Enjoy Song

Sunday, 5 January 2014


ANALISIS PERBANDINGAN TENTANG FILEM PENDEK

SYAHMAT “main sampai mati!” DAN “The Bloody Night”

            Bagi pendapat saya cerita Syahmat ini sangat memberi kesan kepada masyarakat. Cerita yang mengisahkan tentang realiti kehidupan. Penulis menggunakan perlambangan yang amat berkesan iaitu permainan catur. Cerita ini sebenarnya ingin memberitahu kita tentang realiti sebenar kehidupan yang kita lalui kerana kehidupan sebenarnya adalah percaturan hidup. Perbagai liku- liku kehidupan yang terpaksa kita tempuhi untuk membela nasib sendiri, anak- anak serta isteri.

            Kehidupan ini tidak selalunya berpihak kepada kita kadang- kadang kita diatas dan kadang kala kita akan berada dibawah bergantung pada nasib dan usaha kita kerana kita yang menentukan masa depan atau nasib kita sendiri. Segala urusan dunia kita sendiri yang mencorakkannya. Oleh hal yang demikian kita perlulah berfikir sebelum melakukan sesuatu, jangan terlalu ikutkan emosi atau nafsu yang bakal merosakkan masa depan kita dan juga orang- orang yang kita sayang.

            Kita seharusnya memikirkan sebab dan akibat daripada perbuatan kita sendiri. Cerita ini menonjolkan dari segi aspek kehidupan seseorang yang memberi kesan bukan hanya kepada diri sendiri malah orang terdekat atau orang yang disayangi juga akan terkena tempiasnya. Jika baik perbuatan kita maka semuanya akan baik dan jika kita salah memilih jalan maka kita harus menanggung akibatnya termasuklah orang yang kita sayang.

            Cerita “Syahmat” ini tidak banyak menggunakan kostum dalam cerita ini mereka hanya menggunakan warna baju yang berlainan iaitu shah memakai warna putih dan mat pula memakai warna hitam. Putih melambangkan kesucian atau lebih tepat lagi memegang watak baik atau positif manakala hitam pula melambangkan watak yang negatif.

            Manakala cerita “The Bloody Night” pula mengisahkan tentang kehidupan dua orang sahabat yang sama- sama terjerumus ke dalam lembah kejahilan. Hubungan persahabatan mereka hancur akibat dendam, sikap cemburu dan iri hati antara mereka. Cerita ini sebenarnya memaparkan realiti kehidupan hari ini, kita tidak seharusnya mempercayai orang lain lebih dari kita mempercayai diri kita sendiri. Selain daripada itu, kita juga tidak seharusnya bersikap mementingkan diri sendiri sehingga memulaukan orang yang sudah banyak menolong kita iaitu sahabat kita, kerana dengan berbuat demikian akan mengundangkan dendam di dalam setiap diri orang yang kita sayang atau rapat dengan kita.

            Ketamakkan yang ditonjolkan oleh watak Mery menyebabkan sahabatnya berasa dendam dan tidak dapat mengawal amarahnya dan akhirnya dia telah mengupah orang lain untuk menculik Mery dan di bawa ke satu tempat rahsia di mana orang lain tidak akan mengetahui. Mery diculik dan di bawa ke tempat rahsia itu. Setelah sampai Mery dibiarkan oleh sahabatnya diperkosa atau dirogol oleh lelaki upahannya itu dan setelah dirogol sahabatnya masih tidak berpuas hati dan bertindak memotong jari- jari Mery dan oleh kerana kesakitan yang teramat bibi pengsan.

            Mery dibawa ke suatu tempat untuk ditanam hidup- hidup. Setelah lelaki upahan sahabat Mery menyelesaikan segala suruhannya lelaki itu meminta upah yang dijanjikan kepadanya. Ternyata sahabat Mery itu menipu lelaki tersebut dan memberitahu lelaki itu akan membayar kemudian hari. Dengan kemarahan yang membuak- buak dan merasakan dirinya ditipu lelaki tersebut bertindak membunuh sahabat Mery dengan menembak sahabatnya itu di kepala.

            Setelah lelaki itu rasa puas, tidak sempat dia berlalu orang upahan Mery datang dengan senyap dan betindak menembak lelaki upahan sahabat Mery dan akhirnya lelaki itu mati di tangan lelaki upahan Mery. Di sini jelas dunia hari ini mementingkan duit semata- mata, kerana duit orang sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh, merogol dan sebagainya. Dunia hari ini umpama dikawal oleh duit mereka sudah tidak takut lagi kepada akibat atau hukuman yang mereka akan dapat akibat dariada perbuatan mereka itu. Kurangnya didikan agama dalam setiap diri mereka sehingga mereka berani melakukan apa sahaja yang mereka suka yang membuatkan mereka berpuas hati.

            Seterusnya dari cerita “The Bloody Night” ini menonjolkan tentang pembalasan akibat daripada perbuatan kita. Contohnya Mery disiksa dan dirogol serta dikerat jarinya oleh sahabat baikya sendiri akibat iri hati terhadap Mery akhirnya dia sendiri dibunuh oleh lelaki upahannya akibat menipu. Selain itu, orang upahan sahabat Mery juga meneriama nasib yang sama iaitu ditembak dikepala oleh orang upahan Mery. Disini jelas membawa kita berfikir bahawa setiap perbuatan jahat akan dibalas dengan jahat oleh orang lain dan setiap apa yang kita lakukan di dunia ini pasti akan ada pembalasannya.

            Cerita “The Bloody Night” ini menggunakan kostum yang banyak kerana cerita yang mereka bawa agak berat sedikit berbanding dengan “Syahmat”. Walau bagaimanapun cerita ini dikata berjaya hampir keseluruhannya. Cuma latihan vokal perlu dilakukan kerana pada pendapat saya suara pelakon utama  dalam cerita ini kurang jelas dan tidak menampakkan kerelevanan cerita atau situasi.

            Kesimpulannya, kedua- dua cerita ini menarik dan membawa kepada realiti kehidupan. Cerita yang dibawa oleh “Syahmat” lebih kepada kehidupan seorang individu dan kesannya kepada masyarakat sekeliling manakala cerita “The Bloody Night” ini lebih kepada persahabatan yang hancur akibat daripada iri hati, cemburu dan sehingga mereka sanggup mengupah orang lain untuk membunuh. Selain daripada itu, cerita ‘The Bloody Night” juga menonjolkan tentang kepentingan wang dalam kehidupan kita, kerana wang kita sanggup melakukan apa sahaja termasuklah membunuh.

 

Penulis: Nina Aishah Binti Ramali

Matrik: BC 12160190

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment