Enjoy Song

Saturday 4 January 2014


PERBEZAAN TEATER “VITO IL MAFIOSO”  ANTARA MALAM PERTAMA DAN MALAM KEDUA

Pada 15 September 2013 dan 16 September 2013 persembahan teater yang bertajuk “VITO IL MAFIOSO” telah di adakan bertempat di Dewan Resital bermula jam 8.00 malam sehingga jam 10.00 malam.
Perbezaan umum teater “VITO IL MAFIOSO” yang pertama boleh kita lihat antara malam pertama dan malam kedua adalah dari segi tempo persembahan contohnya persembahan pada malam pertama tempo persembahan amat baik jika di bandingkan malam kedua.
Selain daripada itu perbezaan yang boleh kita lihat adalah dari segi teknikal iaitu teknikal pada malam pertama sedikit sempurna jika dibandingkan teknikal pada malam kedua dan boleh dikatakan hampir 30% tidak menjadi contohnya kesilapan teknikal dari segi lighting iaitu pergerakan lampu atau kinetic lighting tidak berada dalam aras yang baik.
Perbezaan seterusnya ialah dari segi bisnes lakonan. Keseluruhan bisnes lakonan berbeza kerana pelakonnya adalah berbeza dan bukannya watak yang berbeza. Pada kebiasaannya sesebuah persembahan teater jika dilakukan persembahan selama dua hari atau lebih iaitu sehingga tujuh hari, bisnes lakonan akan berbeza kerana bagi mengelakkan penonton merasa cepat bosan. Hal ini kita boleh lihat perbandingan persembahan teater pada malam pertama dan juga pada malam kedua.
Perbezaan yang paling ketara dalam persembahan teater pada malam pertama dan malam kedua ialah pergerakan keluar masuk pelakon. Pergerakkan keluar masuk pelakon pada persembahan malam pertama amat lancar jika dibandingkan pada malam kedua. Pada malam kedua pergerakan keluar masuk kesemua pelakon dan watak agak kelam kabut sehingga mencacatkan bahagian teknikal.
Seterusnya ialah kita boleh lihat perbezaan mengikut babak contohnya sewaktu babak pertemuan Jimmy, Vito dan Jeny dikawasan yang terpencil disudut kota. Kedudukan blocking  Vito dan Jimmy boleh dikatakan sangat berat sebelah kiri dan tengah pentas pada malam pertama tetapi sebaliknya pada malam kedua blocking mereka lebih kepada tiga penjuru atau stabil.
Perbezaan mengikut babak yang seterusnya ialah babak Vito dan Jimmy menyerang Don Karlos atau Letto perbezaan yang boleh kita lihat ialah dari segi lighting iaitu lighting pada malam pertama tidak menjadi terutamanya lampu stroke light manakala pada malam kedua lighting untuk lampu stroke light lebih teratur dan terurus.
Perbezaan yang terakhir yang dapat kita lihat antara persembahan teater pada malam pertama dan persembahan teater pada malam kedua ialah sewaktu babak di empayar Joe Black kedudukan blocking  dan lighting berubah iaitu pada malam pertama dari kanan pentas dan ditukarkan ke kiri pentas pada malam kedua. Sebagai contohnya, pada malam pertama sewaktu Vito mencium tangan Joe Black kedudukan blocking pelakon berada di sebelah kiri pentas manakala pada malam kedua kedudukan blocking pelakon berada disebelah kanan pentas.

Penulis: Nina Aishah Binti Ramali
Matrik: BC 12160190



No comments:

Post a Comment