Enjoy Song

Friday, 22 November 2013

SIKAP PENGAWAL KESELAMATAN

23 November 2013- Universiti Malaysia Sabah (UMS), Pesta Konvokesyen, Tamu Gadang kali ke-15 telah bermula sejak 21 November sehingga 25 November 2013. Pesta kali ini mempunyai sedikit kelainan dari tahun-tahun yang sebelumnya. Hal ini kerana, terdapat lebih dua ratus buah gerai jualan yang dibuka di padang kawad UMS. Sebelum ini, Tamu Gadang akan diadakan di dataran Dewan Canselor tetapi keadaan kawasan yang sempit telah menyebabkan pesta itu berpindah ke padang kawad. Tempat ini lebih memberi keselesaan kepada para pengunjung. Selain itu, keperluan untuk menjalankan aktiviti seperti konsert dan pertunjukkan lebih sempurna di padang kawad.
            Pesta-pesta seperti ini biasanya banyak menimbulkan pelbagai isu jika pemerhati yang melihat keadaan semasa dengan teliti. Misalnya, sikap pengawal keselamatan yang bertugas pada hari yang penuh bersejarah ini. Sebagai pemerhati yang peka terhadap keadaan sekeliling, sikap pengawal keselamatan telah memberikan sedikit persepsi buruk dengan tindakannya. Jika kita mempunyai adab dan sopan yang baik kita perlu tahu bagaimana cara untuk menegur kesalahan orang. Setiap orang ada melakukan kesilapan dan kesilapan itu boleh diubah dengan teguran yang baik. Bukannya dengan cara memaki hamun dengan kata-kata yang kesat.
            Seorang pelajar telah melakukan kesilapan dengan menunggang motosikal  di jalan sehala tanpa pengetahuannya. Hal ini kerana sesetengah jalan ditutup bagi melancarkan perjalanan kenderaan untuk ke Pesta Konvokesyen. Kemudian, salah seorang pengawal keselamatan datang dan memarahinya. Adakah ini cara yang betul untuk menegur? Cuba kita fikir dan renungkan. Sejauh mana pengetahuan pengawal keselamatan ini tentang etika menegur kesalahan yang dilakukan secara tidak sengaja? Patutkah pelajar ini dimarahi dihadapan orang ramai terutama dihadapan ibubapa yang hadir untuk majlis Konvokesyen? Pelbagai persoalan muncul dibenak ini untuk mengubah tindakan pengawal itu. Siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini?
            Masih terngiang-ngiang dikuping ini kata-kata yang muncul dari mulut pengawal keselamatan itu. Pelajar itu telah meminta maaf dengan salah yang tidak disengajakan itu tadi dengan penuh kelembutan dan kesopanan. Tetapi, apa yang dijawab pengawal keselamatan itu sangat memedihkan telinga yang mendengarnya. Katanya “inilah pelajar sudah salah baru tahu untuk meminta maaf”. Bukankah perkataan maaf itu diucapkan bagi menenangkan keadaan? Sikap pengawal itu boleh dikatakan sebagai kurang ajar. Bagaimana pelajar-pelajar ingin menghormati mereka jika mereka sendiri tidak menghormati maruah mereka sendiri.
            Sikap ini harus diambil perhatian semua orang bukan sahaja pengawal keselamatan. Pernah suatu ketika dahulu ada pepatah mengatakan bahawa kesempurnaan yang seratus peratus itu wujud dalam satu kata iaitu “attitude” . Oleh hal yang demikian, fahami dahulu tentang apa itu sikap baru kita boleh menegur orang. Adab dan sopan harus dijaga walau dimana kita berada dan dengan siapa kita bercakap. Adab dan sopan tanggungjawab sendri. Sama-sama kita renung dan fikirkan.

Pandangan mata : Siti Aishah binti Aziz (BC12110150)
                  Mohamad Amirul Shahzwan bin Rosli (BC12110074)                                    

1 comment: