Enjoy Song

Wednesday, 8 January 2014


TEATER SEBAGAI ALAT PENGAJARAN/ SINDIRAN

SABAH, 29 November 2013- Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan satu persembahan teater yang bertajuk “Penggali Intan”.

            Teater Penggali Intan ini dipersembahkan oleh pelajar tahun 2 Sekolah Pengajian Seni yang mengambil major teater. Pelakon utama di dalam cerita ini ialah Shahril Latiff yang juga merupakan pelajar Sekolah Pengajian Seni tetapi mengambil bidang penulisan. Namun begitu, dia mempunyai bakat yang besar dalam bidang lakonan.

            Persembahan Teater “Penggali Intan” ini berlangsung pada 28 November 2013 yang bertempat di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah. Persembahan ini berlangsung pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 10 malam. Persembahan teater ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari sekolah luar seperti Sekolah Sains Sosial (SSS) dan sebagainya. Menurut Shahril Latiff iaitu merupakan pelakon utama dalam teater “Penggali Intan”, walaupun dia memilih major penulisan namun dia akan bergiat aktif dalam persembahan atau pementasan teater. Menurutnya lagi, dia amat meminati bidang lakonan ini dan dia akan menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dan bidang teater sebagai minat atau hobinya.

            Persembahan teater ini adalah sebagai satu penilaian untuk markah final bagi mereka yang mengambil major teater. Teater “Penggali Intan”  ini banyak memberikan unsur- unsur pengajaran yang berguna kepada masyarakat. Teater ini juga bertujuan untuk menyindir mereka yang lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya. Dalam cerita ini penulis ingin menegaskan bahawa kita perlulah menggali ilmu sedalam- dalamnya. Ilmu bukan hanya berada pada satu tempat sahaja kita perlulah meneroka ilmu itu di merata- rata. Kita perlu berfikiran positif agar masa depan kita cerah dan berjaya. Selain daripada itu, Kita tidak boleh memandang rendah kepada orang lain kerana mungkin suatu hari nanti dia akan berjaya lebih dari kita.

            Dengan adanya kesungguhan dan semangat yang kental dalam diri setiap individu tidak mustahil apa yang kita impikan selama ini tercapai. Kerana Usaha itu  adalah Tangga Kejayaan.

 

PENULIS: NINA AISHAH BINTI RAMALI

MATRIK: BC 12160190

 

 

No comments:

Post a Comment