Enjoy Song

Sunday, 10 November 2013

GEMPAR!!! KES KECURIAN SEMAKIN MENJADI-JADI

KES KECURIAN DI KOLEJ E
07.November.2013 Kolej Kediaman E,UMS-Kebelakangan ini banyak kes kecurian yang berlaku di Kolej Kediaman E terutamanya di blok penginapan perempuan. Hal ini tidak pernah berlaku kerana kebanyakan kes kecurian sering kali kita dengar di lakukan oleh lelaki tetapi kini sebaliknya. Dunia sekarang makin cangih dengan pembangunan IQ sehinggakan kaum perempuan tidak takut melakukan hal sedemikian.
Baru-baru ini kes kecurian di blok-blok perempuan sering kali berlaku. Beberapa orang mahasiswi kolej kediaman E telah menjadi mangsa. Khabar angin menyatakan bahawa kes kecurian ini di lakukan oleh seorang perempuan yang akan memasuki bilik mahasiswi dengan menutupkan mukanya dengan kain tuala supaya tidak ada orang yang dapat mengenali sisip wajahnya. Kes ini akan berlaku pada jam 2.00 pagi kerana ketika waktu begini ramai mahasiswi yang sudah lena di buai mimpi kerana mereka penat seharian pergi ke kuliah dan sebagainya. Pada kejadian yang pertama kalinya, kes kecurian telah berlaku di blok A2 yang menyebabkan 4 buah laptop telah hilang dan semua telefon juga di ambil serta wang juga turut di ambil. Menurut seorang mahasiswi yang menginap di bilik tersebut pada masa kejadian kes kecurian itu,dia masih belum tidur kerana masih bersekang mata menyiapakan tugasan. Menurutnya lagi, dia melihat pencuri itu masuk ke biliknya dan mengambil semua barang-barang yang bernilai. Tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa,tubuhnya menjadi kaku dan tidak boleh berkata apa-apa. Hal ini menyebabkan ramai yang menyatakan bahawa kejadian itu seperti menggunakan ilmu ataupun telah di pukau sehinggakan mangsa tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya melihat kejadian tersebut berlaku. Hal ini telah di laporkan kepada pihak HEP dan pihak yang berkuasa. Pihak HEP dan JAKMAS telah melakukan sport check kepada semua penghuni blok tersebut pada malam kejadian,tetapi gagal menemui bukti.
Selang seminggu kemudiannya, kes kecurian yang sama juga telah berlaku di blok mahasiswi di blok B1. Tektik dan cara yang sama juga telah di gunakan. Kejadian itu telah berlaku di penghuni ground floor. Menurut mangsa yang berada di bilik tersebut dia melihat di tepi tingkap ada seorang lelaki yang sedang menunggu untuk mengambil barang yang telah di curi. Tetapi kerana kebijaksaan yang tidak mempunyai hati dan tidak ada belas kasihan pada kalangan sekaum hawa kejadian itu sering kali berlaku. Pihak berkuasa juga telah mengambil langkah untuk menangkap pelajar tersebut yang telah disyaki mencuri tetapi gagal kerana suspek telah hilang.

Hasil pena: SITI NOOR AIN BINTI AWANG BC12110155

No comments:

Post a Comment