalam kehidupanku..
TUHAN..
Hari ini agin masih terhempas dan tersepoi-sepoi bahasa,
Jika hari ini mata ini sudah tidak dapat melihat lagi
Kekuasaan-Mu..
Jika tangan ini tak mampu lagi memohon kekuasaan-Mu
Jika jantung ini sudah berhenti berdegup detak..
Maka kembalilah aku padamu..
Jika hari ini aku di takdirkan kembali di tempat asalku…
Pertemuakan aku denganMu, Rabby…….
TUHAN…
Tiap kali aku jauh darimu
Namun engkau tetap dekat padaKu
Dan engkau selalu mengasihiku..
Tiap kali aku enggan menyapaMu
Engkau selalu membiarkan mentari menyapaKU..
Dan acap kali aku lupa hadirnyaMu..
TUHAN..
Dosaku bak buih-buih di lautan
Masihkah ada kesempatan bagiku
Untuk aku kembali padaMU
Menempuhi  jalan yang engkau redhai..
TUHAN..
Acap kali aku jatuhnya benih-benih tangisan di pipiku
Bila aku ingat akan dosa-dosaku
Aku khilaf dengan keangkuhanku sedangkan engkau..
Sentiasa memberi kemaafan setiap dosaku..
Engkaulah tempat aku berlindung…


Nukilan : Siti Noor Ain Binti Awang (Bc 12110155)

Thursday 5 December 2013


SKRIP DEKON

WARKAH DERITA AMIRA

SINOPSIS

Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang penuh dengan konflik. Walaupun keluarga  Amira merupakan golongan orang kaya namun Amira kurang kasih sayang daripada Ibu dan bapanya. Ibu dan bapa Amira selalu bergaduh. Amira mempunyai seorang abang yang sedang belajar di London. Ibunya merupakan seorang gadis kampung yang diambil oleh bapanya untuk dijadikan isteri. Sikap Amira yang lemah lembut mula berubah apabila Amira sering  dirogol oleh bapanya, setiap kali ibunya tiada dirumah dan setiap kali Amira menceritakan kepada ibunya tentang perihal itu Amira sering dipukul oleh ibunya ,ibunya menuduh amira mengada- ngadakan cerita. Oleh kerana Amira tidak tahan dengan perangai bapanya Amira melarikan diri dari rumah malangnya ibu dan bapanya langsung tidak mempedulikannya.  Semasa Amira melarikan diri di Bandar Amira mengenali seorang lelaki yang bernama Jonny dan Jimmy. Jimmy merupakan seorang tauke dadah. Amira terpikat dengan sikap Jimmy yang mengambil berat tentang dirinya dan membuatkan Amira jatuh cinta kepadanya dan akhirnya Amira jatuh ke tangan Jimmy. Amira mengambil keputusan untuk tinggal bersama Jimmy dan mengamalkan kehidupan songsang. Jimmy berjanji untuk mengahwini Amira namun akhirnya Amira di tinggalkan oleh kerana Amira telah mengandung. Jimmy tidak mahu bertanggungjawab di atas kandungan Amira. Kesempitan hidup yang di hadapi oleh Amira mendesak Amira untuk membuang bayinya dan perbuatan itu dihidu oleh pihak berkuasa dan akhirnya Amira ditangkap dan di tempatkan di Rumah Pemulihan Akhlak. Semasa amira berada di Rumah Pemulihan Akhlak tersebut Amira mengenali seorang gadis yang bernama Syasha, Syasha banyak menasihati Amira dan memberi semangat kepada Amira untuk meneruskan kehidupan. Sepanjang amira berada di Rumah Pemulihan Akhlak ibu dan bapanya langsung tidak menjenguknya kerana Amira dianggap mengconteng arang di muka kedua org tuanya. Setelah Amira keluar dari Rumah Pemulihan Akhlak Amira pulang semula ke rumahnya dan berharap agar ibu dan bapanya tidak lagi bergaduh dan menerimanya, namun tanggapannya meleset sama sekali kerana bapanya tetap dengan perangai lamanya malah makin teruk. Amira sering kali mendengar kepala ibunya dihantukkan ke dinding , dipukul dan kata- kata kesat banyak dilemparkan kepada ibunya. Akhirnya ibunya mengalami tekanan jiwa dan di tempatkan di Hospital Mental. Semenjak hari itu Amira terpaksa menggantikan tugas ibunya dengan memasak, mengemas, membasuh dan termasuklah memuaskan nafsu ayahnya. Kebencian Amira terhadap lelaki semakin membuak- buak. Akhirnya tiba suatu saat ketika ayahnya pulang dari kerja seperti biasa Amira menghidangkan makanan untuk ayahnya dan dengan dendam yang telah memuncak Amira telah membunuh ayahnya dan akhirnya amira dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

 
WATAK DAN PERWATAKAN

AMIRA- merupakan penggerak jalan cerita. Seorang perempuan yang tabah dan juga seorang perempuan yang dendam atau membenci lelaki.

AYAH- Seorang yang kasar dan suka bertindak mengikut nafsu amarah.

EMAK- Seorang yang setia, lemah lembut dan tabah dalam mengharungi karenah suaminya yang panas baran.

SYASHA- seorang perempuan yang dijumpai di Rumah Pemulihan Akhlak dan selalu menjadi tempat Amira menceritakan semua masalahnya. Syasha seorang kasar dan seorang yang benci kepada lelaki.  Syasha juga banyak memberi nasihat kepada Amira.

JIMMY- seorang tauke dadah, yang merupakan kekasih Amira. Jimmy merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab.

JONNY- kawan kepada Jimmy seorang yang peramah.
 
BABAK 1
Adegan 1
Pentas dibuka. Dalam kesamaran kelihatan di ruang tengah diterangi lampu dan hanya menerangi kelibat Amira yang sedang duduk disatu sudut. Amira menundukkan kepalanya dan kelihatan seperti memikirkan sesuatu. Muzik seruling dimainkan

Manusia hidup kerana cinta, boleh jadi…. mati pun kerana cinta. CINTA itu hadir dalam diri setiap manusia tanpa mengenal siapa, rupa dan usia. Orang yang dilamun cinta hidupnya selalu dipanggang resah gelisah, siang dan malam terasa begitu lambat bertaut,  kalau boleh ingin bersua selalu untuk melepaskan rindu di kalbu. Begitulah gambaran mereka yang dilamun perasaan cinta. Namun hidup ini tidak selalunya indah bahagia seperti  yang diharapkan tetapi kadang- kadang derita yang menjelma. Apabila rembulan jauh berlari meninggalkan waktu maka gelaplah seluruh pelusuk dunia. Ya! Ramai antara mereka di luar sana menginginkan kebahagiaan. Tapi, tak semua yang bertahan lama. Apa yang bakal aku perkatakan sebentar lagi adalah memperjelaskan penderitaan yang telah lama tumbuh dan wujud dan mungkin orang lain tidak menyedari. Akan aku koret dan hemburkan segala rahsia yang telah lama aku himpun di sudut hati aku. Ceritanya bermula di sebuah rumah banglo yang besar di mana tempat aku di besarkan. Kadang kala aku tertanya- tanya Ibu dan bapa ku berkahwin atas dasar apa??? Apakah kelahiran aku ke dunia ini menyusahkan mereka?? Setiap lafaz dan kata- kata yang pernah diungkapkan dulu kemana hilangnya?? CInta??? Sayang??? Rindu??? (ketawa sinis). Apakah maksud kata- kata itu??? Apakah semua itu sekadar kata- kata yang tiada makna?? Manusia.. ya!! manusia  sering berbicarakan tentang CINTA.. tapi.. kau tahu ke makna sebalik kata itu???atau kau hanya sekadar mengungkap??  ( senyum sinis). Ya! Ada juga antara mereka yang mengatakan bahawa cinta itu buta! Ahhhh !! buta??? Cinta yang buta atau kau yang buta hati??ahhhh!! Bagi aku cinta itu satu anugerah yang terindah! Allah telah meletakkan rasa cinta itu di dalam setiap diri manusia.tapi kenapa ada manusia yang langsung tidak pandai menghargai cinta??? Kata orang anak adalah bukti cinta seseorang.. benar ke??? Kalau benar, kenapa aku dibiarkan lemas dilautan dosa???...
Lampu di nyalakan menerangi di satu sudut di mana tempat Amira duduk. Amira bangun dari duduknya. Sambil membelai rambutnya.
Sang Matahari yang dulunya menjadi teman setia, kini mula berpaling arah dan kegelapan mula menyelimuti tubuh aku. Dalam kegelapan aku cuba melangkah dan terus melangkah tanpa memikirkan kemungkinan. Dan beberapa kali aku tersungkur namun aku mencuba untuk berdiri dan meneruskan perjalanan hidup aku  dan tiba- tiba tangan aku seperti di tarik oleh sesuatu dan aku terperangkap di dalam sebuah lubang yang gelap gelita dan sempit.

Adegan 2
Lampu dinyalakan menerangi seluruh pentas Amira bergerak di sebalik kelir sambil melafazkan dialog dan menukarkan pakaian.

Kerana dendam segalanya musnah, Keperitan hidup telah mendesak manusia.
AMIRA keluar semula ke ruang hadapan dan melakonkan watak emak.

