Disediakan oleh: Tuan Mohd Raffudin Bin Tuan Rani (bc12110174)
Megah berdirinya insan kerana ilmu
Jatuh manusia kerana kosong ilmu
Kerana ilmu adalah cahaya yang menerangi gelapnya hidup
Seorang insan,
Pernahkah kita dengar maju seseorang insan kerana tiada ilmu?
Pernahkah kita lihat majunya pentadbiran tanpa insan cemerlang?
Tidak bukan?jauh sama sekali tidak
Tapi mengapa di arus yang maju manusia kurang cinta akan ilmu
Tokoh yang yang berdiri gagah dulunya
Sangat-sangat dahagakan ilmu
Dunia yang tiadanya segi, berbucu boleh ditawan
Digolek, dilipat
Hanya dengan penuhnya ilmu dalam diri seseorang
Jangan kita umpama Pak Pandir yang bodoh
Tidak pula seperti si Luncai yang tamak
Jauhlah kita dari Pak Kaduk yang yang mundur
Ilmu oh ilmu
Melentur buluh bermula dari rebungnya
Jadilah manusia yang dahagakan ilmu
Kerana ilmu kita diatas
Di bawah kita kerana sombong, benci akan pengetahuan.
Enjoy Song
Sunday, 3 November 2013
ILMU...
Lokasi:
Sabah, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment