PROGRAM BANGKEL
PENULISAN PUISI DAN
FOTOGRAFI
Pada
23- 25 November 2013, Sekolah Pengajian Seni (seni kreatif, penulisan)
Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan satu program Bengkel Penulisan Puisi
dan Fotografi yang bertempat di Taman Lagut Seberang, Tenom. Bengkel
penulisan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang kelebihan pembelajaran diluar kelas.
Pembelajaran diluar kelas sememangnya lebih menarik dan bermanfaat kerana
selain daripada belajar kita juga boleh merehatkan fikiran dengan melihat tumbuhan
hijau yang sememangnya memberi banyak manfaat ataupun faedah kepada kita.
Selain daripada itu, ianya bertujuan untuk mewujudkan perkongsian ilmu dan
pengalaman yang boleh memberi manfaat kepada semua pelajar seperti dalam
menghasilkan sebuah karya yang matang. Bengkel Penulisan Puisi dan Fotografi
ini juga memberi pendedahan tentang cara fotografi yang sebenar dan penghasilan
karya berasaskan sumber alam. Seterusnya bagi melahirkan mahsiswa dan mahasiswi
yang berkebolehan dan berpengalaman dalam menganjurkan aktiviti yang melibatkan
aspek pengurusan.
Para
peserta dipecahkan kepada dua kumpulan untuk memudahkan lagi perjalanan iaitu
pelajar yang tinggal di dalam kolej kediaman disediakan satu bas dan kolej luar
disediakan satu bas. Walau bagaimanapun, bas yang disediakan kepada pelajar
yang tinggal dikolej luar telah terkandas di tengah jalan dan dengan itu semua
pelajar terpaksa menangguhkan perjalanan. Pengalaman itu tidak akan saya
lupakan sampai bila- bila. Walaupun pada ketika itu, perkara itu amat
menyakitkan kerana kepenatan dan kami diarahkan untuk balik semula ke UMS
sehingga ada yang menangis. Kami berbincang dengan pemandu bas dan meminta
pemandu bas yang telah sampai ke destinasi di mana tempat yang ingin kami tuju
datang mengambil dan menghantar kami ke Taman Langut Seberang, Tenom namun pemandu tersebut berkeras untuk tidak mahu
menghantar kami. Setelah berjam- jam kami di tempat tersebut, kami diarahkan
untuk pergi ke rumah Sir Adley dan menginap di sana untuk satu malam. Kami
tidur beramai- ramai lelaki diruang tamu manakala perempuan tidur di dalam
bilik.
Pada
keesokkan harinya pada jam 12 lebih tengahari bas yang baru telah sampai untuk
membawa kami ke tempat yang ingin kami tuju. Kesedihan yang kami alami mula
hilang dan kami semua ceria seperti biasa. Dalam perjalanan yang penuh
keceriaan itu membuatkan kami semua melupakan kisah semalam. Setelah kami
sampai di Taman tersebut dalam jam 4.30 petang kami disambut oleh rakan- rakan
yang terlebih dahulu sampai dari kami. Kami disediakan makanan dan selepas
makan kami memulakan aktiviti kerana masa sudah terlalu suntuk. Kami dipecahkan
ke kumpulan masing- masing. Aktiviti yang dilakukan dalam kumpulan sangat baik
kerana ia merapatkan lagi silaturrahim antara kami. Di sini kita boleh menilai
sejauh mana kerjasama yang dilakukan antara semua kumpulan untuk meraih
kemenangan dalam setiap aktiviti. Aktiviti berkumpulan bukanlah kerja yag mudah
kerana ia memerlukan kesepaduan, kerjasama, bersatu hati dan saling tolak
ansur. Walau bagaimanapun kita boleh melihat semangat dan kerjasama yang
ditonjolkan dalam kumpulan masing- masing. Setiap kumpulan mempunyai kelebihan
masing- masing.
Pada
malam tersebut, malam kebudayaan diadakan dimana setiap kumpulan perlu
menghantar wakil untuk membuat persembahan. Pada malam itu kita dapat melihat
banyak bakat- bakat yang terpendam dalam diri pelajar- pelajar sekolah
pengajian seni kreatif major penulisan tahun 2. Majoritinya antara mereka
pandai menyanyi saya dan rakan- rakan sangat terhibur dan sekali gus ia
menghilangkan segala keresahan dan kegusaran yang ada dalam diri kami untuk
menghadapi final exam. Pada keesokkannya kami semua pulang dengan senang hati
dan gembira.
Matrik:
BC 12160190
No comments:
Post a Comment