Enjoy Song

Saturday, 4 January 2014


TSUNAMI RINDU
          Kata orang cinta itu memerlukan pengorbanan. Apa sebenarnya yang di maksudkan dengan pengorbanan??? Sampai sekarang aku masih mencari- cari apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan  pengorbanan. Barangkali aku sudah banyak mengorbankan perasaan aku untuk seseorang. Cinta adalah satu perkataan yang sentiasa membasahi bibir kebanyakkan orang namun tak siapa yang memahami maksud cinta yang sebenar. Cinta itu sangat ajaib kerana cinta itu sukar untuk diungkapkan dengan kata- kata. Cinta tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan namun ada juga cinta yang di akhiri dengan kekecewaan, seperti hati aku…
          Di kejauhan malam, ketika hujan gerimis disaat orang lain nyenyak dibuai mimpi aku masih belum dapat melelapkan mata aku, sedangkan tubuh aku sudah longlai. Aku terkenangkan kembali peristiwa semalam yang meremukkan hati aku. Sejarah cinta luka yang diakhiri dengan airmata. Mengenali insan yang bernama Falkqis banyak merubah persepsi aku terhadap lelaki kerana dia telah melakarkan banyak kelukaan dihati aku. Terlalu banyak dugaan yang harus aku tempuhi mungkin inilah hikmah yang diberikan kepada Allah untuk aku. Kelukaan yang aku tanggung Allah telah menukarnya kepada sebuah  kejayaan. Aku amat bersyukur kerana aku berjaya melangkah ke Universiti Malaysia Sabah. Walaupun jauh namun aku bersyukur sekurang- kurangnya aku dapat melupakan kisah silam dan aku sangat berharap agar ada sinar kebahagian menanti aku disini. Namun disebalik senyuman yang aku lemparkan kepada semua orang ada titik hitam yang mampu memadamkan senyuman ini. Semasa aku di ambang persekolah aku mengenali Falkqis, dia seorang yang sangat peramah dan periang dan disebabkan keramahannya itu ramai gadis- gadis yang ingin mendampinginya. Pada awalnya aku langsung tidak mempedulikannya walaupun bermacam- macam cara yang dia lakukan untuk mengalihkan perhatian aku terhadapnya. Malah aku merasa menyampah dengan sikapnya yang suka mengambil perhatian banyak orang bagi aku lelaki seperti ini kebanyakkannya suka mengambil kesempatan tehadap wanita entah syaitan apalah yang merasuk jiwa aku hingga membuatkan aku membencinya dan sehinggalah tiba suatu ketika hidup aku diselubungi ketakutan. Setiap kali aku ingin pulang dari sekolah jiwa aku diusik keresahan kerana ada seorang lelaki yang tidak aku kenali sentiasa mengekori aku dan mengaku yang dia amat meminati aku. Kegelisahan aku dapat ditanggap oleh Falkqis dia dapat membaca hati aku dan akhirnya aku terpaksa menceritakan keadaan yang sebenarnya.
          Selepas aku menceritakan segalanya pada Falkqis dia sentiasa menemani aku kemana saja aku pergi dan Alhamdulillah kerana lelaki misteri itu tidak lagi menghantui hidup aku. Sikap falkqis yang mengambil berat terhadap aku membuatkan aku mula seronok berkawan dengannya. Pada suatu petang seperti biasa dia menemani aku untuk pulang dari sekolah dan dia selalu memandang aku seperti ada sesuatu yang ingin dia bagitahu aku. Tanpa banyak bicara aku bertanya kepadanya…
Aku: awak ada masalah ke?
Falkqis: tak adalah.. saya sebenarnya ada sesuatu mahu bagitahu awak, dah lama saya ingin bagitahu awak tapi saya tak berani sebab saya takut awak marah…
Aku: apa??? bagitahu je lah.. saya tak marah la… saya ok ja.
Falkqis: tapi awak janji ea awak jangan marah… saya tak nak lepas saya bagitahu awak, awak menjauhkan diri dari saya.
