Masyarakat Malaysia cintakan keamanan dan
kesejahteraan. Sebarang tindakan yang boleh mencetuskan gejala tidak
baik, adalah dilarang. Bagi orang Melayu, khasnya yang berbeza ideologi
politik, perlu diingat mereka hidup berasaskan adat yang turut diamal
sebahagian besar orang sebangsa. Orang Melayu, walau apa juga
ideologi politik tetap mengendung adat. Jika menolak adat, mereka akan
kehilangan jati diri kemelayuannya.
Ramai yang mengharapkan
Melayu dapat disatukan melalui adat bertunjangkan kepada suasana
politik semasa dan Islam seperti yang diakui bahawa agama dijunjung,
adat dan warisan dikendung. Jika agama dan adat ini seiring untuk
menyatupadukan Melayu, insya-Allah, orang Melayu akan berada dalam
penyatuan walaupun pemikiran politiknya berbeza.
Dalam konteks
penyatuan orang Melayu, khasnya setelah kegagalan pelbagai percubaan,
mereka yang terbabit perlu melihat peranan yang boleh dimainkan
institusi adat yang bukan saja melindungi adat Melayu tetapi juga ke
arah menyatupadukan bangsa. Satu pemikiran baru berhubung soal adat ini
perlu diberi pertimbangan wajar berasaskan peranan yang boleh dimainkan
untuk menyatupadukan bangsa.
Jika budaya boleh menyatupadukan
bangsa, apatah lagi adat yang sudah menjadi darah daging orang Melayu.
Dalam budaya, tidak ada tarian Melayu untuk UMNO atau PAS semata-mata,
begitu juga tidak ada adat Melayu hanya untuk UMNO atau PAS. Adat Melayu
adalah untuk semua bangsa Melayu.
Oleh : Siti Aishah Aziz (BC 12110150)
Enjoy Song
Tuesday, 21 January 2014
Monday, 20 January 2014
SISWA PERLU TAHU MATLAMAT PERJUANGAN
Siswa adalah golongan terpelajar, namun dengan sikap dan tindakan
segelintir yang terbabit dalam beberapa insiden provokasi mutakhir ini
sedikit sebanyak mencalar imej dan identiti mereka.
Meskipun tindakan itu membabitkan sebilangan saja, kesannya tetap
tercalit pada siswa secara keseluruhan. Pelbagai tanggapan timbul, malah
tidak keterlaluan ada suara mengatakan siswa masih belum matang dan
terpengaruh dengan pihak tertentu.
Percanggahan pendapat dalam sesetengah perkara mungkin tiada salahnya.
Keinginan agar idea didengar pihak lain juga suatu lumrah. Malah, hak
bersuara barangkali tidak dihalang selagi ia tidak menyalahi
undang-undang, bahkan menonjolkan norma intelektual.
Bagaimanapun, apakah justifikasi anda apabila bercakap mengenai isu ini? Apakah pembabitan mereka berpaksi kepada kebenaran demi sebuah perjuangan yang tulus ataupun sekadar retorik dan berlandaskan emosi?
Bagaimanapun, apakah justifikasi anda apabila bercakap mengenai isu ini? Apakah pembabitan mereka berpaksi kepada kebenaran demi sebuah perjuangan yang tulus ataupun sekadar retorik dan berlandaskan emosi?
Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr
Zaid Ahmad berkata, masyarakat pada asasnya tidak boleh menganggap
situasi yang melanda siswa kini sekadar retorik semata-mata.
Menurutnya, walaupun ramai beranggapan golongan terbabit sekadar
meraih publisiti murahan atau mudah diperalatkan, pemerhatian dan
pemahaman perlu dilihat dari sudut berbeza agar tidak timbul salah
faham.
“Kita tidak boleh sesuka hati mengatakan tindakan diambil segelintir daripada mereka salah dan tidak boleh diterima pihak lain.
“Pada waktu sama juga kita tidak boleh mengatakan mereka dibenarkan berbuat demikian sewenang-wenangnya tanpa memikirkan sensitiviti atau akibat lain yang mungkin timbul,” katanya.
Katanya, sebelum membuat penilaian, kepentingan memahami tindakan itu perlu ada supaya kedua-dua pihak dapat melihat keperluan sesuatu tindakan dari sudut berbeza bagi mencari titik persefahaman dan tidak disalah anggap.
Beliau juga kurang bersetuju apabila ada segelintir pihak menyamakan tindakan segelintir siswa terbabit bersifat murahan dan seperti diperkudakan pihak tertentu yang berkepentingan.
“Saya berpendapat, ia kurang tepat dan kurang manis apabila melabelkan sesuatu pihak dengan tanggapan buruk.
“Tidak kiralah sama ada siswa atau pihak lain, tanggapan yang diberikan perlu berdasarkan bukti dan tidak boleh dilakukan dengan emosi dan andaian semata-mata.
“Bukan menyokong mana-mana pihak tapi adakalanya pendapat diberikan disalah tafsir sedangkan kedua-duanya boleh mencari persefahaman bagi mengelakkan perselisihan faham,” katanya.
Dr Zaid berkata, jika pertikaian sedia ada itu diprovokasi pihak yang mahu mengambil kesempatan, contohnya disemarakkan lagi dengan media sosial, pertikaian kecil mungkin menjadi besar kerana ada tokok tambah.
“Pihak yang memperjuangkan iaitu siswa dan pihak menggubal atau memegang tampuk kuasa akan melihat pertikaian itu dari definisi berbeza.
“Akhirnya akan mencetuskan perbalahan yang tidak diingini dan kesempatan itu pula dipergunakan pihak lain yang mempunyai kepentingan peribadi,” katanya.
Beliau bagaimanapun menegaskan, andai kata situasi itu benar-benar melanggar undang-undang, ia perlulah dikenakan tindakan sewajarnya.
