Enjoy Song

Thursday, 9 January 2014

Etika Mahasiswa UMS

08/01/2014, Universiti Malaysia Sabah- Etika berpakaian di Universiti amatlah di tekankan kerana etika ini merupakan salah satu peraturan yang terpaksa dipatuhi oleh semua pelajar. Pelajar haruslah berpakaian formal dan menutup aurat bagi yang beragama islam. Kebanyakan etika berpakaian harus dipatuhi ketika sesi kuliah berlangsung dan para pelajar harus berpakaian formal mengikut hari yang telah ditetapkan.
Kebiasaannya di Universiti Malaysia Sabah, etika berpakaian harus dipatuhi dan para pelajar harus memakai pakaian formal mengikut hari yang telah pihak yang berkuasa tetapkan. Seperti pelajar yang bergelar mahasiswa Universiti Malaysia Sabah harus berpakaian formal pada hari isnin,rabu, khamis dan jumaat. Manakala pada hari selasa para mahasiswa akan di benarkan berpakaian semi-formal. Walau bagaimanapun, para mahasiswa dan mahasiswi harus memakai kasut kerana ianya merupakan salah satu peraturan.
Pihak berkenaan seperti pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) juga turut mengeluarkan memo supaya para pelajar sentiasa mematuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan. Jika ada para pelajar yang mematuhinya pihak MPP akan mengenakan denda. Etika ini juga turut diterapkan di perpustakaan Universiti Malaysia Sabah. Hal ini kerana ingin melatih para pelajar supaya sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Di samping itu, penggunaan kad matrik juga dititikberatkan ketika berada di perpustakaan. Hal ini harus dipandang serius supaya semua pelajar pun turut memandang serius hal sebegini agar ianya tidak luput ditelan zaman.
Semasa menjalani musim peperiksaan juga pelajar-pelajar harus berpakaian formal ketika ingin masuk ke dalam dewan peperiksaan dan sentiasa membawa kad matrik dan juga kad pengenalan bersama-sama para pelajar. Jika seseorang pelajar itu tidak berpakaian formal dan melanggar peraturan peperiksaan yang telah ditetapkan pelajar berkenaan tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.

                                   Hasil Karya : Tuan Mohd Raffudin Bin Tuan Rani
                                                     Bc 12110174  


No comments:

Post a Comment