Enjoy Song

Sunday 27 October 2013

MASALAH KEBERSIHAN



KHAMIS,24 OKTOBER 2013- DI CAFÉ KAMPUNG E UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

Keadaan cafeteria Kolej Kediaman  E sangat di tahap kurang memuaskan dari segi persekitaran semasa di café tersebut. Boleh di katakan setiap hari kini keadaan café sangat tidak bersih kerana di kawasan café di hiasai dengan sampah dan sisa makanan yang berselerak.


Masalah ini harus di pandang serius kerana boleh mendatangkan impak yang negatif terutama pandangan masyarakat luar terhadap universiti serta kolej kediaman pelajar. Sebagai seorang pelajar yang matang, kita seharusnya pandai dan tahu menguruskan tempat sedemikian walaupun kita berkongsi dewan makan. Sebenarnya, sudah banyak usaha yang telah di lakukan oleh pihak yang bertanggungjawab bagi menanggani masalah demikian. Namun sikap pelajar yang ‘acuh tak acuh endah tak endah’ ini masih di tahap yang sama.


Jika kita lihat, pinggan dan gelas mahupun plastik atau bahan-bahan lain berselerak di atas meja juga boleh mencerminkan tahap kebersihan di café tersebut. Seharusnya, pekerja di cafeteria sentiasa memerhati dan bekerja memungut pinggan daripada lambat ataupun dibiarkan berselerakkan di atas meja tanpa memikirkan pelajar lain yang ingin duduk dan makan. Ini merupakan salah satu faktor kawasan cafeteria menjadi kurang sihat serta makan di café tersebut dengan keadaan yang di katakana. Mungkin pandangan negatif mereka akan mengcanak-canak. Pandangan rendah terhadap pelajar dan pihak university juga akan senang di lemparkan.


Oleh hal yang demikiana, bersamalah kita menjaga kebersihan serta keceriaan di cafeteria kolej kediaman E demi menjaga nama baik bersama. Persoalan yang timbul, bolehkah kita mahupun anda menjamu selera di tempat yang mengandungi sisa makanan serta plastik yang berselerakkan? Janganlah kita menjadi mahasiswa yang hanya cemerlang dalam pelajaran, mundur  menjaga kebersihan.

Disediakan oleh: TUAN MOHD RAFFUDIN BIN  TUAN RANI (BC 12110174)

“Bahasa Jiwa Bangsa”



 
Para Pelajar Penulisan yang terlibat dalam persembahan

Tasik biru indah pandangan,
Teratai merah hidup tumbuh,
Apa pendapat,apa pandangan..
Ilmu mengalir di seluruh tubuh.

KHAMIS 24.OKTOBER.2013,SEKOLAH PENGAJIAN SENI,UNVERSITI MALAYSIA SABAH.Umumnya setiap tahun, kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat jiwa bangsa perlu semarakkan bulan bahasa. Bahasa melayu dahulu menjadi bahasa linguanfranca iaitu bahasa nusantara. Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang dijenamakan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 2009 bagi menggantikan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) telah memacakkan matlamat asas perjuangan DBP, untuk meletakkan bahasa Melayu pada takhtanya sebagai bahasa yang melambangkan budaya dan identiti masyarakat. DBP mempunyai apresiasi tinggi ingin menjadikan bahasa Melayu sebagai ukuran ketamadunan bangsa Melayu khususnya dan Malaysia sebagai tanah air kita.
Pelbagai aktiviti yang telah di jalankan oleh pelajar-pelajar sekolah pengajian seni sempena menyambut bulan bahasa bersama anjuran DBP. Mereka telah membuat satu persembahan sketsa yang bertajuk “Bahasa JIwa Bangsa”. Sketsa yang di adakan di campur adukankan cdengan persembahan sajak,syair,pantun,nyanyian dan juga tarian joget,zapin dan sebagainya. Pelajar-pelajar yang telah bergading bahu menjayakan persembahan ini ialah pelajar-pelajar penulisan dan juga pelajar tari. 
Nasi kandar sedap di makan,
Setiap hari tiada jemu,
Bahasa melayu perlu di semarakkan,
Bahasa nusantara bahasa ilmu.

Itik putih itik angsa,
Makan ikan di tepi titi,
Apa erti sebuah bahasa,
Lambang budaya lambang identiti.
Dalam perkembangan antara bahasa Melayu dengan sastera Melayu ini, ahli bijak pandai dalam kedua-dua bidang ini saling bertelagah pendapat bagi mencari, “mana hujung, mana pangkal” dan yang mana yang lebih penting, bahasa atau sastera? Hingga setiap pihak mendabik dada mendakwa, sastera tidak boleh hidup tanpa bahasa dan sebaliknya ada pihak yang mendakwa kerana sasteralah bahasa berkembang. Pantun mahupun sajak harus senantiasa di pupuk dalam kalangan pelajar agar ianya bahasa melayu sebagai penggunaan bahsa rojak sentiasa bersemadi dalam jiwa seseorang. 