EMAK: Assalamualaikum,,, Amira ooo Amira.. kemana pula perginya anak bertuah ni.. keluar la tu agaknya.

AYAH: ahhh! Kau dari mana Midah? Anak kau mana?? Aku paling pantang bila aku balik tiada orang di rumah!!kau keluar kau tidak minta izin aku ea Midah!! (menari tangan MIdah) kau nak jadi isteri derhaka ke???

EMAK: bukan macam tu abang saya keluar sekejap je .. saya pergi ke pasar tadi.

AYAH: kau ni saja nak menyakitkan hati aku kan (menampar) ambik kau ! kau nak lagi??! Kau pergi jumpa jantan mana Midah! Banyak la alasan kau kan! Ke pasar la konon ! dasar perempuan kampung tak sedar diri!

EMAK: Subhanallah .. apa yang abang cakapkan ni?? Sumpah abang Midah tidak pernah curang dengan abang… Midah tak mungkin menduakan abang…

AYAH: (menarik rambut emak) pergi mampus la kau! Cepat masak aku lapar!

AYAH bergerak beberapa langkah ke kiri pentas bersama ibu.

Adegan 3
Lampu dimalapkan seketika dan lampu memfokuskan kepada Amira

Aku masih ingat lagi waktu aku pulang dari hyper mall aku melihat ibu aku menangis.. Dalam hati, aku sudah menjangka ini pasti angkara ayah yang selalu memaki hamun emak . Tidak cukup dengan itu emak sering dipukul.. kalau hendak diikutkan hati aku yang sudah lama berkecai ni, dah lama aku tikam biar jadi lumat ayah aku tu. Tapi apakan daya… Aku tidak mampu melawan ayah kerana aku tidak mahu menjadi anak derhaka bukan itu saja, aku sudah trauma di pukul ayah.. Dan semasa aku ingin pulang dari hyper mall aku ada terserempak dengan ayah dan perempuan lain lalu aku cuba mengekori mereka. Aku nampak… banyak juga la duit ayah dikikis oleh perempuan tu..(senyum) aku pun xpernah shooping sebanyak itu. Aku akhirnya membiarkan mereka kerana aku tidak sanggup untuk melihat ayah berlaku curang kepada emak. Emak!! Amira minta maaf .. Amira bukan tak mahu bagitahu emak tapi…. Amira….. Amira tak sanggup melihat emak menangis.. Walaupun Amira tak dapat merasa apa yang emak rasa tapi Amira faham hati emak… ini bukan kali pertama, tapi entah yang keberapa puluh kali aku terserempak dengan ayah dan skandalnya. Ayah selalu bertukar- tukar perempuan. Mungkin kelalaian ayah itu menyebabkan peniagaannya sedikit goyah dan barangkali itulah penyebabnya ayah sering bertindak kasar terhadap Emak,, Oleh kerana tidak tahan dengan perangai ayah aku mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah oleh kerana aku tidak tahan dengan kerakusan ayah terhadap diriku. Semasa aku ke bandar aku mengenali seseorang yang bernama Jonny dan Jonny memperkenalkan aku kepada Jimmy pada mulanya aku menyangkakan Jimmy ini ikhlas tapi……..

Adegan 4
Lampu pentas dinyalakan sepenuhnya. Amira menangis di atas bangku tiba- tiba Jonny menegur Amira.

JONNY: Assalamulaikum.. boleh saya bantu saudari? Kenapa saudari menangis? Saudari ada masalah ke?

AMIRA: (mengesat airmata cepat- cepat) Waalaikumsalam.. ehh!!! tak ada pape lah, saya ok je.. mata saya masuk habuk kot??

JONNY: cik… cik… atau puan???

AMIRA: panggil je Mira.

JONNY: Owh Mira .. cantik nama tu, macam tuannya. Kenalkan ini Jimmy.

JIMMY: (bersalam)

Lampu dibahagian Jimmy dan Jonny dimalapkan. Multimedia tentang Jimmy di mainkan.

(ketawa sambil menggelengkan kepala) Ya! Mungkin saat itu aku tiada pilihan lain selain menceritakan segala apa yang terpendam dihati aku kepada Jimmy. Jimmy menjadi pendengar yang setia. Tanpa aku sedar airmata aku mengalir dan Jimmy cuba menenangkan aku. Aku ingat Jimmy betul- betul mahu membantu aku tapi .. (ketawa) Jimmy .. Jimmy… Aku menerima pelawaan jimmy waktu itu, Jimmy mengajak aku tinggal bersama- samanya . katanya boleh juga aku tolong mengemas- ngemas rumahnya, rumah bujang katakan mana sempat dia berkemas. Lama kelamaan aku merasa seronok tinggal bersama Jimmy dan masih aku ingat ,, waktu itu Jimmy mengatakan kepada aku dia ingin memperisterikan aku.. Ahhh!!( senyum) saat tu aku rasa ada sinar yang menanti aku. Cinta  merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Cinta itu indah dan ianya sukar untuk dimengertikan dan sukar untuk dilafazkan dengan kata- kata. Jimmy telah menjerat aku dengan kata- kata manisnya. Aku memilih untuk berkongsi hidup bersama Jimmy. Aku dan Jimmy bagaikan suami isteri. Dan kadang kala aku terfikir adakah Jimmy ikhlas atau aku hanya boneka mainannya???
 
