14 September-Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah telah menerima kunjungan hormat oleh Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) Metrowelth (MIG) iaitu Major (K) David Teo. "Bukan Janji Tapi Pasti" adalah slogan yang digunakan MIG dibawah jagaan David Teo. Beliau telah dilahirkan pada 1 Ogos 1994 di Segamat Johor. Banyak dugaan yang telah dilalui oleh David Teo sebelum beliau menjadi CEO syarikat ini. Menurutnya tidak semua kejayaan bermula dengan kesenangan. Sebelum melalui keyaan, kita haruslah menempuhi kesusahan dengan kegagalan. Selain daripada memegang jawatan CEO MIG, David Teo juga merupakan penerbit Filem terkenal di tanah air. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) (2007-2010) dan Penasihat, Jawatankuasa Rayuan Indsutri Kreatif, Bank Simpanan Nasional (BSN).
David Teo merupakan seorang penerbit filem yang dikenali ramai di seluruh negara. Sehingga hari ini. MIG telah bertapak dalam industri selama 13 tahun bermula pada tahun 2000 sehingga hari ini. MIG masih lagi kukuh dalam industri penyiaran dan perfileman di negara kita. Sepanjang 13 tahun penerbitan MIG telah berjaya menghasilkan 100 buah filem dan berjaya mendapat sambutan dari seluruh penonton. Melalui dari sesi temubual yang telah diadakan di Dewan Resital, UMS David Teo berkata bahawa syarikatnya telah menganggarkan 200 filem menjelang tahun 2020. Pada tahun 2011, MIG telah berjaya menayangkan 18 buah filem. Kejayaan MIG dalam industri perfileman negara sangat membantu industri kita ke seluruh dunia suatu hari nanti. Selain itu, sejak tahun 2003 sehingga kini MIG merupakan peneraju utama dalam bidang perfileman di Malaysia. Sumbangan MIG terhadap kutipan keseluruhan Box-Office di Malaysia adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 49 peratus. Antara filem yang berjaya dibawah penerbitan MIG adalah seperti Syukur 21, Mendam Berahi, Mami Jarum dan Cuti-Cuti Cinta. Syukur 21 merupakan filem pertama keluaran MIG. Filem ini tidak berjaya mendapat kutipan yang lumayan. Namun demikian, David Teo tidak pernah berputus asa dan meneruskan lagi dengan filem-filem yang lain. Disebabkan usaha gigih dan keyakinannya, beliau berjaya menerbitkan filem-filem lainnya tanpa berputus asa.
Selain menerbitkan filem, MIG juga turut menghasilkan drama-drama televisyen yang berjaya mendapat sambutan dari para penonton. Antara drama-drama yang mendapat sambutan penonton ialah Adamaya, Ana Lulu dan banyak lagi. Drama-drama dari filem yang diterbitkan oleh MIG mempunyai mesej-mesej tertentu. Ianya bukan sekadar untuk tontonan semata-mata.
Di bawah syarikat MIG terdapat 40 orang artis yang berada dibawah naungannya. Antaranya ialah Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lisa Surihani, Yana Samsudin, Pierre Andre, Maya Karin, dan Nora Danish. Semua artis dibawah MIG pernah menerima anugerah penting di Malaysia. Antaranya Shaheizy Sam pernah menerima Anugerah Bintang Paling Popular anugerah Berita Harian 2010/2012, Pelakon Filem Lelaki Popular 2012 Farid Kamil, Anugerah Bakat Muda Seni Filem 2009 Yana Samsudin, Pengarah Filem Wanita Termuda 2007 dan banyak lagi. Bagi menjadi artis dibawah MIG, beberapa etika pengurusan artis telah ditetapkan oleh MIG yang dipanggil sebagai konsep Residen Artis. Antara konsep yang diperkenalkan adalah tentang sikap perubahan budaya dan Pembangunan Modal Insan. Setiap artis perlu konsisten dalam menjayakan filem di bawah MIG. Jika artis dibawah penyeliaan MIG melakukan perkara buruk mereka terus dibuang dari kawalan MIG.
Ditanya tentang pengambilan artis baru seperti Wawa Zainal, CEO MIG menyatakan bahawa semua orang boleh menjadi pelakon. Bezanya hanya sikap dan tingkah laku. Menurutnya lagi "Bintang Dicipta Bukan Dilahir" Oleh itu, industri kita sangat memerlukan pelapis-pelapis muda untuk terus memperjuangkan industri seni ini ke mata dunia. Strategi yang digunakan oleh MIG sangat kreatif dan mampu bertahan sehingga kini. "Bukan janji tapi pasti. Orang seni tidak pandai berjanji. Penjanji orang seni adalah tidak pernah pasti." Katanya.
Kejayaan MIG dalam dunia hiburan telah berjaya menaikkan nama syarikat dalam industri perfileman negara. Hal ini terbukti apabila MIG telah menerima banyak anugerah-anugerah terkemuka di tanah air. Pada tahun 2012. MIG telah menerima anugerah SME Innovative Awards 2012. Pada tahun 2011, MIG telah menerima anugerah Seri Temasik di Singapura dan Filem dengan kutipan paling Box-Office iaitu filem Ngangkung. Kejayaan ini telah menambahkan kepercayaan para penonton terhadap filem-filem penerbitan MIG . Kini, MIG telah berjaya menjadi syarikat penerbitan terkenal di Malaysia.
by : Siti Aishah Aziz (BC12110150)
No comments:
Post a Comment