Jelasnya,
pengembangan idea-idea baharu dan dinamik dalam rutin kerja setiap
kakitangan sangat dituntut bagi memastikan suburnya pembudayaan inovasi
dalam persekitaran kerja.
“Kecemerlangan
sesebuah organisasi terletak kepada keupayaan menyerlahkan keterbukaan
minda fikir, luhur etika, modal insan berpengetahuan, kecemerlangan
budaya kerja yang berasaskan prestasi dan pengukuhan kepemimpinan
pengurusan,”.
“Saya
menyeru kepada semua warga UMS agar keluar dari kedudukan selesa
sekarang dan jadilah individu lebih kreatif, inovatif dan positif,”
katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Inovasi UMS 2013 di Dewan
Resital.
Beliau turut
memuji usaha penganjuran majlis ini yang bukan sahaja sebagai
penghargaan kepada usaha-usaha murni warga kerja dalam menyemarakkan
budaya inovasi, malah turut mampu meningkatkan tekad dan semangat para
kakitangan untuk terus menginovasi perkhidmatan dan meningkatkan lagi
rentak inovasi dan kreativiti di setiap Jabatan, Sekolah, Pusat,
Institut dan Unit.
Sejumlah
8 anugerah dipertandingkan pada majlis tahun ini, dengan Sekolah
Perubatan muncul johan bagi Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
dan Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik, sekali gus menggondol
Anugerah Inovasi Naib Canselor.
Buku
The Wild Orchads of Borneo hasil penulisan Idris Mohd Said dan Prof.
Madya Dr. Mahmud Sudin memenangi Anugerah Buku Penerbitan UMS bagi
kategori Sains, Teknologi dan Perubatan, manakala kategori Sains Sosial
dan Kemanusiaan dimenangi Mohamad Shaukhi Mohd Radzi dengan buku
bertajuk Proses Pembaratan Dalam Daulah Uthmaniyyah.
Lain-lain
jabatan yang turut muncul pemenang anugerah adalah Jabatan Bendahari
(Anugerah Laman Web Terbaik), Sekolah Perhutanan dan Tropika
Antarabangsa (Anugerah Pengurusan Makmal), dan Institut Penyelidikan
Bioteknologi (Anugerah Pengurusan Pejabat Terbaik dan Anugerah Landskap
Terbaik).
by : Insan Nurani (Mohamad Amirul Shahzwan Bin Rosli BC12110074)
No comments:
Post a Comment