Aku: kenapa pulak saya nak menjauhkan diri??? Awak ni macam- macam la.. macam serius ja bunyi… cakap la… saya janji saya tak marah la…
Faklqis: baiklah… sebenarnya saya minat kat awak… memang ramai yang sukakan saya tapi saya tak mampu mencintai orang lain. Saya cintakan awak… tolong bagi saya satu peluang… saya akan tunggu keputusan dari awak dan saya tetap akan menunggu awak.
          Aku melangkah tanpa berbicara lidah aku kelu untuk berkata- kata. Aku tidak tahu apa yang harus aku katakan kepadanya. Aku terkejut bercampur malu. Aku terdiam dan aku hanya mampu mengukirkan senyuman. Setelah aku sampai ke rumah fikiran aku tak henti- henti memikirkan perihal itu, bagaimana aku ingin mencintainya??? Sedangkan tidak pernah terdetik dihati aku untuk mencintainya. Aku buntu… Adakah perlu aku memberinya satu peluang untuk mendiami hati aku??? Atau aku abaikan saja rasa dia??? Ahhh… mana mungkin aku sanggup berbuat sedemikian kerana dia telah banyak menolong aku. Fikiran aku kusut aku tak mampu untuk membuat keputusan dalam masa terdekat. Hampir sebulan aku memikirkan hal ini dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk menerima cinta Falkqis. Aku mulai belajar untuk mencintainya dan menyayanginya dengan sepenuh hati. Dia  serikan hari- hari aku dengan warna- warna ceria. Bersama dia tak lengkap tanpa ungu, kuning, oren, hijau, biru dan pink indahnya saat itu, aku melihat pelangi sentiasa bersama aku. Waktu itu aku sentiasa menghabiskan masa bersama dengan dia di perpustakaan awam, kami berjanji untuk melangkah ke Universiti bersama- sama kerana disitulah destinasi aku dan dia. Sepanjang aku bersama dengan Falkqis bermacam- macam tohmahan yang di lemparkan terhadap Falkqis gegendang telinga aku bagaikan bernanah setiap kali mendengar tuduhan yang tak berunsur tentang Falkqis. Aku kuatkan hati aku untuk tidak mempercayai dengan apa yang aku dengar, namun jauh dilubuk hati aku, aku merasa amat kecewa mahu saja aku koyak mulut- mulut itu. Aku sabar dan terus bersabar mempertahankan cinta yang telah terpatri dihati aku. 
          Aku sangka kan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Betapa sakitnya hati aku apabila cinta yang aku pertahankan selama ini tak pernah dihargai Falkqis menduakan aku. Banyak sekali kenangan yang telah aku dan Falkqis tuliskan dihati, banyak sekali harapan dan keinginan yang pernah kita ungkapkan bersama. Ungkapan cinta yang pernah terucap tak mudah untuk aku menghapuskannya begitu saja. Kalau aku tahu sakitnya mencintai Falkqis, pasti aku tidak akan pernah buka hati ini untuk dia. Kalau aku tahu ini hanyalah tipu belaka, pasti aku tak akan biarkan diri aku terpedaya. Aku selalu memikirkan kenapa dan mengapa falkqis mula berpaling tadah? Siapa pujaan hati dia? Bagaimana kelebihan gadis itu memikat hati dia? Persoalan itu terus berlegar di kotak pikiran aku. Kemana lafaz cinta, bicara rindu dan sumpah setia yang pernah dia ungkapkan dulu??? Dia pergi tanpa meninggalkan pesan dan kata, aku terkapai- kapai dalam kegelapan. Pelangi kini jauh dari gapaian aku, rona hitam, kelabu, coklat yang menemani aku kini. Aku ingin Falkqis tahu hati aku sakit bila dia mendustai aku, hati aku terluka dengan perbuatan dia, hati aku gelisah apabila kau menghancurkan cinta aku. Aku ingin Falkqis sedari saat dia melangkah pergi,  hati aku menangis kerana terlalu kecewa. Mengapa disaat- saat akhir perjuangan kita kau robek- robekkan jiwa aku?? Di mana nurani kau? Kenapa kau sanggup membuatkan aku terkontan kantin di dalam lautan cinta kita?? Apa salah aku? STPM bakal menjelma aku hanya ada masa beberapa hari untuk mengubati keresahan jiwa aku. Kini Falkqis telah mencintai dan dicintai oleh gadis pujaan dia sedangkan aku??? Aku masih merangkap dan cuba untuk berdiri demi masa depan dan cita- cita aku serta harapan orang tua aku. Ibu bapa aku adalah kekuatan untuk aku berdiri dan meneruskan perjuangan. Aku bersyukur kerana aku telah mendapatkan kembali kekuatan itu. Kini aku hanya berjuang sendiri tanpa Falkqis, dia dengan dunianya dan aku dengan dunia aku. 
