" KERANA DENDAM"
Pentas dibuka. Dalam kesamaran kelihatan di ruang tengah kanan pentas (LCS) hanya diterangi lampu yang menghala ke sebuah kerusi yang hanya menerangi kelibat Amira. Amira menyalakan mancisnya, membakar cerut. Cerut itu disedut dalam-dalam. Perlahan-lahan dia membetulkan duduknya sehingga menampakkan wajahnya.
AMIRA: CINTA!(senyum sinis) cinta adalah satu anugerah yang paling indah dalam hidup setiap manusia.Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan serta membuat kanak- kanak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya CINTA! Cinta adalah satu perasaan yang harus ada pada tiap- tiap diri manusia. Manusia hidup kerana cinta, boleh jadi…. mati pun kerana cinta.
Cinta itu hadir dalam diri setiap manusia,
Tanpa mengenal siapa, rupa dan usia,
Penangan orang yang dilamun cinta,
Hidupnya selalu dipanggang resah gelisah,
Siang dan malam terasa begitu lambat bertaut.
AMIRA: Kalau boleh… ingin bersua selalu untuk melepaskan rindu di kalbu. Begitulah gambaran mereka yang dilamun perasaan cinta. Namun hidup ini tidak selalunya indah bahagia seperti yang diharapkan tetapi kadang-kadang derita yang menjelma. Apabila rembulan jauh berlari meninggalkan waktu maka gelaplah seluruh pelusuk dunia. Ya! Ramai antara mereka di luar sana menginginkan kebahagiaan. Tapi, tak semua yang bertahan lama. Apa yang bakal aku perkatakan sebentar lagi adalah memperjelaskan penderitaan yang telah lama tumbuh dan wujud dan mungkin orang lain tidak menyedari.
Apa yang bakal aku kisahkan sebentar lagi adalah sebahagian daripada keperitan hidup aku yang selama ini kabur di mata manusia. Kasih sayang seorang ibu dan seorang ayah telah lama malap dan telah lama mati hidup aku umpama sebatang kara. Ibu dan ayah telah bercerai dek kerana orang ketiga. Ya! Dulu kehidupan aku sangat senang oleh kerana aku anak tunggal apa saja yang aku mahu pasti aku dapat. Tapi semuanya telah hancur!!! Aku masih ingat sewaktu aku baru pulang dari sekolah.
Lampu dinyalakan menerangi seluruh pentas. Amira bangun dan berjalan ingin membuka pintu rumah
IBU: Ehhh!! Awak ingat saya nak sangat ke kawin dengan awak??? Kalau tak kerana Amira saya tak hingin la kahwin dengan lelaki rakus dan dayus macam awak ni!!
AYAH: (menampar ibu) Hey! Betina mulut kau tu jaga sikit.. dasar tak kenang budi!! Aku da pungut kau kau cakap aku dayus??!! Ehh!! Perempuan kau pergi mampus la berambus kau dari rumah aku!!Aku da bagi kau makan, kemewahan apa tak cukup ke semua tu??apa yang kau nak lagi ahh perempuan??(ayah menolak ibu)
IBU: kalau setakat kemewahan memang tak cukup!!saya mahu perhatian !!saya dah lama bersabar dengan sikap awak ni. Kalau awak rasa awak tak suka saya awak lepaskan saya sekarang!!!
AYAH: Aku tak akan ceraikan kau sebab kau ada banyak hutang dengan aku!
IBU: Ahhh!! Hutang??? Hutang apa??? cuba awak cakap???
AYAH: Selama ini aku sudah bagi kemewahan pada kau!!duit aku sudah banyak habis pada kau aku nak kau layan aku jadi orang gaji aku!!!!
Lampu dipadamkan dan dibuka semula selepas beberapa ketika. Kelihatan hanya Amira berada diatas pentas yang sedang duduk dikerusi.
AMIRA: Aku terhimpit. Ibu dan ayah tidak habis- habis bertengkar seperti anjing dengan kucing. Setiap kali bertembung pasti bertengkar.Telinga aku sudah luka bernanah untuk mendengar kata- kata kesat yang kencang oleh ayah dan juga ibu. Aku dapat merasakan bahang tekanan ketika itu. Seolah- olah ada sesuatu yang berat mengganggu fikiran aku…
(Adira datang menghampiri Amira dan menepuk bahu Amira)
ADIRA: Woi Mira!!! Jauh kau mengelamun.. Kau ingat kat siapa??aaaa mesti kau pikirkan pasal Syam kan?? (ketawa)
AMIRA: kau ni Dira terkejut aku.. Agak- agak la wei.. Apa yang kau mengarut ni??Kau cakap pasal siapa?Syam mana??Aku tak kenal la Dira ..eee tolong la!! (menjeling)
ADIRA: Ala… Syam mana lagi kalau bukan handsome boy yang ada kat sekolah kita ni… (kenyit mata)..
