Masyarakat Malaysia cintakan keamanan dan
kesejahteraan. Sebarang tindakan yang boleh mencetuskan gejala tidak
baik, adalah dilarang. Bagi orang Melayu, khasnya yang berbeza ideologi
politik, perlu diingat mereka hidup berasaskan adat yang turut diamal
sebahagian besar orang sebangsa. Orang Melayu, walau apa juga
ideologi politik tetap mengendung adat. Jika menolak adat, mereka akan
kehilangan jati diri kemelayuannya.
Ramai yang mengharapkan
Melayu dapat disatukan melalui adat bertunjangkan kepada suasana
politik semasa dan Islam seperti yang diakui bahawa agama dijunjung,
adat dan warisan dikendung. Jika agama dan adat ini seiring untuk
menyatupadukan Melayu, insya-Allah, orang Melayu akan berada dalam
penyatuan walaupun pemikiran politiknya berbeza.
Dalam konteks
penyatuan orang Melayu, khasnya setelah kegagalan pelbagai percubaan,
mereka yang terbabit perlu melihat peranan yang boleh dimainkan
institusi adat yang bukan saja melindungi adat Melayu tetapi juga ke
arah menyatupadukan bangsa. Satu pemikiran baru berhubung soal adat ini
perlu diberi pertimbangan wajar berasaskan peranan yang boleh dimainkan
untuk menyatupadukan bangsa.
Jika budaya boleh menyatupadukan
bangsa, apatah lagi adat yang sudah menjadi darah daging orang Melayu.
Dalam budaya, tidak ada tarian Melayu untuk UMNO atau PAS semata-mata,
begitu juga tidak ada adat Melayu hanya untuk UMNO atau PAS. Adat Melayu
adalah untuk semua bangsa Melayu.
Oleh : Siti Aishah Aziz (BC 12110150)
Suria Pagi
Enjoy Song
Tuesday, 21 January 2014
Monday, 20 January 2014
SISWA PERLU TAHU MATLAMAT PERJUANGAN
Siswa adalah golongan terpelajar, namun dengan sikap dan tindakan
segelintir yang terbabit dalam beberapa insiden provokasi mutakhir ini
sedikit sebanyak mencalar imej dan identiti mereka.
Meskipun tindakan itu membabitkan sebilangan saja, kesannya tetap
tercalit pada siswa secara keseluruhan. Pelbagai tanggapan timbul, malah
tidak keterlaluan ada suara mengatakan siswa masih belum matang dan
terpengaruh dengan pihak tertentu.
Percanggahan pendapat dalam sesetengah perkara mungkin tiada salahnya.
Keinginan agar idea didengar pihak lain juga suatu lumrah. Malah, hak
bersuara barangkali tidak dihalang selagi ia tidak menyalahi
undang-undang, bahkan menonjolkan norma intelektual.
Bagaimanapun, apakah justifikasi anda apabila bercakap mengenai isu ini? Apakah pembabitan mereka berpaksi kepada kebenaran demi sebuah perjuangan yang tulus ataupun sekadar retorik dan berlandaskan emosi?
Bagaimanapun, apakah justifikasi anda apabila bercakap mengenai isu ini? Apakah pembabitan mereka berpaksi kepada kebenaran demi sebuah perjuangan yang tulus ataupun sekadar retorik dan berlandaskan emosi?
Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr
Zaid Ahmad berkata, masyarakat pada asasnya tidak boleh menganggap
situasi yang melanda siswa kini sekadar retorik semata-mata.
Menurutnya, walaupun ramai beranggapan golongan terbabit sekadar
meraih publisiti murahan atau mudah diperalatkan, pemerhatian dan
pemahaman perlu dilihat dari sudut berbeza agar tidak timbul salah
faham.
“Kita tidak boleh sesuka hati mengatakan tindakan diambil segelintir daripada mereka salah dan tidak boleh diterima pihak lain.
