MALAM ALUNAN ZIKIR RINDU
SABAH, 28
November 2013: Pada 22 November 2013 iaitu Sempena Sambutan Tamu Gadang yang
ke- 15, Universiti Malaysia Sabah telah menjemput artis yang popular dan
disegani ramai iaitu Fitri Haris dan juga Heliza Helmi yang juga bekas seorang
pelajar dari UMS. Mereka dijemput untuk memeriahkan lagi majlis Malam Alunan
Zikir Rindu. Penampilan istimewa dua orang anak seni ini telah mendapat
sambutan yang sangat meriah dari pelajar- pelajar Universiti Malaysia Sabah dan juga orang awam. Tambahan
lagi, Medorator dalam majlis Malam Alunan Zikir Rindu itu, merupakan bekas
presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah yang kini
telah menyambung pelajarannya dalam Master iaitu Muhammad Juhar bin Harun. Majlis
yang bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam itu banyak
memberi manfaat yang berguna kepada semua yang hadir.
Majlis Malam Alunan Zikir Rindu itu
bermula dengan sesi perkenalan dan penyanyi nasid iaitu Muaz telah
mempersembahankan dua buah lagu yang cukup istimewa iaitu, ‘Rintihan Hamba’ dan
‘Rasa Bertuhan’. Kedua- dua lagu tersebut memberi kesan yang cukup mendalam
kepada penonton. Seterusnya Heliza Helmi menceritakan bagaimana pengalamannya
ketika berada di Gaza. Heliza berkata ‘ saya sebak apabila melihat kanak- kanak
yang terpaksa berdikari kerana kedua orang tuanya telah meninggal walaupun
begitu kanak- kanak tersebut tidak menunjukkan penderitaan yang mereka tanggung
malah mereka masih mampu mengukirkan senyuman dan masih bersyukur dengan apa
yang mereka ada. Mereka berkata lagi Allah sayangkan mereka sebab itu Allah
menguji mereka. Kata- kata itu telah membuatkan Heliza Helmi menangis dan kita
seharusnya bersyukur kerana Negara kita masih aman dan tidak ada perperangan.
Seterusnya Fitri Haris telah mempersembahakan lagu yang cukup gemersik iaitu
lagu, ‘Zikir Munajat Rindu’ Fitri menyanyikan lagu itu dengan penuh kesyahduan.
Penonton juga turut menyanyikan lagu tersebut.
Program seperti ini seharusnya
diteruskan kerana ia akan memberikan kesedaran kepada masyarakat terutama
kepada golongan remaja. Program seperti ini juga akan membentuk anak- anak muda
kearah kecemerlangan dan juga kegemilangan.
Penulis: NINA
AISHAH BINTI RAMALI
Matrik: BC
12160190
No comments:
Post a Comment