Enjoy Song
Saturday, 4 January 2014
PERSIMPANGAN TAKDIR!!
Sedetik masa renunglah kembali jasad yang dibela semenjak azali. Tatkala, tubuh aku yang sekujur itu mengigil kesejukkan, yang meliputi aku adalah kain kapan putih. Darah merah yang kian membasah disekeliling tubuhku yang kemudiannya diikuti ulat- ulat dan cacing serta serangga berbisa diseluruh badan aku. Ya Allah, inikah balasanMu sekiranya seorang anak derhaka terhadap ibu bapanya. Ya Allah, seandainya aku mampu mengundurkan masa aku pasti tidak akan membiarkan diri aku terperangkap di dalam dunia dosa. Aku akur dengan takdirnya akhirnya aku tetap rebah gugur ke bumi. Hidup aku sudah tiada makna hanya nasib aku sahaja yang ingin diratapi.
Aku terkenangkan saat dulu di mana aku ghairah melakukan dosa. Aku membiarkan nafsu bermaharaja di dalam diri aku. Aku merasakan seolah- olah dunia milik aku. Tiada siapa yang mampu melawan atau mengawal aku. Aku bebas melakukan apa saja kerana duit adalah segala- galanya. Kisah itu masih tetap segar dalam kamus hidupku. Aku masih ingat lagi disaat aku menghumban ibu dan ayah aku ke neraka jahanam kerana mengingkari arahan aku sebagai Dato’ di suatu kediaman yang terpencil di sebalik kota yang besar. Ibu dan ayah aku merayu- rayu supaya balik ke pangkal jalan ibu dan ayah menangis- nangis kerana tidak sanggup melihat anak tunggalnya bergelumang dengan dosa, Ibu menghampiri aku perlahan- lahan dan cuba memujuk aku agar hati aku lembut. Waktu itu aku seolah- olah tidak mengenali mereka aku menghina mereka. Entah syaitan apa yang menyelongkar masuk ke dalam diri aku, waktu itu aku tidak dapat mengawal amarah aku sehingga aku lupa yang orang tua itu adalah Ibu dan Ayah aku yang selama ini telah menjaga aku dan membesarkan aku. Aku dengan lantang menghalau mereka kerana bagiku mereka hanyalah menjadi beban kepada hidup aku. Aku menjadi ego dek kerana kekayaan yang aku miliki sehingga aku alpa dan lupa kepada jasa mereka yang begitu besar pada aku sehingga tidak layak di gantikan dengan wang ringgit. Mereka sanggup bertebal muka meminjam wang daripada jiran demi kerana untuk memenuhi kemahuan aku sewaktu kecilku Sehinggalah suatu ketika aku mengupah sekumpulan lelaki untuk membunuh mereka kerana aku tidak mahu di ganggu dan aku tidak mahu orang tahu bahawa aku adalah anak kepada tukang kebun di sekolah.
Masih terpahat segar dalam ingatan, tangisan gadis- gadis yang menjadi mangsa pemerdagangan aku. Aku mencari tipu helah dengan menawarkan mereka pekerjaan, kononnya di syarikat aku memerlukan seorang kerani untuk membantu menguruskan urusan syarikat namun sebaliknya aku telah menjerumus mereka ke lembah pelacuran. Berpuluh- puluh bahkan beratus- ratus orang yang telah aku perdayakan sehingga ada antara mereka yang membunuh diri dengan meminum racun tikus kerana mereka tidak sanggup lagi untuk menjadi magsa kerakusan lelaki yang durjana!. Masih aku ingat salah seorang gadis yang menjadi mangsa aku iaitu Tina, aku telah menyebabkan dia mati kerana Tina langsung tidak mahu mengikut arahan aku, kata Tina dia sanggup mati demi kerana mempertahankan maruahnya dia tidak mahu keluarganya di kampung menanggung malu kerana dia yakin perbuatannya itu lambat laun akan dapat di ketahui oleh keluarganya bukan itu sahaja Tina juga telah menghina aku bertalu- talu waktu itu aku tidak mampu mengawal emosi, amarah aku yang membuak- buak dan akhirnya aku menamatkan riwayat Tina dengan kejam aku menyiksanya dan menembaknya di kepala. Aku merasa amat puas sekali dengan tindakan itu. Tiada siapa yang berani melawan aku, aku di jadikan raja kepada syaitan- syaitan yang bertopengkan manusia. Seperti juga yang lepas- lepas aku mencampakkan mangsa aku ke satu lubang yang telah aku khaskan untuk mereka begitu juga kedua orang tua aku, mayat mereka aku campakkan di situ kerana aku yakin tidak seorang pun yang akan dapat menjejaki tempat itu. Pembunuhan demi pembunuhan yang aku lakukan tanpa memikirkan hukum alam.
