HARUSKAH
SENI???
SABAH
, 22 NOVEMBER 2013: Sekolah Pengajian
Seni (SPS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan satu program yang
dinamakan “Dialog Orang Seni” yang memfokuskan kepada “Haruskah Seni”. Program
yang bermula pada jam3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang itu telah
mendapat sambutan daripada ramai pelajar- pelajar yang majoritinya dari Sekolah Pengajian Seni (SPS). 2 Orang ahli panel yang
dijemput iaitu Tuan Haji Samin bin Ongki (YADIM) dan juga PROF.MADYA DR . Suwaid Tapah Serta
Moderator iaitu En. Sharifudin Zainal telah memeriahkan lagi majlis “Dialog
Orang Seni” yang di anjurkan oleh pelajar- pelajar SPS tahun dua dibawah EN.
Lokman Bin Abd Samad.
Ahli panel iaitu Tuan Haji Samin bin
Ongki (YADIM) telah berkata “saya tidak menyangka majlis “Dialog Orang Seni” telah
mendapat sambutan yang begitu meriah sekali,kerana menurut beliau lagi biasanya
tempat majlis ilmu seperti itu kurang mendapat sambutan”. Namun itu tidak
berlaku kepada pelajar- pelajar SPS. Dua orang ahli panel itu telah
merungkaikan segala persoalan- persoalan yang telah diaju oleh pelajar- pelajar
yang terlibat. Menurut beliau tidak wajar untuk sesetengah orang mengatakan
yang “seni itu haram” kerana Kitab suci Al- Quran itu sendiri dipenuhi oleh kesenian.
Halal Haramnya seni itu bergantung kepada individu itu sendiri. Menurut beliau
lagi sebagai anak seni kita seharusnya menjaga maruah sebagai anak seni, tidak
salah untuk kita menyanyi atau berlakon namun yang menjadi salahnya apabila
kita mendedahkan benda- benda yang tidak sepatutnya.
Prof. Madya Dr, Suwaid Tapah telah
menjawab persoalan yang telah di ajukan daripada salah seorang pelajar iaitu “benarkah
menurut pandangan sestengah masyarakat bidang seni adalah bidang yang paling
rendah nilainya dan sukar untuk mendapat pekerjaan selepas bergraduet”. Menurut
beliau, Kita sebagai anak seni perlu bertanggungjawab mengubah persepsi
masyarakat bahawa “seni itu haram” kerana seni bukan hanya berfokus kepada
hiburan semata- mata. Semua yang kita lakukan ada kaitannya dengan seni sebagai
contohnya cara percakapan kita, cara kita berfikir dan sebagainya. Beliau berhujah
bahawa orang yang berkata sedemikian adalah orang yang kurang ilmu kerana tidak
wajar untuk mereka menghukum seni kerana dalam islam itu sendiri telah penuh
dengan kesenian. Beliau berkata, bidang seni sebenarnya mempunyai masa hadapan
yang cerah kerana bidang seni mempunyai banyak cabang contonya bidang penulisan
mereka boleh menjadi penulis, wartawan, cikgu dan banyak lagi. Mereka tidak
hanya berfokus kepada satu sektor sahaja kerana dunia sekarang memerlukan orang
seni untuk melahirkan insan yang berwawasan dan berwibawa.
Majlis “Dialog Orang Seni” telah
mendapat sanjungan daripada pelajar- pelajar SPS kerana menurut salah seorang
daripada penonton yang tidak mahu identitinya didedahkan, dia mengatakan bahawa
majlis ilmu seperti ini seharusnya diteruskan kerana ia banyak memberi info
yang penting dan berguna kepada anak- anak seni. Selain daripada itu, ia juga
telah menjawab segala persoalan yang bermain difikiran anak- anak seni dan
mengembalikan semangat untuk terus memperjuangkan kesenian yang ada di negara
kita. Orang ramai tidak seharusnya cepat menghukum atau menghakimi seni kerana
mereka seharusnya mendalami kesenian agar mereka tahu akan keindahan dalam
kesenian yang merupakan sesuatu yang penting kepada masyarakat. Masyarakat
terutamanya mereka yang menganggap seni itu haram seharusnya didedahkan dengan
kepentingan seni dan juga seni yang sebenarnya iaitu seni menurut pandangan
islam, agar minda mereka terbuka dan tidak seperti “katak dibawah tempurung”.
PENULIS: NINA
AISHAH BINTI RAMALI
MATRIK: BC
12160190
"mendapat sambutan daripada ramai pelajar- pelajar" Pelajar mana?
ReplyDelete"penonton yang tidak mahu identitinya didedahkan" ini tidak perlu
ReplyDelete"dinegara" atau "di negara"
ReplyDeleteok sir, thkz nnti nina perbaikinya lagi ea.... :)
ReplyDelete