AMIRA: (senyum sinis) ala kalau aku suka dia pun dia takkan pandang aku pun la Dira. Dia tu anak Datuk Saufi aku ni tak layak pun berganding dengan dia… Eh!! Dira, yang kau ni sibuk- sibuk pasal dia ni kenapa?? Entah- entah kau yang syok kat dia tak???( memandang Dira)
ADIRA: (senyum malu) ehh!! mana ada.. Kau ni Mira ke situ pulak!!!
AMIRA: Ha!! Tahu pun kau marah… Dah la Dira aku nak masuk kelas ni..(bangun dari kerusi)
ADIRA: Eh!! Mira lay low lambat lagi la masuk kelas… Kejap la Mira!!!
Lampu dipadamkan dan dibuka. Kelihatan Amira bergerak ke arah kanan pentas dan lampu bahagian kanan pentas dinyalakan. AMIRA sudah berada di situ.
AMIRA: Adira adalah sahabat baik aku ketika aku belajar di sebuah pengajian Tinggi. Adira selalu menjadi penghibur dikala fikiran aku bercelaru.Walaupun aku tidak lagi mendengar perang antara ibu dan ayah tapi hati aku tetap juga berselerak. Rindu aku terhadap kedua orang tua aku amat menebal ingin sekali rasanya aku pulang ke pangkuan mereka sudah dua tahun aku tidak pulang menjenguk mereka. Ini kerana kesempitan wang sewaktu aku bergelar pelajar. Semenjak setahun yang lepas, ibu dan ayah tidak lagi menelefon aku apatah lagi mengirimkan wang untuk perbelanjaan. Harapkan wang pinjaman PTPTN sahaja mana la cukup.
(Amira menangis) Aku selalu di ejek oleh rakan- rakan aku kata mereka (“Mira kau ni kenapa kau kurus sangat?? kau ambil dadah kan!!”) betapa hancur dan berkecainya hati aku saat kata- kata itu dihemburkan oleh rakan aku sendiri. Kata- kata itu masih terpahat dihati aku sangat perik sekali mendengar cacian dari manusia- manusia yang merasakan diri mereka malaikat.
Amira kemudian berjalan menuju ke kiri pentas
ADIRA: Mira!! Mira!!! Mira!!! (tergesa-gesa mendapatkan Amira) Ada perkara penting aku nak bagitahu kau… (senyum)
AMIRA: Ahh apa dia??(kering berkerut) penting sangat ke??kau jangan buang masa aku … Aku nak kena siapkan assgmant lagi ni… banyak lagi kerja lain yang aku perlu settle..
ADIRA: Ala… kejap saja la.. Esok kan hari minggu, aku nak kau ikut aku.. boleh??? Boleh la ye??? Please…….
AMIRA: Kau ni mengada- ngada betul… iyalah….
Lampu dipadamkan sejenak dan dinyalakan. kelihatan AMIRA duduk diatas kerusi dan ADIRA berdiri sambil melihat jam dan berjalan kehulu dan kehilir seperti menunggu seseorang.
AMIRA: yang kau ni kehulu kehilir dari tadi ni kenapa Dira?? Kau nak bawa aku jumpa siapa ni??cakap
dengan aku sekarang…
ADIRA: Ala kau tahu la nanti… kau sabar la Mira (senyum sambil mengenyit mata)
AMIRA: Kau ni memang nak kenakan aku kan Dira??
ADIRA: Mana ada macam tu.. Ke situ pulak kau ni, sampai hati kau cakap aku macam tu aku nak tolong kau kau cakap aku macam tu..
AMIRA: Ahh!! kau tolong aku?? Apa maksud kau? Eh!! Dira kau cakap biar terang! jangan nak sembunyi- sembunyi…
ADIRA: Yalah!! Sebenarnya Syam nak jumpa kau kat sini dia suruh aku bawa kau datang sini….(senyum
dan tunduk)
AMIRA: (bangun dari kerusi) Ah!! Kau dah gila ke Adira?? Aku malulah Dira (menarik tangan Dira) Jom la kita balik Dira…( Syam masuk menuju pada AMIRA dan ADIRA)
SYAM: Assalamualaikum.. Dah lama ke sampai??
ADIRA: (Menjawab salam serentak dengan Amira) Ha!! Tu pun dia dah sampai… Amira aku balik dulu, kau borak- boraklah dengan Syam..
