Enjoy Song

Saturday, 30 November 2013

PerSediaan Sempena Grand ResitaL

29.November.2013, Sekolah Pengajian seni Universiti Malaysia sabah (ums)- Sekolah  Pegajian Seni sering kali di perkatakan oleh masyarakat sekeliling kita kerana sekolah pengajian seni tidak pernak lekang daripada para pelajar. Setiap masa ada sahaja pelajar yang membuat latihan dan membuat perbincangan. Sekolah seni merupakan sekolah paling sibuk di mana para pelajar akan di tugaskan membuat apa-apa persembahan mengikut tugasan masing-masing. Ianya merangkumi pelajar tahun satu dan juga pelajar tahun dua yang sibuk membuat latihan menjelang Grand Resital 2013. Pelajar seni kreatif tahun satu sibuk dengan menjalani latihan.  
Sempena Grand Resital 2013 di mana mereka akan membuat persembahan. Pelajar seni kreatif pada tahun ini seramai 85 orang dan mereka telah di pecahkan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan akan membuat persembahan Koir dan satu kumpulan lagi akan membuat persembahan tarian Zombie. Para pelajar tahun satu membuat persembahan dengan idea daripada kreativiti masing-masing. Mereka semua giat berusaha dan bekerjasama dalam membuat persediaan memandangkan hanya tinggal seminggu tempoh latihan.


Disediakan oleh: Siti Noor Ain Binti Awang Bc 12110155



Friday, 29 November 2013


TAJUK: CERPEN “AKU BUKAN PELACUR

            YA ALLAH, sesungguhnya aku adalah insan yang lemah, Aku tahu sekarang aku bukan lagi insan yang suci. Hidup aku semakin di mamah kejahilan oleh kerana sikap aku sendiri. Aku membiarkan diri aku hanyut dalam kegelapan. Aku tidak tahu bagaimana untuk merubah hidup aku, sedangkan nafsu binatang itu terus menerus menggoda aku dan bersarang dalam sukmaku. Bukan salah sesiapa, aku akui semua punca datang daripada aku sendiri yang tidak pernah puas untuk melakukan sesuatu yang di murkai. Aku membiarkan nafsu celaka itu bermaharajalela dalam diri aku, aku membiarkan diri aku tersungkur di dalam lembah kehinaan. Sampai bila?? Soalan itu selalu menyelinapi ruang kotak fikiranku. Hidup aku sudah tidak keterbatasannya, kemana hilang agama aku??? Ke mana hilangnya maruahku sebagai seorang perempuan??? Mahkota yang selama ini bermati- matian aku pertahankan telah pun gugur dipersada kehinaan dan kekejian. Bagaimana suatu hari nanti aku harus berhadapan dengan seorang arjuna, yang bakal menjadi pemimpin aku?? Apa hadiah yang harus aku berikan di malam pertama nanti??? Maafkan aku, kerana kegagalan aku untuk mempertahankan mahkota untuk dihadiahkan kepadamu wahai arjunaku.         Benar kata orang, cinta itu buta! Kerana Cinta boleh merubah kehidupan alam semesta. Cinta adalah sesuatu yang aneh, kerana ia akan  melahirkan sesuatu yang sukar untuk aku perjelaskan, hanya orang yang pernah melaluinya akan merasai keanehan itu. Bagaimana cinta itu tumbuh?? Aku sendiri masih meraba- raba jawapannya. Cinta mempunyai banyak musim, cinta bukan juga hanya berfokuskan kepada cinta sesama manusia. Cinta kepada Allah adalah lebih indah dari mencintai sesuatu yang lain. Namun masih ada juga insan seperti aku yang telah memperjudikan maruahnya demi kerana cintanya kepada insan yang belum tentu menjadi pandu arah kepadanya suatu hari nanti. Mulut lancang sekali berkata- kata, namun belum tentu dapat dilaksanakan. Maksud aku, kita hanya dapat merancang, tapi tuhan yang menentukan. Mungkin apa yang telah menghempas hidup aku, adalah takdir untuk aku. Takdir yang telah ditentukan olehNya semenjak azali. Pada siapa yang harus aku persalahkan??? Takdir yang telah ditetapkan?? Ibu Bapa yang telah mengabaikan tanggungjawabnya?? Si dia yang telah menciptakan noktah hitam dalam kamus hidup aku?? Atau salah aku sendiri yang mencintai si dia dengan membabi buta?? Alang- Alang menyelup perkasam biarlah sampai kepangkal lengan. Hidup aku sudah tiada maknanya lagi segalanya telah hancur, tiada apa yang harus aku pertahankan lagi, biarlah aku hanyut dalam dunia khayalan, dunia yang telah aku ciptakan sendiri. Bagi aku adanya si dia telah cukup untuk membuatkan aku gembira.

            Masih  segar dalam ingatan saat pertama kali aku mengenali si dia, aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan diri aku. Ada sesuatu yang telah mengetuk pintu hati aku dan membuatkan hati aku rasa teringin untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Namun aku cuba untuk melawan perasaan itu, semakin aku mendekatinya semakin aku rasa sesuatu yang aneh dalam diri aku. Apakah ini yang dikatakan cinta??? Sikapnya yang mesra alam itu, menjadikan dia mudah didekati. Aku mula memerhatikan cara dia, cara pertuturan dia dan sikap dia. Bagi aku dia adalah seorang lelaki yang bukan calang- calang orang. Ada sesuatu yang membezakan dia dengan orang lain. Aku mula mendekatinya dengan perlahan- lahan, melihatnya dari jauh dan pada suatu hari tanpa aku duga dia menyapa aku dengan mesranya. Semenjak dari itu, aku dan dia selalu berkongsi suka dan duka. Dia pernah mengatakan yang dia hanya menganggap aku tidak lebih daripada seorang adik dan dia memberikan aku penjelasan yang kukuh, dia membuat pengakuan bahawa cintanya telah di miliki seseorang. Sikap jujurnya membuatkan perasaan aku semakin sayang padanya dan sukar untuk aku menerima hakikat bahawa hatinya sudah berpenghuni. Aku tertanya- tanya siapakah perempuan yang bertuah itu?? Ingin sekali aku mengenalinya. Apakah keistimewaan perempuan itu, sehinggakan dia dapat merasuki jiwa Fiq???.

            Terlalu sulit bagi aku untuk menghadapi situasi seperti ini, bagaimana harus aku kikiskan perasaan cinta ini terhadap Fiq??? Mana mungkin perasaan cinta dapat di semaikan di dalam jiwa yang telah ada pemiliknya,  dia menganggap aku tidak lebih daripada seorang adik. Aku berperang dengan perasaan aku sendiri, bermacam- macam dugaan yang terpaksa aku tempuhi. Aku cuba untuk menjauhinya dengan perlahan- lahan, tetapi semakin aku menjauh perasaan cinta ini semakin kuat terhadapnya. Hidup aku mula di landa tsunami rindu, aku mula di sihiri cinta yang tiada jawapan. Aku buntu, perlukah aku merayu untuk menembusi tembok hati sanubarinya ataupun aku harus menanti dan terus menanti tanpa jemu??? akhirnya aku terpaksa mengikut arus. Fiq merupakan seorang yang agak periang di Kolej dan dengan sikap periangnya itu, ramai si dara yang jatuh cinta kepadanya. Namun yang menjadi kebanggaan aku, dia adalah seorang yang setia dan tidak mudah rebah dalam pelukan wanita- wanita yang cuba untuk menggodanya. Fiq telah menjerat aku ke dalam sangkar cintanya, aku tidak mampu untuk membuang cinta yang telah lama bersarang di dalam hati aku. Setelah dua tahun berlalu, aku cuba untuk mendekati lelaki lain dengan harapan perasaan aku terhadap Fiq akan lenyap di mamah masa. Aku kuatkan hati untuk menerima lelaki lain sebagai arjuna dalam sukmaku, namun ternyata hati aku tidak dapat menerima lelaki lain sebagai penghuni hati aku. Mengapa? Mengapa ini harus terjadi??? aku hilang arah. Setelah aku tamat pengajian,  aku perlahan- lahan mula melabuhkan tirai, aku mula menjauhkan diri dari Fiq. Tanpa aku duga, selepas satu tahun berlalu  aku telah mendapat panggilan daripada Fiq.

FIQ- Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Shasya?

SHASYA- Waalaikumussalam, ya, Shasya bercakap. Boleh saya tahu siapa yang bercakap tu?

FIQ- Boleh… Abang Fiq ni... Ermm lama tak jumpa dengan adik, adik sihat ke?

            Aku terdiam seketika, hati aku berdegup kencang, darah mula menyelinap seluruh urat sarafku. Aku bagaikan tidak percaya yang aku menerima panggilan dari Fiq. Pada waktu itu, hampir tiga jam kami bersembang, terasa begitu cepat masa berlalu. Fiq telah menceritakan perihal dia dan bekas kekasihnya yang telah berpaling arah kepada lelaki lain dengan alasan Fiq tidak mampu untuk memberikan dia kebahagiaan. Sungguh aku bersimpati di atas kekecewaan yang dia alami. Semenjak hari itu, aku dan Fiq kembali mesra seperti mana mula- mula kami kenal sewaktu dahulu. Kecurangan perempuan itu, telah memberikan sinar baru dalam hidup aku. Fiq mula mengambil berat tentang diri aku, cinta yang aku tanamkan di jauh sudut hati aku dahulu kini perlahan- lahan timbul ke dasar, cinta yang dahulunya aku anggap mimpi kini hampir menjadi realiti. Semakin lama, perasaan cinta Fiq terhadap aku semakin jelas. Aku dapat rasakan panahan cintanya yang bisa menggongcangkan hati sesiapa saja. Namun, aku cuba untuk menafikan perasaan itu, kerana aku takut.. aku takut cinta aku bertepuk sebelah tangan. Aku tidak mengharapkan cinta darimu Fiq, bagi aku cukuplah aku menjadi bicaramu disaat kau hampir rebah tersungkur. Setelah hampir dua tahun Fiq kembali mengharungi suka duka bersama aku, Fiq mengajak aku untuk bertemu dengannya, tanpa bantahan aku memberanikan diri untuk menemui Fiq.

FIQ- Shasya, makin cantik ea sekarang..

SHASYA- Eh! (malu- malu) mana ada, macam dulu- dulu juga, tak ada yang berubah pun.

FIQ- Macam dulu- dulu??? (tersenyum)

SHASYA- Aik, kenapa senyum??? Betul la

FIQ- Macam mana pula dengan hati Shasya???

SHASYA- (berpura- pura tidak faham) Kenapa dengan hati Shasya??? Shasya ok je..

