Enjoy Song

Wednesday, 8 January 2014


AKIBAT KECUAIAN PEMANDU

SABAH, 06 Januari 2014- Seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah mengalami kecederaan parah di kepala dalam kemalangan di simpang kolej kediaman kampung E pada petang tadi.

            Kemalangan itu membabitkan seorang mahasiswa yang menunggang motorsikal dan juga seorang pekerja wanita Universiti Malaysia Sabah yang menaiki sebuah kereta jenis saga. Kemalangan itu berlaku kira- kira pada pukul 5.00 petang dan dipercayai pelajar itu baru balik dari peperiksaan manakala pekerja wanita itu pula baru habis bekerja dan ingin singgah di Kolej Kediaman Kampung E kerana ingin membeli makanan untuk dibawa pulang. Menurut beberapa orang saksi yang berada di tempat kejadian berkata, kemalangan berlaku akibat kecuaian pekerja wanita itu kerana dia gagal untuk memberikan signal membelok ke kanan semasa beliau ingin memasuki simpang Kolej Kediaman Kampung E dan menyebabkan pemandu itu melanggar belakang penunggang motosikal tersebut dan penunggang tersebut jatuh terpelanting di atas jalan raya. Kemalangan berlaku dari arah yang sama di mana kedua- dua mangsa kemalangan datang dari arah DKP baru. Menurut saksi lagi, dia amat terkejut melihat kejadian itu berlaku di depan mata semasa dia menunggu bas di simpang Kampung E untuk pulang ke Kolej Kediaman Angkasa. Semasa kejadian dia tergamam seketika dan hanya melihat beberapa lagi saksi berlari menuju ke tempat mangsa dan pemandu yang melanggarnya turut bergegas mendapatkan penunggang tersebut. Apabila dia pergi ke tempat pelajar yang menjadi mangsa kemalangan tersebut, pelajar itu dipercayai pengsan seketika dan telah disedarkan oleh pemandu kereta yang melanggarnya. Pelajar terbabit mengalami kecederaan teruk di kepala dan dipercayai pelajar tersebut tidak mengikat tali topi keledarnya semasa kejadian dan menyebabkan topi keledar yang dipakai terpelanting. Pemandu yang melanggar pelajar terbabit tidak mempunyai apa- apa kecederaan dan hanya keretanya yang mengalami kerosakkan teruk pada bahagian depan kanan dan di kata kesan akibat daripada terlanggar belakang motorsikal terbabit.

            Bantuan daripada orang ramai, pelajar perempuan tersebut diangkat dan dibawa masuk ke dalam kereta yang melanggarnya dan dikejarkan ke klinik warga untuk dibawa ke Hospital Besar. Pemandu yang terbabit dikatakan menangis dan mengalami trauma sehingga dia tidak dapat memandu keretanya dan dia telah dibantu oleh seorang mahasiswa untuk membawa mangsa ke klinik warga.

 

PENULIS: Nina Aishah Binti Ramali

MATRIK: BC 12160190

 

No comments:

Post a Comment