18 OKTOBER 2013, masalah hidupan liar di kawasan Kolej Kediaman Excellent (E), Universiti Malaysia Sabah sejak akhir-akhir ini semakin kerap berlaku. Terdapat segelintir pelajar mengadu hal sedemikian kepada pihak keselamatan di UMS mengenai masalah tersebut. Pelbagai masalah yang timbul akibat daripada timbunan hidupan liar di kolej kediaman. Antaranya seperti masalah monyet yang sering kali memasuki bilik pelajar, masalah anjing yang juga berkeliaran di kalangan pelajar dan segala yang berkaitan.
Masalah anjing di kawasan kediaman menimbulkan masalah kurang selesa kepada pelajar terutama pelajar yang beragama islam. Hal ini demikian kerana sudah kita ketahui bahawa anjing merupakan binatang yang haram bersentuhan dengan orang muslim. Masalah anjing ini juga dapat dilihat berkeliaran berdekatan dengan cafeteria kolej kediaman. Hal ini juga menimbulkan masalah kepada pengguna cafeteria kerana boleh menggangu selera makan para pelajar.
Masalah hidupan liar seperti monyet juga harus pihak tertentu mengambil langkah yang sewajarnya. Sesetengah pelajar merungut bilik mereka dimasuki monyet serta segala peralatan, makanan dan keperluan mereka juga turut berselerak malah ada barang yang hilang di ambil sekumpulan monyet tersebut. Semasa membuat pelajar tersebut membuat laporan kepada pihak tertentu, jelas terlihat kekecewaan di raub wajah pelajar tersebut. Cuba anda bayangkan jika tugasan yang diberikan oleh pensyarah dan perlu dihantar secepat mungkin telah dirosakkan oleh monyet tersebut, akan timbulnya pelbagai kesulitan yang bakal terjadi.
Kepada pihak tertentu diharapkan mengambil tindakan sewajarnya dalam usaha mengangani masalah hidupan liar yang mengganggu pelajar di Universiti Malaysia Sabah khususnya di Kolej Kediaman E.
OLEH:TUAN MOHD RAFFUDIN TUAN RANI ( BC12110174 )
No comments:
Post a Comment