            Tanpa aku duga, Fiq perlahan- lahan memegang tangan aku dan merenung jauh kedalam mata aku. Renungan matanya telah menusuk masuk ke dalam mata hati aku, dari sinar matanya aku dapat membaca apa yang ingin dia katakan. Fiq mula berbicara dengan bahasa cinta, Aku cuba untuk menepis setiap kata- katanya, namun kata- katanya itu telah membawa aku melayang jauh ke bima sakti. Rindu aku terhadap Fiq semakin menebal, mungkin aku boleh menipu sesiapa sahaja tapi tidak pada hati aku. Cinta aku terhadap Fiq tidak pernah berubah, tidak pernah bergongcang dan tidak sedikitpun berkurangan malah ianya semakin melebat seperti hujan yang turun di musim tengkujuh. Aku jatuh cinta buat kali keduanya kepada orang yang sama, namun situasi yang berlainan. Kalau dulu cinta aku tidak di pedulikan, tapi kini Fiq mengangungkan cinta aku, Fiq melayan aku umpama puteri kayangan. Aku mula hanyut dalam lautan cinta yang telah di ciptaan oleh dua hati yang saling mencintai. Masih aku ingat, waktu mula- mula Fiq membawa aku menemui kedua orang tuanya. Mereka melayan aku begitu mesra sekali, setiap minggu Fiq akan membawa aku menemui orang tuanya dan menolong ibunya memasak, kemudiannya kami makan bersama- sama. Aku merasakan seolah- olah aku telahpun menjadi sebahagian daripada keluarga Fiq, dan keluarga aku turut menerima kehadiran Fiq di dalam keluarga kami. Setelah tiga tahun berlalu Fiq melamar aku, dalam diam dia telah pun merisik aku dan kami di ikat. Kini aku telah pun menjadi tunang kepada Fiq. Sebulan kemudian Fiq telah mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat yang besar di Kuala Lumpur. Aku merasa amat gembira dengan rezeki yang Allah berikan kepada Fiq. Aku tidak sabar- sabar untuk diijab kabulkan. Aku menunggu dan terus menunggu kepulangan Fiq, setiap bulan Fiq pasti balik menjenguk aku dan juga keluarganya. Setelah beberapa bulan berlalu, sikap Fiq mula berubah dia mula melemparkan bermacam- macam alasan untuk tidak menghubungi aku. Dia mula menunjukkan sikapnya yang bengis. Setiap kali aku menghubunginya ada sahaja benda yang tidak kena, ada saja benda yang ingin di cacinya. Aku mula merasa gelisah siang dan malam, bermacam- macam persoalan yang bermain di fikiran aku. Apakah penyebab yang merubah Fiq secara mendadak??? Apa salah aku??? Aku kebingungan sendiri. Hampir tiga hari aku tidak makan, sikap murungku mula dihidu oleh kedua orang tua aku. Bermacam- macam persoalan yang mereka lemparkan kepada aku, namun aku hanya diam membisu. Aku tidak tahu apa yang ingin aku jelaskan kepada mereka. Aku malu… aku takut…. Sejujurnya aku tidak rela di tinggalkan oleh Fiq kerana segala- galanya telah aku serahkan kepada Fiq. Tidak pernah terlintas difikiran aku yang Fiq akan berubah hanya dalam sekelip mata, sungguh perih yang aku rasakan. Bagaimana harus aku menghadapi semua ini??. Bermacam- macam cemuhan yang singgah di telinga aku, aku cuba meyakinkan hati aku bahawa dia bukanlah seperti lelaki- lelaki di luar sana yang hanya tahu menabur benih dan dengan mudahnya menghilangkan diri tanpa memikirkan perasaan hati seorang wanita. Hati aku berteriak dalam pedih, bukan mudah untuk aku mempercayai kata- kata orang yang belum aku kenal hati budinya. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur tanpa pengetahuan Fiq. Pada mulanya kedua orang tua aku menghalang aku untuk ke Kuala Lumpur dengan alasan aku masih mentah dan mereka tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada aku. Mereka tidak tahu, hati aku kini berselerakan, meraung kepedihan yang tidak terhingga. Setelah aku sampai di Kuala Lumpur aku di temani oleh rakan sekolah aku suatu tika dahulu iaitu Amira. Amira banyak membantu aku sepanjang aku berada di Ibu Kota. Aku menumpang di rumah Amira untuk beberapa hari. Aku mencari dan terus mencari nama syarikat tempat Fiq mencari rezeki, akhirnya aku jumpa, dengan penuh harapan aku memperlahankan langkah menuju ke kaunter pertanyaan sambil melihat name tag yang melekat di baju seorang gadis cantik yang duduk di kaunter pertanyaan.

Shasya- Maaf Cik Adira, boleh saya berjumpa dengan Muhammad Taufiq bin Kamaruddin?

Cik Adira- Ooo boleh saya tahu cik ni siapa?

Shasya- Saya kawan Fiq, saya ada hal yang mahu di bincangkan sedikit.

Cik Adira- Maaf cik, En. Taufiq baru saja keluar bersama dengan teman wanitanya. Saya tidak pasti dia akan masuk pejabat balik atau tidak. Untuk pengetahuan cik hari ini dia habis kerja awal kerana ada urusan peribadi. Kalau cik mahu jumpa dia datang saja besok pagi.

Shasya- Baiklah, terima kasih, saya minta diri dulu

Cik Adira- Baiklah sama- sama.

            Betapa hancur dan berkecainya hati aku, aku langsung tidak menyangka yang Fiq sekejam itu, empangan airmata mula berkocakan, hati ini mula berlagu pilu. Aku menangis dan terus menangis di pangkuan Amira, Amira turut merasakan kesedihan yang aku alami Amira memeluk aku dengan eratnya dan cuba untuk meredakan tangisan aku. Aku cuba mencari rumah Fiq berdasarkan alamat yang pernah dia berikan kepada aku sewaktu bahagia. Bila aku sampai di hadapan rumah Fiq, hati aku seperti di robek- robek kerana melhat kemesraan antara mereka. Aku tidak menyangka di sebalik rumah yang berdiri megah itu, penghuninya adalah syaitan. Tubuh aku kaku, lidah aku kelu untuk berkata- kata. Airmata mula mengalir deras seperti air terjun yang jatuh dari gunung. Aku melihatnya dari luar pintu jaring tanpa berganjak, dia langsung tidak sedar akan kehadiran aku. Aku hanya memerhati gerak gerinya, sesampai ia di pagar untuk membuka pintu, dia seperti ternampak hantu riak wajahnya berubah begitu ketara, tiada lagi keceriaan yang terlihat di wajahnya yang tampan itu.

FIQ- Shasya! Bila awak datang??? Awak datang dengan siapa?

SHASYA- Fiq… siapa perempuan tu?? Kenapa Fiq buat macam ni?? Apa salah Shasya???

FIQ- Shasya awak balik la dulu, nanti kita jumpa saya sibuk ni..saya mahu keluar.

SHASYA- Fiq! Jawab dulu saya tanya, siapa perempuan tu???

            Terdengar suara manja dari dalam kereta yang memanggil nama Fiq dengan panggilan ‘sayang’, masih terngiang- ngiang di telinga aku. Tanpa penjelasan dari Fiq aku sudah memahami siapa perempuan itu dihati Fiq, ternyata apa yang aku dengar selama ini benar belaka. Betapa rapuhnya cinta kita Fiq, kenapa kau sentuh hati aku sedangkan kau tidak mencintai aku. Kenapa kau sentuh jasad aku?? Kenapa kau yakinkan hati aku, bahawa kau mencintai aku? Tergamaknya kau Fiq mempermainkan cinta aku, kau memperkotakkatikkan aku. Hati aku tidak putus- putus berdoa agar Allah membuka pintu hatimu untuk berubah. Kau sebagai tunang aku sepatutnya menjaga aku, bukannya membunuh jiwa aku. Aku terlalu mencintaimu Fiq, tiada siapa yang dapat gantikan tempat kau di hati aku. Mengertilah sayang, hati aku, jiwa aku dan diri aku hanya milikmu dan aku yakin diri aku di cipta hanya untuk kau Fiq, untuk kau bukan untuk orang lain. Tiap saat aku menunggu kau menghubungi aku, aku mahukan penjelasan dari kau, aku mahu kau tepis segala kekusutan yang ada dalam kotak fikiran aku.

            Setelah hampir satu minggu, aku telah mendapat panggilan dari Fiq dan dia mahu menemui aku, hati aku sedikit terubat. Bila aku sampai di tempat yang di janjikan, langkah aku terhenti apabila melihat dia bersama dengan seorang gadis yang cantik dan seksi. Hati aku berbelah bagi untuk meneruskan perjalanan atau tidak kerana jika aku tidak menemui Fiq hari ini, sampai bila harus aku berendam air mata??? Aku terlalu ingin mendengar penjelasan darinya. Dengan hati yang pasrah aku meneruskan perjalanan, sesampainya aku di sisinya dia terkejut dan memperkenalkan aku kepada perempuan yang telah merosakkan hubungan kami. Telah aku jangkakan semua ini akan berlaku, Fiq memberi penjelasan yang langsung tidak masuk akal, dia mengatakan yang dia tidak boleh berjauhan dengan orang yang dia sayang, kerana hatinya mudah sekali berubah. Fiq mahukan perempuan yang selalu ada di sampingnya, perempuan yang boleh menyerahkan segalanya- galanya bila- bila masa  sahaja dia mahukan. Tidak aku menyangka di sebalik wajah bersihmu, kau mempunyai hati yang kotor Fiq!!! Kau langsung tidak menghargai susah payah yang telah aku tempuhi, pengorbanan demi pengorbanan terbakar aku sendirian, aku umpama dian yang menyinari malam dan kegelapan. Sanggup kau memperjudikan cinta yang aku pertahankan selama ini terhadapmu. Mahu saja aku lapah perempuan itu, kerana dialah punca segala- galanya, dia telah merubah pantai yang selama ini indah berseri. Aku pasrah walaupun parah, aku terima kata putus yang Fiq ungkapkan, aku hormat keputusannya. Lalu aku undurkan diri, kerana sudah tidak sanggup lagi melihat dirimu telah pun ditawani insan yang lain sehingga aku rasa disisihkan. Aku yakin kau akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatanmu. Aku percaya hukum karma!!!.

