“MALAM APRESIASI NASKAH 2013”
SABAH, 11
DISEMBER 2013: Sekolah Pengajian Seni Universiti Malaysia Sabah telah
mengadakan Malam Apresiasi Naskah sempena penilaian akhir dalam subjek teras
sekolah bagi Seni Kreatif Penulisan tahun dua iaitu subjek Apresiasi Naskah. Malam
Apresiasi Naskah yang bermula pada jam 7.00 malam dan berakhir pada jam 10.30
malam, diadakan di Theaterette Ahmad Nisfu, Sekolah Pengajian Seni (UMS).
Malam Apresiasi ini, telah dibimbing
oleh pensyarah yang mengajar subjek Apresiasi Naskah iaitu, Encik Lokman Bin
Abdul Samad. Malam Apresiasi Naskah ini, dinilai oleh dua orang juri jemputan
iaitu Encik Syarifuddin Zainal yang merupakan pensyarah sekolah pengajian seni
dan juga seorang tutor iaitu Encik Jasman bin Bandar. Malam Apresiasi Naskah
ini, dimeriahkan lagi oleh pelajar- pelajar dari major teater dan juga major
tarian Sekolah Pengajian Seni (UMS) . Selain daripada penilaian, Malam
Apresiasi Naskah ini juga bertujuan mengangkat karya pelajar- pelajar penulisan
tahun dua Sekolah Pengajian Seni (UMS). Malam Apresiasi Naskah ini dinilai
melalui kreativiti pelajar- pelajar tahun dua penulisan contohnya, persembahan
lakonan, sketsa, dan drama. Terdapat 6 kumpulan yang membuat persembahan.
Majoriti pelajar- pelajar yang terlibat menggabungkan Puisi Syair, Pantun,
Nyanyian dan lain- lain menjadi satu persembahan.
Kebanyakan persembahan yang dibuat
pada Malam Apresiasi Naskah itu, mengangkat Teori Feminisme. Walaupun begitu,
mereka berjaya membawa cerita tersebut dengan kreativiti yang tersendiri.
Setiap kumpulan mempunyai banyak kelebihan dan pengajaran yang tersendiri. Persembahan
yang mereka lakukan pada Malam Apresiasi Naskah itu, banyak menonjolkan unsur-
unsur pengajaran yang berguna kepada masyarakat zaman sekarang dan masyarakat
yang akan datang. Oleh hal yang demikian, penilaian seperti ini perlu
diteruskan, kerana dengan ini kita dapat melihat dan mengetahui bakat- bakat
baru yang ada pada pelajar- pelajar penulisan. Hal ini membuktikan bahawa
pelajar penulisan bukan saja hanya berbakat dari segi penulisannya, malah
mereka juga berbakat dalam bidang lakonan, tarian, bersajak dan sebagainya.
DiSediakan Oleh: NINA AISHAH BINTI RAMALI
Matrik: BC 12160190
No comments:
Post a Comment