“Pada waktu sama juga kita tidak boleh mengatakan mereka dibenarkan berbuat demikian sewenang-wenangnya tanpa memikirkan sensitiviti atau akibat lain yang mungkin timbul,” katanya.
Katanya, sebelum membuat penilaian, kepentingan memahami tindakan itu perlu ada supaya kedua-dua pihak dapat melihat keperluan sesuatu tindakan dari sudut berbeza bagi mencari titik persefahaman dan tidak disalah anggap.
Beliau juga kurang bersetuju apabila ada segelintir pihak menyamakan tindakan segelintir siswa terbabit bersifat murahan dan seperti diperkudakan pihak tertentu yang berkepentingan.
“Saya berpendapat, ia kurang tepat dan kurang manis apabila melabelkan sesuatu pihak dengan tanggapan buruk.
“Tidak kiralah sama ada siswa atau pihak lain, tanggapan yang diberikan perlu berdasarkan bukti dan tidak boleh dilakukan dengan emosi dan andaian semata-mata.
“Bukan menyokong mana-mana pihak tapi adakalanya pendapat diberikan disalah tafsir sedangkan kedua-duanya boleh mencari persefahaman bagi mengelakkan perselisihan faham,” katanya.
Dr Zaid berkata, jika pertikaian sedia ada itu diprovokasi pihak yang mahu mengambil kesempatan, contohnya disemarakkan lagi dengan media sosial, pertikaian kecil mungkin menjadi besar kerana ada tokok tambah.
“Pihak yang memperjuangkan iaitu siswa dan pihak menggubal atau memegang tampuk kuasa akan melihat pertikaian itu dari definisi berbeza.
“Akhirnya akan mencetuskan perbalahan yang tidak diingini dan kesempatan itu pula dipergunakan pihak lain yang mempunyai kepentingan peribadi,” katanya.
Beliau bagaimanapun menegaskan, andai kata situasi itu benar-benar melanggar undang-undang, ia perlulah dikenakan tindakan sewajarnya.
“Saya percaya masyarakat sebenarnya tidak mahu mengongkong pergerakan siswa andai kata golongan itu tahu batasannya.
“Malah, masyarakat juga yakin golongan itu perlu diberi ruang untuk menyuarakan pandangan serta hak perbezaan pendapat.
“Tapi seandainya ia keterlaluan dan boleh mengganggu gugat keamanan mahupun sensitiviti orang lain atau melanggar undang-undang, sudah semestinya tindakan perlu diambil,” katanya.
Katanya, siswa perlu menunjukkan daya intelektual tinggi serta tahu arah perjuangan mereka.
Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mahu menyekat perkembangan daya pemikiran golongan terbabit dalam menyuarakan sesuatu isu, malah mereka diberikan platform untuk berpolitik.
“Kita tidak boleh sesuka hati mengatakan tindakan diambil segelintir daripada mereka salah dan tidak boleh diterima pihak lain.
“Pada waktu sama juga kita tidak boleh mengatakan mereka dibenarkan berbuat demikian sewenang-wenangnya tanpa memikirkan sensitiviti atau akibat lain yang mungkin timbul,” katanya.
Katanya, sebelum membuat penilaian, kepentingan memahami tindakan itu perlu ada supaya kedua-dua pihak dapat melihat keperluan sesuatu tindakan dari sudut berbeza bagi mencari titik persefahaman dan tidak disalah anggap.
Beliau juga kurang bersetuju apabila ada segelintir pihak menyamakan tindakan segelintir siswa terbabit bersifat murahan dan seperti diperkudakan pihak tertentu yang berkepentingan.
“Saya berpendapat, ia kurang tepat dan kurang manis apabila melabelkan sesuatu pihak dengan tanggapan buruk.
“Tidak kiralah sama ada siswa atau pihak lain, tanggapan yang diberikan perlu berdasarkan bukti dan tidak boleh dilakukan dengan emosi dan andaian semata-mata.
“Bukan menyokong mana-mana pihak tapi adakalanya pendapat diberikan disalah tafsir sedangkan kedua-duanya boleh mencari persefahaman bagi mengelakkan perselisihan faham,” katanya.
Dr Zaid berkata, jika pertikaian sedia ada itu diprovokasi pihak yang mahu mengambil kesempatan, contohnya disemarakkan lagi dengan media sosial, pertikaian kecil mungkin menjadi besar kerana ada tokok tambah.
“Pihak yang memperjuangkan iaitu siswa dan pihak menggubal atau memegang tampuk kuasa akan melihat pertikaian itu dari definisi berbeza.
“Akhirnya akan mencetuskan perbalahan yang tidak diingini dan kesempatan itu pula dipergunakan pihak lain yang mempunyai kepentingan peribadi,” katanya.
Beliau bagaimanapun menegaskan, andai kata situasi itu benar-benar melanggar undang-undang, ia perlulah dikenakan tindakan sewajarnya.
“Saya percaya masyarakat sebenarnya tidak mahu mengongkong pergerakan siswa andai kata golongan itu tahu batasannya.
“Malah, masyarakat juga yakin golongan itu perlu diberi ruang untuk menyuarakan pandangan serta hak perbezaan pendapat.
“Tapi seandainya ia keterlaluan dan boleh mengganggu gugat keamanan mahupun sensitiviti orang lain atau melanggar undang-undang, sudah semestinya tindakan perlu diambil,” katanya.
Katanya, siswa perlu menunjukkan daya intelektual tinggi serta tahu arah perjuangan mereka.
Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mahu menyekat perkembangan daya pemikiran golongan terbabit dalam menyuarakan sesuatu isu, malah mereka diberikan platform untuk berpolitik.
“Namun, pada masa sama perlu buktikan mereka adalah golongan yang mampu berfikir serta mempunyai daya intelektual tinggi.
“Dukacita apabila mereka yang agresif ini tidak bertindak seperti itu. Jadi jangan salahkan masyarakat andai kata mereka melemparkan tuduhan atau melabelkan siswa dengan pelbagai tanggapan,” katanya.
Mengenai tanggapan tindakan siswa kini yang dikatakan lebih dipengaruhi sentimen siswa terdahulu, Dr Zaid berkata, kebangkitan itu walaupun caranya sama, matlamat perjuangannya sudah berbeza.
Katanya, dulu siswa berjuang kerana mereka ada rasa tanggungjawab untuk membela masyarakat dan perjuangan itu tiada agenda tersembunyi.
“Persoalannya, apakah perjuangan siswa kini atas matlamat sama atau disebabkan kekecewaan parti politik yang disokong juga ada agenda lain?
“Jika betul matlamat dan caranya, boleh kita katakan siswa memang berjuang untuk masyarakat, tapi jika sebaliknya, ia adalah salah,” katanya.
Namun, beliau melontarkan soalan: “Bagaimana kita mahu mengetahui perjuangan mereka adalah benar jika ada unsur provokasi, keganasan dan sebagainya?”
Katanya, masyarakat tidak memberikan label kepada siswa terbabit tetapi mereka sendiri yang membuka peluang kepada pihak lain untuk membuat penafsiran bersandarkan perlakuan ditunjukkan.
Oleh : Mohamad Amirul Shahzwan Bin Rosli (BC 12110074)
Sunday, 12 January 2014
UMS Sejati
21
Disember 2013-
Aktiviti ko-kurikulum Ums Sejati dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat
daripada ibu pejabat Kota Kinabalu telah berlangsung di Kiulu Resort Tamparuli,
Sabah. Terdapat beberapa orang peserta daripada Universiti Malaysia Sabah dan beberapa
ahli bomba turut terlibat. Antaranya ialah seramai 95 orang pelajar yang
terdiri daripada Ums Sejati dan 5 orang anggota bomba. Perkemahan ini juga
telah mengambil masa selama dua hari iaitu bermula pada 21 hingga 22 Disember
2013. Perkhemahan ini juga diadakan semperna Ums Sprint iaitu suatu acara
pengakhiran aktiviti ko-kurikulum pada setiap semester. Pada hari pertama,
peserta telah diberikan taklimat oleh pegawai bomba yang telah ditugaskan
mengenai keselamatan yang perlu dipatuhi semasa berada di kem tersebut.