Lampu diterangkan dibahagian rumah
AMIRA: Abang bila agaknya kita akan berkahwin ni?? Amira sudah tidak sabar mahu jadi isteri abang yang sah…

JIMMY: Sabar la sayang .. Abang sibuk sekarang abang hendak kembangkan perniagaan abang.. Nanti kita boleh pergi berbulan madu di luar Negara.. Sayang mahu kan??

AMIRA: Mesti la mahu abang.. Tapi kita kawin la dulu abang,,

JIMMY: Sayang… sayang mesti sayang abang kan??. Syg sabar la… Abang janji abang akan kahwin dengan sayang… Sayang jangan la risau. Abg bukan tak nak kahwin sekarang tapi tunggu la masa yg sesuai ok syg..

AMIRA: Baik la abg… Sayang tunggu abang tau.

Adegan 5

Jimmy dan Amira berjalan ke kanan pentas dan bergerak ke sebalik kelir dan lambu dimalapkan dan menunjukkan aksi- aksi mereka berasmara..lampu mati dan Kemudian lampu diterangkan menampakkan Amira sedang termenung di atas kerusi dalam penjara sambil menangis dan menunjukkan kegelisahan.

JIMMY!!!! Kau memang Sial!! Bangsat!!! Kau orang kedua yang membuatkan aku membenci lelaki selepas ayah aku (ketawa) Dendam yang telah lama terhimpun di sanubari semakin bertambah dan membara. Goresan lama yang berparut di hati aku kini mula berdarah kembali. Mudahnya kau bersikap lepas tangan. Kau tinggalkan aku terkapai- kapai di lautan cinta yang telah kita ciptakan bersama. Kenapa??? Kenapa kau lari dari aku setelah kau puas menabur benih dalam rahim aku?? Kau lelaki pengecut!!!! Celaka kau Jimmy!! Kau memang jantan tak guna!!! Janji- janji yang kau tabur selama ini hanyalah janji sampah! Persepsi aku terhadap lelaki mula berubah dan bagi aku lelaki di dunia ini sama saja. Tiada bezanya persis binatang buas! Selepas beberapa bulan kemudian, aku mendapat berita tentang Jimmy dan berita itu sedikit mengembirakan aku. Jimmy mati ditembak oleh musuhnya… Jimmy mati?? (ketawa) Padam muka kau jimmy !! Kau sememangnya layak untuk mati!! Waktu berita itu hinggap ke telinga aku , aku adalah orang yang paling gembira kerana Allah s.w.t telah memberikan pembalasan kepada kau!! Sepantas kilat… Aku harap celaka la kau di alam sana!!!

Pentas digelapkan dibahagian kanan pentas dan Amira bergerak ke kiri pentas…
Cukup bulan aku melahirkan anak Jimmy dan bayi itu seolah- olah memahami dan tahu nasib yang bakal dia hadapi sebentar lagi.. (menangis) Maafkan mama nak, mama terpaksa melakukan semua ini demi masa depan mama. Mama tak mampu untuk menjaga kamu, hendak menyara diri sendiri pun mama  masih belum mampu apatah lagi menyara kamu… mama minta maaf nak, kamu jaga diri baik- baik nanti besar kamu jangan jadi macam mama jaga lah siapa pun bakal menjadi ibu kamu nanti. Jaga mereka seperti mereka menjaga kamu. Langkah kaki ku terasa berat mahu meninggalkan anak yang aku kandung itu. Namun apakan daya aku terpaksa! Aku terpaksa! Aku meninggalkan anak aku di perumahan orang kaya- kaya dan berharap agar bayi itu dijaga dengan baik.

