Enjoy Song

Saturday, 23 November 2013

NILAI KASIHMU…
Ibu….
Bergenang air mataku..
Bila saja terbayang wajah ibu yang redup sayu,
Belaian tanganmu selembut kapas,
Bagaikan laut yang bersisiran,
Biarpum pelbagai pahit yang kau rasakan.
Ibu….
Tidakkah kau rasa sedikit jemu,
Mengasuh dan mendidik anakmu,
Dari kecil hingga dewasa,
Hidupmu kau korbankan,
Biarpom dirimu terkorban.
Ibu….
Kau korbankan tidurmu demi menjaga anakmu,
Tidak lena tidurmu
Kerana takut anakmu di gigit seekor nyamuk..
Betapa besarnya pengorbananmu.
Ibu….
Tidak dapatku balas segala pengorbananmu,
Kau yang melahirkan dan membesarkanku..
Dengan belaian dan kasih sayang kau memandikanku..
Tidak terbalas segala jasamu,

Ibu….
Semoga tuhan memberkatimu..
Melindungimu tika ketiadaanku nanti,
Ibu..
Kau ampunilah dosaku
Andainya ku pernah menguris hatimu
Restumu yang kuharapkan.

Di situlah syurgaku
Kau mengajar ku erti kehidupan dan kesabaran
Kau bagaikan sebuah pelita yang menerangi
ketika aku berada dalam kegelapan,
Kau menyuluh jalan kehidupanku,
Kasih sayangmu sungguh bernilai,
Itulah harta yang paling terkaya,
Yang kau berikan padaku..
Ibu…
Dengarlah isi hatiku,
Kau ampuni dosaku,
Andainya aku telah berkasar dengan mu,
Aku ingin bauan syurgamu..


Nukilan: siti noor ain binti awang bc 12110155

No comments:

Post a Comment