Perkataan “wau” berasal dari
perkataan melayu Pattani (Thailand) memandangkan negeri seperti Kelantan,
Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Jika di sebelah pantai Barat dan selatan
semenanjung seperti Selagor, Melaka, dan Johor. Ini dapat di buktikan melalui
kisah catatan Tun Seri Lanang yang
menyatakan bahawa pada dahulunya Raja Ahmad sangat gemar bermain layang-layang
bersama-sama dengan kerabat di raja dan tidak pula menyebutnya perkataan “wau”.
Selain itu, kemunculan nama” wau” juga dikaitkan dengan salasilah bunyi
yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau tersebut. Apabila dinaikkan
ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’,
“wau’, “wau’ secara berirama dan secara klasifikasinya mereka memanggilnya “wau
bulan”. Permainan wau amat
digemari oleh penduduk kampung pada ketika dahulu. Permainan ini dimainkan sejak
lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan
seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Perkataan wau di percayai telah
berasal dari huruf Arab kerana bentuk sayapnya yang menyerupai garis besar
bahawa surat tertentu. Banyak lagenda dan cerita rakyat tempatan mengelilingi
asal-usul yang berkaitan dengan wau bulan. Contohnya, kebanyakan petani dahulu menggunakan wau bulan sebagai
satu bentuk orang terbang yang berpakaian buruk untuk menghindari burung dari
sawah padi mereka. Ada juga yang mengatakan sejarah wau bulan berasal daripada perkataan Belanda “wauw” yang
merujuk kepada burung pemangsa besar yang ditemui di Asia Tenggara. Peristiwa
ini berlaku apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan di
perkenalkan kepada pendudukan tempatan. Sejarah dan lagenda yang dikaitkan
dengan wau ialah dari segi penggunaan warna yang mengunakan pelbagai jenis
warna sebagai reka bentuk. Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat
dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut
sejarahwan Clive Hart, layang-layang
di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor
mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara
China. Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar.
Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur
kebudayaan dari negara China.
Permainan wau dikaitkan dengan
mitos ‘Semangat menuai Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu
di negeri Kelantan, Kedah, Terengganu, dan juga Perlis. Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri
di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan
menyara kehidupan mereka dengan menanam
padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi
perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah bayi itu menjelang dewasa. Oleh yang
sedemikian, kerana suaminya ingin
mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu
membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh
padi. Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat
cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya
sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun
itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang
ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’
dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat
sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali
jerami.
Untuk menghasilkan sebuah wau
yang cantik dan menarik, beberapa bahan utama perlu disediakan. Antaranya ialah
seperti buluh (halus), benang, kertas (pelbagai jenis warna), gam dan pisau
raut. Wau mempunyai empat bahagian utama iaitu kepala, sayap, pinggang dan
ekor. Untuk menghasilkan satu wau yang menarik ianya bukan sesuatu yang senang.
Pembuat wau mestilah mempunyai kemahiran, ketekunan dan kesabaran yang tinggi
kerana ianya adalah merupakan kerja yang rumit terutama pada bahagian sayap dan
tulang belakang. Buluh akan diraut dengan teliti dan halus bagi mendapatkan
bentuk wau yang cantik. Bahagian sayap pula akan ditimbang dengan menggunakan jari
atau mata pisau untuk mendapatkan keseimbangan di antara kiri dan kanan.
Bahagian inilah yang akan menentukan keberhasilan sesebuah wau supaya ianya
tidak berat sebelah. Semasa meraut, bilah-bilah buluh ini akan diliut-liutkan
supaya sama lengkungnya di antara kiri dan kanan. Seterusnya tulang belakang dan bahagian ekor
pula akan diraut. Untuk bahagian ekor, buluh akan diraut lebih lembut
berbanding dengan bahagian badan wau. Hal ini bertujuan mempengaruhi wau untuk
menyesuaikan dengan keadaan angin ketika diterbangkan.
Wau Bulan kini bukan sahaja
dimainkan tetapi dipertandingkan dan amat menitikberatkan nilai estetika
seperti kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan ketinggian serta keindahan
naiknya. Ianya juga turut popular suatu ketika dahulu dan sering dimainkan
di kawasan-kawasan pendalaman seperti kawasan pantai dan kawasan lapang seperti
sawah padi. Wau bulan juga mempunyai nilai estetika dari segi pembuatan
coraknya. Penggunaan coraknya yang begitu unik yang menggunakan olahan motif
flora seperti cantuman batik. Masyarakat di Kelantan juga amat menekankan aspek
kebudayaan seperti permaian wau bulan sehinggakan menjadi lambang identiti
negeri Kelantan Darul Naim dengan adanya lagu “Dikir Wau Bulan” yang selalu
dilagukan.
Lirik Lagu Wau Bulan (Wau Bule) – Lagu Dikir
ewa..ewa..ewa bule
ewa..bule teraju tigo 2x
ewa..bule teraju tigo 2x
ini male samo-samo…
samo-samo bersuko rio 2x
samo-samo bersuko rio 2x
ewa..ewa..ewa bule
ewa..bule teraju tigo 2x
ewa..bule teraju tigo 2x
cahya bulan tempat
perindu
pantainya indah kayangan jiwa
pantainya indah kayangan jiwa
kota idaman senyum selalu
taman serendah sekebun bunga
taman serendah sekebun bunga
ewa..ewa..ewa bule
ewa..bule teraju tigo 2x
ewa..bule teraju tigo 2x
ini male samo-samo…
samo-samo bersuko rio 2x
samo-samo bersuko rio 2x
ewa..ewa..ewa bule
ewa..bule teraju tigo 2x
ewa..bule teraju tigo 2x
ini male samo-samo…
samo-samo bersuko rio 2x
samo-samo bersuko rio 2x
ewa..ewa..ewa bule
ewa..bule teraju tigo 2x
ewa..bule teraju tigo 2x
ini male samo-samo…
samo-samo bersuko rio 2x
samo-samo bersuko rio 2x
Credit : Lagu Tradisional
Kelantan
Kini permainan tersebut telah
mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap
di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat
antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang
diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberi
rangsangan terutamanya peserta dari luar negara. Wau bulan amat terkenal di
luar negara tetapi ianya terkenal dengan gelaran laying-layang. Ianya terkenal
di negara Jaipur (India) dan juga di Washington. Masyarakat yang tinggal di
luar negara sentiasa mengamalkan permaian laying-layang dan juga ianya
mempunyai musim yang tertentu untuk bermain layang-layang tersebut.
Selain itu juga, wau bulan
merupakan salah satu produk yang mempunyai nilai kesenian yang unik berbanding
dengan permainan-permainan tradisional yang lain. Wau bulan ini mempunyai nilai
yang amat tinggi sehinggakan ianya turut digunakan sebagai lambang penerbangan
Mas Airline. Jika kita memperhatikan secara tuntasnya, lambang yang digunakan
ialah wau kucing. Di samping itu, wau bulan juga telah digunakan sebagai
syiling dan juga wang kertas matawang Malaysia. Hal ini dapat menaikkan lagi
identiti serta imej sesebuah bangsa dan negara ke arah dunia globalisasi yang
kian membangun.
Hasil Cebisan:” Suria Pagi”
No comments:
Post a Comment