Enjoy Song

Sunday, 24 November 2013

Hasil daripada Bahan Terbuang



25 November 2013, Universiti Malaysia Sabah (UMS)- Persatuan alam sekitar kolej kediaman E telah mengadakan satu program bersempena dengan Tamu Gadang 2013  bertempat di Padang Kawat. Persatuan alam sekitar ini juga telah mengambil jalan intensif menjual dan mempromosikan koleksi cengkerang yang di ambil dan di jadikan bahan cenderamata. Objektif persatuan alam sekitar kolej kediaman E ialah mengambil bahan terbuang dan di jadikan bahan yang berguna kepada masyarakat. Daripada hasil pemungutan bahan-bahan terbuang dapat mereka gunakan untuk di jadikan satu bahan yang berguna kepada masyarakat sekeliling.
Persatuan alam sekitar juga telah bercadang akan mengadakan satu pondok khas untuk mereka jadikan taman alam sekitar. Ahli-ahli persatuan alam sekitar akan bekerjasama dalam menjayakan program yang telah di rancang oleh pengarah persatuan tersebut. Mereka juga bekerja bersungguh-sungguh seperti ‘berat sama dipikul ringan sama di jinjing’.  Mereka telah mengambil intensif tersebut dengan adanya sumbangan dana daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Kediaman E. Pihak HEP juga telah memberi sokongan dengan memberi kebenaran kepada persatuan alam sekitar supaya menggunakan pondok yang bersebelahan dengan HEP kolek kediaman tersebut. Ahli-ahli persatuan tersebut akan mengecat dan mencantikkan pondok tersebut dan mengadakan pameran yang mereka buat daripada hasil bahan tersebut yang mereka perolehi. Mereka juga telah mengambil langkah intensif dan bercadang akan menanam pokok-pokok untuk tujuan memberi keselesaan. Hasil daripada tanaman tersebut ianya juga akan mengeluarkan proses oksigen kepada penafasan manusia.
Persatuan alam sekitar juga telah mengambil peluang bersempena dengan berlangsungnya majlis Tamu Gadang, mereka telah menganjurkan satu program pameran dan mereka telah membuat pelbagai cenderamata yang menggunakan cengkerang daripada hasil kutipan cengkerang di Pantai Odex Universiti Malaysia Sabah. Mereka telah menjual dengan harga yang berpatutan. Persatuan alam sekitar ini berharap agar persatuan ini akan berjaya mencapai objektif dan maklamatnya dan berharap masyarakat sekeliling bergading bahu dalam menjayakan untuk memperkukuhkan dan memantapkan persatuan tersebut bak kata perumpamaan melayu ‘alang-alang menyelup perkasam biar sampai menjadi arang’.

Di tulis oleh : Siti Noor Ain binti Awang (Bc 12110155)


No comments:

Post a Comment