            Dari jauh aku melihat di halaman rumah aku begitu ramai sekali orang, biasalah ibu aku itu seorang yang rajin, dia selalu menjamu orang- orang kampung. Bila aku sampai di hadapan tangga rumah aku, aku  mendengar sayu- sayu tangisan seorang kanak- kanak lelaki, aku kenal suara itu! Suara itu milik adik lelaki  aku. Tanpa berfikir panjang aku terus melangkah tangga. Jantung ini bagai terhenti seketika disaat aku melihat sekujur badan yang kaku di sebalik kain kafan. Aku perlahan- lahan menghampiri tubuh yang kaku itu, Aku mendengar tangisan yang semakin dekat dengan aku dan aku merasakan ada seseorang memeluk aku dari belakang, dunia aku menjadi gelap serta merta, lidah aku kelu untuk berkata- kata, aku bagaikan tidak percaya tubuh yang kaku itu adalah ibu aku, ibu yang telah melahirkan aku, ibu yang telah membesarkan aku. Ya Allah ujian apakah ini? Mengapa kau rampas semua orang yang aku sayang? Aku tidak kuat lagi Ya Allah!! Kemana harus aku curahkan kekecewaan ini? Aku terus memeluk erat tubuh kecil adik lelaki aku. Aku cuba untuk menenang adik lelaki aku, namun aku gagal dan aku membiarkan saja dia menangis semahu- mahunya. Tiba- tiba ada seorang lelaki yang memukul aku dari belakang. AYAH: Dasar anak sial! Kenapa kau balik lagi di rumah ini?

SHASYA: Maafkan saya ayah… kenapa dengan ayah ni??

AYAH: Sekarang puas la hati kau kan?? Mak kau dah meninggal, semua ini salah kau!! Salah kau!!!

SHASYA: Ya Allah… mengucap ayah, mengucap!!! Semua ini dah suratan takdir ayah…

AYAH: Suratan takdir kepala otak kau!! Kau ingat tak janji kau dengan arwah mak kau, sebelum kau pergi ke Kuala Lumpur??? Ingat???

SHASYA: Shasya ingat ayah, Shasya ingat!! Dengar la dulu penjelasan Shasya… Shasya bukan mahu pergi lama, tapi Shasya ada urusan yang mahu di selesaikan di sana.

AYAH: kenapa kau tak hubungi arwah mak kau ?? kenapa kau menghilang tanpa berita?! Arwah mak kau selalu menangis kerana dia risaukan kau!!

SHASYA: Ayah maafkan saya, saya bukan sengaja mahu buat mak risau.. tapi saya tidak mahu mak risau bila mak tahu keadaan saya..

AYAH: Alasan yang bodoh!!! Kau berambus dari rumah aku!! Kau tahu tak, mak kau meninggal dalam kemalangan semasa dalam perjalanan untuk ke Kuala Lumpur. Pergi semata- mata untuk mencari engkau!

            Tersentap hati aku mendengar kata- kata terakhir ayah, aku diburu rasa bersalah semua orang menunding jari kepada aku, semua tidak henti- henti menyalahkan aku. Apa yang harus aku lakukan?. Hanya Allah sahaja yang mendengar jeritan batinku, aku sudah tiada pilihan selain pergi meninggalkan rumah kesayanganku, rumah yang telah memberikan seribu satu kenangan. Sungguh berat hati aku untuk meninggalkan rumah yang aku anggap seperti syurga. Hati aku bertambah pilu apabila adik lelaki aku memanggil- manggil nama aku sambil menangis tersedu- sedu. Tanpa menoleh aku teruskan perjalanan, aku tidak sanggup untuk melihat tangisan itu. Aku berjalan dan terus berjalan tanpa arah tujuan,  fikiran aku buntu. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan, aku harus berdikari, berdikari demi mencari sesuap nasi. Aku di tawarkan untuk bekerja di Restoran Balqis berdekatan dengan rumah sewa aku di Kuala Lumpur, aku menerima tawaran itu sementara mencari pekerjaan yang lebih baik. Sikap peramah salah seorang daripada pekerja di situ, mengimbaukan kembali kenangan aku dan Fiq. Walaupun Fiq telah merobek- robekkan jantung aku, namun ternyata aku masih lagi mencintainya. Aku terus melayan perasaan aku yang semakin bercelaru, lalu lamunan aku terhenti apabila ada seorang lelaki tampan menyapa aku.

FAKRI: Hey!! Kuatnya mengelamun.

SHASYA: (Terkejut dan pura-pura jual mahal) Apa hey- hey??, awak ni tak ada adat ke?bagi la salam dulu nak tegur tu.. terkejut saya…

FAKRI: Amboi garangnya…

Lalu Tina salah seorang pekerja di Restoran Balqis menarik tangan aku.

TINA: Maaf bos.. nama dia Shasya, pekerja baru di Restoran ini.

SHASYA: Ahh.. (tergagap- gagap) maafkan saya tuan saya tak tahu tuan ni bos di sini.

FAKRI: (tersenyum) tak apa.. jangan panggil saya tuan, panggil saya Fakri saja.

SHASYA: Baiklah… En. Fakri. (tersenyum)

            Semenjak hari itu, Fakri selalu pergi ke Restoran itu, Tina memberitahu aku perangai Fakri tidak sama macam sebelum ini. kalau dulu dia hanya datang sekali saja dalam satu bulan, itu pun kerana mahu memberi gaji dan mengira buku akaun. Aku mengabaikan kata- kata Tina itu, kerana aku tidak mahu membahaskan perihal itu, aku tahu apa maksud Tina yang sebenarnya namun aku berpura- pura tidak mengerti. Hari demi hari Fakri selalu memerhatikan aku dari jauh, sehingga ada rakan- rakan aku yang juga turut perasaan sikap Fakri yang semakin aneh itu. Semasa aku pulang dari bekerja, aku terjumpa sehelai kertas yang terselit di celah pintu pagar rumah aku. Aku membaca isi dalam surat tersebut, aku terkejut kerana ada seseorang yang ingin menemui aku tanpa memberitahu namanya. Aku mengabaikan surat itu kerana aku menyangkakan ini perbuatan Tina yang sengaja ingin mengenakan aku. Tapi bila aku menanyakan perihal itu kepada Tina, dia langsung kebingungan, aku faham riak mukakan menunjukkan yang dia tidak tahu menahu hal tersebut. Tina ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang apa yang aku maksudkan. Aku hanya mendiamkan diri dan berlalu kerana aku tidak mahu sesiapa tahu, aku sendiri yang akan siasat siapakah lelaki misteri itu yang selalu melayankan surat untuk aku. Aku memberanikan diri untuk pergi ke tempat yang selalu dia ingin menemui aku. Aku sampai di situ dan melihat tiada sesiapa pun yang berada di situ, hampir setengah jam aku berada di situ, aku bangun dari bangku untuk berlalu dari situ. Bila aku menoleh ke belakang hampir gugur jantung aku, kerana melihat Fakri yang berdiri di belakang aku.

SHASYA: Eh! En. Fakri. Buat apa di sini???

FAKRI: Kenapa awak terkejut? Awak tu buat apa di sini sorang- sorang?

SHASYA: ermmm ermmm.. tak ada apa- apa la saya saja je jalan- jalan dekat sini.

FAKRI: Ye ke?? Ke awak tunggu seseorang?

SHASYA: Eh! Mana ada…

FAKRI: Cantik kan tempat ini Shasya???

SHASYA: Ea.. sungguh cantik…

FAKRI: Tapi cantik awak lagi..

SHASYA: (malu- malu) mana ada.. mengarut saja En. Fakri ni. Ermm.. En. Fakri pula buat apa dekat sini??

FAKRI: (Tersenyum) menunggu pujaan hati saya yang selalu menembusi mimpi saya. Setiap saat dia hadir dalam igauan saya, saya sudah tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan saya terhadapnya. Ingin sekali saya persuntinkan dia menjadi permaisuri di taman hati saya.

            Aku terkejut dengan kata- kata Fakri kerana kata- kata itu juga terpapar di antara surat- surat yang aku dapat. Ternyata Fakri yang selama ini memberikan aku lembaran surat cinta, dialah lelaki misteri itu. Fakri ingin menemui kedua orang tua aku, dia ingin melamar aku untuk menjadi permaisuri hidupnya. Terlalu awal bagi aku untuk berkahwin dengan Fakri, belum sempat aku mengenal hati budi Fakri dengan lebih mendalam. Aku menceritakan segalanya perihal aku, aku tidak mahu dia menyesal di kemudian hari nanti.

            Tiga tahun sudah berlalu, aku kini telah bersekedudukan dengan Fakri. Aku tinggal bersama Fakri di Rumah Banglo milik Fakri, kami bagaikan suami isteri. Aku mulakan hidup baru dengan penuh kasih sayang. Aku bahagia menjadi kekasih Fakri dia melayan aku dengan penuh kasih sayang, dia ternyata seorang yang sangat romantik. Aku menjalankan tanggungjawab seperti seorang isteri, aku cuba untuk tidak menyakitkan hati Fakri jauh sekali berlaku curang. Kehadiran Fakri di dalam hidup aku umpama rembulan yang menyinari kegelapan malam yang memberi sinar harapan kepada aku untuk berjuang meneruskan hidup di alam fana ini. Aku sangkakan panas sampai ke petang rupa- rupanya hujan di tengahari. Kebahagian aku hancur berkecai dengan sekelip mata apabila aku mendapat tahu tentang Fakri yang telah menghidap penyakit barah otak yang agak kronik. Fakri kini terlantar di hospital. Aku tidak putus- putus berdoa siang dan malam agar Allah menyelamatkan Fakri biarpun aku tahu doaku ini tidak layak untuk dimakbulkan, sesungguhnya aku tidak sanggup kehilangan satu- satunya orang yang aku sayang dan aku cintai. Aku bercengkam mata untuk menjaga Fakri, aku tidak mahu sesuatu terjadi kepadanya.

            Masih aku ingat, waktu aku tertidur di samping Fakri, aku telah mendapat satu mimpi, Fakri membawa aku ke satu taman yang sangat indah, di sana ramai kanak- kanak yang bersuka riang. Fakri memimpin tangan aku dan dia mengatakan yang dia sangat mencintai aku dan dia akan menunggu aku. Aku tidak faham apa maksud Fakri, aku cuba untuk mendapat kepastian namun dia telah hilang aku cuba mencarinya dan mencari, aku tersedar dari tidur dan aku mendapati tubuh Fakri telah kaku. Aku cuba untuk sedarkan Fakri namun tubuh itu langsung tidak bergerak. Lalu aku berlari untuk mendapatkan bantuan dari Doktor yang bertugas. Doktor mengesahkan bahawa Fakri telah pergi mengadap ilahi. Aku bagaikan tidak percaya, begitu cepat masa berlalu. Aku sekali lagi telah kehilangan orang teramat aku cintai dan sayangi. Fakri pergi meninggalkan aku bersama dengan bayi di dalam kandungan aku.

