Enjoy Song

Tuesday, 5 November 2013

LaUnGaN iNsPiRaSi



 Hebat..
Sangat hebat..
Riuh berkumandang laungan-laungan palsu,
 Melontar kata manifesto-manifesto penipu,
Dengan penuh keegoaan dan mendabik dada,
Lantang bersuara menyatakan hasrat,
Membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.

Kononnya,
Setiap kata menjadi aspirasi kepada semua,
Seolah mereka terlalu hebat,
Sehingga tiada siapa yang bisa menandingi mereka
Ketinggian ilmu kononnya mereka miliki,
Keperibadian dan kepimpinan menjadi tunggak mereka.

Di sini, kita tidak mengenali semuanya,
Bukan niat untuk menyokong siapa yang kita kenali,
Bukan niat untuk menyokong siapa yang kita faham,
Bukan niat untuk menyokong sahabat-sahabat kita,
Tapi.. kita disini menyokong siapa yang tahu erti kepimpinan yang adil.

Adilkah kamu?
Tepuk dadamu..
Tanya diri mu..
Tanya imanmu..
Tanya suara hatimu..
Tanya orang-orang disekelilingmu..

Mana hak yang benar?
Mana hak yang tidak benar?
Kita berpandu pada suatu kebenaran,
Kebenaran yang mampu membela nasib kita,
Bukannya berpandu pada satu laungan,
Laungan yang muncul tika memerlukan sokongan,
Lantas, laungan itu hilang tika sokongan diraih,

Maka itu,
Bersoraklah mereka kegirangan,
Memegang amanah yang tidak mudah,
Namun diambil remeh oleh mereka,
Amanah hilang begitu,
Sambil mereka berarak ke sana ke mari,
Kononnya mencari pengalaman di negeri orang.,
Seolah-olah mereka Perdana Menteri di negara besar.
Hak dan keadilan tidak lagi diendahkan,
Malah terabai begitu sahaja,
Sehingga tiba hari laungan kata,
Pada kali yang seterusnya,
Muncul muka tanpa rasa malu,
Melaungkan lagi janji yang tidak pernah pasti..
Kesian menjadi kata yang terdetik dihati kecil ini.



By : Naluri Hati @ Siti Aishah Aziz (BC 12110150)

No comments:

Post a Comment