Penari-penari yang terlibat dalam persembahan

Disediakan oleh: Siti Noor Ain Binti Awang (Bc 12110155)

Saturday 26 October 2013

“SMART MEDIA TECHNOLOGY” GELOMBANG PENDAPATAN LUMAYAN



24 OKTOBER 2012- Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah telah menerima kunjungan dari seorang model dan pelakon terkenal dari Amerika Syarikat iaitu Martin. Beliau telah memperkenalkan ‘SMART MEDIA TECHNOLOGY’ kepada para peserta bengkel selama tiga jam tentang cara untuk menambahkan pendapatan tanpa keluar dari rumah. 

    Pengenalan bengkel ini telah dimulakan oleh ibu Martin iaitu Puan Christine. Menurutnya, kita telah melalui empat gelombang zaman iaitu zaman feudal, industry, informasi teknologi oleh Bill Keith dan akses dalam maklumat seperti muat turun lagu dan video. Teknologi adalah apabila kita mula melayari dunia internet dengan permainan, facebook, twitter dan myspace. 

   Dalam dunia teknologi, smart media telah memperkenalkan pelbagai akses secara percuma dan mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Syarikat ini telah ditubuhkan oleh David Martin pada tahun 2008 dan dilancarkan pada bulan Ogos 2009.  Pelbagai aktiviti tersedia untuk didapati secara percuma. Antaranya ialah free smart library, free my university library, free video games, fantastic sites, multiple search engine, smartchip and smart chat.

   Untuk menyertai Smart Media Technology kita boleh mendaftarkan keahlian secara percuma dengan memasang Your Own Branded Social Network (YOBSN). Dengan mengakses YOBSN kita boleh mencari masa depan kita. Setiap yang menjadi ahli akan mendapat keuntungan sebanyak RM0.40 setiap klik. YOBSN juga akan memberi  point kepada ahlinya. Hanya YOBSN yang memperkenalkan sistem ‘smart point’ kepada ahli YOBSN. Selain itu, kita juga boleh memperkenalkan video dan maklumat kita sendiridengan mengakses sistem ini.

     Kesimpulannya, sesiapa sahaja yang ingin menyertai YOBSN dan mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda boleh mendaftar secara percuma di YOBSN. Tiada sebarang kerugian dan penipuan dalam akses ini.oleh itu, kita perlu yakin dengan setiap akses yang dilakukan.

       
Penerangan yang sedang dibuat oleh Mr. Martin
 disediakan oleh : pUtErA sHaH (BC12110074)

Friday 25 October 2013


SEORANG PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH HAMPIR DITETAK.

KHAMIS, 24 Oktober 2013 – Ahad lalu seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah yang mendiami Kolej Kediaman Angkasa Universiti Malaysia Sabah, hampir di tetak oleh seorang penduduk kampung kuala menggatal, di mana pada ketika itu mereka dalam perjalanan pulang dari falkulti. Kejadian berlaku kira- kira jam 10.00 malam. Dia yang hanya ingin dikenali sebagai Joe menceritakan detik- detik cemas semasa dia dan rakan boncengnya di kejar oleh lelaki yang tidak di kenali itu serta cuba menetaknya. Menurutnya, dia sempat mengelak dari ditetak oleh lelaki berkenaan. Oleh kerana jalan kampung kuala menggatal itu terlalu banyak bonggol, dia dan rakannya mengambil keputusan dengan meninggalkan motosikalnya di situ dan mereka berlari menuju ke Kolej Kediaman Angkasa. Mengikut penduduk yang berada di situ, lelaki yang bersenjatakan parang itu mempunyai krisis dengan rakannya dan  bertindak diluar kawalan. Pada ketika itu dia berada di dalam keadaan separuh sedar atau mabuk. Rakannya melarikan diri apabila melihat lelaki itu bertindak dengan mengambil parang, kebetulan pada waktu itu dua pelajar terbabit melalui kawasan tersebut dan menyebabkan mereka hampir ditetak oleh lelaki berkenaan ini kerana lelaki yang bersenjatakan parang itu menyangkakan dua orang pelajar ini adalah rakannya. Walau bagaimanapun, mereka merasa amat bersyukur kerana umurnya masih panjang dan mereka terselamat dari lelaki yang bersenjatakan parang itu.
Disediakan Oleh,
NINA AISHAH BINTI RAMALI
BC12160190