Lamunan aku terhenti seketika apabila pintu jel dibuka oleh salah seorang pegawai polis yang mengingati aku supaya bersabar dan selalu berzikir kerana tinggal beberapa jam lagi aku akan dibawa ke tali gantung!. Ya Allah betapa gemuruhnya aku waktu itu. Aku tidak dapat bayangkan betapa siksanya untuk aku mati dengan cara yang terpaksa. Hati ini tidak henti- henti berzikir dan meminta ampun kepada Allah. Banyak persoalan yang berlegar- legar di fikiran aku, Apakah masih ada pintu taubat yang terbuka untuk aku??? Begitu banyak kemungkaran yang aku lakukan sepanjang aku bergelar manusia. Adakah Allah masih boleh mengampuni aku??? Persoalan demi persoalan yang sentiasa menghiasai fikiran aku.
Tanpa aku sedar lamunan aku telah menembusi jaring besi yang ada di hadapan aku. Seorang sahabat baik yang selalu bersama aku susah mahupun senang, kami di besarkan bersama- sama sampai di suatu ketika aku menjeratnya dengan najis dadah aku membiarkan dia hanyut dalam dunianya, dia telah menjadi hamba dadah sehingga dia ketagih. Betapa kejamnya aku memperlakukan dia sebegitu rupa sedangkan aku tahu waktu itu dia mempunyai anak dan isteri. Dapat aku bayangkan betapa menderitanya isterinya apabila hampir setiap hari dia di pukul oleh suaminya kerana tidak mahu memberi wang kepada suaminya yang sedang ketagihan. Habis semua barang kemas isterinya di jual semata- mata untuk melepaskan giannya. Sampai satu ketika aku diberitahu oleh Sam isterinya telah melarikan diri dan tidak dapat di kesan. Hanya dengan sekelip mata sahabat aku telah kehilangan orang yang dia sayang. Masjid yang dia bina hampir 5 tahun itu roboh di landa tsunami yang dia ciptakan sendiri. Waktu itu aku hanya ketawa, ketawa diatas penderitaan orang lain maafkan aku Sam aku penyebab kau jadi macam ni, aku lah penyebab hubungan kau dan Rina hancur sebab aku cemburu. Aku tak sanggup melihat kau bahagia dengan Rina sedangkan dalam masa yang sama aku juga menaruh perasaan kepadanya sewaktu di bangku sekolah lagi. Namun aku tidak boleh berbuat apa- apa kerana Allah telah menemukan dia pada kau sebelum aku bukan itu saja kau sudah banyak menolong aku dari segi kewangan aku tak sanggup untuk merampas Rina dari kau. Setelah beberapa tahun kita tidak berjumpa aku mendengar khabar kau telah pun berkahwin dengan Rina dan semenjak hari itu aku bernekad untuk menghancurkan Taj Mahal yang telah kau bina bersamanya. Sampailah suatu ketika aku mendapat tahu bahawa syarikat kau telah lingkup dan waktu itu aku cuba mencari kau di serata tempat. Aku mencari kau kerana aku mempunyai niat yang tersendiri, bagi aku ini masa keemasan aku untuk memusnahkan kau yang selama ini telah merampas kebahagiaan aku. Aku memperlawa kau bekerja dengan aku , oleh kerana kepercayaan yang ada pada kau terhadap aku teramat tinggi kau terus bersetuju tanpa memikir panjang. Aku telah menjerumuskan Sam ke lembah najis dadah aku menyuruhnya menjual dadah di lorong- lorong kota. Semakin lama aku lihat Sam semakin ghairah menjadi pengedar dadah dan suatu saat Sam sendiri yang terjebak dengan najis dadah. Aku terasa amat puas sekali dan setiap dadah yang kau ambil aku mula mengenakan bayaran tidak lagi seperti sebelum- sebelum ini. Lama- kelamaan duit yang kau simpan mulai susut dan akhirnya masjid yang kau bina hancur. Ya Allah betapa jahilnya aku waktu itu, sanggup membiarkan sahabat aku yang selama ini telah menolong aku terkapai- kapai sendiri dan akhirnya Sam mati akibat over doss. Aku menjumpai mayatnya di tepi longkang dan aku telah melempar mayat yang telah busuk itu di timbunan mayat.