          Semenjak kehilangan cinta falkqis aku merasa sungguh sunyi dan tiada tempat untuk aku meluahkan. Bagi aku falkqis begitu bererti dan mungkin dia tidak menyedari itu semua. Kini hanya titis airmata yang menjadi teman setia aku, yang tinggal kini hanyalah ingatan yang berkaca dan akan aku bawa untuk selamanya. Walaupun kini aku hanya sendiri namun akan aku harungi segala cubaan yang mendatang meski pun tanpa dia menemani. Mungkin ini sudah jalan takdir aku. Kemana saja aku pergi bayangan dia terus mengejar aku. Tak siapa yang tahu kesedihan yang aku alami sungguh sakit seperti ditusuk sembilu bisa. Disebalik senyuman yang aku ukirkan tersembunyi 1000 kelukaan. Namun naluri seorang ibu sungguh kuat mungkin dia dapat merasakan apa yang aku rasa, ibu aku banyak memberi nasihat dan cara untuk aku lupakan falkqis. Akhirnya aku perlahan- lahan lenyapkan Falkqis dari ingatan aku. Aku kembali ceria seperti dahulu seperti mana mula- mula aku tidak mengenali falkqis. Setelah keputusan STPM keluar aku ke sekolah untuk mengambil keputusan aku dan waktu itu aku terserempak dengan Falkqis, dia hanya memandang aku dan aku hanya tersenyum waktu itu rasa aku telah mati rasa untuk dia. Perasaan aku langsung tidak ada untuk dia, malah aku mengucapkan terima kasih sebab dia telah mengecewakan aku sekurang- kurangnya aku tahu apa ertinya kekecewaan dan bagaimana rasanya bila dikhianati dan pengalaman ini juga telah memberi pengajaran kepada aku untuk terus berjuang di masa akan dating. Pada malam itu sedang aku berborak dengan keluarga aku, aku mendapat satu mesej bila aku buka aku melihat nombor Falkqis dan aku membuka mesej itu.
Falkqis: Assalamualaikum awak apa khabar?? Maaf mengganggu… tahniah atas keputusan tadi.
Aku: Walaikumussalam… saya sihat. Terima kasih .. awak pun tahniah. Ada apa mesej saya?
Falkqis: Tak boleh ke saya nak mesej?awak couple dengan siapa sekarang?
Aku: itu hak awak nak mesej atau tak. Perlu ke awak tahu?untuk apa?
Falkqis: ea saya perlu tahu… sebab saya masih sayangkan awak.
Aku: ahhhh????!!! Kenapa???mana perginya perempuan yang pernah awak agung- agungkan dulu
tu ???? 
Falkqis: dia da tinggalkan saya untuk lelaki yang dia cintai. Saya menyesal buat awak macam tu…
Maafkan saya...bagi saya satu lagi peluang untuk menebus kesilapan saya… saya janji akan jaga
awak sebaik yang mungkin.
Aku: bukan ke awak ramai perempuan kan??? Tak akan la semua tinggalkan awak? Kesian awak,
Saya simpati dengan awak…
Falkqis:awak tolong maafkan saya…
Aku: untuk pengetahuan awak saya dah lama maafkan awak… tapi untuk terima awak kembali
Saya minta maaf sangat- sangat sebab cinta yang pernah kita bina dulu telah hancur dan saya telah
Buang jauh- jauh dari diari hidup saya. Saya dah tawa hati pada awak… 
Falkqis: kenapa awak buang kenangan kita? Awak dah lupa ke, dulu kita pernah belajar sama-
Sama, makan sama- sama awak lupa ke semua tu?? Saya menyesal buat awak macam tu.
