PENGORBANAN
Disaat hujan gerimis menghiasi duniaku,
Aku terbayang
akan kelembutan wajahmu,
Kau begitu
penting buatku,
Kaulah segalanya
bagiku.
Dikejauhan malam
ini,
Aku merasa sepi
tanpamu,
Aku rindukan
belaian darimu,
Aku dahagakan
kasih sayang darimu,
Aku kehausan
kemesraanmu.
Ibu…
Kaulah ratu
hatiku,
Kaulah tempat
aku meluahkan rasa,
Kaulah tempat
aku berkongsi suka dan duka,
Kau adalah orang
yang paling layak mendapatkan kasih sayangku.
Ibu…
Kau umpama
matahari yang menerangi alam semesta,
Kau umpama bulan
purnama yang menerangi kegelapan,
Sesungguhnya aku
tak sanggup kehilanganmu,
Aku perlukan mu
untuk meneruskan perjuangan ini.
Ibu…
Ibu…
Aku sedar bahawa
aku bukanlah,
Anak yang
terbaik bagimu,
Namun…
Aku akan menjadi
seorang anak,
Yang akan
sentiasa mendoakan kesejahteraanmu,
Hanya itu yang
mampu aku lakukan.
Ibu…
Pengorbanan dan
kasih sayang,
Yang telah kau
curahkan,
Tidak ternilai
harganya,
Terima kasih
ibu..
Kerana kau telah
bersusah payah,
Mendewasakan aku
tanpa penat dan lelah,
Ibu…
Aku sangat
bersyukur kerana,
Dilahirkan
melalui rahimmu,
Aku akan cuba
membuatmu bahagia,
Akanku gapai
segala impianku dan harapanmu,
Akan ku pulang
dengan kemenangan,
Aku berharap
agar kau sabar menanti kepulangan anakmu.
NUKILAN: NINA AISHAH BINTI RAMALI (BC12160190)
No comments:
Post a Comment