Kempen Derma Darah
17.November.2013 Universiti Malaysia Sabah-
Program derma darah telah diadakan bertempat di perpustakaan di mana kempen
derma darah ini mendapat sambutan hangat daripada semua pelajar mahasiswa dan
mahasiswi UMS. Kempen ini juga sebenarnya di anjurkan oleh para pelajar tahun 3
menuntut jurusan SST pada 09.November.2013. Anjuran yang mereka lakukan adalah
bertujuan merapatkan hubungan sesama masyarakat dan juga ianya membuka mata
para mahasiswa dan mahasiswi ums supaya membantu masyarakat di luar sana yang
memerlukan bantuan. Kita sebagai manusia ciptaanNya mungkin tidak mampu menghulurkan
bantuan melalui wang ringgit tetapi sesetengah kita hanya mampu menderma dengan
dermakan darah mereka kepada orang yang lebih memerlukan.
Sititis darah yang di dermakan bagaikan
beribu nyawa yang telah kita selamatkan. Kempen sebegini perlu di semarakkan
supaya kita sentiasa ingat bahawa ada golongan masyarakat di luar sana yang
lebih memerlukan bantuan daripada kita. Sebagai penghargaan kepada mereka yang
sanggup mendermakan darah sedikit makanan dan minuman juga turut di berikan
kepada para pelajar.
Program derma darah ini juga bukan hanya di
anjurkan oleh pelajar SST sahaja malahan kempen derma darah ini juga di
anjurkan oleh para pelajar tahun 2 yang di buat sempena hari APK mereka.
Program ini di adakan di Pusat Penantaran Ilmu dan Bahasa (PPIB). Mereka
menjalankan kempen tersebut dengan bertemakna “Blood Donation Campaign”. Kempen
ini turut berlangsung selama 2 hari iaitu pada 13 November 2013 sehingga 14
November 2013. Program sebegini harus senantiasa di adakan agar ianya menjadi
teladan supaya kita mengingati masyarakat di luar sana yang lebih
memerlukannya.
Nukilan : Siti Noor Ain binti Awang BC
12110155
No comments:
Post a Comment