Tidak lama kemudian perbuatan Amira itu dihidu oleh pihak berkuasa Amira ditangkap dan di letakkan di Rumah Pemulihan akhlak.lampu digelapkan dan hanya berfokus kepada Amira.
Fikiran aku bercelaru, tangisan seorang bayi masih terngiang- ngiang ditelinga aku. Di sini aku mengenali seorang gadis kampung yang bernama Syasha. Syasha adalah orang yang selalu berada dekat dengan aku dan dia tahu semua masalah aku.  Segala beban yang aku pikul selama ini aku luahkan kepadanya, Syasha banyak memberi semangat kepada aku untuk meneruskan hidup. Namun nasihat Syasha membuatkan aku bertambah- tambah membenci lelaki. Hati aku seperti batu yang keras tak mampu dilenturkan lagi. Aku teringat akan emak aku yang berada di kampung… Apalah agaknya nasib emak aku sekarang ini,,, Amira termenung,,,

Adegan 6
Lampu dinyalakan seluruh pentas

SYASHA- Ehh Amira!!! Asal kau termenung ni?? Kau ada masalah eh?
AMIRA- eh!! Xde lah .. aku teringat kat umah aku..

SYASHA- ahh!! kau teringat umah kau?? Kenapa? Kau menyesal??? Amira…. Apa lagi yang ada dekat umah tu??? Kau teringat umah kau atau kau teringat bapak kau?? Apa lagi yang kau fikirkan sangat ahh?? Dah tak ade gunanya kau fikir pasal tu…(tergelak) Amira! Amira… semuanya dah terlambat!!.(senyum sinis).

Lampu digelapkan dan lampu difokuskan kepada Amira.
(ketawa) ketawa la syasha selagi kau boleh ketawa!!! (senyum). Kau tak rasa penderitaan dan keperitan yang aku rasa. Ya! Mungkin jalan hidup kita berbeza. Kau lain … aku lain… Keperitan yang aku alami selama ini tak akan pernah kau rasa dan kau tak kan dapat rasa.. sebab kau bukan aku!!!..

SYASHA- Amira… kau jangan jadi bodoh la… apa yang kau buat ni langsung tak salah,,, biar la salah di mata mereka di luar sana , tapi bagi aku apa yang kau buat tu betul!! Dia sepatut menerima pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya itu !! Dia tak patut berlegar- legar diluar sana.. Dia tu syaitan yang bertopengkan manusia!!! Cuba kau fikir, tiada manusia yang sanggup meratah tubuh anaknya sendiri!!…

AMIRA: CUKUP!!!! Cukup Syasha CUKUP!!!!! (menangis)

SYASHA: Amira untuk apa kau menangis?? Ahhh!!

Lampu memfokuskan kepada Amira

YA! Bila aku fikirkan balik kata- kata Syasha itu ada benarnya. Jantan seperti ayah aku itu tidak layak untuk hidup dan aku tidak seharusnya membiarkan anjing liar itu membuat sesuka hati di luar sana. Binatang jijik seperti itu tidak patut dibiarkan bebas aku harus kurung dia agar tidak ada lagi yang menjadi mangsa kerakusannya. Aku pernah meminta pandangan daripada Syasha… Orang macam ni ada harapan ke untuk berubah??? Jawab Syasha perangai macam ayah kau tu susah untuk berubah kecuali hidupnya ditimpa musibah. Mungkin sebab dia mempunyai harta yang banyak dan menyebabkan dia lupa akan akhirat dan hari pembalasan.( ketawa)
Amira berjalan ke tengah pentas lampu dimalapkan dan hanya berfokus kepada Amira. Muzik seruling dimainkan

Masih segar dalam ingatan aku! Sewaktu aku mula- mula pulang semula ke rumah. Selepas aku habis menjalani pemulihan akhlak. Aku terhimpit. Ayah masih lagi dengan perangai lamanya. Tidak pernah berubah. Walau bagaimanapun dia tetap ayah aku. Perangainya sama saja tidak pernah berubah, panas baran! Bertindak sesuka hati. walaupun sedikit sahaja kesilapan yang emak lakukan, emak selalu menjadi mangsa kerakusan ayah.
Lampu di terangkan dibahagian rumah.

AYAH: Midah!!! Ooo Midah!!! Kemana pulak betina ni pergi… Midah!!!

EMAK: Iye abang…Saya datang nie..

AYAH: Kau ni banggang ke apa?? Kau pergi mana?? Lembab!!! Kau pekak ke??? Aku panggil kau beberapa kali kau buat apa bodoh!!!

EMAK : Maaf abang saya mengemas dapur tadi.

AYAH: Woi!!! Banyak pulak alasan kau!! Kau tahu kan aku tak suka bila aku panggil orang buat pekak!!!  (tarik telinga)

EMAK: Abang.. Kan saya sudah cakap saya mengemas tadi..

AYAH: Kau menjawab ya midah!!!

EMAK: Maaf abang!!! Midah tak buat lagi.. (menangis)

AYAH: Mana makanan aku??? Aku lapar ni!!! Kau mengemas dapur kau ingat makanan boleh siap la??? Ahhhh!!! PANG!!!(tampar) BODOH!!!!