            Baru saja beberapa hari Fakri pergi, aku mendapat musibah yang dasyat. Restoran Balqis kepunyaan milik arwah di bakar entah angkara siapa. Perniagaan Fakri lingkup, kini aku terpaksa berdikari untuk mencari makan. Aku mula resah, entah bagaimana aku ingin menjaga anak yang bakal di lahirkan tidak lama lagi, sedangkan menjaga diri sendiri pun aku tidak mampu. Akhirnya anak yang aku lahirkan dengan kudratku aku serahkan kepada keluarga angkat. “Maafkan mama sayang kerana mama tidak mampu menjaga kamu, mama terpaksa lakukan ini, mama tidak mahu kamu susah nanti. Fakri maafkan aku kerana aku telah mungkiri janji kita”.

            Dalam jiwa yang kekosongan aku berjalan, tiba- tiba ada seorang lelaki melanggar aku, aku menoleh kearahnya dan terkejut kerana aku kenal lelaki itu, lelaki yang telah menghancurkan hati aku, lelaki pertama yang bertanggungjawab di atas segala apa yang telah berlaku kepada aku. Fiq! Ya nama itu telah ku lempar jauh- jauh dalam hidup aku kini kembali menagih harapan. Mencari cinta yang hilang, dia merayu- rayu kepada aku agar aku memaafkannya. Fiq kini bekerja di kilang kerana dia telah di buang kerja angkara perempuan yang dia agung- angungkan suatu tika dulu. Dia telah menyesal dan dia akan membuktikan cinta dia kepada aku, katanya, dia mencari aku di merata- rata tempat dan aku hanya pekakkan telinga kerana aku tidak mahu dipermainkan oleh Fiq buat kali kedua dan aku hanya mendiamkan diri. Sekeras- keras kerak nasi bila di rendam air akhirnya lembut juga. Begitulah perumpamaan yang sesuai dengan aku, akhirnya aku tersungkur di persada dosa. Cinta yang dulu hilang, kini kembali bersatu, aku mula mencintai Fiq lebih daripada aku mencintainya sewaktu masa dahulu. Setiap minggu kami akan bersama melayarkan bahtera cinta, menciptakan dosa dan aku merasa seronok bersama dengan Fiq dan akhirnya aku hanyut dalam dunia aku sendiri.

