Ketenangan alunan ombak yang
mengalir membuatkan bisikan hati aku berasa amat tenang dan nyaman dengan
aliran omabak yang bersilih ganti. Air laut mengalir tanpa henti seperti
dentuman hatiku yang merasakan hati ini berat untuk aku meninggalkan dunai.
Dunia yang kini aku olah terus di olah untuk saat aku akan tinggalkan duniawi.
Aku merenung jauh awan yang semakin kebiru-biru yang memberi begitu pertanyaan
kepada diri, begitu banyak momentum-momentum kehidupan yang belum aku galas.
Jika aku tiada peluang untuk meneruskan hidup akan aku goreskan gurisan hatiku
buat kali terakhir. Ya allah.....mungkin ini ketentuanmu aku redha dan pasrah. Aku akan tabahkan hatiku menerima takdir yang
teah tertulis buatku. Aku tahu, Setiap insan yang lahir di muka bumi ini sudah
tertulis untuknya ajal mautnya ,rezeki, dan jodoh pertemuan. Aku bersyukur padamu kerana
aku di beri peluang untuk aku bernafas dan merasai kenikmatan duniawi. Kini aku
sedang mencari ketenangan jiwa....
Di mana ini akan cari?....di mana
ketenangan buatku??....
Ya allah,..aku terima jika ini hari
terakhir buatku..aku tahu setiap cubaan dan ujianMu pasti ada balasan yang
lebih indah, engkau kuatkanlah hati kecilku ini untuk bisa melewati saat
terakhir buatku, tapi jika aku lelah dengan setiap detik ujian dariMu engkau
rangkullah aku dalam pelukkanMu...
Ya allah.... sesungguhnya aku
ikhlas...
Jika ini takdir aku, jika ini hari
terakhir buatku aku pasrah hanya satu aku mohon biarkanlah tubuhku ini dapat
merasakan hangatnya pelukan mereka yang aku sayang, biarkanlah aku menikmati
indahnya sisa hidupku ini, sudah sampainya waktu aku tinggalkan mereka, namun
aku memohon padamu izinkan jasadku sentiasa bersama mereka. Aku ingin seperti
sirius dalam keadaan mendung sekalipun, dia akan tetap bersinar dalam hatiku.
Ini adalah hari terakhir aku yang
bergelar manusia yang hanya menumpang sekejap di bumi nyata, saat yang paling
gundah yang akan aku tempuhi dalam menghabiskan sisa-sisa hidupku....hanya satu
yang aku pinta sebelum ajal datang menjemputku,aku ingin menghembuskan nafas
terakhir aku di atas paha bondaku. Sebelum aku menutup mata buat selamanya,aku
ingin sekali mengucup dahi bonda, aku ingin sekali mencium kedua-dua pipi
bonda, aku ingin sekali menggengam erat jari jemari bonda.aku ingin mengucapkan
terima kasih ibu kerana telah bergadai nyawa melahirkan aku di muka bumi ini.
Aku ingin sekali mengucup dahi abah aku ingin merasa pelukkan seorang abah yang
tidak pernah aku rasai sebelum ini. Hanya kasih sayang dan belaian abah.
Walaupun hari ini hari terakhir
buatku di dunia ini, aku hanya mahukan sepenuh perhatian abah dan bonda yang
selama ini aku tidak pernah dapat merasakan. Aku hanya mendapat kasih sayang
daripada insan yang bergelar kakak....abah...bonda....ingin aku luahkan apa
yang terbuku di sanubariku sebelum aku meninggalkan dunia ini. Aku ingin sekali
mendengar suara panggilan abah dengan nada perlahan memanggil namaku bukan
dengan kekasaran dan penuh kebencian....
Abah, kenapa aku tidak pernah rasa
ada seorang abah yang begitu sayangkan aku???kenapa kasih sayang abah berbeza
dengan limpahan kasih sayang yang abah curahkan buat kembarku... apa dosaku???....abah
dan bonda hanya memberi sepenuh perhatian pada kembarku...ingin aku berkata
sekuat yang boleh.....abah!!!! bonda!!!! Aku yang berdiri di sisimu ini juga
anakmu...
