LARIAN ECO KAMPUS
Universiti
Malaysia Sabah(UMS)_ Baru- baru ini terpapar dalam sebuah akhbar Berita Harian
Sabah mengenai anjuran larian EcoCampus di mana Universiti Malaysia Sabah akan
menganjurkan larian sejauh 7 kilometer yang berkonsepkan EcoCampus pada 1
Disember 2013 ini.
Penganjuran
‘EcoCampus Eco Run 2013’ itu diadakan sempena bermulanya pembangunan Eco Campus
di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE),UMS. Umumnya, para pelajar SPE
menjalankan EcoCampus ini kerana bertujuan menggalakkan hubungan sesama
masyarakat dengan lebih erat dan lebih mesra antara manusia tidak kira agama
dan alam sekitar. Pembangunan Eco Campus ini juga adalah untuk mempromasikan
satu amalan gaya hidup yang lebih sihat dan ceria selalu.
Pelancaran
pembanguan Eco Kampus ini turut mendapat kerjasama daripada penuntut UMS dan
juga anggota jawantankuasa larian iaitu Koo Kah Yin. Larian ecocampus ini turut
boleh disertai oleh sesiapa sahaja tidak kira lelaki mahupun perempuan. Amalan
gaya hidup sihat harus senantiasa di amalkan agar tubuh badan menjadi sihat
serta dapat menghindari diri daripada segala jenis penyakit seperti penyakit
jantung dan sebagainya.
Di
samping itu juga peyertaan bagi menyertai larian ini bukan hanya tertakluk
kepada pelajar-pelajar UMS malahan ianya turut terbuka pada orang awam yang
ingin turut sertai larian ini. Bagi melengkapkan larian tersebut setiap orang
peserta harus di kehendaki menanam benih pokok yang di sediakan sebagai lambang
harapan kepada alam persekitaran lebih hijau demi generasi yang akan datang.
Larian ini juga bermula jam 5.30 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Lebih menariknya
ialah sesiapa sahaja yang menyertai larian ini akan memperolehi wang sebagai
penghargaan daripada Pihak Sekolah (SPE) iaitu sebanyak rm25 seorang dan
pemenang tempat pertama akan memperoleh wang sebanyak rm250 dan tempat kedua
mendapat wang tunai sebanyak rm160 dan tempat yang ketiga akan mendapat wang
sebanyak rm 80. Larian ini seharusnya mendapat sambutan ramai.
Nukilan
; Siti Noor Ain binti Awang BC 12110155
"Bagi melengkapkan larian tersebut setiap orang peserta" orang buang
ReplyDelete