CINTA itu hadir dalam diri setiap manusia tanpa mengenal rupa,
pangkat dan darjat. Orang yang dilamun cinta hidupnya selalu dikelilingi keresahan
dan kegelisahan. Siang dan malam terasa begitu panjang. Kalau boleh ingin
sahaja berjumpa dan bersama setiap masa untuk melepaskan rindu yang terbuku di
hati. Begitulah gambaran mereka yang sedang dilamun perasaan cinta. Namun,
hidup ini tidak selalunya indah. Bahagia yang dicari tidak selalunya dapat
dinikmati tetapi sebaliknya derita yang menghampiri.
Kini, di Malaysia
telah digemparkan dengan cinta jejaka yang berhidung mancung dari negara Arab
semakin berleluasa. Kalau dahulu ada sahaja isu tentang percintaan antara gadis
Malaysia dengan jejaka dari seberang. Statistik sebelum ini telah menunjukkan
bahawa lebih daripada 50 orang gadis Malaysia diculik dan melarikan diri
bersama jejaka warga asing kerana terpedaya dengan cinta. Padahal yang
sebenarnya apabila mereka dibawa ke tempat lelaki tersebut gadis ini akan hidup
merana. Kadang-kadang ada juga yang dijadikan hamba. Statistik tersebut cukup
untuk membuka mata kita semua bahawa ancaman cinta palsu warga asing perlu
diberi perhatian serius. Isu jerat percintaan dengan jejaka Arab ini bukanlah
sesuatu yang baru tetapi mungkin sudah sampai masanya untuk kita sama-sama
memainkan peranan untuk memastikan gadis-gadis Malaysia yang cantik, pintar dan
sopan santun tidak menjadi mangsa lagi.
Rakan, kawan atau
sahabat perlu menasihati gadis yang dilamun cinta agar tidak terpengaruh dengan
pujukan dan kata-kata cinta yang romantik dari warga asing. Kebanyakan mereka
bercinta secara rahsia, jadi perlu diberitahu kepada kedua-dua orang tua mereka
agar tidak terus hanyut oleh mimpi-mimpi yang dicipta oleh warga asing. Ibu
bapa selaku orang yang paling penting pastinya dapat membaca gelagat dan tingkah
laku anak-anak apabila dilamun cinta. Biasanya mereka akan menunjukkan tingkah
laku yang aneh seperti tersenyum tanpa bicara, memandang tanpa kata dan tersengih
tanpa usikan. Ibu bapa perlu bertegas sama ada melarang terus anak-anak
daripada bercinta ataupun menguruskan cinta dengan cara yang baik. Tanamkan
mereka dengan asas didikan agama yang kuat dan dekatkan mereka dengan
majlis-majlis agama agar mereka tidak lupa akan asal dan agama mereka. Islam
juga tidak melarang umatnya untuk bercinta. Namun begitu,ianya perlu malalui
batas-batas yang telah ditetapkan. Sekiranya kita dapat mengesan anak gadis
sedang dilamun cinta janganlah kita cepat melenting, marah membuta tuli,
sebaliknya berbincanglah secara dewasa dengan anak-anak kita agar mereka tidak memberontak
lantas mengambil langkah yang tidak diingini.
Masyarakat juga
perlu memainkan peranan penting dengan tidak hanya memandang dari jauh jika
perkara berlaku di depan mata. Lakukanlah sesuatu demi menyelamatkan mereka
daripada terperangkap dalam belenggu lelaki asing. Kita tentunya tertanya-tanya
apakah kelebihan jejaka-jejaka asing ini yang menyebabkan ramai gadis-gadis
kita terpikat? Adakah hidung mereka lebih 'tinggi' daripada orang kita? Adakah
mereka ini lebih romantik daripada pemuda kita? Apa kurangya teruna tempatan
sehingga pemuda 'lombok' yang dipilih? Apa kurangnya pemuda kita hinggakan 'Mat
Bangla' yang menjadi pujaan? Apa kurangnya jejaka tempatan sehinggakan jejaka
Arab yang berhidung mancung menjadi pilihan? Tidak cukupkah apa yang ada pada
jejaka melayu kita?
Untuk gadis-gadis
yang di luar sana, ingatlah bahawa perkahwinan itu bukanlah satu mainan tetapi merupakan
penyatuan dua jiwa yang penuh dengan kesucian dan merupakan saluran untuk
meneruskan keturunan manusia di muka bumi. Jangan terlalu mudah untuk memiliki
cinta.
by: Siti Aishah binti Aziz (bc12110150)
No comments:
Post a Comment