EMAK: Sakit abang!!! Ampunkan saya abg…!!

AYAH: Sakit kau, kau tahu.. Habis!! Sakit dalam hati aku ni macam mne??? Ahhh!!!!

Adegan 7
Lampu dibahagian rumah digelapkan dan lampu dibahagian penjara diterangkan. Muzik seruling dimainkan

Aku hanyalah saksi buta setiap kali emak aku diterajang oleh ayahku. Apakah kamu semua sanggup melihat apa yang aku lihat ??? Ahh!! Kesetiaan emak terhadap ayah yang membabi buta sehingga sanggup menjadi bantal tempat ayah melepaskan amarahnya. Sekali sekala aku menjadi geram melihat ayah memperlakukan emak sebegitu rupa. Hanya kerana lambat beberapa minit atau saat saja emak diperlakukan seperti binatang!!! Dendam yang aku titipkan sedikit demi sedikit kini mula menjadi dendam kesumat dan kian membara. Kebencian aku terhadap ayah kini membuak- membuak. Kadangkala aku terfikir ingin saja aku bunuh orang tua tu!! Tapi apa kan daya kudratku yang kecil manakan bisa melawan kudrat ayah. Aku hanya mampu menangis dan terus menangis di balik tirai usang. Bukan itu saja perangai kebinatangan ayah juga masih seperti dulu. Dan masih aku ingat! Waktu emak keluar untuk mencari barangan keperluan, ayah pulang tanpa pengetahuan ibu.. waktu itu aku tengah mengemas bilik ayah menceroboh bilik aku dan merogol aku beberapa kali. (senyum sinis ) aku ingat bila aku balik ayah sudah sedar!! Tetapi tidak sama sekali! Benda ini terus berlarutan. Aku tidak tahan! Kau semua pernah tak rasa situasi seperti aku sekarang??? Ahh??? Hidup aku sungguh perit! Terlalu sakit untuk diperkatakan..(menangis) kenapa?? kenapa?. Aku pernah merayu kepada ayahku supaya tidak melakukan perkara terkutuk itu lagi tetapi apakan daya rayuanku umpama mencurah air ke daun keladi langsung tidak memberikan kesan!!!! Malah aku turut dipukul berkali- kali oleh ayah aku setiap kali aku menolak pelawaannya,  aku bagaikan seekor burung yang terperangkap di dalam sangkar aku tak mampu berbuat apa- apa, Ayah sanggup melakukan apa saja demi untuk memuaskan nafsu serakahnya. Ayah seperti orang yang sudah kerasukan syaitan, tidak mengenal anak sendiri, darah daging sendiri, seperti haruan makan anak!! Aku tidak pernah merasakan kasih sayang seorang ayah sepanjang hidup aku.

Lampu di malapkan Amira pergi dibalik kelir dan bunyi suara amira menangis dan merayu.
AMIRA: Ayah!! Tolong la jangan buat saya macam ni!!! Saya ni anak ayah…

AYAH: peduli apa aku !! lama kau menghilang… kau ke mana???!! (Menampar)

AMIRA: Saya tak nak jadi hamba nafsu ayah !! saya sayang ayah!! Saya tak nak !! ayah tidak sepatutnya buat saya macam ni ayah!!

AYAH: (ketawa) habis kenapa kau balik ke rumah aku?? Kenapa kau tak tinggal je terus kat rumah pemulihan akhlak tu?? Kan disan kau lebih selamat…. Kau ni umpama tin kosong je Amira!! Kau da taka da apa- apa. Daripada kau jatuh ke tangan jantan di luar sana tu baik kau layan je aku Amira!! Lagipun kau bukan anak kandung aku… kau tu hanyalah anak angkat je!!

Adegan 8
Lampu di gelapkan dan amira berjalan ke tengah pentas lampu memfokuskan kepada Amira

(ketawa) anak angkat??? Selama aku hidup baru hari ni aku tahu.. patut la.. kenapa aku langsung tidak pernah terfikir semua ni? Patut la setiap kali aku menceritakan kepada emak tentang perbuatan sumbang ayah.. Emak asyik menyalahkan aku.. Bukan itu saja emak turut memaki hamun aku!! Dan memukul aku!! Semua persoalan yang berlegar dalam fikiran aku kini sudah terjawab!!! Walau bagaimanapun, aku harus hormat emak sekurang- kurangnya dia telah membesarkan aku, walaupun hidup aku penuh dengan duri- duri. Hati kecil aku tertanya- tanya siapakah ibu kandung aku?? Kenapa dia buang aku??? Kenapa aku harus membesar dalam golongan orang yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada.. (menangis) ya! Mungkin ibu kandung aku tak mampu untuk menjaga aku.
mira teringat kepada bayi yang pernah dia buang dulu. Amira menekup telinganya