Aku: cakap la apa yang awak nak cakap sebab hati saya dah jadi keras macam batu. Cukup la          dengan luka yang awak lukiskan di hati saya. Semenjak awak pergi tinggalkan saya terkapai- kapai sendiri hidup saya sunyi, sepi tak siapa yang tahu. pernah ke awak fikir perasaan saya??? Awak perlakukan saya seolah- olah awak tidak mempunyai perasaan awak langsung tak peduli tentang perasaan saya. Tapi  Sekarang kenapa awak kembali meraih cinta kita??? Biar lah saya jelaskan kedudukan yang sebenar  cinta yang pernah saya berikan pada awak dahulu saya telah kuburkan dan ianya sudah mati didasar hati saya. Maafkan saya kalau awak rasa kecewa waktu ini, bukan niat hati saya…
Falkqis: saya tak pernah salahkan awak nina, tapi saya tak boleh maafkan diri saya sebab telah mengecewakan awak. Saya buta hati untuk menilai yang mana kaca dan yang mana permata. Saya menyesal sangat- sangat.
Aku: sudah lah awak yang lepas jangan diungkit sebab semua itu hanya menambahkan parah dihati. Awak anggaplah ini satu pengajaran buat awak, kerana pengalaman itu mendewasakan kita. Belajarlah dari kesilapan jangan diulangi cerita yang sama.
Falkqis: baiklah awak terima kasih banyak- banyak. Awak adalah kenangan terindah dalam hidup saya. Saya akan ingat awak sampai bila-bila pun. Maafkan saya..saya akan sentiasa rindukan awak.
          Walaupun aku dan Falkqis tidak bersama macam dulu, tapi aku tetap anggap dia sebagai kawan aku kerana aku tak ingin hati aku rosak sebab dia. Yang terjadi kan tetap terjadi aku redha dengan takdir ilahi apa yang penting sekarang Falkqis sedar akan kesilapan yang telah dia buat pada aku dahulu. Apa pun aku tetap mendoakan yang terbaik untuk Falkqis semoga ada perempuan yang mampu mengubah perangai dia. Namun jauh disudut hati kenangan manis antara aku dan Falkqis masih segar dalam ingatan. Aku tak mungkin berpatah balik untuk kembali pada dia, kerana sudah terlalu jauh aku melangkah. Aku menjadi takut untuk mencintai dan dicintai oleh kaum adam. Aku takut … aku takut di khianati, aku tak sanggup untuk menghadapi semua itu. Aku bukan menolak takdir tapi aku tak ingin luka lama berdarah kembali.
          Hidup single umpama burung bebas dari sangkarnya tiada siapa yang menghalang apa pun yang kita mahu buat namun dalam hati yang paling dalam kesunyian yang bermaharajalela. Aku jalani hidup aku tanpa insan yang bergelar kekasih aku akui memang ramai lelaki yang cuba mendekati aku namun tak seorang pun yang mampu menggugat jantung aku dan sehinggalah aku mengambil keputusan untuk ke Sabah. Semenjak dari kecil aku memang meminati bidang seni aku mula berjinak- jinak dengan kesenian semenjak aku di sekolah rendah lagi. Aku sering melibatkan diri dalam persembahan nyanyian, nasyid dan sering kali membuat ayat- ayat yang puitis untuk tatapan sendiri. Kini aku bersyukur kerana aku dapat melanjutkan pelajaran ke UMS dalam bidang kesenian sememangnya inilah minat aku dari kecil ibu dan ayah aku menyokong aku untuk meneruskan pengajian. Sebelum aku sampai ke UMS aku pernah bertekad untuk tidak akan jatuh cinta lagi. Namun apakan daya kita hanya mampu merancang dan tuhan menentukan segalanya. Setelah tamat minggu suai kenal aku diberi jadual kuliah, masih aku ingat pada waktu itu hati aku berdebar- debar untuk ke kuliah kerana aku tidak mengenali sesiapa ada pun hanya beberapa orang saja. Semasa dalam kuliah aku belajar seperti biasa dan tiba-tiba mata aku tertumpu kepada seseorang hati aku berdebar- debar  dan aku dapat merasakan seolah- olah ada sesuatu yang tidak kena dengan hati aku. Anak mata aku tak henti- henti memandangnya semenjak hari itu, aku mulai merasa seronok untuk ke kuliah dan aku merasa bersemangat untuk belajar. Senyuman yang dia ukirkan membuatkan jantung aku berdegup kencang. 
