18.OKTOBER.2013-“Pelajar ramai, bas
sedikit” antara petikan yang sesuai diperlihatkan di Kolej Kediaman Excellent(E),
Universiti Malaysia Sabah. Ramai pelajar yang menetap di kolej kediaman ini
merungut bahawa mereka terpaksa berkejaran mendapatkan bas untuk ke kuliah.
Sebenarnya masalah mengenai kekurangan bas ini telah kerap kali diketengahkan
kepada pihak atasan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengendurkan ketegangan
masalah tersebut. Isu bas jika dilihat merupakan suatu masalah yang biasa serta
tidak begitu besar, tetapi jika dipandang dan direnungkan, masalah ini
merupakan masalah agak besar kepada pelajar di Universiti Malaysia Sabah
terutamanya pelajar yang menetap di kolej kediaman E.
Jam
7 pagi hingga 8 pagi merupakan waktu yang tegang dapat kita lihat kerana waktu
tersebut pelajar akan keluar bertali arus untuk menunggu serta mendapatkan bas
di tempat hentian bas. Terdapat pelajar yang berkata sedemikian “ saya pernah
terjatuh semasa berlari berkejaran untuk mendapatkan bas, jika saya tidak melakukan
sedemikian, saya akan lewat ke kelas malah akan dimarahi pensyarah. Jika saya
tidak bertolak-tolakkan, saya tidak akan dapat bas sehingga kelas bermula”.
Kebanyakan pelajar sering kali merungut dengan kekangan yang di hadapi setiap
pagi setiap hari untuk pergi ke kuliah. Saban hari isu ketiadaan bas untuk ke
kuliah semakin menjadi-jadi. Lebih menyakitkan hati para pelajar, bas yang di
tunggu tiba bukan berhenti di hadapan lorong perhentian kampung E malahan
pembantu bas berhenti dekat dengan dewan kuliah baru yang memyebabkan
pelajar-pelajar berlari mengejar bas.
Perkara
sebegini harus di atasi dan di ambil tindakan. Selain itu juga, pelajar yang
tinggal di kediaman KF (King Fisher) juga turut mengalami hal sedemikian.
Mereka menghadapi masalah ketiadaan bas untuk ke kuliah dan pulang. Hanya bas
USIA dan SRI ANGKASA yang banyak
kelihatan. Sehinggakan pelajar membuat mogok tentang “ Kehilangan bas KF ”. Ini
juga perlu di ambil tindakn kerana situasi ini akan membuat pelajar-pelajar
menghadapi kekangan untuk ke kuliah padahal mereka menjelaskan bahawa bas
Universiti juga mereka telah bayar dalam yuran tahunan mereka setiap semester.
Oleh itu,Pihak atasan yang bertanggungjawab harus mengambil langkah untuk
menghadapi masalah ini agar pelajar tidak lagi lewat untuk pergi ke kuliah.
BY: SITI NOOR AIN BINTI AWANG (BC
12110155)
No comments:
Post a Comment