Mungkin situasi ibu aku sama dengan situasi aku.. tapi aku tidak salahkan ibu dalam hal ini… sekurang- kurangnya ibu tidak menggugurkan aku.. sekurang- kurangnya aku di beri peluang untuk bernafas walaupun hidup aku penuh dengan penyiksaan. Aku inginkan kasih sayang daripada seorang ibu dan seorang ayah!!! Dari kecil sampai ke hari ini aku langsung tidak pernah dimanjakan seperti anak- anak lain. Malah aku di jadikan tempat melunaskan nafsu oleh orang yang aku anggap ayah aku. Sehinggalah suatu hari semasa ayah memperkosa aku, dengan tidak sengaja emak pulang dan emak melihat dengan matanya sendiri. Segala perbuatan jahat ayah terbongkar.. emak meraung ,,, meraung seperti orang yang kerasukan aku hanya mampu melihat dan menangis.. ayah waktu itu cuba membela diri (senyum) aku juga yang ingin dipersalahkan?? Kononnya aku yang menggoda dia??? Ahhh? Mana mungkin la... tapi waktu itu, emak memukul ayah beberapa kali dan ayah bertindak kejam dengan menghantuk kepala emak ke dinding dan aku…. aku hanya kaku , terdiam dan membisu. Hanya airmata yang membasahi pipi. Seminggu selepas kejadian itu, emak di masukkan ke hospital gila. Dan semenjak hari itu aku tinggal bersama ayah. Aku merasakan seperti aku berada di neraka!! Segala tugas emak aku yang terpaksa buat. Aku terpaksa menggantikan tugas ibu dengan memasak, mengemas, membasuh dan termasuklah memuaskan nafsu ayah!!! Aku sudah tidak tahan hidup bergelumang dengan dosa, hidup dalam keterpaksaan .. setiap hari!!!! Setiap hari aku dipaksa melayan nafsu syaitan ayah! (ketawa) begitu la nasib aku hari- hari.. Hari- hari aku terpaksa melayan orang tua tu. Entah apalah nasib aku. Barangkali semasa emak aku ada dulu ,,begini la seksanya hidup dia, yang aku hairan kenapa emak tak minta cerai je??? apalah lebihnya ayah ni?? Ya mungkin ayah mempunyai banyak wang! Tapi… apalah gunanya banyak wang jika kebahagiaan langsung tidak wujud. Duit boleh cari…tapi kebahagian???? (senyum sinis) alangkah baiknya kalau kebahagiaan boleh dibeli dgn wang ringgit kan??? Tapi apalah pula nasib orang- orang yang tak berduit nanti??? sebenarnya Kebahagiaan itu ada di mana- mana jika kita tahu menghargai hidup. Hidup ini indah!!! Kenapa masih ada syaitan yang bertopengkan manusia didunia ini????ahh! dan ingat ! ALLAH mencipta kesabaran di dalam diri setiap manusia. Yang menjadi persoalannya sejauh manakah kesabaran itu akan bertahan?

Adegan 9

Lampu dinyalakan seluruh pentas kelihatan ayah sedang makan dan Amira sedang melayan ayah makan.

AYAH: Mana air basuh tangan aku??

AMIRA: Sekejap ayah.

AYAH: Kau ni sama macam mak kau LEMBAB!!!

AMIRA: Maaf ayah amira lupa tadi..

AYAH: Aaahhh! sudah mari ikut aku..

AMIRA: Ayah… (menangis) Jangan la… Saya tak nak,,,

AYAH: Kau nak melawan ea???

AMIRA: AYAH!!!!!!!

HAKIM: Adalah kamu dengan ini Nurul Amira binti Amirul Rasyid . Hari ini akan dijatuhi hukuman mati mandatori bersabit kesalahan membunuh dengan niat Amirul Rasyid bin Abdullah. Dengan itu, saya yang menurut perintah seperti yang termaktub dalam undang-undang Negara Malaysia akan menjalankan hukuman ini ke atas kamu.