          Aku bingung dengan diri kau adakah aku sudah jatuh cinta pada dia???? Aku ingin sangat mengetahui nama dia dan akhirnya aku mendapat tahu nama dia melalui perbualan dia dan rakannya. Kawan- kawan dia menggelarkannya Reza. Dari pandangan mata kasar aku Reza ialah seorang yang tidak banyak bercakap.dan disebabkan itu aku membuat andaian bahawa Reza bukanlah mudah untuk di damping. Aku mencuba untuk mengenalinya dengan lebih dekat namun setiap kali aku berhadapan dengan Reza lidah aku kelu untuk berbicara, hati aku mula tidak keruan dan jantungku bagai di panah asmara cinta. Aku buntu… bagaimana cara aku ingin mendekainya?? Sedangkan setiap kali aku menemui Reza aku menjadi gemuruh dan tidak mampu untuk berkata- kata, aku hanya mampu melihatnya dari jauh dan berbicara melalui hati ke hati. Kadang- kadang aku cemburu melihat dia bergaul dengan perempuan lain, aku cemburu sebab aku tak mampu untuk mendekatkan diri dengan dia namun aku tidak mampu untuk melarang dia dari berkawan dengan siapa yang dia suka kerana aku bukan siapa- siapa pada dia. Aku pendamkan perasaan aku terhadap Reza dengan alasan  aku takut dikecewakan dan malas untuk mempercayai lelaki. Tapi dalam tidak aku sedari bahawa aku telah mencintai Reza dalam diam. Aku sering memerhatikan Reza dari jauh  melihat cara dia, gerak geri dia dan dengan itu membuatkan aku aku dapat mengenali dia dengan perlahan- lahan.
          Hari-hari yang aku lalui penuh dengan warna warni kehidupan, aku merasakan seolah- olah ada sinar yang menerangi hidupku. Setiap saat hanya dirimu yang bermain di kotak fikiran aku. Aku merasa bahagia bila melihat Reza tersenyum dan ketawa bersama teman- temannya. Setiap hari aku memikirkan cara untuk aku mendekatkan diri dengan dia dan mengalihkan perhatiannya pada aku. Kadang- kadang hati aku berbisik agar aku segera lupakan dia, tapi semakin aku cuba lupakan dia semakin kuat pula ingatan aku pada dia. Aku dalam dilema. Aku tidak tahu bagaimana cara untuk aku lupakan dia, hati aku meronta- ronta untuk mendapatkan cinta Reza aku sudah benar- benar jatuh cinta pada dia sedangkan waktu itu aku belum tahu sama ada dia sudah berteman atau tidak. Hati aku membuak- buak untuk mengetahui status dia. Setiap saat hanya dia yang bermain di benak fikiranku. Aku benci situasi begini aku pernah memaksa diri aku untuk lupakan dia. Aku cuba untuk sibukkan diri dengan harapan aku tak lagi memikirkan dia, namun semua itu sia- sia kerana dia selalu hadir dalam hati aku. Setelah bermacam- macam cara aku buat tapi aku masih gagal untuk memadam dia dari kamus hidup aku, bayangan dia terus menghantui hidup aku. Aku termenung sambil memikirkan dia dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk cuba mengenali dia dengan lebih dekat. Pada suatu malam seperti malam- malam yang lepas aku mengadap komputer  sambil menunggu dia online ‘facebook’ sambil itu aku melihat gambar- gambarnya. Aku sangat teruja melihat potretnya, senyumannya menggamit hati aku. Setelah berjam- jam aku menunggu dengan penuh kesabaran akhirnya dia online dan aku cuba memberanikan diri menghantar chat kepada dia.
Aku: assalamualaikum.
Reza: waalaikumussalam.
Aku: awak buat apa??? Ganggu ke ni??
