Enjoy Song

Wednesday, 23 October 2013

bAhAsA bErBiCaRa




Mengatur bahasa,

Mengatur fikiran bangsa,

Menambah kata-kata bahasa,

Menumbuhkan fikiran,

Kata pejuang bahasa,



Andai ditebang seluruh rimba,

Dijadikan lembaran mengukir kata,

Andai di takung lautan gelora,

Menjadikan tinta pada tarian pena,

Masihkah ia mampu,

Mencatat setiap bicara bahasa,



Pejuang memperjuangkan bahasa,

Tanpa kenal erti jemu,

Berjuang dengan kudrat tua,

Melihat bangsa berdaulat,

Terus mekar menjunjung adat,

Melihat bahasa jadi makrifat,

Terus diwarisi bagai hikayat riwayat,

Mengharap agar kekal berzaman,



Andai pejuang bahasa masih disini,

Pasti kecewa dan gugurlah manik putihnya,

Melihat perjuangannya diabaikan,

Malah dibuang begitu sahaja,

Warisannya dimusnahkan,

Hancur sekali impiannya,

Bahasa yang diperjuangkan,

Hancur lebur,



Bahasa tanah terbiar,

Bahasa moden menguasai,

Bangunlah dunia,

Perjuangkan bahasa,

Martabatkan bahasa,

Banggalah dengan bahasa ibunda,

Kerana,

Bahasa jiwa bangsa.




Nukilan dari : NALURI HATI_CtY EisYa Aziz (BC 12110150)

No comments:

Post a Comment