Ketenangan alunan ombak yang mengalir membuatkan
bisikan hati aku berasa amat tenang dan nyaman dengan aliran omabak yang
bersilih ganti. Air laut mengalir tanpa henti seperti dentuman hatiku yang
merasakan hati ini berat untuk aku meninggalkan dunai. Dunia yang kini aku olah
terus di olah untuk saat aku akan tinggalkan duniawi. Aku merenung jauh awan yang
semakin kebiru-biru yang memberi begitu pertanyaan kepada diri, begitu banyak
momentum-momentum kehidupan yang belum aku galas. Jika aku tiada peluang untuk
meneruskan hidup akan aku goreskan gurisan hatiku buat kali terakhir. Ya
allah.....mungkin ini ketentuanmu aku redha dan pasrah. Aku akan tabahkan hatiku menerima takdir yang
teah tertulis buatku. Aku tahu, Setiap insan yang lahir di muka bumi ini sudah
tertulis untuknya ajal mautnya ,rezeki, dan jodoh pertemuan. Aku bersyukur padamu kerana
aku di beri peluang untuk aku bernafas dan merasai kenikmatan duniawi. Kini aku
sedang mencari ketenangan jiwa....
Di mana ini akan cari?....di mana ketenangan buatku??....
Ya allah,..aku terima
jika ini hari terakhir buatku..aku tahu setiap cubaan dan ujianMu pasti ada
balasan yang lebih indah, engkau kuatkanlah hati kecilku ini untuk bisa
melewati saat terakhir buatku, tapi jika aku lelah dengan setiap detik ujian
dariMu engkau rangkullah aku dalam pelukkanMu...
Ya allah.... sesungguhnya aku ikhlas...
Jika ini takdir aku,
jika ini hari terakhir buatku aku pasrah hanya satu aku mohon biarkanlah
tubuhku ini dapat merasakan hangatnya pelukan mereka yang aku sayang,
biarkanlah aku menikmati indahnya sisa hidupku ini, sudah sampainya waktu aku
tinggalkan mereka, namun aku memohon padamu izinkan jasadku sentiasa bersama
mereka. Aku ingin seperti sirius dalam keadaan mendung sekalipun, dia akan
tetap bersinar dalam hatiku.
Ini adalah hari
terakhir aku yang bergelar manusia yang hanya menumpang sekejap di bumi nyata,
saat yang paling gundah yang akan aku tempuhi dalam menghabiskan sisa-sisa
hidupku....hanya satu yang aku pinta sebelum ajal datang menjemputku,aku ingin
menghembuskan nafas terakhir aku di atas paha bondaku. Sebelum aku menutup mata
buat selamanya,aku ingin sekali mengucup dahi bonda, aku ingin sekali mencium
kedua-dua pipi bonda, aku ingin sekali menggengam erat jari jemari bonda.aku
ingin mengucapkan terima kasih ibu kerana telah bergadai nyawa melahirkan aku
di muka bumi ini. Aku ingin sekali mengucup dahi abah aku ingin merasa pelukkan
seorang abah yang tidak pernah aku rasai sebelum ini. Hanya kasih sayang dan
belaian abah.
Walaupun hari ini hari
terakhir buatku di dunia ini, aku hanya mahukan sepenuh perhatian abah dan
bonda yang selama ini aku tidak pernah dapat merasakan. Aku hanya mendapat
kasih sayang daripada insan yang bergelar kakak....abah...bonda....ingin aku
luahkan apa yang terbuku di sanubariku sebelum aku meninggalkan dunia ini. Aku
ingin sekali mendengar suara panggilan abah dengan nada perlahan memanggil
namaku bukan dengan kekasaran dan penuh kebencian....
Abah, kenapa aku tidak
pernah rasa ada seorang abah yang begitu sayangkan aku???kenapa kasih sayang
abah berbeza dengan limpahan kasih sayang yang abah curahkan buat kembarku...
apa dosaku???....abah dan bonda hanya memberi sepenuh perhatian pada
kembarku...ingin aku berkata sekuat yang boleh.....abah!!!! bonda!!!! Aku yang
berdiri di sisimu ini juga anakmu...