AMIRA:Eh!! Dira kau hendak ke mana??? (Adira berlalu)
Pentas digelapkan dan lampu hanya berfokus pada Amira
AMIRA: (ketawa) … Adira.. Adira.. kau seorang sahabat yang sangat nakal suka sangat kena kan aku kan… Tapi Adira adalah seorang sahabat yang penyayang dan memahami. Semenjak hari itu, aku kerap bertemu dan bersama dengan Syam dimana ada aku disitu adanya Syam.(senyum) Kehadiran Syam dalam hidup aku umpama sinar baru yang jelas terpancar di raut wajah aku. Dikala sinar jauh berlari meninggalkan aku Syam pasti hadir membawa sinar yang baru. Dan bila aku jatuh tersungkur Syam pasti menyambut tangan aku dan memberi aku semangat yang baru.
Cinta itu umpama embun pagi,
Yang turun dari langit bersih dan suci,
Cuma tanah yang berlainan,
Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,
Tumbuhlah ia dengan kedurjanaan,
pendusta, dan penipu,
Sebaliknya jika ia jatuh ke tanah yang subur,
Di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan,
Setia budi pekerti yang tinggi.
(Amira terdiam sejenak seolah- olah ada sesuatu yang sedang bermain di kotak fikirannya)
Lampu dinyalakan sepenuhnya. Syam masuk menuju ke arah Amira
SYAM: Sayang…. Kenapa mengelamun ni?? Sayang ada masalah ke?? Bagitahu la abang…
AMIRA: Eh!! Takde lah bang.. Mana ada sayang mengelamun.. Tak ada masalah pun Cuma…
SYAM: Cuma apa?? Bagitahu abg sayang.. (sambil mengusap kepala Amira)
AMIRA: Sayang teringat dekat ibu sayang.. macam mana la agaknya keadaan ibu sekarang, sudah lama sayang tak balik abang..(tundukkan kepala)
SYAM: (memegang tangan Amira) hujung minggu ni kita balik sayang biar abang temankan sayang.. (hinggap satu kucupan mesra di dahi Amira)
AMIRA: (terdiam kerana terkejut ciuman daripada Syam)
Lampu dimalapkan dan berfokus pada Amira
AMIRA: Seakan gugur hati ini apabila mendengar kesungguhan Syam untuk mengenali keluarga aku. Tapi aku… aku takut… aku takut Syam tak dapat menerima keadaan keluarga aku yang semakin hari semakin retak. Walau bermacam alasan yang aku bagi dia tetap berkeras untuk bertemu kedua orang tua aku. Masih aku ingat waktu aku sampai di rumah ibu… Ibu melayan Syam dengan mesranya waktu itu, ayah tidak lagi bersama ibu. Kata ibu ayah sudah lama berkiblatkan arah kepada perempuan lain, saat itu aku tidak tertahan menanggung kesedihan tambahan lagi apabila empangan airmata ibu pecah bederai seperti hati aku yang hancur berkecai. Semenjak lelaki durjana itu menghilangkan diri. Ibu hilang punca pendapatan dan memaksa ibu mengambil upah membasuh kain. Aku merahsiakan perkara ini dari pengetahuan Syam. Tapi… Sampai bila?? Sampai bila aku ingin menutup kebenaran??
Amira berjalan dan duduk di atas kerusi sambil membelai rambutnya. Amira kelihatan gelisah.
AMIRA: Celaka punya jantan!! Kerana kezaliman kau.. Kerana kejahilan kau aku menjadi mangsa keadaan. Ya Allah, betapa remuknya hati aku bila aku mendapat tahu aku sebenarnya anak luar nikah!!!. Dunia seolah- olah mentertawakan aku. Semenjak hari itu Syam mula menjauhkan diri dari aku dia mula menunjukkan sikap yang aneh.
Lampu dinyalakan seluruh pentas
AMIRA: Abang tunggu!!! (Amira menarik tangan Syam)
SYAM: Hey perempuan!! Apa pegang- pegang ni… tak malu ke orang tengok!! Dah jangan pegang aku!! Aku jijik dengan kau.. Harap muka kau saja cantik.. Aku tak sangka kau ni anak haram!!!! (ketawa kecil) Kalau aku jadi kau, aku tak mengaku mak kau tu mak aku tau!!! Disebabkan dia, kau sekarang berstatus anak luar nikah.. Aku tak nak keturunan aku kotor macam kau.. Faham!! Lepas ni kau tak payah ganggu aku lagi kita dah putus!!!!!!!(Amira hanya diam seribu bahasa sambil mengesat airmata amira berlalu dari situ)
Lampu di padamkan dan dinyalakan kelihatan Amira sedang menangis di atas kerusi.
AMIRA: SIAL!!! Dasar jantan tak guna!!! Sampai hati kau Syam tinggalkan aku!! Kau sungguh kejam Syam!!!!Aku benci kau!!!