“Saya percaya masyarakat sebenarnya tidak mahu mengongkong pergerakan siswa andai kata golongan itu tahu batasannya.
“Malah, masyarakat juga yakin golongan itu perlu diberi ruang untuk menyuarakan pandangan serta hak perbezaan pendapat.
“Tapi seandainya ia keterlaluan dan boleh mengganggu gugat keamanan mahupun sensitiviti orang lain atau melanggar undang-undang, sudah semestinya tindakan perlu diambil,” katanya.
Katanya, siswa perlu menunjukkan daya intelektual tinggi serta tahu arah perjuangan mereka.
Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mahu menyekat perkembangan daya pemikiran golongan terbabit dalam menyuarakan sesuatu isu, malah mereka diberikan platform untuk berpolitik.
“Kita tidak boleh sesuka hati mengatakan tindakan diambil segelintir daripada mereka salah dan tidak boleh diterima pihak lain.
“Pada waktu sama juga kita tidak boleh mengatakan mereka dibenarkan berbuat demikian sewenang-wenangnya tanpa memikirkan sensitiviti atau akibat lain yang mungkin timbul,” katanya.
Katanya, sebelum membuat penilaian, kepentingan memahami tindakan itu perlu ada supaya kedua-dua pihak dapat melihat keperluan sesuatu tindakan dari sudut berbeza bagi mencari titik persefahaman dan tidak disalah anggap.
Beliau juga kurang bersetuju apabila ada segelintir pihak menyamakan tindakan segelintir siswa terbabit bersifat murahan dan seperti diperkudakan pihak tertentu yang berkepentingan.
“Saya berpendapat, ia kurang tepat dan kurang manis apabila melabelkan sesuatu pihak dengan tanggapan buruk.
“Tidak kiralah sama ada siswa atau pihak lain, tanggapan yang diberikan perlu berdasarkan bukti dan tidak boleh dilakukan dengan emosi dan andaian semata-mata.
“Bukan menyokong mana-mana pihak tapi adakalanya pendapat diberikan disalah tafsir sedangkan kedua-duanya boleh mencari persefahaman bagi mengelakkan perselisihan faham,” katanya.
Dr Zaid berkata, jika pertikaian sedia ada itu diprovokasi pihak yang mahu mengambil kesempatan, contohnya disemarakkan lagi dengan media sosial, pertikaian kecil mungkin menjadi besar kerana ada tokok tambah.
“Pihak yang memperjuangkan iaitu siswa dan pihak menggubal atau memegang tampuk kuasa akan melihat pertikaian itu dari definisi berbeza.
“Akhirnya akan mencetuskan perbalahan yang tidak diingini dan kesempatan itu pula dipergunakan pihak lain yang mempunyai kepentingan peribadi,” katanya.
Beliau bagaimanapun menegaskan, andai kata situasi itu benar-benar melanggar undang-undang, ia perlulah dikenakan tindakan sewajarnya.
“Saya percaya masyarakat sebenarnya tidak mahu mengongkong pergerakan siswa andai kata golongan itu tahu batasannya.
“Malah, masyarakat juga yakin golongan itu perlu diberi ruang untuk menyuarakan pandangan serta hak perbezaan pendapat.
“Tapi seandainya ia keterlaluan dan boleh mengganggu gugat keamanan mahupun sensitiviti orang lain atau melanggar undang-undang, sudah semestinya tindakan perlu diambil,” katanya.
Katanya, siswa perlu menunjukkan daya intelektual tinggi serta tahu arah perjuangan mereka.
Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mahu menyekat perkembangan daya pemikiran golongan terbabit dalam menyuarakan sesuatu isu, malah mereka diberikan platform untuk berpolitik.
“Namun, pada masa sama perlu buktikan mereka adalah golongan yang mampu berfikir serta mempunyai daya intelektual tinggi.
“Dukacita apabila mereka yang agresif ini tidak bertindak seperti itu. Jadi jangan salahkan masyarakat andai kata mereka melemparkan tuduhan atau melabelkan siswa dengan pelbagai tanggapan,” katanya.
Mengenai tanggapan tindakan siswa kini yang dikatakan lebih dipengaruhi sentimen siswa terdahulu, Dr Zaid berkata, kebangkitan itu walaupun caranya sama, matlamat perjuangannya sudah berbeza.
Katanya, dulu siswa berjuang kerana mereka ada rasa tanggungjawab untuk membela masyarakat dan perjuangan itu tiada agenda tersembunyi.
“Persoalannya, apakah perjuangan siswa kini atas matlamat sama atau disebabkan kekecewaan parti politik yang disokong juga ada agenda lain?
“Jika betul matlamat dan caranya, boleh kita katakan siswa memang berjuang untuk masyarakat, tapi jika sebaliknya, ia adalah salah,” katanya.
Namun, beliau melontarkan soalan: “Bagaimana kita mahu mengetahui perjuangan mereka adalah benar jika ada unsur provokasi, keganasan dan sebagainya?”
Katanya, masyarakat tidak memberikan label kepada siswa terbabit tetapi mereka sendiri yang membuka peluang kepada pihak lain untuk membuat penafsiran bersandarkan perlakuan ditunjukkan.
Oleh : Mohamad Amirul Shahzwan Bin Rosli (BC 12110074)
Sunday, 12 January 2014
UMS Sejati
21
Disember 2013-
Aktiviti ko-kurikulum Ums Sejati dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat
daripada ibu pejabat Kota Kinabalu telah berlangsung di Kiulu Resort Tamparuli,
Sabah. Terdapat beberapa orang peserta daripada Universiti Malaysia Sabah dan beberapa
ahli bomba turut terlibat. Antaranya ialah seramai 95 orang pelajar yang
terdiri daripada Ums Sejati dan 5 orang anggota bomba. Perkemahan ini juga
telah mengambil masa selama dua hari iaitu bermula pada 21 hingga 22 Disember
2013. Perkhemahan ini juga diadakan semperna Ums Sprint iaitu suatu acara
pengakhiran aktiviti ko-kurikulum pada setiap semester. Pada hari pertama,
peserta telah diberikan taklimat oleh pegawai bomba yang telah ditugaskan
mengenai keselamatan yang perlu dipatuhi semasa berada di kem tersebut.
Seterusnya, terdapat banyak juga aktiviti yang dijalankan. Antaranya ialah
aktiviti penyelamat di air. Aktiviti ini juga mencabar fizikal dan mental para
peserta kerana mereka akan berlajar dan mengetahui mengenai cara menyelamat
mangsa dengan menggunakan tali. Sukanneka juga diadakan untuk meningkatkan
tahap keceriaan serta menghiburkan. Menurut salah seorang peserta iaitu Mohd
Hafeez Haikal Bin Roslan, dia sangat berpuas hati dengan aktiviti yang
dijalankan walaupun terdapat aktiviti yang terpaksa dibatalkan kerana keadaan
cuaca yang tidak mengizinkan. Malah peserta tersebut juga menyatakan bahawa
kerjasama daripada pegawai bomba daripada ibu pejabat Kota Kinabalu sangat
memuaskan hati terutama cara pengajaran, kerjasama dan juga kadang kala
mengcuit hati peserta dengan gelagat ahli pegawai. Objektif yang perlu mereka
capai terutama dari segi kerjasama antara kumpulan, disiplin dan keselamatan.
Selain itu, mereka berpegang pada selogan “ We Protect, We Care, We Save”,
sesuai dengan aktiviti mereka kerana menekankan cara menyelamat.
Ditulis oleh: Tuan Mohd Raffudin bin
Tuan Rani bc 12110174
Keunikan ‘UMS’
|
10. Januari.2014- Universiti Malaysia
Sabah merupakan sebuah universiti yang baru sahaja ditubuhkan dan terdapat di
Malaysia. Universiti Malaysia Sabah (UMS) umumnya ditubuhkan secara rasminya
pada 24. November. 1994. Ianya merupakan salah satu universiti awam yang ke-9
yang merupakan salah sebuah universiti yang tercantik di Asia Tenggara. UMS
tercantik dengan pintu gerbangnya dan juga keindahan nilai estetika seperti
permandangan sepanjang di dalam kawasan Ums dengan keindahan alam sekitar yang
dikatakan seperti taman. Di samping itu juga, Ums juga mempunyai dua buah
kampus cawangan iaitu di Wilayah Persekutuan Labuan dan di Sandakan. Selain
itu, Ums juga turut terkenal dengan sebuah pembinaan masjid yang terbesar di
mana ianya di bina di atas kaki bukit. Masjid UMS ini amat dikenali ramai
kerana dengan adanya nilai keindahan dari segi seni pembuatannya dan seni
ukiran yang amat unik dan menarik perhatian masyarakat sekeliling Kota
Kinabalu,Sabah.
Pada mulanya, Kampus Tetap UMS
mempunyai sembilan buah sekolah , antaranya
ialah (Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi
Maklumat, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Sekolah Perhutanan Tropika
Antarabangsa, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Sekolah Pendidikan dan
Pembangunan Sosial, Sekolah Sains Sosial, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial
dan Sekolah Pengajian Seni) dan sebuah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB).
Pada tahun 2003, jumlah sekolah meningkat kepada 10 buah dengan penubuhan
Sekolah Perubatan. Kampus Perubatan Desa yang terletak di Sikuati, Kudat
menempatkan para pelajar Sekolah Perubatan supaya menetap tetap disana.
Pada tahun 2006, Sekolah Pertanian
Lestari pula telah ditubuhkan, menjadikan bilangan sekolah kini bertambah
kepada 11 buah. Dijangka pada tahun 2010, Sekolah Pertanian Lestari akan
berpindah ke Kampus Cawangan Sandakan (Kampus Pertanian) yang terletak di
Sungai Batang, Sandakan dan sedang dalam pembinaan. Kedua-dua Sekolah Perubatan
dan Sekolah Pertanian Lestari pada masa ini terletak di dalam bangunan Sekolah
Sains dan Teknologi. Selain itu, Kampus Tetap UMS turut memuatkan 5 buah pusat
kecemerlangan penyelidikan iaitu Institut Penyelidikan Biologi Tropika dan
Pemuliharaan, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Institut Penyelidikan
Bioteknologi, Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, dan Unit
Penyelidikan Etnografi.Kampus Antarabangsa Labuan pula menempatkan dua buah
sekolah, iaitu Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan dan Sekolah
Sains Informatik Labuan. Kampus ini mendapat gelaran 'Kampus Pantai' (The
Beach Campus) kerana kedudukannya yang terletak berdekatan pantai dan laut.
Pada
tahun 2010, UMS telah menubuhkan Pusat Asasi Sains yang dikenali sebagai Pusat Persediaan Sains dan Teknologi dan
setakat ini merupakan ambilan ketiga oleh pusat tersebut. Ums juga menggunakan
identiti yang berwibawa dan bertolenransi dengan mottonya “Bertekad Cemerlang”.
Ums juga bertujuan untuk melahirkan graduasi yang berkerjaya dan cemerlang
dalam mengorak langkah kehidupan. Bak kata perpatah ‘melentur buluh biarlah
dari rebungnya’.
Nukilan:
Siti Noor Ain binti Awang BC 12110155
recycle day
|
Program ini dianjurkan untuk menarik
pandangan positif daripada mahsiswa dan mahasiswi Kolej kediaman daripada
membuang barangan terpakai dengan begitu sahaja. Program ini juga
mengalu-alukan para mahasiswa dan mahasiswi Ums untuk membawa dan memberikan
barangan yang tidak lagi mahu digunakan untuk mendermakan kepada orang yang
lebih memerlukan. Di samping itu juga, program ini juga memainkan peranan
penting dalam membantu kita untuk menyelamat bumi kita daripada pencemaran dan
juga hakisan.
Program ini juga mengangkat intipati
budaya masyarakat Cina yang mememtingkan nilai keharmonian dalam semua golongan
mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah serta menggalakan penerapan
nilai-nilai moral dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia
Sabah.
Ditulis
Oleh: Siti Noor Ain Binti Awang Bc12110155
‘Kepelbagaian DIALEK di UMS’
|
10.Januari.2014, Universiti Malaysia Sabah- Masyarakat
di Sabah umumnya sebuah masyarakat yang mempunyai satu kelompok yang besar.
Mereka juga mempunyai penggunaan dialek yang berbeza-beza mengikut kaum mereka
masing-masing. Masyarakat yang tinggal di Sabah ini juga mempunyai pelbagai
lapisan bangsa dan kaum. Walaupun mereka terdiri daripada pelbagai lapisan
masyarakattetapi mereka berjiwa kental dengan hidup secara bertolenransi dan
bertolak ansur. Sebagai contohnya, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia
Sabah ini juga menggunakan pelbagai jenis dialek. Antaranya ialah, dialek
Kelantan, Terengganu, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Sabahan dan Sarawak.
Di UMS ini
kebanyakan mereka terdiri daripada golongan masyarakat yang tinggal di Sabah.
Mereka sentiasa berkomunikasi dengan dialek Sabahan mereka dengan menggunakan
kata akhiran “bha”. Dialek yang
mereka gunakan berbeza dengan cara percakapan dengan masyarakat di Semenanjung.
Masyarakat di Sabah ini juga mempunyai pelbagai jenis dialek percakapan.
Misalnya, dialek masyarakat yang tinggal di Sempurna kebanyakannya menggunakan
dialeg katalog Filipina. Cara mereka menyebut konotasi dan fonologinya ala-ala
orang Filipina. Contohnya “Ma’al-ma’al
kita’b” dan mereka menggunakan perkataan saya ditukarkan dengan “Ako”. Selain itu juga, masyarakat di
Sabah juga mempunyai pelbagai dialek mengikut kaum mereka masing-masing seperti
masyarakat Dusun (Isai Naranum; siapa
namamu), Bajau, Bugis, Bidayuh, Dusun dan sebagainya.
Di samping
itu juga, mahasiswa dan mahasiswi di Sabah juga terdapat juga golongan yang
berasal daripada Sarawak. Mereka juga mempunyai pelbagai penggunaan dialek.
Antaranya ialah masyarakat Melanau menggunakan perkataan ungkapan saya dengan ‘ako’. Bangsa Melanau ini juga menggunakan
penggunaan bahasa tagalog. Ianya mempunyai perbezaan dengan masyarakat Iban
yang menggunakan dialek penggunaan bahasa mereka yang tersendiri. Mereka
menggunakan ungkapan saya dengan ‘aku’ tetapi
cara sebutan fonologinya berbeza dengan masyarakat yang lain.
Selain itu
juga, mahasiswa di UMS menggunakan dialek Kelate. Pelajar-pelajar di Ums ini
juga majoritinya juga berasal daripada Kelantan Darul Naim. Mereka
kebanyakannya menggunkan dialek kelatan mereka yang tersendiri. Seperti penggunaan
saya, digantikan dengan kawe, ambo, demo.
Dialek Kelantan dengan Terengganu tidak ada perbezaannya tetapi sebutannya yang
mempunyai perbezaannya. Ini kerana masyarakat Terengganu kebanyakannya
menggunakan percakapannya di akhirannya menggunakan ‘g’. contohnya ‘makang’
tetapi ianya berza dengan dialek Kelantan yang menggunakan akhirannya dengan
digantikan dengan huruf ‘e’.
Perkataan makan digantikan dialeknya dengan ‘make’.
Tuntasnya,
mahasiswa dan mahasiswi di Ums dapat mempelajari pelbagai jenis penggunaan
dialek dan dapat mengenali pelbagai kaum dan masyarakat. Penggunaan dialek ini
juga merupakan pertuturan yang diamalkan sejak turun temurun lagi. Ianya juga
bagaikan adat yang patut di patuhi dari generasi ke generasi yang lain. Bak
kata perumpamaan ‘biar mati anak jangan mati adat’. Ianya juga dapat
mengeratkan hubungan sesama kaum kerana bahasa merupakan lambang identiti
sesebuah bangsa.
Hasil
Nukilan: Siti Noor Ain binti Awang Bc 12110155
Thursday, 9 January 2014
Kemiskinan
Kala subuh menjelma,
Titisan embun pada dedaun hijau,
Bagai mengorak seribu makna,
Ianya bagai mengolah sebuah liku-liku
kehidupan…
Manusia adalah cipta Tuhan yang maha
Esa,
Manusia asalnya diciptakan daripada
tanah dan kembalinya ke tanah jua..
Kehidupan setiap manusia di muka bumi
ini berbeza,
Ada yang bergeluman dengan kemiskinan
dan kekayaan.
Kemiskinan…
Ia bagaikan satu noktah hidup yang
tiada pengakhiran,
Semuanya sudah tertulis dalam suratan
takdir,
Hanya kesabaran dan keredhaan yang
terserlah.
Pedihnya jiwa seorang yang bergelar
miskin,
Tetapi hidup kita hanya sejenak,
Dalam jiwa manusia biarlah miskin
harta,
Jangan miskin ilmu..miskin amalan
yang akan kita bawa di alam akhirat..