Reza: tak ade lah, tak ganggu pun,tengah buat assgmant.
Aku: ooo… awak saya ada soalan mahu tanya awak jangan marah ea…
Reza: apa??? tanya je??
Aku: awak…..awak dah ……. Malu la nak tanya….
Reza: la…kenapa malu pula… tanya la…
Aku: awak dah ada seseorang yang istimewa ke?
Reza: kenapa????
Aku: saja ja nak tahu. tak boleh ke saya nk tahu???
Reza: boleh je.
Aku: cakap la betul- betul. Awak dah ada teman istimewa ke?
Reza: tak ada..
          Aku tergamam seketika, dalam hati aku hanya Allah je yang mengetahui betapa gembiranya aku mendengar pengakuannya. Selepas dari malam itu aku perlahan- lahan cuba mendekati Reza dan cuba menyelami hatinya aku mula berani bertentangan mata dengan dia apabila berselisih dengannya dan dia memberi respon dengan tersenyum. Senyuman yang dia ukirkan membuatkan aku semakin jatuh hati padanya. Hati aku kini di penuhi dengan kerinduan yang semakin hari semakin membara. Setiap petang aku selalu pergi ke kompleks sukan semata- mata untuk melihat dia berjoging, walaupun aku tidak berani bersemuka dengannya namun melihatnya dari jauh sudah membuatkan aku rasa bahagia. Inikah yang dikatakan gila bayang?? Cinta itu buta dan boleh membuatkan orang gila kerananya. Tidak tertanggung rasanya hati ini menahan rasa cinta yang telah lama aku pendamkan dan akhirnya aku nekad untuk berterus terang tentang perasaan aku terhadapnya selama ini dan aku berharap agar dia membalas cinta aku.  Aku ingin mengakhiri semua persoalan yang bermain dalam kotak fikiran aku selama ini. Pada suatu malam selepas aku selesai membuat tugasan aku menghantar pesanan ringkas ‘SMS’ kepadanya.
Aku: Assalamualaikum
Reza: Waalaikumussalam
Aku: Awak sihat ke?awak buat apa?
Reza: Sihat Alhamdulillah, tak ade buat apa pun.
Aku: ganggu ke tak?saya nak bagitahu awak sesuatu boleh tak?tapi janji jangan marah tau?
Reza: ea… tak marah pun. Cakap la apa dia?
Aku: sebenarnya saya suka awak…
Reza: kenapa cakap macam tu?
Aku: ea betul.. saya da lama sukakan awak.
Reza: saya bukan tak suka awak. Tapi saya takut nak bercinta, saya takut dikecewakan.
Aku: kenapa awak cakap macam tu? Tak kan la disebabkan kisah silam awak tu awak nak samakan semua perempuan. Rambut sama hitam tapi hati lain- lain saya da lama sukakan awak.
Reza: tengok la macam mana. Kita ikut arah angin tu bertiup.
Aku: kenapa macam tu pulak awak?
Reza: kalau ada jodoh ada la tu… kenapa awak sukakan saya? Saya anggap awak kawan biasa je, tak lebih dari itu.
          Aku terdiam seketika kerana soalan itu tak mampu untuk aku menjawabnya, kerana aku sendiri tidak tahu mengapa aku cintakan Reza. Aku tak sedar bila perasaan itu wujud. Aku tidak ada alasan mengapa aku sukakan dia. Waktu itu aku tak mampu menahan deraian airmata aku. Apa yang harus aku lakukan? Bagaimana cara untuk aku lenyapkan dia dari diari hidup aku? Kenapa dia menolak cinta aku? Apa kurangnya aku?apa lebihnya orang lain? Macam-macam persoalan yang berlegar dalam fikiran aku. Namun aku tak mampu berbuat apa- apa melainkan membiarkan airmata ini membasahi pipi aku , aku tak mampu memaksa dia untuk mencintai aku. Sesungguhnya cinta itu anugerah yang terindah dari Ilahi untuk hambanya. Aku kuatkan diri untuk bangkit dari kekecewaan itu, aku cuba memujuk hati aku agar bangkit dari lena. Aku tak menyangka cinta yang aku semaikan selama ini hanyalah sia-sia hanya igauan semata- mata. Reza lelaki pertama yang menolak cinta aku. Kini aku memahami apa rasanya bila cinta di tolak kerana sudah ramai cinta lelaki yang aku tolak. Aku harus berani menerima kenyataan ini walaupun sakit, namun aku harus menghormati pendirian reza. Aku lalui hari-hari seperti biasa tersenyum dan bergelak ketawa namun tak siapa yang dapat membaca hati aku yang sedang parah dilanda tsunami rindu. Hidup aku kini kosong tak siapa yang dapat mengisi kokosongan jiwa aku. Kenapa aku tidak dapat melupakan reza walaupun sesaat? Apa yang telah merasuk jiwa aku???aku sendiri tidak memahami diri aku. Aku tak mampu untuk kuburkan dia dari hidup aku. Betapa besarnya cinta ini terhadap reza hanya Allah sahaja yang mengetahui segala- galanya. Kini aku hanya mampu berharap agar Allah membukakan sedikit ruang  pintu hati Reza untuk aku bertandang.