Tapi......,
Aku pasrah... tiba-tiba
aku teringat akan kata-kata kakak aku yang selalu berpesan, “adik abah dan
bonda tidak pernah membezakan kasih sayangnya...kita semua anak abah mesti abah
sayangkan kita...dah....jangan berfikir perkara yang bukan-bukan
erkkkkkkkk......ingat Tuhan adik”...setiap kaum adam dan hawa yang tuhan ciptakan
mesti ada hikmat. Aku hanya menjawab perkara ye.....sambail melemparkan
senyuman buat kakak....
Tapi kakak.....
Dalam hatiku ingin saja
aku meraung,merintih, menangis dan berkata: abah,bonda mana keadilan buatku
sebagai anak, walaupum kami di lahirkan kembar tapi kami sama-sama membesar
dalam rahim bonda...kenapa aku tidak pernah merasa erti kasih sayang seorang
insan yang paling berharta di dunia ini.
Aku merebahkan tubuhku
di atas tilam yang empuk tapi mungkin esok aku akan tidur nyeyak di atas tilam
di mana tempat asal aku akan kembali dengan berbajukan pakaian serba putih beserta amalan yang akan aku bawa.
Betapa takutnya aku untuk meninggalkan orang yang paling aku sayang....tanpa
aku sedari gugurnya manik-manik jernih berjuraian tanpa henti di pipiku. Aku
tidak sanggup untuk meninggalkan keluarga yang aku sayang walaupun aku hanya
hidup serba kekurangan. Ingin saja aku merintih memohon kepadaMu ya Allah
supaya engkau panjangkan umur aku. Jangan engkau ambil nyawaku aku ingin merasa
dakapan dan kasih sayang seorang ayah yang tidak pernah aku rasa...
Abah....bondaku yang tercinta...kakak...abang....adik....
Ingin aku memberitahu
semua orang bahawa aku akan pergi buat selamanya meninggalkan semua, tapi apa
kan daya hanya aku yang dapat merasakannya. Abah...bonda...Terima kasih kerana
membesarkan aku sehingga aku meningkat dewasa jasa abah dan bonda tidak dapat
aku balas...halalkan segala makan minum ain abah...ampunkan segala dosa-dosa
ain...ingin sekali buat kali terakhir ain memeluk,mencium dahi abah...dan tidur
bersama-sama bonda dalam pelukan dan dodoian bonda yang selama ini hanya
kembarku arif yang dapat. Buat orang yang teristimewa, terima kasih kerana
engkau selalu bersama-samaku di saat aku gundah dan gembira. Kenangan abadi
bersamamu tidak pernah akan aku lupakan walaupun jasad dan nyawa aku sudah
tiada. Hanya tuhan yang dapat membalas budi dan jasamu. Engkau bagaikan
malaikat yang hadir untuk menyempurnakan sisa hidupku
Hanya satu permintaan ain buat abah dan bonda tersayang....
Di Saat malaikat mungkar
datang menjemputku...aku takut akan segala dosa dan kesilapan aku sepanjang aku
hidup.ampuni aku ya allah....semoga engkau ampunkan segala dosa hambamu ini...
Sebelum aku menutup mata
buat selamanya aku ingin habiskan sisa-sisa hempusan nafas terakhir aku di atas
paha bonda...aku ingin menggengam erat susunan sepuluh jari bonda dan abah...
Abah....jaga diri abah
baik-baik, tolong jaga bonda .....halalkan segala makan minumku selama aku bernyawa
di bumi ini. Tolong jangan menitiskan setitis air mata sekalipun, jangan pernah
semua orang berduka di saat aku tiada lagi meninggalkan semua...aku sayang
kalian semua. Tolong sampaikan kasih dan rinduku buat Kak Long, Kak Ngah, Abang
dan Adik, katakan pada mereka bahawa aku sangat-sangat sayangkan mereka. Terima
kasih kerana sudi mencurahkan kasih sayang terhadap aku selama aku hidup di
muka bumi ini. Kasih sayang ini akan abadi bersamaku selama-lamanya walaupun
hanya namaku menjadi ingati buat kalian semua...aku sudah tidak terdaya hanya
padamu aku berserah.
Salam Terakhir, Salam Teristimewa ku hulurkan buat semua...Ampunkan dosa
anakmu...
Nukilan,:
Siti Noor Ain binti Awang (bc12110155)
No comments:
Post a Comment