Aku mencintai kau Syam lebih dari nyawa aku sendiri!! Kenapa kau perlakukan aku sebegini rupa sedangkan kita telah pun bersepakat untuk saling melengkapi…Tapi… Mengapa kau robohkan dan meremukkan hati aku?? Kau sungguh kejam!! Kau kejam!! Kenapa kau tinggalkan aku disaat hati aku merajai hatimu?? Dimana hati nurani kau?? Dimana Syam yang aku kenal dulu??? Aku mohon kau jelaskan pada aku sebab apa kau meninggalkan aku.. mengapa kau menghilang dan menghindar dari cinta aku???? Bukankah kita sudah berjanji untuk sehidup semati??? Seandainya dulu aku tidak pernah menyintaimu, mungkin semua ini akan berbeza dan kisah kita tak akan tercipta .. Sekiranya dulu kau tidak pernah mencintai aku, aku pasti tidak akan ada kelukaan menghiasi diri aku. Aku mengakui sememangnya sungguh berat untuk aku menghadapi semua ini. Apakah kamu semua memikirkan benda yang sama jika kisah ini berlaku pada diri kamu semua. Tetapi aku dapat rasakan bahawa kamu semua tidak mungkin dapat melakukan seperti mana aku lakukan!! Hidup aku bagaikan neraka dunia akibat perbuatan ayah dan bekas teman lelaki aku yang keparat itu. Ikatan yang dulu pernah terjalin kini musnah ditengah jalan. Aku tidak terdaya untuk melawan arus. Walaupun berat untuk aku menerima kenyataan ini namun aku terpaksa menerima semua ini tanpa kerelaan hati.
Lampu dinyalakan seluruh pentas. Adira menghampiri Amira.
ADIRA: Amira… (Mira terkejut) jauh kau mengelamun?? Kau masih pikirkan tentang Syam?? (memegang bahu Amira)
AMIRA: Entah la Dira aku pun tak tahu nak cakap apa… mungkin ini sudah takdir aku. Aku redha Dira.
Aku yakin aku boleh hadapi semua ni Dira. Terima Kasih Dira kerana kau sudi jadi kawan aku walaupun kau tahu aku ni bukan macam orang lain.
ADIRA: Sudah la Mira aku sayang kau.. aku harap kita akan jadi kawan sampai bila- bila kau lah sahabat aku dunia dan akhirat. ( berpelukan sambil Amira menangis)
Lampu dimalapkan dan hanya berfokuskan pada Amira
AMIRA: Nostalgia dulu mula menghantui aku, aku diburu rasa ketakutan setiap kali kabus malam menyelimuti mentari bayang- bayang itu selalu memelukku. Aku mencuba untuk berlari jauh meninggalkan waktu namun semakin aku berlari semakin dekat ia menghampiriku. Hanya aku yang mengetahui di mana jasad itu berada.. (ketawa).Puas hati aku!! Kesakitan yang kau rasa tidak setanding kesengsaraan yang aku alami selama 22tahun. Kehadiran kau hanya menghumbang aku ke puing kecelakaan. Janji manis yang telah kau taburkan dahulu telah aku kuburkan jauh disudut hati aku… Biarlah ia terpahat disitu
(Syam di ikat pada kerusi)
SYAM: Mira apa kau buat ni?!
AMIRA: Kau tanya apa aku buat???(ketawa) aku nak kau rasa apa yang aku rasa
SYAM: Apa maksud kau Amira???
AMIRA: (ketawa sambil menarik rambut Syam) Hey jantan!! Kau dengar sini baik-baik apa yang aku nak katakan.. Orang macam kau ni tak layak untuk hidup!! Jiwa aku telah mati!! Kau sudah hancurkan segala impian aku!!
SYAM: Mira apa kau nak buat ni??!! Jangan Mira!!Mira!!!!!
AMIRA: Maafkan aku Syam… maafkan aku…Aku terpaksa melakukan semua ni.. Aku terpaksa!!!Kau yang memaksa aku lakukan semua ini…… Aku sudah tak sanggup lagi untuk menanggung beban ini sendiri. Masih terngiang- terngiang ditelinga aku kata- kata yang telah menusuk jauh ke dalam lubuk hati aku tusukkan yang kau hunuskan terasa pedih sampai ke tulang hitam. Kata kau aku seperti sampah masyarakat yang hanya mengotorkan bumi dan perempuan macam aku tidak sepatutnya ada di alam semesta ini dan sekarang!!! Aku rasa puas!!! Bersemadilah kau dengan aman Syam!!!(ketawa)
Amira mengheret mayat Syam ke suatu sudut
Kerana cinta,
Hidup aku musnah,
Kerana cinta,
Aku bergelar pembunuh,
Kerana cinta,
Ibu diperkotakkatikkan,
Kerana cinta,
Ayah menjadi Darja,
Kerana cinta manusia,
Tidak ada yang kekal,
Melainkan Cinta ALLAH.
PENTAS GELAP
NUKILAN: Nina Aishah Binti Ramali
Matrik: BC 12160190
No comments:
Post a Comment