Penulis: NINA AISHAH BINTI RAMALI

Matrik: BC 12160190

Thursday, 28 November 2013

“Kecekalan Sanubari Zahra Humaira”
Keayuan wajah kian terserlah pada seorang gadis yang memiliki senyum tawa yang manis dan berkulit putih kemerah-merahan tetapi sayangnya mengalami kecacatan fizikal  sejak di lahirkan lagi. Dia mempunyai rupa paras yang sangat comel dan cantik. Tetapi sayangnya kita hanya manusia ciptaanNya hanya mampu bersyukur dengan segala nikmat dan anugerah yang di kurnia oleh yang Maha Esa. Pertuturannya sangat lancar dan petah apabila berbicara. Kebijaksanaannya dapat membuat hati ibunya sentiasa gembira dan tertawa kecil apabila dia berhujah. Semua itu di ceritakan padaku oleh seorang nenek tua yang tinggal di kampungku.  Aku diberi gelaran  “Zahra Humaira”. Ibuku lebih gemar  memanggilku dengan gelaran Humaira yang bermaksud merah keputih-putihan. Ibuku memberitahuku dia mengambil nama itu sempena nama anak Nabi Muhammad S.A.W. Ibuku hanya seorang penoreh getah yang hanya bekerja sesudah subuh sebelum matahari terbenam terik. Pekerjaannya itu sekadar dapat menyara hidup kami berdua dan pekerjaan ibu hanya  mampu mencari sesuap nasi bak kata pepatah ‘kais pagi makan pagi kais petang makan petang’.
Kemiskinan yang di alami oleh kami berdua selepas kematian bapaku kerana di patuk ular ketika bapaku keluar untuk menoreh getah menyebabkan kami makin hari semakin susah. Ibuku terpaksa berkerja untuk menyara aku yang tidak seperti anak orang lain,tetapi ibuku selalu tetap bersyukur katanya, “ tidak mengapa kita hidup susah Humaira ibu bersyukur Tuhan telah kurniakan ibu seorang anak yang teramat istimewa sebagai penganti warisnya kelak”.  Kadang-kadang aku tidak mengerti dengan naluri seorang ibu yang sanggup membuat apa sahaja untuk membesarkan aku. Aku  hanya mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibunya.
 Sambil menghirup udara nyaman di sekitar rumah usangku aku sempat mengelamun “kenapa kehidupanku selalu dipandang hina oleh penduduk kampung  tidak kira tua,muda dan yang seusia denganku. Hanya di sebabkan aku mengalami kecacatan fizikal tubuh lebih-lebih lagi tanganku mereka semua bagaikan di landa rebut taufan bila melihat aku. Tapi kenapa? Aku tidak pernah di pinta lahir ke duniawi ini dengan kecacatan?. Lamunanku berhenti sejenak, hatiku yang kian terguris terasa hilang bila memandang wajah ibuku yang nyeyak tidur yang hanya beralaskan tilam buruk dan sebiji bantal yang usang. Aku mendekati ibu dan aku merebahkan tubuhku di sebelah ibu dan aku memandang wajah ibu yang kini sudah berkedut. Tanpa aku sedari guguran manik-manik kecil kian membasahi di pipinya. Hati kecil aku sentiasa berkata,
 “ibu…maafkan Humaira ibu..maafkan anakmu… Humaira tidak mampu untuk menolong ibu Humaira cacat, Humaira memang anak tidak berguna ibu….maafkan aku ibu.” kalau ikutkan hati ingin aku bekerja dan menyara kehidupan aku dan ibu. Tiba-tiba ibu menyentuh bahuku dan berkata, “anakku Zahra Humaira, puteri kesayangan ibu, intan payung ibu…kenapa kamu termenung jauh ,kenapa menangis sayang?”. Aku terkejut dengan sapaan ibu pantas aku menjawab aku ingin menolong ibu bekerja. Ibuku hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Jauh di sudut benakku aku ketahui kenapa ibu terus terdiam tanpa menjawab persoalan yang aku lontarkan.
Petang itu aku melihat ibu batuk-batuk dan lemah selepas pulang menoreh. Aku memberikan ibu segelas air supaya dapat juga hilangkan batuk-batuk ibu. Pada suatu malam saat bulan menerangi cahaya kusam rumah usangku, ketika itu aku hanya duduk termenung di sebuah jendela kecil. Ibu mendekati aku sambil menyusap-nyusap helaian rambutku yang keperangan itu.  “Kenapa sejak dua tiga hari ini ibu lihat anak ibu selalu termenung jauh. Humaira sakit ke? Bagitahu ibu sayang?”. Aku merenung mata ibuku yang sayu itu. Terguris hatiku bila bertentangan mata dengan ibunya yang semakin hari semakin kurus kerana terlalu penat bekerja. Lalu aku tabahkan hati untuk berbicara dengan ibuku, lalu aku berkata, “ibu kenapa Humaira di lahirkan begini? Kenapa tak sempurna seperti orang lain? Kenapa tidak ada seorang pun yang nak berkawan dengan Humaira? Apa dosa Humaira??”.  Pertanyaan demi pertanyaan yang keluar dari mulutku. Ibuku tidak menjawab persoalan yang di ajukan olehku tetapi hanya linangan air mata yang bergelora mengcurahi membasahi pipi ibuku.  Ibu semakin sebak lalu ibu memelukku sekuat hatinya dan berkata, “Sebab Humaira terlalu istimewa sayang, semua ini anugerah dan ketentuan Allah sayang, apa yang penting ibu sayangkan anak ibu sepenuh hati ibu dan akan sentiasa bersama-sama anak ibu sehingga nafas ibu berhenti.”. Pantas aku memeluk dan mencium kedua-dua belah pipi dan dahi ibunya, dan mencium tangan ibuku kerana aku berasa bersalah dengan kata-kataku yang membuatkan ibu menangis.
Selepas aku menolong ibu memasak dan mengemas rumahku. Hanya itu ynag mampu aku menolong ringankan beban ibu. Setiap petang aku sentiasa melihat kanak-kanak yang seusia denganku pantas berlari anak apabila pulang dari sekolah. Kadang kala terasa cemburu  bila melihat perwatakan orang lain yang sempurna sedangkan aku di lahirkan di muka bumi ini dengan serba kekurangan tapi apakan daya Tuhan Maha Pencipta dan maha Adil.. Malam itu aku mengambil keputusan untuk cuba berbincang dan memberitahu hasratku. Dengan nada suara yang lembut aku terus berkata, “ibu boleh tak kalau Humaira hendak bersekolah seperti rakan-rakan lain? Humaira ingin belajar untuk ubah nasib kita ibu, Humaira nak jadi seorang penulis yang terkenal ibu ,nanti ibu juga akan senang dan Humaira janji akan balas jasa dan pengorbanan ibu, demi ibu”.
Ibunya terkejut mendengar permintaanku yang cacat itu, lebih-lebih lagi pada bahagian tangannya yang teruk. Hati ibuku berkata, “ macam mana la nanti anak aku ini hendak menulis tangannya tidak seperti orang lain, Ya allah macam mana ingin aku jawab pada anakku ini. Aku tidak mampu untuk menghantar anakku ini ke sekolah, aku tidak ada duit?”. Sambil tangannya menepuk-nepuk bahuku, ibuku menjawab “ Humaira sayang…macam mana ibu nak hantar Humaira ke sekolah nak, ibu tak mampu sayang..Humaira tahu kan sayang kita orang susah ibu hanya mampu bagi Humaira makan. Kalau ikutkan ibu memang ibu nak sangat hantar Humaira ke sekolah belajar seperti anak orang lain”. Aku hanya terdiam tetapi dalam sanubariku terasa sedih dan aku bernekad akan berusaha membantu ibuku.
Kegigihanku adalah ingin belajar dan menjadi seorang penulis terkenal  suatu hari nanti tidak pernah lusuh kerana ibu selalu berpesan padaku ‘ genggam bara api biar sampai jadi arang’. Aku akan berusaha sehingga berjaya bak kata perumpamaan melayu ‘Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’. Aku sentiasa berjalan-jalan menghirup udara segar pada setiap petang. Ketika itu aku telah berjumpa dengan seorang gadis yang cantik dan mempunyai hati yang baik,dia melihat aku dari jauh dan dia mula menghampiri aku, lalu dia memperkenalkan dirinya “ hai saya Syaidatul Ainun, awak jalan seorang-seorang je…awak nak tak berkawan dengan saya?”. Aku hanya mampu tersenyum dan mengangguk kepalaku kerana tidak pernah ada orang yang ingin berkawan denganku. Semua kanak-kanak yang melihatku mesti berlari seperti di kejar anjing kerana takut kecacatanku berjangkit padanya. Aku terus berkata “ hai saya Zahra Humaira panggil je saya Humaira ataupun Ira atau Zah atau…hmmm….erk pangiil je saya Zahra”. Syaidatul Ainun tergelak kecil bila mendengar hujahanku tentang nama panggilanku… Pantas dia mengajakku berjalan dengannya. Mendengar cara percakapanku  membuat hati Ainun berasa senang dan gembira bila berkawan denganku walaupun aku hanya seorang yang cacat dan miskin tapi katanya tidak ada penghalang untuknya berkawan denganku. Aku mengajak Ainun pergi ke rumahku, sampai sahaja di rumahku aku mengajak Ainun naik ke atas rumahku walaupum aku tahu keadaan rumahku yang bagaikan kain buruk.
“Ainun naik la.. maafkan saya jika awak tidak selesa dengan keadaan rumah saya.maklum la rumah usang”. Aku mula bercerita dengan Ainun dengan perihal masing-masing aku memberitahu hasratnya yang ingin bersekolah tetapi ibuku tidak mampu  menghantarnya ke sekolah. Hati Ainun tersentak mendengar hasrat Humaira serta melihat keadaan rumah Humaira yang seperti rumah usang yang hanya tunggu roboh.
Syaidatul Ainun berdekad akan membantu Humaira dalam menimba ilmu supaya suatu hari apabila Humaira akan bersekolah dan akan  menjadi pelajar yang bijak dan di segani ramai walaupun fizikalnya cacat. Kini, setiap petang Ainun akan pergi ke rumah Humaira. Ainun juga telah menghadiahkan Humaira sebatang pensel supaya Humaira boleh belajar menulis. Ainun  memberikan Humaira buku-bukunya yang tidak lagi di pakainya dan memberi buku ceritanya pada Humaira serta mengajarnya menulis dan membaca. Dia berasa sangat kagum dengan kebolehan dan kepintaran yang terserlah pada seorang gadis cacat yang mudah belajar. Kadang-kadang malu di buatnya bila mendengar hujahan Humaira yang bercakap seperti ‘berteh digoreng’ dan bijak dalam mengeluarkan kata-kata “ibu Humaira mengucapkan terima kasih kepada Ainun kerana sudi  berkawan dan berkongsi ilmu dengan anaknya yang cacat”.
Beberapa bulan telah berlalu, tiba-tiba Ainun memberitahu aku bahawa dia dan keluarganya ingin berpindah ke Kuala Lumpur kerana ayahnya akan bertukar tempat kerja ke sana. Aku sedih kerana selepas ini tidak akan ada kawan yang akan menemani aku pada setiap petang dan belajar. Selepas pemergian Ainun, sikap aku kini berubah tidak seperti dulu tiada lagi gelak tawa dan aku selalu menghabiskan sisa-sisa harinya dengan membaca dan menulis. Ibuku semakin hari semakin tua dan tidak mampu untuk bekerja kerana selalu sakit-sakit. Suatu hari tiba-tiba datang seorang Pak ciknya  yang kaya berkereta mewah BMW. Ibuku memberitahu bahawa itu  adalah saudara dekat yang tinggal di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai pengawai pentadbiran di sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur. Dia membawa aku dan ibuku berpindah dan tinggal di sana bersamanya dan dia juga sanggup menghantarku ke sekolah. Katanya biarlah dia tanggung semua belanja persekolahanku asalkan aku mendapat pendidikan seperti orang lain. Tetapi aku berasa tidak yakin dan curiga dengan Pak cik.
Ibu selalu berpesan padaku “ Humaira, belajar rajin-rajin nak….jangan mudah berputus asa…jangan tinggal solat, setiap apa yang kita lakukan harus ada persediaan jangan biarkan nasi menjadi bubur. Humaira perlu sediakan paying sebelum hujan.” Aku pelik dengan cebisan kata-kata ibu padaku. Tapi aku berjanji akan berusaha demi ibu.
 Setelah beberapa bulan kemudiannya, ibuku meninggal dunia kerana sakit tua. Aku menangis meronta-ronta seperti anak kecil sambil memanggil Ibu!!!! Ibu!!!! Ibu!!!! Jangan tinggalkan Humaira…tiba-tiba sikap pak ciknya berubah dan mengheret aku ke luar rumahnya dan mengurung aku di dalam stor kecil dan gelap. Aku hanya mampu menangis teresak-esak dan meminta tolong tapi tiada seorang pun yang datang. Dalam ruangan stor kecil yang di penuhi habuk aku hanya mendengar aluanan bacaan Al-Quran…. “ Yasin…Wakuralnilkahi, innakalaminalmursalim…”. Mendengar suara orang membaca Yassin air mataku makin laju bagai arus air sungai yang mengalir. Aku hanya mampu berdoa ‘ Ya allah engkau tetapkan ibuku di samping orang-orang yang beriman, ampunkan dosa-dosa ibuku Ya allah”.
Sangkaanku selama ini benar terhadap Pak ciknya dia berbuat baik terhadap aku dan ibu hanya ingin mendapatkan tanah kepunyaan ibu di mana tanah itu tempat ibu mencari rezeki dan memberi  aku sesuap nasi. Pak cik dan mak cikku menghina aku “Kau ni dah la cacat , macam mana la nak belajar hah..tangan pun tak betul? bodoh? Siapa la nak berkawan dengan orang macam kau hah? Engkau ni tak berguana tau tak? Kau ingat aku nak jaga engkau,jangan haraplah buat malu aku tau tak….hahha jaga budak cacat”. Kata-kata itu membuatkan badanku  kaku dan aku hanya membiarkan tomahan demi tomahkan yang keluar dari bibir pak cikku. Hanya linangan air mata berguguran di pipiku. Mereka tidak lagi membenarkanku pergi ke sekolah seperti biasa dan mereka memberitahu bahawa tanah kepunyaan ibuku telah menjadi milik mereka kerana ibuku berjanji akan memberi tanah itu jika pak ciknya menyekolahkan aku serta menjaga aku jika dia meninggal.  
“Ya allah kenapa ibu sanggup berkorban tanah demi memberikan aku pelajaran? Bukankah ini yang aku inginkan dulu?”. Jika masa boleh kuputarkan kembali aku ingin  menarik balik kata-kata dan keinginanku ingin bersekolah. Aku hanya mampu berdoa supaya suatu hari nanti  Tuhan membalas perbuatan Pak cikku yang kejam dan tamak. Tapi apa kan daya ‘air yang di cincang tak akan putus’. Aku hanya mengikut semua kehendak pak ciknya dan jika dihalang, sememangnya tidak berdaya.
Saban hari aku terpaksa makan hati dengan sikap bapa saudaraku yang melayanku tak ubah seperti sehelai kain buruk. “Aku tahu dan aku sedar bahawa aku cacat, fizikalku tidak secantik, tidak sempurna macam orang lain” hanya di sudut hati setiap percakapan itu sering kali terjadi. Tidak juga berani untuk aku melawan. Kerana aku sedar tidak terdaya untuk melawan aku tidak sedarjat mereka.
“Pak cik, keluarkan Humaira dari sini, ada tikus, banyak nyamuk. Humaira takut pak cik”. Sesekali pernah juga aku meronta, menjerit kerana tiada tertahan dengan apa yang terjadi. Namun segala yang aku lakukan hanyalan sia-sia, buang masa sahaja. “Hei budak cacat, kau boleh diam tak? Dah la cacat ada hati takut tikus? Hei tikus dengan nyamuk pom takut lar nak gigit budak cacat macam kau?...dengar sibi erk… Kau tak usahlah nak merayu-rayu  macam orang gila,kat sini tidak ada siapa yang nak membela nasib kau. Cukup masa aku bagi makan, tapi makanan kucing” Hanya itu yang terdengar melalui cupingku oleh seseorang yang aku hormat sebagai bapa saudara. Sendirian aku termenung merenung dalam kegelapan.
“Ya allah kenapa nasib aku sampai begini…ibu kenapa tinggalkan Humaira dengan orang macam ini…Humaira mampu hidup seorang ibu..ya allah engkau kuatkan hatiku”.
“Ibu, Humaira nak ibu, Humaira tak nak duk sini lagi, Humaira perlukan ibu. Ibu balik la ibu”. Sebanyak mana pun rayuan panggilan aku menginginkan ibuku, tetap tidak kesampaian. Manakan orang mati dapat bernyawa kembali. Tuhan lebih sayangkan ibuku. Aku sangat menginginkan ibuku. Jika ibu ada mungkin aku tidak sebegini. Aku hairan mengapa wujudnya manusia yang sempurna fizikal sangat mementingkan harta dan tidak berpegang pada janji, manusia seperti bapa sudaraku mungkin lebih jijik daripada di bandingkan dengan makhluk yang berekor. Aku tertidur dengan tidak disangka-sangka. Hanya bertilamkan lantai simen sejuk, berlapikkan kusin buruk di kepala.
“Humaira sayang…….ibu datang ni nak. Mari dekat ibu sayang, ibu ada ni. Ibu sayang anak ibu. Mari ikut ibu sayang. Ibu nak bawak Humaira berjalan-jalan ke taman yang sangat indah dan cantik”.
“Ibu!!!!..” hanya jerikan yang sekuatnya aku memanggil ibu. Ibu datang dalam mimpiku dan mengajakku untuk bersamanya. Tetapi ibu hanya berpakaian putih, bertelekung bersih dan berwajah cantik. Aku hanya berjumpa dengan ibu di alam mimpi, di alam yang sering kali orang berkata permainan syaitan. Air mata yang tadinya kering, kembali membasahi pipi. Di luar sana kedengaran anjing menyalak syaitan menggila. Aku ketakutan, hanya dapat aku memejamkan mata dan menyebut nama ibu. Terlena aku sehingga matahari menggantikan bulan yang telah mengantuk. Sepanjang malam bulan berjaga melihat aku tidur di tempat yang sangat gelap.
Humaira!!!! Bangun, aku nak kau jaga rumah, dan kau bersihkan semua kotoran dalm rumah aku, aku nak mak su kau nak keluar. Beli barang, mungkin malam nanti aku balik, hei budak cacat cepat la bangun kenapa engkau lembap sangat hah?”.
“Tapi pak cik, Humaira lapar”
“Lapar, lapar, lapar. Tu sahaja yang kau tahu, kau ingat duit aku nak habiskan beli makanan kau?”. “Humaira lapar pak cik”
“Kau masuk  rumah, makan dalam pinggan kucing, tu makanan kau” Sungguh kejam perlakuan bapa saudaraku yang melayan aku seperti orang luar, lebih teruk daripada amah yang datangnya dari Indonesia. Aku sangat lapar kerana sudah dua hari aku tidak menjamah nasi. Aku semakin bingung dengan sikap bapa saudaraku yang menyuruh aku melakukan segala kerja rumah, sedangkan dia dapat melihat segala kekurangan yang aku ada. Air mata yang sejak kebelakangan ini laju menitis, kini sudah kering, kering kontang. Kerana terlalu lapar, aku mencari-cari sesuap nasi. Aku mengangkat saji di dapur dan nasi dingin berkerak itulah yang aku makan. Terasa sedapnya juga bagi orang yang sudah dua hari tidak bertemu dengan nasi seperti aku. Aku melihat ke keluar rumah dengan pandangan jauh. Kawasan yang langsung tidak aku temui jalan keluar, tetapi keinginan untuk aku keluar dari neraka dunia buatan bapa saudaraku meluak-luak. Walaupun kecacatan yang aku miliki, aku berusaha untuk lari bebas keluar.
Aku terus berlari entah ke mana arah tujunya. Orang sekeliling melihat aku seperti melihat kucing kurap. Mungkin kerana pakaian aku yang sebegini kotor. Aku berlari dan terus berlari tanpa menghiraukan orang sekeliling yang sedang memerhatikan aku. Aku berlari sekuat hati kerana kuatiri aku diperhatikan oleh sang penghiri hati. Sesampainya aku di sebuah deretan kedai, aku pun merehatkan tubuhku sejenak. Aku tertidur sambil tersandar pada dinding. Aku sangat letih.
Humaira sayang….., mari sini, ibu datang lagi ni. Nanti Umaira bangun, anak ibu ni pergi cari jalan pulang ya. Humaira balik rumah kita di kampung. Ibu terpaksa pergi sekarang. Ibu sayang anak ibu. Ibu sentiasa dekat dengan Humaira”.
“Ibu, ibu, ibu,!!!”
“Eh! Gila ke budak ni?” terdengar suara orang lalu lalang mungkin terkejut kerana aku berteriak memanggil nama ibuku yang hanya datang melalui mimpi. Dalam mimpi tadi ibu menghulurkan tangannya kepada aku, tapi belum sempat aku mencapai tangan ibuku,ibu dah hilang. Tapi tadi “ibu cakap balik rumah di kampung, tetapi macam mana aku nak balik? Aku hanya ingat nama kampungku sahaja, aku langsung tak teringat jalan yang nak menuju ke kampungku” aku hanya bercakap seorang diri tanpa didengari oleh orang lain. Aku berjalan seorang diri menuju mencari hentian teksi. Beberapa orang yang sombong dan hina di Bandar telah aku temui. Aku hanya bertanya menegenai hentian teksi dan bertanya mengenai kampung aku, tapi mereka yang menggangap mereka sempurna hanya berdiam diri serta menghina aku.
“Abang, teksi dimana?”
“Kakak, kakak, saya nak balik rumah saya, Kampung Delima. Kakak kenal tak?”
Seberapa banyak soalan yang aku bertanya kepada orang sekeliling, langsung tidak di endahkan, aku tahu aku cacat. Tidak langsung aku diminta jadinya begini dan hanya kuasa Yang Esa mampu membuatkan aku begini. Aku termenung di hentian bas. Mengenangkan ke mana hendak aku pergi lagi. “Eh! Ada wang dalam kocek seluarku, wang siapakah ini?” aku terkejut dengan adanya wang yang langsung aku tidak tahu dari mana datangnya. Tiba-tiba datangnya seorang tua mendekati aku. Aku cuba menghiraukannya, tapi dia memanggil nama aku.
“Humaira, bersabarlah, nanti akan ada orang yang ikhlas menolong kamu nak. Humaira mesti cekal, tabah. Walaupun Humaira diberi ujian begini oleh Yang Esa, Humaira perlu bersyukur, jangan pernah kita takbur, ini semua anugerah ilahi”.  Aku menangis apabila orang separuh abad itu sedikit berceramah kepadaku. Aku menunduk melihat lantai simen den sekeliling. Aku baru sahaja aku ingin melihat wajah orang tua yang berada disebelah ku ini, tiba-tiba “hilang? Pak cik tadi hilang? Kan tadi dia berada di…..” aku sangat pelik dengan apa yang terjadi kepada diriku hari ini. Sejak aku keluar dari neraka bapa saudaraku, banyak kejadian pelik. Ibu datang dalam mimpi suruh aku pulang, ada duit dalam kocek seluarku dan ada pula orang tua datang memberi nasihat.
Selang beberapa minit aku diberi nasihat oleh pakcik tua tadi, datang sebuah teksi serta berhenti di hadapan aku. “Adik nak ke mana? Adik sesat? Pak cik hantar adik balik ya” pemandu teksi yang berhenti dihadapanku mempelawa untuk menghantar aku ke destinasi yang disuruh oleh mak aku sewaktu dalam mimpi tadi. Aku memberitahu pak cik teksi bahawa aku ingin ke Kampung Delima, dan pak cik tersebut menghantar aku pulang. Dalam fikiran aku sering bertanya “adakah benar aku berada dengan orang yang iklas dengan ku?.  Tapi jika dilihat dari raub wajahnya, dia sememangnya bertujuan baik”. Sepanjang perjalanan aku menuju ke kampungku, aku hanya berdiam dan banyak soalan yang aku terima daripada pak cik pemandu teksi itu. Aku hanya memberi jawapan sepatah kerana dalam fikiranku hanya memikirkan ibuku yang sudah tiada lagi di sisi. Sesampai sahaja aku di kampung, aku semakin ingat jalan untuk menuju ke rumahku. Aku bersyukur kepada Yang Esa kerana menolong aku sehingga sebegini.
“Pak cik, berhenti di sini, rumah saya di hadapan sana sahaja”
“Betul ke ni? Nak pak cik hantar ke depan umah?”
“Tak usah lah pak cik, sampai sini sahaja, berapa tambang pak cik?”
“Tidak mengapa nak, pak cik tak nak kenakan bayaran, pakcik nak tolong anak, lagipun jalan ke rumah pak cik menuju jalan yang sama”.
Aku sangat berterima kasih dengan segala yang Allah telah kurniakan. Aku berjalan lalu sampai di rumah yang dahulunya milik ibuku. Tapi sekarang milik orang sombong dan mementingkan harta dunia. Aku menangis di tangga rumahku kerana aku sudah buntu. “Humaira, saya ni Ainun” aku sangat terkejut dengan panggilan namaku dan nama yang orang tersebut kenalkan ialah seseorang yang pernah menjadi kawanku. Ainun mendekati aku dan dia bertanya mengenai diriku. Aku menceritakan segala yang telah terjadi. Sebenarnya Ainun telah beberapa hari datang ke rumahku untuk bertemu denganku tapi dia hampa kerana rumahku hanya terkunci dari luar. Dia cuba memberi salam serta memanggil namaku, tapi tiada sahutan. Dan hari ini dia datang sememangnya Allah telah tetapkan jodoh pertemuan aku kembali dengan Ainun.
“Tak apalah Humaira, awak ikut saya balik. Awak boleh tinggal dengan saya di bandar. Lagipun saya dah banyak cerita pasal awak kepada ayah dan ibu saya” aku hanya menangis sambil memegang tangan Ainun. Aku pergi bersama Ainun. Dan ini mungkin jalan pertama aku menuju bahgia. Aku bersyukur bahawa masih ada orang yang ingin mengaku saudara dengan aku. Sambil aku berjalan, aku menoleh ke belakang melihat rumahku yang mungkin kali terakhirnya. Aku melihat ada baying-bayang yang samar-samar sedang tersenyum melihat aku dan bayangan itu adalah ibu. Ibu hanya tersenyum dan aku melambaikan tangan kepada ibu. Aku berjanji dengan diriku bahawa aku akan berusaha menjadi orang berguna walaupun aku cacat sebegini. Suatu hari aku akan berjumpa dengan ibu. Pasti. Insyaallah….
Hasil pena: Siti Noor Ain Binti Awang

                                                                     (Bc 12110155)

“ Ketentuan Maha Esa”
“Mak, ayah, besar nanti Syikin nak kerja besar tau mak, ayah. Kin nak jaga keluarga kita. Kin akan jaga mak, ayah, angah dan adik. Kin tak kan pernah biarkan keluarga kita kena tomah, susah dan Kin nak ubat penderitaan mak, ayah” Sebaris ayat yang tidak pernah aku lupakan sampailah ke hari ini. Kata-kata yang ku anggap sebagai janji penamat kehidupan susah kami sekeluarga, sememangnya dituntut oleh setiap insan yang mendengar. Manusia sememangnya lupa janji, bahkan melayu hanya pandai berjanji, tapi gila jika dituntut janjinya dan terjadinya janji tinggal janji. Kehidupan kami sekeluarga agak susah, tanah sekangkang kera hilir kampung penyelamat segala. Syikin binti Samad adalah kakakku yang sekarang ini hidup senang lenang di kota besar Kuala Lumpur. Nasib keluarga yang masih mengharapkannya, langsung tidak dipedulukan. Masih aku ingat lagi sewaktu aku, kak Kin dan adik masih kecil.
            “Kak, angah nak buku akak boleh?angah nak belajar menulis, ajar angah ya”
            “Ambillah angah, lagipun buku tu akak dah tak guna lagi. Ni huruf a, ini b…”
            “Kau tak payahlah nak belajar sangat angah, lagipun kau tu lembab, ada hati nak menulis” Aku tersentak dengan kata-kata yang dilemparkan oleh ayahku. Entah mengapa ayah sangat membenci aku, layanan ayah kepadaku seperti sehelai kain buruk, tapi kak Kin dan adik ayah sayang, bagaikan menatang minyak yang penuh. Pernah juga terlintas di benakku ini juga aku tertanya-tanya adakah aku ini bukan anak ayah dan mak? Sehinggakan ayah sangat membenci aku. Aku juga menginginkan pelajaran, inginkan buku baru, pergi ke sekolah bersama kawan-kawan, tetapi mengapa aku tidak layak? “Ayah tidak pernah mengerti perasaan aku, ayah sememangnya melebih-lebihkan kak Kin, padahal aku juga anak ayah” lontaran kata-kata hanyalah di dalam hati. Kelopak mata yang menahan air mata jernihku pecah seperti benteng waktu bah. Kadang kala aku sangat iri hati dengan layanan baik ayah terhadap kak Kin. Berlainan pula dengan mak. Mak selalu menyebelahi aku, mak selalu menyabarkan aku ketika aku panas membara dan maklah yang ada kala aku resah.
            “Ayah, angah nak belajar macam kak Kin yah, mak boleh tak?”
            “Ya lah abang, biarlah Azman bersekolah, dia ada keinginan sekolah bang”
            “Aku nak kau tolong aku di kebun, kau tu jantan, tenaga kau boleh meluaskan, mengusahakan kebun kita dihilir kampung tu. Buat apa nak sekolah?cukup kakak kau sudahlah yang berpejajaran”
            “Kenapa ayah tetap menyebelahi kakak? Kenapa aku dihukum seperti manusia yang mempunyai beribu-ribu kesalahan?” sekali lagi hati aku meraung, menjerit ingin melepaskan kata-kata tersebut. Tapi aku sedar aku anak, aku darah daging mereka, tidak akan pernah sesekali aku dianggap Tanggang. Pekerjaan aku sehari-hari ialah berkebun dengan ayah. Tangan ku sepatutnya kasar memegang pen, pensil, tapi aku? Baru berumur 12 tahun, sudah memegang hulu cangkul, parang. Dan juga masih aku ingat bahawa aku pernah diketawakan.
            “Eh kawan-kawan! Kau lihat Azman, orang lain ke sekolah, dia ke kebun. Orang lain pegang pensil, dia pegang cangkul” getak tawa sindiran mereka cukup membuatkan hati aku membara, kecewa dan sangat sedih. Bukan lagi seperti dihiris belati tajam, malah dipijak lumat. “Biarlah orang nak berkata-kata angah, kau ikut ayah pergi kebun” Dan ayah, sentiasa membela orang yang telah menyindirku. Aku sangat tidak mengerti layanan ayah.
            “Samad, anak kau tak ke sekolah ke? Anak orang lain masuk sekolah, anak kau ikut jejak kau. Kenapa Samad?”
            “Cukuplah aku menyekolahkan kakanya Syikin. Lagipun anak jantan aku ni boleh bantu aku di kebun. Kalau aku sorang, susah nak buat kerja tu semua”
            Aku langsung tidak menyangka bahawa ayah tergamak berkata sedemikian kepada rakannya. Ayah sedikit pun tidak terasa malu bahawa aku sebagai anaknya tidak berpelajaran. Ayah masih bisa tersenyum dan baginya perkara biasa apabila orang bertanyakan bahawa aku tidak ke sekolah. Entahlah, ayah langsung tidak memperdulikan perasaan aku. Tapi aku yakin, Allah akan tunjukkan segalanya kelak, walaupun nanti aku hanya kerja kampung, tidak berkereta besar, jasa ayah dan mak tidak sesekali aku lupakan. Dan adikku yang masih berumur 4 tahun akan aku jaga. Nanti kak Kin mungkin dia sudah bekerja, senang, jadi aku tidak perlu risaukan dia.
            “Ayah, lusa kita ke bandar boleh? Kin nak beli kasut baru. Kasut ni dah koyak ayah, malu kat kawan-kawan di sekolah”
            “Ya lah, nanti kita ke bandar. Esok ayah jual pisang dulu. Nanti baru dapat beli kasut baru untuk anak ayah ni. Syikin mesti belajar baik-baik dan ubah nasib keluarga kita ya nak”         
            “Baiklah ayah”
            Tiba masanya aku menemani ayah dan kakak ke bandar. Pada mulanya aku disuruh ayah ke kebun untuk membuang pelepah pisang yang sudah buruk. Tetapi kakak tetap menyuruh ayah membawaku bersama. Dan aku sangat gembira kerana jarang sekali aku dapat ke bandar. Mak dan adikku tinggal dirumah. Aku berpakaian kemas, maklumlah hendak ke bandar.
            “Pakai macam nak pergi kenduri. Kau tak layak nak pakai semua ni Azman. yang kau layak pakai, pakaian ke kebun sahaja” Alangkah terasanya hati aku apabila orang yang ku anggap ayah berkata sedemikian kepada anaknya sendiri. Tidakkah ayah pernah berfikir mengenai perasaanku? Ayah melayan aku tak ubah seperti anak angkat. Layanan yang diberikan kepada aku seperti itik beribukan ayam. Dilayan seperti penderhaka negara, malah darah yang mengalir dalam urat ku ini adalah darahnya juga.
            “Samad, nak kemana tiga beranak tu?”
            “Aku nak ke bandar sebentar, anak aku Syikin nak kasut baru. Katanya kasut sekolah lamanya sudah usang”
            “Anak jantan kau tu nak kasut juga ke Samad?”
            “Entahlah dia, tak disuruh ikut, tapi nak ikut. Bazirkan tambang. Tambah beban kereta. Budak ni nak pakai kasut? Kasut ke kebun aku belikan…”
            Semakin remuk hati aku dengan perbualan ayah dengan rakannya sebelum kami menaiki kereka untuk ke bandar. Ayah masih dengan perangainya yang juga masih ingin aku malu dengan semua rakannya. Aku fikir, ayah mahu semua orang tahu bahawa aku adalah anak jantannya yang tidak bersekolah dan menolongnya ke kebun. “Aku hairan, apa yang istiwewa sangat dengan tanah kebun milik arwah datukku itu? Bukankah lebih baik aku berpelajaran. Setidak-tidaknya aku dapat berlajar di sekolah, biarpun kelak aku tidak bekerja besar, malah dapat bantu mak, ayah dan adik cukuplah” Suara hatiku masih meronta geram dengan sikap ayah yang melalu memanjakan kak Kin serta melayan buruk kepada aku. Barang kali ayah masih tidak perasan bahawa pertanyaan rakannya hanyalah untuk menyindir ayah yang tidak menyekolahkan aku. Malah, aku pula yang disindir ayah. Lagak gaya kak Kin pula hanya senyum bangga apabila ayah melebih-lebih dan memujinya. Aku menahan hatiku daripada sifat dendam berputik dan berbunga. Aku tidak mahu menjadi seorang yang pendendam. Tambahan pula dendam kepada darah dagingku sendiri.
            “Ayah, mak, angah, adik!!” suara yang membuatkan aku tersentak, terkejut. Aku menoleh dan melihat kak Kin datang dengan melulu sambil melambai-lambai sehelai kertas di tangan. Aku sangat kehairanan dengan keadaan kak Kin yang datangnya bagaikan ingin menyatakan suatu khabar yang sangat gembira. Aku cuba bergegas mendapatkan kak Kin.
            “Angah, akak dapat cemerlang dalam SPM ngah”
            “Betulkah kak?”
            “Takkan akak nak bohong ngah. Ayah mana ngah?mak mana? Mak ayah mesti gembira apabila tahu mengenai semua ni” Kakakku segera mendapatkan kedua orang tuanya di atas rumah. Aku sangat gembira dengan kejayaan kak Kin. Malah aku bangga menjadi adik kepada seorang yang berjaya. Ayah dan mak keluar sebaik sahaja kak Kin menjejakkan kaki di tangga rumah. Ayah dan mak sangat gembira dengan pencapaian kakakku.
“Ayah tak sangka yang anak ayah ni bijak, pandai. Tak sia-sialah ayah hantar Syikin ke sekolah sampai ke SPM” Begitulah bangganya ayah kerana mengetahui bahawa anaknya sudah berjaya. Ibu bapa manakah yang tidak gembira anaknya Berjaya dalam pelajaran? Tapi lain pula dengan ku. Ayah langsung tidak gembira dengan kehendakku yang terlalu ingin bersekolah. Langsung tiada keinginan ayah untuk menyekolahkan aku.
Ayah terus berlari mendapatkan motosikalnya yang berada di bawah rumah. Apabila ditanya mak kemana ayah hendak pergi, dijawabnya ingin memberitahu orang kampung bahawa anaknya berjaya mendapat keputusan cemerlang. Aku gembira melihat raub wajah ayah yang sangat bangga dengan kakak. Tetapi sewaktu ayah menunggang laju motonya di hadapan ku, ayah langsung tidak melihat ke wajahku. Malah jika aku berada di hadapanserta menghalang jalannya, mungkin aku akan dirempuh seperti seekor kucing. Ayah dengan gembiranya mengwawarkan “anak aku cmerlang SPM, anak aku pandai, yey.. anak aku…”
Kegembiraan aku dengan kejayaan kak Kin aku tinggalkan sejenak. Aku kembali melayan perasaanku yang langsung tidak dipeduli orang. Sambil aku duduk berlatarkan dahan kayu di bawah pohon rambutan, tiba-tiba bahu aku terasa dipegang kemas.
“Angah, janganlah bersedih. Angah juga anak mak dan ayah. Walau pun angah tak sekolah, tak berpelajaran, tapi mak tahu anak mak ni seorang yang bijak. Mungkin lebih bijak daripada kakak. Janganlah merajuk dengan segala yang diperkatakan oleh ayah nak”
“Angah kecil hati dengan ayah mak. Ayah langsung tidak memperdulikan perasaan Man. Ayah pun tahu bahawa Man nak sekolah”
“Sudahlah tu angah. Jangan diikutkan sangat hati tu. Kita tunggu hikmah daripada Yang Maha daripada segalanya. KeranaNya lah kita bernyawa”
Mujurlah mak dapat menyabarkan aku. Hatiku tadinya sangat membara dan kecewa dengan sikap ayah, kini sudah reda. Pernah juga aku terfikir jika kelak mak tiada, siapa lagi yang dapat menyabarkan aku dan siapa lagi dapat membuatkan aku terasa tenang. Kakak pula sama dengan ayah. Seterlah berjumpa dengan ayah dan mak, dia terus menghilang. Mungkin kerumah rakannya untuk memberitahu khabar baik dan kecemerlangannya. Mak mengheret tanganku dan mengajak aku naik ke rumah. Mak memberitahu aku bahawa dia masak lauk kegemaranku hari ini. Kesedihan yang ku alami tadi kian hilang.
