SUASANA MALAM RAYA
DI KOLEJ KEDIAMAN ANGKASA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.
SABAH, 14 Oktober
2013 – Suasana
malam raya di Kolej Kediaman Angkasa di sambut dengan begitu meriah
sekali. Sambutan malam raya di Kolej Kediaman Angkasa di kejutkan dengan bunga
api yang berwarna warni. Walaupun ramai antara siswa dan siswi yang tidak dapat
pulang ke kampung halaman masing- masing oleh kerana kekangan kewangan, namun
sambutannya tetap meriah. Ramai pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman Angkasa
yang turun ke taman untuk menyambut kehadiran Hari Raya Aidil Adha yang bakal
menjelma beberapa jam lagi. Oleh kerana Kolej Kediaman Angkasa agak terpencil
dan jauh dari Universiti Malaysia Sabah mereka yang tiada kenderaan terpaksa
membatalkan hasrat mereka untuk menunaikan solat berjemaah di masjid Universiti
Malaysia Sabah. Mereka hanya mendengar dari jauh takbir raya yang kebiasaanya
dilakukan selepas isyak. Ramai siswa dan siswi mengatakan mereka amat terkilan
kerana tidak dapat mengalukan takbir raya seperti mana mereka berada di kampung
halaman. Walau bagaimanapun, untuk menghilangkan kesedihan, mereka memilih
untuk bersukan beramai- ramai. Saya sempat menemu ramah seorang siswa yang
berada di tempat tersebut. Menurut Mohammad Azman Abdullah yang berumur
lingkungan 20-an yang berasal dari Kelantan berkata, ‘ saya merasa amat gembira
malam ini kerana saya tidak menjangka sungguh meriah sekali suasana malam raya
di kolej kediaman angkasa, kerana tahun- tahun lepas suasana malam raya sungguh
suram. Walaupun saya tidak dapat pulang ke kampung halaman tetapi suasana raya
masih tetap hidup dan hal ini mengurangkan kesedihan saya kerana terpaksa
beraya di perantau dan saya berharap perayaan yang akan datang akan di sambut
dengan suasana lebih meriah’. Walaupun terpaksa beraya di perantau siswa dan
siswi sepatutnya berasa bersyukur kerana mereka masih lagi mampu untuk
menikmati suasana Hari Raya Aidil Adha yang di sambut setiap tahun oleh umat
islam.
Disediakan Oleh :
Disediakan Oleh :
NINA
AISHAH BINTI RAMALI
BC12160190
BC12160190
No comments:
Post a Comment