Enjoy Song

Sunday, 24 November 2013

Uniknya Masjid Ums

25 November, Universiti Malaysia Sabah- Masjid Universiti Malaysia Sabah merupakan salah satu tempat atau bangunan yang menjadikan Universiti Malaysia Sabah(UMS) sangat menarik minat pelancong. Sebenarnya, masjid UMS mula digunakan untuk solat lima waktu pada bulan Februari 2002. Walau bagaimanapun perasmian masjid hanya dapat disempurnakan pada 29 November 2002 (Jumaat) bersamaan 24 Ramadhan 1423H oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah ketika itu, Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai, Canselor Universiti Malaysia Sabah yang pertama, dan sehingga sekarang masjid tersebut digunakan untuk solat fardu, sunat serta solat Jumaat. Masjid UMS juga bukan dikunjungi oleh warga UMS untuk mereka menunaikan solat Jumaat, malah umat islam dari luar juga turut berjemaah bersama-sama di masjid UMS. Ini menunjukkan bahawa seluruh umat islam boleh menggunakan masjid tersebut.
Masjid UMS juga mempunyai pelbagai fungsi kepada seluruh warga UMS.. Antara fungsi masjid UMS ialah merancang dan menguruskan program-program keagamaan universiti bagi meningkatkan lagi kefahaman dan kesedaran khususnya kepada kakitangan UMS tentang ajaran Islam, membimbing dan memberikan khidmat kaunseling untuk warga UMS berkenaan tatacara dan peraturan dalam kehidupan seharian selari dengan apa yang dianjurkan oleh Syara’, memastikan masjid UMS berperanan penuh sebagai pusat beribadah dan percambahan ilmu dan sebagai pusat rujukan utama UMS berkaitan isu-isu semasa berkaitan Agama Islam. Dengan adanya masjid tersebut, segala aktiviti yang berunsurkan keagamaan boleh dilakukan. antaranya seperti kelas fardhu ain, kelas mengaji al-Quran dan sebagainya.
Ramai warga yang tidak mengetahui bahawa masjid ini merupakan masjid ketiga terbesar di Kota Kinabalu dan telah menelan belanja pembinaan sebanyak 40 million ringgit. Warna oren yang dikenakan pada masjid UMS ini menambahkan lagi kecantikkan binaanya. Di bahagian dalam masjid ini dihiasi dengan ukuran kayu yang membentuk tulisan khat, ukiran berbentuk bunga serta dilengkapkan lagi  dengan kerpet yang bewarna biru. Bagunan yang tersergang indah ini merupakan salah satu bangunan yang tercantik di UMS serta dapat mearik ramai pelancong datang bertandang. Jika kita lihat, sering kali masjid UMS merupakan destinasi pelancong yang terutama. Keunikan senibena dan saiznya yang besar merupakan salah satu faktor masjid UMS sangat dikenali.
Di sediakan oleh: Tuan Mohd Raffudin bin Tuan Rani Bc 12110174








No comments:

Post a Comment