Seterusnya, terdapat banyak juga aktiviti yang dijalankan. Antaranya ialah
aktiviti penyelamat di air. Aktiviti ini juga mencabar fizikal dan mental para
peserta kerana mereka akan berlajar dan mengetahui mengenai cara menyelamat
mangsa dengan menggunakan tali. Sukanneka juga diadakan untuk meningkatkan
tahap keceriaan serta menghiburkan. Menurut salah seorang peserta iaitu Mohd
Hafeez Haikal Bin Roslan, dia sangat berpuas hati dengan aktiviti yang
dijalankan walaupun terdapat aktiviti yang terpaksa dibatalkan kerana keadaan
cuaca yang tidak mengizinkan. Malah peserta tersebut juga menyatakan bahawa
kerjasama daripada pegawai bomba daripada ibu pejabat Kota Kinabalu sangat
memuaskan hati terutama cara pengajaran, kerjasama dan juga kadang kala
mengcuit hati peserta dengan gelagat ahli pegawai. Objektif yang perlu mereka
capai terutama dari segi kerjasama antara kumpulan, disiplin dan keselamatan.
Selain itu, mereka berpegang pada selogan “ We Protect, We Care, We Save”,
sesuai dengan aktiviti mereka kerana menekankan cara menyelamat.
Ditulis oleh: Tuan Mohd Raffudin bin
Tuan Rani bc 12110174
Keunikan ‘UMS’
|
10. Januari.2014- Universiti Malaysia
Sabah merupakan sebuah universiti yang baru sahaja ditubuhkan dan terdapat di
Malaysia. Universiti Malaysia Sabah (UMS) umumnya ditubuhkan secara rasminya
pada 24. November. 1994. Ianya merupakan salah satu universiti awam yang ke-9
yang merupakan salah sebuah universiti yang tercantik di Asia Tenggara. UMS
tercantik dengan pintu gerbangnya dan juga keindahan nilai estetika seperti
permandangan sepanjang di dalam kawasan Ums dengan keindahan alam sekitar yang
dikatakan seperti taman. Di samping itu juga, Ums juga mempunyai dua buah
kampus cawangan iaitu di Wilayah Persekutuan Labuan dan di Sandakan. Selain
itu, Ums juga turut terkenal dengan sebuah pembinaan masjid yang terbesar di
mana ianya di bina di atas kaki bukit. Masjid UMS ini amat dikenali ramai
kerana dengan adanya nilai keindahan dari segi seni pembuatannya dan seni
ukiran yang amat unik dan menarik perhatian masyarakat sekeliling Kota
Kinabalu,Sabah.
Pada mulanya, Kampus Tetap UMS
mempunyai sembilan buah sekolah , antaranya
ialah (Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi
Maklumat, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Sekolah Perhutanan Tropika
Antarabangsa, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Sekolah Pendidikan dan
Pembangunan Sosial, Sekolah Sains Sosial, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial
dan Sekolah Pengajian Seni) dan sebuah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB).
Pada tahun 2003, jumlah sekolah meningkat kepada 10 buah dengan penubuhan
Sekolah Perubatan. Kampus Perubatan Desa yang terletak di Sikuati, Kudat
menempatkan para pelajar Sekolah Perubatan supaya menetap tetap disana.
