14 NOVEMBER 2013- Pusat warga Universiti Malaysia
Sabah (UMS) merupakan salah satu cawangan klinik yang tersedia di UMS ini.
Semua pelajar dan kakitangan yang bekerja di UMS akan mendapatkan rawatan di
Pusat Warga. Dengan adanya perkhidmatan Pusat Warga, mahasiswa dan mahasiswi
terutamanya tidak perlu keluar untuk mendapatkan rawatan jika mendapat kesakitan.
Namun demikian, jika perkhidmatan yang
tersedia tidak mendapat layanan yang baik, hal ini akan mengundang persepsi
yang buruk terhadap perkhidmatan di Pusat Warga. Misalnya, jururawat yang
bekerja di Pusat Warga tidak memberikan perkhidmatan dan layanan yang baik
kepada pesakit. Saya sendiri telah mengalami peristiwa di mana melihat salah
seorang jururawat sedang menggunakan telefon atau bermesej dan sedang bermain
permainan video ketika pesakit sedang mendaftar masuk. Adakah ini satu sikap
yang baik untuk ditunjukkan kepada pesakit? Jangan disebabkan nila setitik
rosak susu sebelanga.
Selain itu, sikap jururawat yang suka
melengah-lengahkan kerja membuatkan pesakit berasa sedikit tidak selesa. Pesakit
perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan walhal ketika itu tiada pesakit
lain yang sedang dirawat. Seharusnya, jururawat itu perlu menunjukkan satu
sikap yang boleh menjadi contoh kepada orang lain selaras dengan motto Jabatan
Kesihatan iaitu “Berkhidmat Untuk Masyarakat”. Selain itu, sikap sedemikian
boleh mengundang musibah kepada pesakit. Jika pesakit sedang mengalami
kesakitan yang parah tetapi jururawat masih berlengah, ini akan membahayakan
nyawa pesakit.
Bukan itu sahaja, pernah berlaku
kepada salah seorang siswa apabila terjadi satu kemalangan di persimpangan
kolej kediaman Kampung E. Menurutnya, dia telah menolong seorang siswa yang
terjatuh dan menyebabkan patah tangan akibat hujan dan jalan yang licin. Siswa ini
telah dihantar dengan kereta dari Pusat Warga untuk dihantar ke Hospital Likas
untuk mendapatkan rawatan yang agak serius. Oleh itu, siswa ini telah diminta
untuk mengikuti pihak hospital untuk menemani mereka. Pesakit siswa tadi telah
ditahan dan dia pula perlu pulang ke UMS. Setelah menyelesaikan urusan
pendaftaran, siswa yang membantu tadi keluar untuk pulang. Tapi malangnya pihak
Pusat Warga telah pulang terlebih awal. Mana tanggungjawab mereka? Bagaimana siswa
yang membantu ini mahu pulang dari hospital ke Ums. Seharusnya, kerja itu telah
menjadi tanggungjawab mereka. Tiadakah rasa simpati mereka dengan meninggalkan
mahasiswa sesuka hati mereka.
Siapakah yang harus dipersalahkan
dalam hal ini? Isu kecuian ini bukan baru terjadi tetapi tidak ramai yang ingin
membuat laporan tentang kecuaian jururawat di Pusat Warga. Tindakan harus
diambil bagi memastikan setiap perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik.
Kerjasama dari semua pihak harus diambil perhatian.
naluri hati : Siti Aishah binti Aziz (BC12110150)
naluri hati : Siti Aishah binti Aziz (BC12110150)
Cuba sertakan dengan gambar bukti baru best orang nak baca
ReplyDelete