19 September - Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah merupakan salah satu fakulti yang sangat terkenal di UMS. Sekolah Pengajian Seni ataupun SPS telah ditubuhkan pada 13 April 1999. Tujuan utama penubuhan SPS adalah untuk melahirkan pakar-pakar seni dan artis yang memahami Sains dan Teknologi dan Industri yang berkait rapat dengan dunia eni dan dunia hiburan. Ia adalah sebahagian daripada visi sekolah untuk berkembang bersama dengan negara maju yang lain dan mewujudkan pencipta yang kreatif dalam bidang seni.
Selain itu, SPS juga berperanan untuk menyumbangkan kepada penghasilan graduan-graduan yang bukan sahaja mahir dalam bidang seni tetapi juga mempunyai kepintaran dari segi intelek dalam dunia korporat dan hiburan. Hal ini selaras dengan keperluan negara membangun yang memerlukan wawasan tinggi untuk meningkatkan kemahiran rakyat dengan menggunakan pengetahuan mereka sendiri. Faktor manusia dan masyarakat merupakan penyumbang utama terhadap pembentukan kursus dalam setiap program yang ditawarkan dalam fakulti ini.
Terdapat tiga program utama dalam Sekolah Pengajian Seni iaitu Program Seni Kreatif, Seni Visual san Seni Muzik. Di bawah Program Seni Kreatif terdapat tiga kursus yang ditawarkan iaitu penulisan kreatif, teater dan tarian. Kursus-kursus yang dijalankan telah ditetapkan untuk latihan dan praktikal di dalam kelas, studia dan makmal-makmal yang telah disediakan. Tenaga pengajar yang menerajui SPS adalah yang mempunyai ilmu seni dan pengalaman dalam bidang seni supaya dapat membantu para pelajar untuk terus berseni secara kreatif.
Jika dikaitkan tentang seni pelbagai perspektif telah dikeluarkan oleh masyarakat-masyarakat diluar sana. Hanya orang yang menghargai seni dapat memahami keunikan yang ada pada seni. Sesungguhnya yang Maha Pencipta telah menyatakan bahawa Seni Itu Indah. Oleh itu, SPS telah memperkenalkan tentang keindahan seni secara tepat demi menepis perspektif masyarakat yang menganggap seni itu haram. Tanpa seni dunia tidak akan indah. Perspektif buruk terhadap seni perlu dibuang jauh dalam diri masyarakat pada hari ini. Oleh hal yang demikian, SPS telah mengambil inisiatif untuk terus memperjuangkan akat seni pelajar dan dunia seni supaya tidak terus luput.
Konklusinya, seni bukan saja berkaitan dengan hiburan malah seni merangkumi pelbagai aspek seperti seni dalam masyarakat, budaya dan keagamaan. Martabat seni harus diperjuangkan untuk terus memacu dalam industri seni dunia. Sekolah Pengajian Seni terus berjuang demi memartabatkan seni negara.
Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah |
by : Mohamad Amirul Shahzwan bin Rosli (BC12110074)
No comments:
Post a Comment