Enjoy Song

Wednesday, 20 November 2013

Patutkah mereka?


Perpustakaan ialah suatu tempat terkumpulnya bahan-bahan bacaan. Ramai orang mengunjungi perpustakaan kerana di situ terdapat banyak bahan bacaan yang boleh dibaca dan dijadikan sebagai bahan rujukan seperti majalah, surat khabar dan jurnal. Oleh itu, sudah tentulah perpustakaan memberi banyak kebaikannya kepada kita semua. Di perpustakaan, kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan melalui setiap pembacaan yang kita lakukan. Sebagai pengunjung tetap di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah, kita  perlu menunjukkan sikap-sikap yang baik ketika berada di dalam perpustakaan.
            Pelajar atau mahasiswa perlu menunjukkan sikap dan disiplin yang baik seperti tidak makan di dalam perpustakaan, tidak membuat bising dan mempunyai tujuan yang baik ketika berada di perpustakaan. Semua orang tahu bahawa setiap pelajar yang pergi ke perpustakaan adalah untuk mencari bahan bacaan. Tetapi amat malang bagi sesetengah pelajar yang tidak mempunyai sikap yang sedemikian.
            Pengalaman yang telah dilalui memberi banyak erti kepada pemikiran bahawa tidak semua pelajar yang berada di perpustakaan bertujuan untuk mencari bahan pembelajaraan. Sikap beberapa orang pelajar yang datang ke perpustakaan dengan tujuan yang tidak baik tidak harus dicontohi oleh pelajar lan. Hal ini kerana, pelajar ini telah mengganggu ketenteraman pelajar-pelajar lain yang sedang belajar. Terdapat sekumpulan pelajar yang sedang bermain permainan video dengan tingkah laku yang kurang elok untuk dipandang. Mereka bergelak ketawa sehingga menimbulkan spekulasi yang tidak sedap didengar oleh semua. Keberadaan mereka disitu sangat menganggu pelajar lain.
            Selain itu, sikap ini tidak seharusnya ditunjukkan dalam kalangan mahasiswa kerana sikap yang sedemikian harus dibuang dari lubuk pemikiran mereka. Mereka sebagai mahasiswa harus menyedari bahawa sikap yang ditunjukkan itu bukanlah satu sikap yang baik. Mereka perlu mengubah sikap mereka untuk membentuk jati diri yang baik dan seterusnya menjadi seorang mahasiswa yang berwawasan. Fungsi penggunaan perpustakaan harus digunakan sebaik mungkin selari dengan kepentingannya terhadap pelajar.

            Sebagai kesimpulannya, sikap yang tidak elok ini harus dibuang jauh dalam diri pelajar. Gunakan kepelbagaian maklumat yang ada di perpustakaan dengan cara yang mampu memberi kesan kepada pembelajaran pelajar. Perpusakaan sebagai gudang ilmu yang mampu membantu kita dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar. Oleh itu, sikap pelajar ketika berada di perpustakaan harus dijaga dengan baik. 

    
by: Mohamad Amirul Shahzwan bin Rosli (BC12110074)

No comments:

Post a Comment