Orang yang miskin dilarang tertawa,
Adakah kejinya seorang yang bergelar
miskin…
Ingatlah wahai manusia,
Kadang kala orang yang miskin tinggi
nilai perkertinya dan ilmunya.
Nukilan : Siti Noor Ain Binti Awang Bc 12110155
Kemiskinan
Kala subuh menjelma,
Titisan embun pada dedaun hijau,
Bagai mengorak seribu makna,
Ianya bagai mengolah sebuah liku-liku
kehidupan…
Manusia adalah cipta Tuhan yang maha
Esa,
Manusia asalnya diciptakan daripada
tanah dan kembalinya ke tanah jua..
Kehidupan setiap manusia di muka bumi
ini berbeza,
Ada yang bergeluman dengan kemiskinan
dan kekayaan.
Kemiskinan…
Ia bagaikan satu noktah hidup yang
tiada pengakhiran,
Semuanya sudah tertulis dalam suratan
takdir,
Hanya kesabaran dan keredhaan yang
terserlah.
Pedihnya jiwa seorang yang bergelar
miskin,
Tetapi hidup kita hanya sejenak,
Dalam jiwa manusia biarlah miskin
harta,
Jangan miskin ilmu..miskin amalan
yang akan kita bawa di alam akhirat..
Orang yang miskin dilarang tertawa,
Adakah kejinya seorang yang bergelar
miskin…
Ingatlah wahai manusia,
Kadang kala orang yang miskin tinggi
nilai perkertinya dan ilmunya.
Nukilan : Siti Noor Ain Binti Awang Bc 12110155
"Sahabat"
Sahabat…
Sahabat adalah teman..
Seorang sahabat ada di kala seorang kawan rebah..
Seorang sahabat ada apabila seorang kawan berada
dalam kesusahan,
Seorang sahabat juga ada bila seorang kawan di
timpa musibah..
Sahabat…
Engkau juga bagaikan payung
Untuk seorang kawan menumpang kepanasan dan
kebasahan
Di kala di landa hujan,
Kau sentiasa ada di kala seorang sahabat
memerlukan seorang teman..
Sahabat…
Sebuah ikatan persahabatan susah di cari..
Sahabat juga perlu ada di kala seorang kawan
Terasa kesunyiaan dan kesedihan
Seorang sahabat juga akan menjadi teman bual
bicara…
Sebuah persahabat ibaratkan seutus benang...
Jika ianya di jalin dengan elok maka tersekam
eratlah jalinan yang dibina.
Nukilan ilham: Siti Noor Ain binti Awang bc 12110155
Etika Mahasiswa UMS
08/01/2014, Universiti
Malaysia Sabah- Etika berpakaian di Universiti amatlah di tekankan kerana etika
ini merupakan salah satu peraturan yang terpaksa dipatuhi oleh semua pelajar. Pelajar
haruslah berpakaian formal dan menutup aurat bagi yang beragama islam.
Kebanyakan etika berpakaian harus dipatuhi ketika sesi kuliah berlangsung dan
para pelajar harus berpakaian formal mengikut hari yang telah ditetapkan.
Kebiasaannya di Universiti
Malaysia Sabah, etika berpakaian harus dipatuhi dan para pelajar harus memakai
pakaian formal mengikut hari yang telah pihak yang berkuasa tetapkan. Seperti
pelajar yang bergelar mahasiswa Universiti Malaysia Sabah harus berpakaian
formal pada hari isnin,rabu, khamis dan jumaat. Manakala pada hari selasa para
mahasiswa akan di benarkan berpakaian semi-formal. Walau bagaimanapun, para
mahasiswa dan mahasiswi harus memakai kasut kerana ianya merupakan salah satu
peraturan.
Pihak berkenaan seperti pihak
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) juga turut mengeluarkan memo supaya para
pelajar sentiasa mematuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan. Jika ada para
pelajar yang mematuhinya pihak MPP akan mengenakan denda. Etika ini juga turut
diterapkan di perpustakaan Universiti Malaysia Sabah. Hal ini kerana ingin
melatih para pelajar supaya sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.
Di samping itu, penggunaan kad matrik juga dititikberatkan ketika berada di
perpustakaan. Hal ini harus dipandang serius supaya semua pelajar pun turut
memandang serius hal sebegini agar ianya tidak luput ditelan zaman.
Semasa menjalani musim
peperiksaan juga pelajar-pelajar harus berpakaian formal ketika ingin masuk ke
dalam dewan peperiksaan dan sentiasa membawa kad matrik dan juga kad pengenalan
bersama-sama para pelajar. Jika seseorang pelajar itu tidak berpakaian formal
dan melanggar peraturan peperiksaan yang telah ditetapkan pelajar berkenaan
tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.
Hasil Karya : Tuan Mohd Raffudin Bin Tuan Rani
Bc 12110174
Festival Filem 2013
Khamis,
28 November 2013 Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah- Umumnya
Sekolah Pengajian Seni merupakan salah sebuah sekolah di mana jiwa dan minda
bersatu. Sekolah Pengajian Seni juga merupakan sebuah pusat pengajian yang
memberi tumpuan kepada pengajian Program Teknologi Seni Visual. Program ini
menawarkan kuliah-kuliah pengajaran yang berasaskan latihan studio dan kerja
makmal.
Bilangan pelajar tahun 2 Program
seni Visual pada sesi 2012 ialah seramai 60 orang. Dalam subjek teras sekolah
Audio Video Digital 1 di bawah didikan Sir Fazmi amat memberi cabaran
intelektual terhadap mereka. Pada tahun ini pelajar-pelajar seni visual di
tugaskan membuat satu cerita pendek
selama 2 minit dengan bertemakan unsur-unsur jenaka, epik, moden ataupun
berunsurkan sedih. Di samping itu, dengan membuat cereka pendek para pelajar
Seni Visual juga dapat mempelajari dan menpelopori lebih banyak pengalaman di
samping dapat memupuk semangat perpaduan bak kata pepatah ‘Bulat air kerana
pembetung,bulat manusia kerana muafakat’.