Tapi......,
Aku pasrah... tiba-tiba aku teringat
akan kata-kata kakak aku yang selalu berpesan, “adik abah dan bonda tidak
pernah membezakan kasih sayangnya...kita semua anak abah mesti abah sayangkan
kita...dah....jangan berfikir perkara yang bukan-bukan erkkkkkkkk......ingat
Tuhan adik”...setiap kaum adam dan hawa yang tuhan ciptakan mesti ada hikmat.
Aku hanya menjawab perkara ye.....sambail melemparkan senyuman buat kakak....
Tapi kakak.....
Dalam hatiku ingin saja aku
meraung,merintih, menangis dan berkata: abah,bonda mana keadilan buatku sebagai
anak, walaupum kami di lahirkan kembar tapi kami sama-sama membesar dalam rahim
bonda...kenapa aku tidak pernah merasa erti kasih sayang seorang insan yang
paling berharta di dunia ini.
Aku merebahkan tubuhku di atas tilam
yang empuk tapi mungkin esok aku akan tidur nyeyak di atas tilam di mana tempat
asal aku akan kembali dengan berbajukan pakaian serba putih beserta amalan yang akan aku bawa.
Betapa takutnya aku untuk meninggalkan orang yang paling aku sayang....tanpa
aku sedari gugurnya manik-manik jernih berjuraian tanpa henti di pipiku. Aku
tidak sanggup untuk meninggalkan keluarga yang aku sayang walaupun aku hanya
hidup serba kekurangan. Ingin saja aku merintih memohon kepadaMu ya Allah
supaya engkau panjangkan umur aku. Jangan engkau ambil nyawaku aku ingin merasa
dakapan dan kasih sayang seorang ayah yang tidak pernah aku rasa...
Abah....bondaku yang
tercinta...kakak...abang....adik....
Ingin aku memberitahu semua orang
bahawa aku akan pergi buat selamanya meninggalkan semua, tapi apa kan daya hanya
aku yang dapat merasakannya. Abah...bonda...Terima kasih kerana membesarkan aku
sehingga aku meningkat dewasa jasa abah dan bonda tidak dapat aku
balas...halalkan segala makan minum ain abah...ampunkan segala dosa-dosa
ain...ingin sekali buat kali terakhir ain memeluk,mencium dahi abah...dan tidur
bersama-sama bonda dalam pelukan dan dodoian bonda yang selama ini hanya
kembarku arif yang dapat. Buat orang yang teristimewa, terima kasih kerana
engkau selalu bersama-samaku di saat aku gundah dan gembira. Kenangan abadi
bersamamu tidak pernah akan aku lupakan walaupun jasad dan nyawa aku sudah
tiada. Hanya tuhan yang dapat membalas budi dan jasamu. Engkau bagaikan
malaikat yang hadir untuk menyempurnakan sisa hidupku
Hanya satu permintaan ain buat
abah dan bonda tersayang....
Di Saat malaikat mungkar datang
menjemputku...aku takut akan segala dosa dan kesilapan aku sepanjang aku
hidup.ampuni aku ya allah....semoga engkau ampunkan segala dosa hambamu ini...
Sebelum aku menutup mata buat selamanya
aku ingin habiskan sisa-sisa hempusan nafas terakhir aku di atas paha
bonda...aku ingin menggengam erat susunan sepuluh jari bonda dan abah...
Abah....jaga diri abah baik-baik,
tolong jaga bonda .....halalkan segala makan minumku selama aku bernyawa di
bumi ini. Tolong jangan menitiskan setitis air mata sekalipun, jangan pernah
semua orang berduka di saat aku tiada lagi meninggalkan semua...aku sayang
kalian semua. Tolong sampaikan kasih dan rinduku buat Kak Long, Kak Ngah, Abang
dan Adik, katakan pada mereka bahawa aku sangat-sangat sayangkan mereka. Terima
kasih kerana sudi mencurahkan kasih sayang terhadap aku selama aku hidup di
muka bumi ini. Kasih sayang ini akan abadi bersamaku selama-lamanya walaupun
hanya namaku menjadi ingati buat kalian semua...aku sudah tidak terdaya hanya
padamu aku berserah.
Salam Terakhir, Salam Teristimewa ku
hulurkan buat semua...Ampunkan dosa anakmu...
NUKILAN : Siti Noor Ain Binti Awang
bc12110155
No comments:
Post a Comment