“Man.. Angah.. mana anak ayah?” Mak kau mana? Adik dan kak Kin kau tak balik jenguk ayah lagi ke Man?”
Lamunanku yang teringat kisah dahulu kini terhenti dengan rengetan daripada ayah. 13 tahun telah berlalu pantas. Orang yang dahulunya sentiasa menyabarkan kemarahanku kini sudah kembali mengadap Yang Esa. Mak menderita akibat sakit buah pinggang yang kronik. Aku menangis kerana kesakitan yang dialami mak. Aku dapat merasakan kesakitan mak alami. Aku redha dengan pemergian mak kerana bagiku lebih baik mak pergi mengadap Yang Esa kerana aku sudah tidak sanggup melihat mak menderita kesakitan. Itu lebih baik untuk mak. Adikku kini jauh daripadaku. Dia juga telah dipelihara oleh bapa saudaraku yang berada di Johor. Walaupun jauh, dia sering menelefon aku di sini. Wang tanggungan tidak pernah aku lupakan untuk ku kirimkan kepadanya kerana aku telah berjanji akan menaggungnya walaupun dipelihara oleh orang lain. Sejauh mana pun aku dan adikku terpisah, darah kami tetap sama mengalir. Terdengar khabar ayah yang terlantar sakit, mungkin lagi tiga hari adikku pulang mengjenguk ayah seterlah tamat peperiksaannya. Kakakku kini sudah senang hidup di bandar Kuala Lumpur yang penuh pancaroba. Kak Kin ku juga telah berkahwin dengan seorang yang berjawatan besar serta mempunyai syarikat sendiri di bandar.
“Hello kak Kin, kak Kin ke tu?”
The number you have dail is…..tut tut tut….
Sering kali aku cuba menghubungi kakakku yang berada di bandar. Aku ingin mengkhabarkannya mengenai ayah yang terlantar sakit. Dahulunya sewaktu mak sakit tenat, kak Kin pulang seterlah mayat mak sejuk, biru. Sebelum tu mak sangat-sangat ingin melihat wajah kakak buat kali terakhir sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Akucuba menelefon kak Kin, namum langsung tidak berjawab. Apabila mak sudah tiadalah kakak sampai melihat mak. Aku menagis kerana pemergian mak, malah lebih metintih tangisan aku apabila melihat kak Kin hanya melihat mak seperti melawat jiran yang meninggal. Raub wajah kak Kin langsung tidak menunjukkan penyesalan kerana tidak sempat berjumpa mak dan langsung tiada ku lihat titisan air matanya. Lebih menguriskan hatiku ialah dia sempat menjawab panggilan daripada pelanggannya berkaitan dengan urusniaganya di Kuala Lumpur walaupun orang lain sedang menguruskan jenazah mak.
Terasa juga ringan tanganku untukku letakkan di muka kak Kin agar timbul kesakitan dan kesedaran kepadanya tentang kematian mak. Namun aku masih sedar bahawa aku adiknya, tidak perlu menderhaka kepada kakakku sendiri. Kak Kin kembali ke Kuala Lumpur sewaktu pengkebumian mak. Sebelum itu aku melihat air mata mak menitis melalui kulit usang di pipi mak. Mungkin apabila ditanya kubur mak, langsung kak Kin tidak mengetahuinya malah mungkin ditunjuk lagi pusara ibu orang lain. Kini ayah terlantar sakit serta menderita akibat diabetis. Aku merasakan bahawa perkara yang sama seperti kematian mak akan terjadi semasa kak Kin mengetahui penderitaan ayah. Dan mungkin apabila ajal ayah sudah sampai kelak, perkara yang sama akan terjadi sewaktu pengkebumian mak dahulu. Manakah janji manis kak Kin yang dahulunya ingin membahagiakan orang tuanya seperti keadaan sekarang ini? Bayang-bayangnya langsung aku tidak nampak, inikan kak Kin yang insaf dengan perbuatannya terhadap ayah dan mak serta kami sekeluarga. Kini ayah sudah kehilangan kedua-dua belah kaki akibat penyakitnya. Ayah kini berada dalam keadaan yang agak tenat. Perkataan yang selalu dimulut ayah ialah ‘Syikin’, anak kesayangan ayah.
Ulat-ulat yang meratah kaki ayah tidak pernah aku jijik membersihkannya dan najis berbau ayah tidak pernah aku segan untuk mencuci. Walaupun dahulu ayah berkelakuan sedemikian terhadapku, aku tetap menyayangi ayah sehingga malaikat Maut datang mencabut ganas nyawa ayah. Tidk pernah sesekali aku menyimpan dendam terhadap ayah, walaupun sesekali amarahnya sering kali membara apabila melihat wajahku. Amarah ayah itu cuma kadang-kadang sahaja kerana perhubungan ayah sudah semakin pulih denganku, mungkin kerana dia sudah sedar sekarang.
“Angah, pergi cari kakak kau nak. Ayah nak sentuh pipi dia, ayah nak cium dia sebelum ayah pergi”
“Ayah, jangan banyak sangat bercakap, ayah tu sakit”
“Angah, pergi cari Syikin, bawak dia balik. Bagitahu dia ayah sakit”
“Ayah, istigfar banyak-banyak. Ya ayah, saya akan ke bandar cari kakak”
Hanya itu jawapan yang boleh melegakan ayah serta membuatkan dia diam serta tenang. Entah kenapa air mataku langsung tidak menitis dengan penderitaan dan ratapan ayah. Berlainan dengan sewaktu pemergian mak. Dahulu aku menangis tanpa menghiraukan orang sekeliling. Orang lain bersuara menyedekahkan Al-Fatihah kepada mak dan bacaan Yasin, tapi aku tetap menangis. Mungkin kerana aku terlalu rapat dengan mak, sewaktu mak sihat dahulu. Maklah segalanya bagiku. Dan maklah tempat aku mengadu domba.
“Ayah, angah nak ke bandar, nak mencari kak Kin. Angah dapat alamatnya daripada rakannya. Ayah tinggal dengan mak Su ya ayah. Mungkin dua hari nanti Man balik dengan kak Kin” Hanya itu yang sempat aku warkahkan kepada ayah sebelum aku pergi menjemput kak Kin ku pulang dan menunaikan permintaan ayah buat terakhir kalinya. Sesampainya aku di kota raya Kuala Lumpur, aku mencari jalan ke rumah kak Kin melalui alamat yang terpampang jelas pada secebis kertas ditanganku. Aku juga menyuruh pemandu teksi menghantar aku terus ke alamat yang ingin aku tuju.
“Kita sudah sampai encik”
“Betulkah alamat ni pak cik?
Aku bertanyakan kepada pemandu teksi tersebut megenai tempat yang pemandu teksi bawakan. Alangkan terkejutnya aku apabila melihat tegaknya berdiri sebuah rumah banglo yang mewah di hadapanku. Aku juga beberapa kali mengosok-gosok cermin mataku semasa melihat alamat, dikuatiri tersalah rumah. Pemandu teksi tersebut pergi dan pintu pagar automatic rumah tersebut terbuka. Orang yang aku kenal, iaitu Syikin binti Samad keluar dengan berbaju ala-ala penari kelab dengan bersepatu tinggi.
            “Sampai juga kau angah ke rumah akak. Kenapa?”
            “A.. ayah sakit kak. Ayah nak jumpa akak. Balik lah kak, ayah tenat. Ayah nak sangat jumpa kak Kin. Jangan perkara sewaktu pemergian mak terjadi lagi kak”
            “Ayah sakit? Habis? Apa kena mengena dengan aku?” Dulu sewaktu aku belajar, ayah tak mampu nak tanggung aku, mujur ada suami aku sekarang, bagi duit, tanggung aku sampailah aku habis belajar. Korang semua kat kampung sekarang nak habiskan duit aku. Adik pula cuba telefon aku agar aku masukkan duit untukknya. Maklumlah, nak mintak dengan kau angah, kau bukannya berduit”
            “Tapi kak…”
            “Sudahlah, nanti aku balik. Kau balik, jaga ayah. Tadi aku ingat nak pelawa kau masuk, tapi apabila kau suruh aku balik jumpa dengan ayah, buat aku putus mood, pergi…”
            Seorang yang ku anggap kakak yang dahulunya berjanji manis akan memberi kesenangan kepada kami sekeluarga, tergamak mengeluarkan kata-kata sedemikian. Tergamak juga darah dagingku sendiri menghalau dan menghina diriku. Aku pulang dengan hati yang hampa. Dalam benakku semakin kusut berfikir mengenai jawapan yang akan aku berikan kepada ayah yang sedang tenat, serta mesti ayah akan kecewa denganku kerana tiada kak Kin di sisi. Memikirkan tomahan yang aku terima daripada saudaraku, cukup-cukup meremukkan hati kecilku. “Mengapa kak Kin sedemikian? Apa salah kami? Tidakkah dia risau dengan keadaan ayah?” Berbagai-bagai persoalan yang timbul sedang aku cuba jawabnya sendirian. Aku buntu. Buntu dengan sikap kakakku.
            Aku sampai dirumah dengan hati yang hampa. Aku juga melihat orang ramai sedang berlegar di rumahku. Separuh lagi memenuhi rumahku dibahagian atas. Sesampainya aku di atas rumah, aku melihat sebujur tubuh yang telah ditutupi dengan kain selimut. Tiada orang lain lagi yang sakit tenat di rumahku. Aku juga melihat adik duduk tersipu dihujung kepala jenazah tersebut. Orang yang di bawah selimut tebal itu ialah ayah. Ayahku yang tersangat-sangat ingin berjumpa dengan kakaku, Syikin. Aku jatuh terduduk di pintu rumah. Bagaikan tidak percaya takdir Maha Esa. aku cuaba kuatkan semangat kerana kedua-dua orang tuaku sudah tiada, pergi meninggalkan kami sekeluarga jauh di alam yang seterusnya. Aku belum meminta keampunan daripada ayah.
            “Hel.. Hello kak Kin, dengar tak?”
            “Akak katas kereta ni, on the way balik rumah jengok ayah lah”
            “Ayah..Ayah.. dah meninggal…”
            “ Hah?... tut..tut..tut…”
            Sambungan percakapan aku dengan kak Kin terputus. Mungkin kak Kin telah terdengar kabar kematian ayah. Kini air mataku yang tadinya degil untuk melimpahi kelopak mataku, kian melimpahi, membasahi pipi. Aku kesal dengan sikap kakakku dan dengan kematian ayah. Aku cuba untuk menunggu kakakku pulang, tapi sekian lama menunggu, jenazah ayah terpaksa dikebumikan. Kata orang tua-tua, jenazah tak elok dilambat-lambatkan. Kali kedua aku memijak kuburan yang sunyi untuk pengkebumian ayahku.
            “Hello, keluarga Puan Syikin Samad?”
            “Ya, saya adiknya”
            “Diharap bersabar ya encik, Puan Syikin maut dalam kemalangan, dan sila datang ke hospital Kuala Lumpur untuk cam jenazah…….”
            Lututku tidak lagi dapat menahan jisim badanku. Aku terjatuh di pusara ayah yang tanahnya masih lagi kemerahan. Disisiku adalah adik yang turut menemani. Hari ini adalah hari yang sangat membuatkan batinku menjeris, menangis. Bagaikan ingin terkeluar daripada jasad utuh ku ini. Kematian berturut-turut ahli keluargaku, orang yang aku sayang juga darah dagingku. Peristiwa sedemikian telah membuatkan aku dan adik sebatang kara di dunia. Aku redha dengan takdir ilahi. Aku menguatkan jasadku untuk bangun berdiri pulang dengan bantuan adikku. Aku berjanji akan menjaga satu-satunya orang yang masih berada di sisi. Akanku cuba kuatkan semangat untuk menempuhi hari mendatang. Selamat tinggal mak, ayah dan kakak Syikin. Al-Fatihah..


Di sediakan oleh: Tuan Mohd Raffudin bin Tuan Rani bc 12110174