Pada tahun 2006, Sekolah Pertanian
Lestari pula telah ditubuhkan, menjadikan bilangan sekolah kini bertambah
kepada 11 buah. Dijangka pada tahun 2010, Sekolah Pertanian Lestari akan
berpindah ke Kampus Cawangan Sandakan (Kampus Pertanian) yang terletak di
Sungai Batang, Sandakan dan sedang dalam pembinaan. Kedua-dua Sekolah Perubatan
dan Sekolah Pertanian Lestari pada masa ini terletak di dalam bangunan Sekolah
Sains dan Teknologi. Selain itu, Kampus Tetap UMS turut memuatkan 5 buah pusat
kecemerlangan penyelidikan iaitu Institut Penyelidikan Biologi Tropika dan
Pemuliharaan, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Institut Penyelidikan
Bioteknologi, Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, dan Unit
Penyelidikan Etnografi.Kampus Antarabangsa Labuan pula menempatkan dua buah
sekolah, iaitu Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan dan Sekolah
Sains Informatik Labuan. Kampus ini mendapat gelaran 'Kampus Pantai' (The
Beach Campus) kerana kedudukannya yang terletak berdekatan pantai dan laut.
Pada
tahun 2010, UMS telah menubuhkan Pusat Asasi Sains yang dikenali sebagai Pusat Persediaan Sains dan Teknologi dan
setakat ini merupakan ambilan ketiga oleh pusat tersebut. Ums juga menggunakan
identiti yang berwibawa dan bertolenransi dengan mottonya “Bertekad Cemerlang”.
Ums juga bertujuan untuk melahirkan graduasi yang berkerjaya dan cemerlang
dalam mengorak langkah kehidupan. Bak kata perpatah ‘melentur buluh biarlah
dari rebungnya’.
Nukilan:
Siti Noor Ain binti Awang BC 12110155
recycle day
|
Program ini dianjurkan untuk menarik
pandangan positif daripada mahsiswa dan mahasiswi Kolej kediaman daripada
membuang barangan terpakai dengan begitu sahaja. Program ini juga
mengalu-alukan para mahasiswa dan mahasiswi Ums untuk membawa dan memberikan
barangan yang tidak lagi mahu digunakan untuk mendermakan kepada orang yang
lebih memerlukan. Di samping itu juga, program ini juga memainkan peranan
penting dalam membantu kita untuk menyelamat bumi kita daripada pencemaran dan
juga hakisan.
Program ini juga mengangkat intipati
budaya masyarakat Cina yang mememtingkan nilai keharmonian dalam semua golongan
mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah serta menggalakan penerapan
nilai-nilai moral dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia
Sabah.
Ditulis
Oleh: Siti Noor Ain Binti Awang Bc12110155
‘Kepelbagaian DIALEK di UMS’
|
10.Januari.2014, Universiti Malaysia Sabah- Masyarakat
di Sabah umumnya sebuah masyarakat yang mempunyai satu kelompok yang besar.
Mereka juga mempunyai penggunaan dialek yang berbeza-beza mengikut kaum mereka
masing-masing. Masyarakat yang tinggal di Sabah ini juga mempunyai pelbagai
lapisan bangsa dan kaum. Walaupun mereka terdiri daripada pelbagai lapisan
masyarakattetapi mereka berjiwa kental dengan hidup secara bertolenransi dan
bertolak ansur. Sebagai contohnya, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia
Sabah ini juga menggunakan pelbagai jenis dialek. Antaranya ialah, dialek
Kelantan, Terengganu, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Sabahan dan Sarawak.
Di UMS ini
kebanyakan mereka terdiri daripada golongan masyarakat yang tinggal di Sabah.
Mereka sentiasa berkomunikasi dengan dialek Sabahan mereka dengan menggunakan
kata akhiran “bha”. Dialek yang
mereka gunakan berbeza dengan cara percakapan dengan masyarakat di Semenanjung.
Masyarakat di Sabah ini juga mempunyai pelbagai jenis dialek percakapan.