Adegan  10
Lampu difokuskan pada bahagian rumah. Multimedia tentang ayah memperkosa Amira di mainkan. Lagu tema dimainkan

Waktu itu, Aku benar- benar dirasuk rasa benci yang mendalam pada jantan yang merosakkan segala impianku. Dengan hati yang nekad dan amarah yang meluap-luap, Aku telah membunuh insan yang aku gelarkan sebagai ayah untuk aku melangsaikan segala hutang kemusnahan hidup aku yang dia ciptakan. Masih jelas terakam dalam memoriku, saat-saat aku diperkosa tanpa belas kasihan oleh jantan jahanam itu. Segala amarah yang memenuhi jiwaku sudah Aku lepaskan. Tidak! Aku tidak sanggup diperlakukan begini! Aku, Aku tidak rela diriku terus menjadi hamba nafsu kepada ayah aku dan aku tak sanggup lagi menanggung semua bebanan ini. Ayah dan Jimmy harus bertanggungjawab di atas musnahnya harapanku dan kehidupanku. Aku akan membiarkan mereka membayarnya di neraka!. Di luar kewarasan akal, Aku bertindak melakukan sesuatu yang melangkaui kemanusiaan dan kesabaranku. Aku terlalu dirasuk rasa marah. Ayah!!!!........Ya..Aku merampas nyawa ayah! Aku puas! Aku puas! Aku telah membunuh ayah, insan yang telah menggelapkan masa depan aku. Kekelaman dan kehibaan yang aku hadapi sebelum ini telah aku lunaskan. Pembalasan aku ini sememangnya lebih jahat daripada perbuatanmu itu!!(ketawa) Aku puas!!Bersalahkah aku?? Salahkah aku menuntut nyawa keparat itu?? Jika kamu semua berada ditempat aku?? Apakah kamu akan lakukan perkara yang sama??? (ketawa). Aku sudah tidak sanggup menanggung segala tekanan yang memberat dalam dadaku. Aku Menghabiskan waktu-waktu singkat terakhirku di dunia, Aku sempat menulis tentang kisah yang Aku lalui ini untuk menjadi pedoman masyarakat.
Lampu dimalapkan dan berfokus kepada Amira

HAKIM: Saya dengan kuasa yang diberi ingin memohon kemaafan daripada kamu. Sesungguhnya inilah takdir yang tertulis ke atas kamu dan dengan masa yang singkat ini, saya menyeru kepada kamu agar beristighfar sebanyak mungkin kepada Tuhan yang menciptakan kamu, semoga segala dosa-dosa kamu akan diampunkan-Nya, dan semoga kamu dapat kembali dengan tenang dan tenteram ke pangkuan-Nya.

HAKIM: DUM!! DUM!! DUM!!!

Pentas gelap…

Lagu Tema : Meratapi nasib.

Karya: NINA AISHAH BINTI RAMALI
Matrik: BC12160190

 

Sunday 1 December 2013

DOA uNtuk PelAJAr..

Memandangkan demam exam semakin menghampiri sebelum semua mahasiswa dan mahasiswi cuti sem,saya ingin berkongsi doa-doa yang patut diamalkan sebelum,semasa dan selepas menghadapi exam.InsyaAllah berjaya.


1)  Baca Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Kecerdasan Otak

Baca ayat 25 – 28, Surah Taha sebanyak 21 kali setiap hari selepas Solat Subuh bagi kecerdasan otak, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.



 2)  Doa Mula Mentelaah Agar Mudah Mengingat Pelajaran
Sebelum memulakan pelajaran, bolehlah dimulakan dengan potongan ayat Al-Quran berikut. Insyallah, segala yang dipelajari akan mudah diingat dan mendapat keberkatan Allah SWT.

 3)  Doa Mula Mengulangkaji Pelajaran

 4)Doa mengelak lupa
5)Doa Selepas Mengulangkaji 

6)Doa Memohon Kejayaan Cemerlang

siti aishah binti aziz (bc12110150)

Saturday 30 November 2013

PerSediaan Sempena Grand ResitaL

29.November.2013, Sekolah Pengajian seni Universiti Malaysia sabah (ums)- Sekolah  Pegajian Seni sering kali di perkatakan oleh masyarakat sekeliling kita kerana sekolah pengajian seni tidak pernak lekang daripada para pelajar. Setiap masa ada sahaja pelajar yang membuat latihan dan membuat perbincangan. Sekolah seni merupakan sekolah paling sibuk di mana para pelajar akan di tugaskan membuat apa-apa persembahan mengikut tugasan masing-masing. Ianya merangkumi pelajar tahun satu dan juga pelajar tahun dua yang sibuk membuat latihan menjelang Grand Resital 2013. Pelajar seni kreatif tahun satu sibuk dengan menjalani latihan.  
Sempena Grand Resital 2013 di mana mereka akan membuat persembahan. Pelajar seni kreatif pada tahun ini seramai 85 orang dan mereka telah di pecahkan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan akan membuat persembahan Koir dan satu kumpulan lagi akan membuat persembahan tarian Zombie. Para pelajar tahun satu membuat persembahan dengan idea daripada kreativiti masing-masing. Mereka semua giat berusaha dan bekerjasama dalam membuat persediaan memandangkan hanya tinggal seminggu tempoh latihan.


Disediakan oleh: Siti Noor Ain Binti Awang Bc 12110155