Para pelajar seni visual kini sibuk
dengan tugasan masing-masing yang di lakukan secara berkumpulan. Setiap
kumpulan mempunyai 20 orang ahli. Mereka juga telah di bahagikan tugasan
masing-masing seperti bahagian pengarah,pembantu takbir, make-up, busana dan
sebagainya. Mereka juga sekarang sibuk dengan shouting bagi menyiapkan cereka
pendek sebagai tugasan terakhir mereka. Objektif membuat cereka pendek ini
ialah untuk pemasaran kamera. Contohnya membuat iklan kamera seperti kamera
Canon, Nikon, Samsung, Sony dan Kodat.
Menurut seorang pelajar seni visual
tersebut, dalam kerja berkumpulan mereka telah memilih pemasaran kamera jenis
kodat. Kumpulan mereka juga turut memilih cereka pendek yang bertemakan epik pada
tahun 1970-an. Kini setiap hari mereka sibuk dengan shouting di mana-mana
sahaja. Antara tempat yang di pilih mereka untuk membuat rakaman ialah di
Sekolah Pengajian Seni, Pantai Odex, deretan kedai-kedai di daerah Putatan,
Alam Mesra dan juga rumah-rumah yang berdekatan dengan Putatan.
Menurut maklumat yang di perolehi,
mereka juga membingkiskan sebuah kisah dua orang sahabat karib yang berkawan
sejak kecil hingga sekarang. Hubungan mereka ibaratkan menantang minyak yang
penuh. Keakraban antara dua orang sahabat ini yang bernama Linda (seorang yang
menghadapi penyakit kanser) dan Orkid (seorang yang buta akibat kemalangan).
Persahabatan yang terjalin semakin akrab walaupan mereka masing-masing
mempunyai ketidaksempurnaan tetapi mereka bagaikan air di cincang tidak akan
putus. Mereka menghabiskan masa dengan berjalan-jalan sambil mengambil gambar
untuk di buat kenangan sebagai persahabatan mereka. Selepas 10 tahun menghidapi
kanser Linda telah meninggal dunia dan kini Linda dan Linda menghadiahkan matanya
kepada sahabatnya Orkid. Selepas menjalani pembedahan tersebut Orkid dapat
melihat kembali dan dapat melihat gambar-gambar yang di ambil oleh Linda yang
hanya tinggal kenangan dalam memori.
Pelajar seni visual berusaha
bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan ini tidak kira penat lelah. Sikap
mereka yang sentiasa bekerjasama dan bertolak ansur dalam melakukan kerja perlu
di jadikan pedoman oleh semua golongan masyarakat.
Hasil pena: Siti Noor Ain Binti Awang
(Bc 12110155)
Wau Tradisional Kebanggaan Rakyat
Perkataan “wau” berasal dari
perkataan melayu Pattani (Thailand) memandangkan negeri seperti Kelantan,
Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Jika di sebelah pantai Barat dan selatan
semenanjung seperti Selagor, Melaka, dan Johor. Ini dapat di buktikan melalui
kisah catatan Tun Seri Lanang yang
menyatakan bahawa pada dahulunya Raja Ahmad sangat gemar bermain layang-layang
bersama-sama dengan kerabat di raja dan tidak pula menyebutnya perkataan “wau”.
Selain itu, kemunculan nama” wau” juga dikaitkan dengan salasilah bunyi
yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau tersebut. Apabila dinaikkan
ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’,
“wau’, “wau’ secara berirama dan secara klasifikasinya mereka memanggilnya “wau
bulan”. Permainan wau amat
digemari oleh penduduk kampung pada ketika dahulu. Permainan ini dimainkan sejak
lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan
seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Perkataan wau di percayai telah
berasal dari huruf Arab kerana bentuk sayapnya yang menyerupai garis besar
bahawa surat tertentu. Banyak lagenda dan cerita rakyat tempatan mengelilingi
asal-usul yang berkaitan dengan wau bulan. Contohnya, kebanyakan petani dahulu menggunakan wau bulan sebagai
satu bentuk orang terbang yang berpakaian buruk untuk menghindari burung dari
sawah padi mereka. Ada juga yang mengatakan sejarah wau bulan berasal daripada perkataan Belanda “wauw” yang
merujuk kepada burung pemangsa besar yang ditemui di Asia Tenggara. Peristiwa
ini berlaku apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan di
perkenalkan kepada pendudukan tempatan. Sejarah dan lagenda yang dikaitkan
dengan wau ialah dari segi penggunaan warna yang mengunakan pelbagai jenis
warna sebagai reka bentuk. Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat
dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut
sejarahwan Clive Hart, layang-layang
di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor
mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara
China. Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar.
Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur
kebudayaan dari negara China.
Permainan wau dikaitkan dengan
mitos ‘Semangat menuai Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu
di negeri Kelantan, Kedah, Terengganu, dan juga Perlis. Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri
di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan
menyara kehidupan mereka dengan menanam
padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi
perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah bayi itu menjelang dewasa. Oleh yang
sedemikian, kerana suaminya ingin
mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu
membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh
padi. Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat
cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya
sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun
itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang
ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’
dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat
sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali
jerami.
Untuk menghasilkan sebuah wau
yang cantik dan menarik, beberapa bahan utama perlu disediakan. Antaranya ialah
seperti buluh (halus), benang, kertas (pelbagai jenis warna), gam dan pisau
raut. Wau mempunyai empat bahagian utama iaitu kepala, sayap, pinggang dan
ekor. Untuk menghasilkan satu wau yang menarik ianya bukan sesuatu yang senang.
Pembuat wau mestilah mempunyai kemahiran, ketekunan dan kesabaran yang tinggi
kerana ianya adalah merupakan kerja yang rumit terutama pada bahagian sayap dan
tulang belakang. Buluh akan diraut dengan teliti dan halus bagi mendapatkan
bentuk wau yang cantik. Bahagian sayap pula akan ditimbang dengan menggunakan jari
atau mata pisau untuk mendapatkan keseimbangan di antara kiri dan kanan.
Bahagian inilah yang akan menentukan keberhasilan sesebuah wau supaya ianya
tidak berat sebelah. Semasa meraut, bilah-bilah buluh ini akan diliut-liutkan
supaya sama lengkungnya di antara kiri dan kanan. Seterusnya tulang belakang dan bahagian ekor
pula akan diraut. Untuk bahagian ekor, buluh akan diraut lebih lembut
berbanding dengan bahagian badan wau. Hal ini bertujuan mempengaruhi wau untuk
menyesuaikan dengan keadaan angin ketika diterbangkan.
Wau Bulan kini bukan sahaja
dimainkan tetapi dipertandingkan dan amat menitikberatkan nilai estetika
seperti kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan ketinggian serta keindahan
naiknya. Ianya juga turut popular suatu ketika dahulu dan sering dimainkan
di kawasan-kawasan pendalaman seperti kawasan pantai dan kawasan lapang seperti
sawah padi. Wau bulan juga mempunyai nilai estetika dari segi pembuatan
coraknya. Penggunaan coraknya yang begitu unik yang menggunakan olahan motif
flora seperti cantuman batik. Masyarakat di Kelantan juga amat menekankan aspek
kebudayaan seperti permaian wau bulan sehinggakan menjadi lambang identiti
negeri Kelantan Darul Naim dengan adanya lagu “Dikir Wau Bulan” yang selalu
dilagukan.
Lirik Lagu Wau Bulan (Wau Bule) – Lagu Dikir
ewa..ewa..ewa bule
ewa..bule teraju tigo 2x
ewa..bule teraju tigo 2x
ini male samo-samo…
samo-samo bersuko rio 2x
samo-samo bersuko rio 2x
ewa..ewa..ewa bule
ewa..bule teraju tigo 2x
ewa..bule teraju tigo 2x
cahya bulan tempat
perindu
pantainya indah kayangan jiwa
pantainya indah kayangan jiwa
kota idaman senyum selalu
taman serendah sekebun bunga
taman serendah sekebun bunga
ewa..ewa..ewa bule
ewa..bule teraju tigo 2x
ewa..bule teraju tigo 2x
ini male samo-samo…
samo-samo bersuko rio 2x
samo-samo bersuko rio 2x
ewa..ewa..ewa bule
ewa..bule teraju tigo 2x
ewa..bule teraju tigo 2x
ini male samo-samo…
samo-samo bersuko rio 2x
samo-samo bersuko rio 2x
ewa..ewa..ewa bule
ewa..bule teraju tigo 2x
ewa..bule teraju tigo 2x
ini male samo-samo…
samo-samo bersuko rio 2x
samo-samo bersuko rio 2x
Credit : Lagu Tradisional
Kelantan
Kini permainan tersebut telah
mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap
di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat
antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang
diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberi
rangsangan terutamanya peserta dari luar negara. Wau bulan amat terkenal di
luar negara tetapi ianya terkenal dengan gelaran laying-layang. Ianya terkenal
di negara Jaipur (India) dan juga di Washington. Masyarakat yang tinggal di
luar negara sentiasa mengamalkan permaian laying-layang dan juga ianya
mempunyai musim yang tertentu untuk bermain layang-layang tersebut.
Selain itu juga, wau bulan
merupakan salah satu produk yang mempunyai nilai kesenian yang unik berbanding
dengan permainan-permainan tradisional yang lain. Wau bulan ini mempunyai nilai
yang amat tinggi sehinggakan ianya turut digunakan sebagai lambang penerbangan
Mas Airline. Jika kita memperhatikan secara tuntasnya, lambang yang digunakan
ialah wau kucing. Di samping itu, wau bulan juga telah digunakan sebagai
syiling dan juga wang kertas matawang Malaysia. Hal ini dapat menaikkan lagi
identiti serta imej sesebuah bangsa dan negara ke arah dunia globalisasi yang
kian membangun.
Hasil Cebisan:” Suria Pagi”
Wednesday, 8 January 2014
PROGRAM BANGKEL
PENULISAN PUISI DAN
FOTOGRAFI
Mereka
yang terlibat ialah pelajar- pelajar Sekolah Pengajian Seni tahun 2 yang
mengambil major penulisan. Program tersebut berlangsung selama 3hari dua malam
iaitu pada 23 November 2013 sehingga 25 November 2013 bertempat di Taman Langut
Seberang, Tenom.
Menurut
pengarah program, Bengkel penulisan
ini bertujuan untuk mendedahkan kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang kelebihan pembelajaran diluar kelas. Selain
daripada itu, ianya bertujuan untuk mewujudkan perkongsian ilmu dan pengalaman
yang boleh memberi manfaat kepada semua pelajar seperti dalam menghasilkan
sebuah karya yang matang. Bengkel Penulisan Puisi dan Fotografi ini juga
memberi pendedahan tentang cara fotografi yang sebenar dan penghasilan karya
berasaskan sumber alam. Seterusnya bagi melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang
berkebolehan dan berpengalaman dalam menganjurkan aktiviti yang melibatkan
aspek pengurusan.
Program seperti ini seharusnya
diteruskan untuk masa yang akan datang kerana program seperti ini banyak
memberikan manfaat kepada mahasiswa dan juga mahasiswi. Selain daripada itu,
program seperti ini juga dapat membentuk jati diri dalam setiap diri mahasiswa
dan juga mahasiswi agar menjadi pelajar yang cemerlang dan mencapai wawasan.
Penulis: Nina Aishah Binti Ramali
Matrik: BC 12160190
TEATER SEBAGAI ALAT PENGAJARAN/ SINDIRAN
SABAH, 29 November 2013- Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan satu persembahan teater yang bertajuk “Penggali Intan”.
Teater Penggali Intan ini
dipersembahkan oleh pelajar tahun 2 Sekolah Pengajian Seni yang mengambil major
teater. Pelakon utama di dalam cerita ini ialah Shahril Latiff yang juga merupakan
pelajar Sekolah Pengajian Seni tetapi mengambil bidang penulisan. Namun begitu,
dia mempunyai bakat yang besar dalam bidang lakonan.
Persembahan Teater “Penggali Intan”
ini berlangsung pada 28 November 2013 yang bertempat di Dewan Resital
Universiti Malaysia Sabah. Persembahan ini berlangsung pada jam 8.30 malam dan
berakhir pada jam 10 malam. Persembahan teater ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan
dari sekolah luar seperti Sekolah Sains Sosial (SSS) dan sebagainya. Menurut
Shahril Latiff iaitu merupakan pelakon utama dalam teater “Penggali Intan”,
walaupun dia memilih major penulisan namun dia akan bergiat aktif dalam
persembahan atau pementasan teater. Menurutnya lagi, dia amat meminati bidang
lakonan ini dan dia akan menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dan bidang
teater sebagai minat atau hobinya.
Persembahan teater ini adalah
sebagai satu penilaian untuk markah final bagi mereka yang mengambil major
teater. Teater “Penggali Intan” ini
banyak memberikan unsur- unsur pengajaran yang berguna kepada masyarakat.
Teater ini juga bertujuan untuk menyindir mereka yang lalai dalam menjalankan
tanggungjawabnya. Dalam cerita ini penulis ingin menegaskan bahawa kita
perlulah menggali ilmu sedalam- dalamnya. Ilmu bukan hanya berada pada satu
tempat sahaja kita perlulah meneroka ilmu itu di merata- rata. Kita perlu
berfikiran positif agar masa depan kita cerah dan berjaya. Selain daripada itu,
Kita tidak boleh memandang rendah kepada orang lain kerana mungkin suatu hari
nanti dia akan berjaya lebih dari kita.
Dengan adanya kesungguhan dan
semangat yang kental dalam diri setiap individu tidak mustahil apa yang kita
impikan selama ini tercapai. Kerana Usaha itu
adalah Tangga Kejayaan.
PENULIS: NINA
AISHAH BINTI RAMALI
MATRIK: BC
12160190
AKIBAT
KECUAIAN PEMANDU
SABAH, 06 Januari 2014-
Seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah mengalami kecederaan parah di kepala
dalam kemalangan di simpang kolej kediaman kampung E pada petang tadi.
Kemalangan itu membabitkan seorang mahasiswa yang menunggang
motorsikal dan juga seorang pekerja wanita Universiti Malaysia Sabah yang
menaiki sebuah kereta jenis saga. Kemalangan itu berlaku kira- kira pada pukul
5.00 petang dan dipercayai pelajar itu baru balik dari peperiksaan manakala
pekerja wanita itu pula baru habis bekerja dan ingin singgah di Kolej Kediaman
Kampung E kerana ingin membeli makanan untuk dibawa pulang. Menurut beberapa
orang saksi yang berada di tempat kejadian berkata, kemalangan berlaku akibat
kecuaian pekerja wanita itu kerana dia gagal untuk memberikan signal membelok
ke kanan semasa beliau ingin memasuki simpang Kolej Kediaman Kampung E dan
menyebabkan pemandu itu melanggar belakang penunggang motosikal tersebut dan
penunggang tersebut jatuh terpelanting di atas jalan raya. Kemalangan berlaku
dari arah yang sama di mana kedua- dua mangsa kemalangan datang dari arah DKP
baru. Menurut saksi lagi, dia amat terkejut melihat kejadian itu berlaku di
depan mata semasa dia menunggu bas di simpang Kampung E untuk pulang ke Kolej
Kediaman Angkasa. Semasa kejadian dia tergamam seketika dan hanya melihat
beberapa lagi saksi berlari menuju ke tempat mangsa dan pemandu yang
melanggarnya turut bergegas mendapatkan penunggang tersebut. Apabila dia pergi
ke tempat pelajar yang menjadi mangsa kemalangan tersebut, pelajar itu
dipercayai pengsan seketika dan telah disedarkan oleh pemandu kereta yang
melanggarnya. Pelajar terbabit mengalami kecederaan teruk di kepala dan
dipercayai pelajar tersebut tidak mengikat tali topi keledarnya semasa kejadian
dan menyebabkan topi keledar yang dipakai terpelanting. Pemandu yang melanggar
pelajar terbabit tidak mempunyai apa- apa kecederaan dan hanya keretanya yang
mengalami kerosakkan teruk pada bahagian depan kanan dan di kata kesan akibat
daripada terlanggar belakang motorsikal terbabit.
Bantuan daripada orang ramai, pelajar perempuan tersebut
diangkat dan dibawa masuk ke dalam kereta yang melanggarnya dan dikejarkan ke
klinik warga untuk dibawa ke Hospital Besar. Pemandu yang terbabit dikatakan
menangis dan mengalami trauma sehingga dia tidak dapat memandu keretanya dan
dia telah dibantu oleh seorang mahasiswa untuk membawa mangsa ke klinik warga.
PENULIS: Nina Aishah
Binti Ramali
MATRIK: BC 12160190
Subscribe to:
Posts (Atom)