KHAMIS,24 OKTOBER 2013- DI CAFÉ KAMPUNG E UNIVERSITI
MALAYSIA SABAH.
Keadaan
cafeteria Kolej Kediaman E sangat di
tahap kurang memuaskan dari segi persekitaran semasa di café tersebut. Boleh di
katakan setiap hari kini keadaan café sangat tidak bersih kerana di kawasan
café di hiasai dengan sampah dan sisa makanan yang berselerak.
Masalah
ini harus di pandang serius kerana boleh mendatangkan impak yang negatif
terutama pandangan masyarakat luar terhadap universiti serta kolej kediaman
pelajar. Sebagai seorang pelajar yang matang, kita seharusnya pandai dan tahu
menguruskan tempat sedemikian walaupun kita berkongsi dewan makan. Sebenarnya,
sudah banyak usaha yang telah di lakukan oleh pihak yang bertanggungjawab bagi
menanggani masalah demikian. Namun sikap pelajar yang ‘acuh tak acuh endah tak
endah’ ini masih di tahap yang sama.
Jika kita
lihat, pinggan dan gelas mahupun plastik atau bahan-bahan lain berselerak di
atas meja juga boleh mencerminkan tahap kebersihan di café tersebut. Seharusnya,
pekerja di cafeteria sentiasa memerhati dan bekerja memungut pinggan daripada
lambat ataupun dibiarkan berselerakkan di atas meja tanpa memikirkan pelajar
lain yang ingin duduk dan makan. Ini merupakan salah satu faktor kawasan
cafeteria menjadi kurang sihat serta makan di café tersebut dengan keadaan yang
di katakana. Mungkin pandangan negatif mereka akan mengcanak-canak. Pandangan
rendah terhadap pelajar dan pihak university juga akan senang di lemparkan.
Oleh hal
yang demikiana, bersamalah kita menjaga kebersihan serta keceriaan di cafeteria
kolej kediaman E demi menjaga nama baik bersama. Persoalan yang timbul,
bolehkah kita mahupun anda menjamu selera di tempat yang mengandungi sisa
makanan serta plastik yang berselerakkan? Janganlah kita menjadi mahasiswa yang
hanya cemerlang dalam pelajaran, mundur menjaga
kebersihan.
Disediakan oleh: TUAN MOHD RAFFUDIN BIN TUAN RANI (BC 12110174)
No comments:
Post a Comment