          Cinta boleh membuatkan manusia buta hati, kerana cinta manusia sanggup mempertaruhkan apa sahaja. Aku sanggup memutuskan persahabatan aku dengan Noor semata- mata kerana cinta. Aku sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan cinta yang tersemat dihati aku. Aku hanyut dalam kenikmatan cinta sehingga membuatkan hati sahabat aku terluka. Waktu itu apa yang penting cinta aku terhadap Reza, tak siapa boleh merampas Reza dari aku Reza mempertahankan aku dia memilih aku untuk menjadi pelengkap hidup dia. Bila aku tersedar rupa-rupanya itu semua hanyalah mainan tidur. Bila aku ingatkan kembali aku merasa seolah-olah tidak mahu bangkit dari tidur aku itu. Sungguh indah mimpi itu walaupun aku terpaksa bergaduh dengan Noor. Apa maknanya disebalik mimpi itu? Apakah itu semua hanyalah mainan tidur semata- mata? Adakah ini kerana aku yang terlalu memikirkan tentang dia? Aku bingung dengan keadaan ini. Sehingga kini aku masih mengharapkan cinta dari Reza. Aku akan sabar menunggu cinta dia sehinggalah aku rasa yang reza betul- betul bukan jodoh aku. Aku mencintainya kerana Allah dan aku juga ingin melepaskannya kerana Allah. Aku harap suatu hari nanti keajaiban akan berlaku. Aku ingin bahagia walaupun bukan dengan reza kerana aku juga berhak untuk bahagia. Aku akan menunggu reza sehinggalah Allah memadamkan rasa cinta ini untuk dia dan hadirkan aku seseorang yang boleh menghargai aku dan menjaga aku. Aku ingin dia tahu yang rindu ini takkan pernah terpadam. Andai kata suatu hari nanti reza telah melamar perempuan lain untuk menjadi permaisuri hidupnya aku terima, kerana aku menyedari bahawa cinta itu tidak mesti memiliki. Aku yakin ada hikmah di sebalik apa yang telah terjadi kerana Allah akan lakukan apa yang terbaik untuk hambanya
          Walaupun cinta aku terhadap Reza hanyalah khayalan semata, tetapi aku tetap bersyukur kerana menjadi kawan Reza. Walaupun aku dan Reza hanya sekadar kawan namun aku tetap merasa bahagia dan ceria bersama Reza. Aku berdoa agar Allah membuka pintu hatinya suatu hari nanti dan kalau dia dicipta bukan untuk aku, aku redha dan pasrah dengan ketentuannya. Aku percaya jodoh pertemuan Allah yang tentukan dan Allah telah tetapkan siapa jodoh aku, aku hanya perlu menunggu dan bersabar. Aku tidak pernah berdendam dengan Reza kerana tidak menyambut cinta aku Reza tetap akan menjadi sahabat aku dunia akhirat dan akan aku ukir nama Reza di dalam kamus hidup aku buat selamanya biarlah ianya menjadi rahsia hidup aku.

Penulis: Nina Aishah Binti Ramali
Matrik: BC 12160190









No comments:

Post a Comment