Misalnya, dialek masyarakat yang tinggal di Sempurna kebanyakannya menggunakan
dialeg katalog Filipina. Cara mereka menyebut konotasi dan fonologinya ala-ala
orang Filipina. Contohnya “Ma’al-ma’al
kita’b” dan mereka menggunakan perkataan saya ditukarkan dengan “Ako”. Selain itu juga, masyarakat di
Sabah juga mempunyai pelbagai dialek mengikut kaum mereka masing-masing seperti
masyarakat Dusun (Isai Naranum; siapa
namamu), Bajau, Bugis, Bidayuh, Dusun dan sebagainya.
Di samping
itu juga, mahasiswa dan mahasiswi di Sabah juga terdapat juga golongan yang
berasal daripada Sarawak. Mereka juga mempunyai pelbagai penggunaan dialek.
Antaranya ialah masyarakat Melanau menggunakan perkataan ungkapan saya dengan ‘ako’. Bangsa Melanau ini juga menggunakan
penggunaan bahasa tagalog. Ianya mempunyai perbezaan dengan masyarakat Iban
yang menggunakan dialek penggunaan bahasa mereka yang tersendiri. Mereka
menggunakan ungkapan saya dengan ‘aku’ tetapi
cara sebutan fonologinya berbeza dengan masyarakat yang lain.
Selain itu
juga, mahasiswa di UMS menggunakan dialek Kelate. Pelajar-pelajar di Ums ini
juga majoritinya juga berasal daripada Kelantan Darul Naim. Mereka
kebanyakannya menggunkan dialek kelatan mereka yang tersendiri. Seperti penggunaan
saya, digantikan dengan kawe, ambo, demo.
Dialek Kelantan dengan Terengganu tidak ada perbezaannya tetapi sebutannya yang
mempunyai perbezaannya. Ini kerana masyarakat Terengganu kebanyakannya
menggunakan percakapannya di akhirannya menggunakan ‘g’. contohnya ‘makang’
tetapi ianya berza dengan dialek Kelantan yang menggunakan akhirannya dengan
digantikan dengan huruf ‘e’.
Perkataan makan digantikan dialeknya dengan ‘make’.
Tuntasnya,
mahasiswa dan mahasiswi di Ums dapat mempelajari pelbagai jenis penggunaan
dialek dan dapat mengenali pelbagai kaum dan masyarakat. Penggunaan dialek ini
juga merupakan pertuturan yang diamalkan sejak turun temurun lagi. Ianya juga
bagaikan adat yang patut di patuhi dari generasi ke generasi yang lain. Bak
kata perumpamaan ‘biar mati anak jangan mati adat’. Ianya juga dapat
mengeratkan hubungan sesama kaum kerana bahasa merupakan lambang identiti
sesebuah bangsa.
Hasil
Nukilan: Siti Noor Ain binti Awang Bc 12110155
Thursday, 9 January 2014
Kemiskinan
Kala subuh menjelma,
Titisan embun pada dedaun hijau,
Bagai mengorak seribu makna,
Ianya bagai mengolah sebuah liku-liku
kehidupan…
Manusia adalah cipta Tuhan yang maha
Esa,
Manusia asalnya diciptakan daripada
tanah dan kembalinya ke tanah jua..
Kehidupan setiap manusia di muka bumi
ini berbeza,
Ada yang bergeluman dengan kemiskinan
dan kekayaan.
Kemiskinan…
Ia bagaikan satu noktah hidup yang
tiada pengakhiran,
Semuanya sudah tertulis dalam suratan
takdir,
Hanya kesabaran dan keredhaan yang
terserlah.
Pedihnya jiwa seorang yang bergelar
miskin,
Tetapi hidup kita hanya sejenak,
Dalam jiwa manusia biarlah miskin
harta,
Jangan miskin ilmu..miskin amalan
yang akan kita bawa di alam akhirat..
Orang yang miskin dilarang tertawa,
Adakah kejinya seorang yang bergelar
miskin…
Ingatlah wahai manusia,
Kadang kala orang yang miskin tinggi
nilai perkertinya dan ilmunya.
Nukilan : Siti Noor Ain Binti Awang Bc 12110155
Subscribe to:
Posts (Atom)