Selama aku di penjarakan tiada seorang pun yang datang melawat aku termasuk isteri dan anak aku. Sehingga aku hampir terlupa bahawa aku sudah pun mempunyai seorang isteri dan seorang anak yang baru saja di lahirkan. Walaupun begitu aku redha dan aku terima kerana aku tahu ini semua balasan di atas apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku mengenali isteri aku sewaktu aku hampir mati di pukul oleh sekumpulan kongsi gelap yang telah lama iri hati terhadap aku. Aku di pukul bertalu- talu waktu itu aku hanya bersendirian aku di pukul dan di humbangkan di tepi tasik dan kebetulan waktu itu ada seorang gadis yang melalui jalan itu dan gadis itu telah membawa aku ke hospital, bukan itu saja dia telah menjaga aku sehingga aku sembuh dan waktu itulah aku mula jatuh cinta kepadanya. Hati aku mula resah gelisah apabila tidak menatap wajahnya yang putih gebu itu dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk melamar dan berkahwin dengannya. Oleh kerana gadis itu merupakan anak tunggal yang telah kematian ibu dan bapa tanpa berfikir panjang dia menerima lamaran aku. Pernah isteri aku bertanya tentang pekerjaan aku namun aku memberitahunya bahawa aku mempunyai syarikat sendiri tanpa selidik isteri aku hanya percaya bulat- bulat dengan kata- kata aku. Bak kata pepatah sepandai- pandai tumpai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Segala perbuatan terkutuk yang aku lakukan akhirnya berjaya di hidu oleh pihak berkuasa dan waktu hari perbicaraan aku melihat isteri aku tidak henti- henti menangis dan merayu supaya aku di lepaskan waktu itu aku merasakan seolah- olah dunia aku menjadi gelap gelita itulah hari terakhir aku berjumpa dengan isteri aku, dan dia sempat berbisik di telinga aku sesuatu yang tak aku duga dia membuat pengakuan bahawa dia telah hamil waktu itu jantung aku berdegup kencang airmata mula mencurah- curah aku tidak dapat mengawal airmata ini lalu aku meraung. Aku tidak dapat bayangkan seksanya isteri aku apabila dia terpaksa menjaga kandungannya tanpa aku, apa yang harus dia jelaskan kepada kanak-kanak itu??? Ya Allah ampunilah dosa- dosaku, dosa kedua ibu bapa aku serta dosa isteriku. Ya Allah . Kau permudahkanlah urusan isteri aku , Kau tabahkanlah hatinya untuk menempuhi segal ujianmu Ya Allah. Aku yakin isteri aku telahpun melahirkan anak sulong kami. Tiba- tiba pintu penjara di buka aku diberitahu ada seorang wanita ingin menemui aku, aku segera berjalan untuk melihat siapakah wanita itu, dari jauh aku melihat senyuman manis isteriku bersama seorang kanak- kanak yang sangat comel. Aku hanya melihat isteri aku dan anak aku tanpa berbicara, hati aku sebak, lidah aku kelu untuk berkata- kata isteri aku tak henti- henti menangis dan menyuruh aku bersabar dan ikhlas menerima hanya ungkapan maaf yang mampu aku ungkapan bertambah sebak hati ini apabila melihat anak aku yang masih tidak mengerti apa- apa turut mengalirkan air mata. Aku memegang erat tangan kedua- dua orang yang aku sayang itu. Oleh kerana masa tidak mengizinkan aku di bawa kembali ke sangkar besi itu. Aku tidak di benarkan berjumpa dengan sesiapa lagi. Itulah kali pertama dan kali terakhir aku dapat menatap wajah anak aku dan kali terakhir aku menatap wajah isteri aku. Di sebalik senyuman yang di lemparkan oleh isteri aku tersimpan seribu kesengsaraan. Aku nampak penderitaan yang di tanggung oleh isteri aku dari matanya yang kuyup itu.
Hanya berbaki satu jam untuk aku mengabdikan diri kepada Allah, Aku tak henti- henti menyebut kalimah- kalimah Allah, Tidak jemu- jemu aku bersujud kepadanya aku ikhlas menerima semua ini jika ini sudah suratan takdir. Ibu Ayah ampunilah anakmu yang selama ini telah menyakitimu, mungkin ini balasan seorang anak derhaka. Aku mengharapkan keampunan dari kedua orang tua aku. Dari jauh aku mendegar tapak kaki berjalan yang semakin lama bunyi tapak kasut itu semakin dekat, aku mendengar sekali lagi pintu besi dibuka dan aku terasa ada sesuatu yang menutupi kepala aku, aku di bawa keluar dari sangkar besi itu langkah aku semakin longlai dan aku tersungkur rebah di perjalanan. Aku di tenangkan oleh seorang ustaz dan dia menasihati aku supaya banyakkan berzikir waktu itu lidah aku kelu untuk menyebut kalimah- kalimah Allah dan dia telah mengajar aku mengucap dua kalimah syahadah. Betapa gementarnya aku waktu itu dan akhirnya aku tewas dan rebah tersungkur di tali gantung. Godaan jiwa ini bersemadi sendiri tanpa aku mengharapkan kasih dari anak dan isteri. Mampukah aku mendapat doa dari anak dan isteri aku?? Sedangkan anak aku baru setahun jagung hidup di bumi ini. Pahala apakah yang mampu dikirim oleh anak aku itu. Hatta, aku terbaring sempit seluas pusara soal bicara terus bermula.
Penulis: Nina Aishah binti Ramali
Matrik: BC 12160190
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment