Enjoy Song

Thursday, 9 January 2014

Kemiskinan

Kala subuh menjelma,
Titisan embun pada dedaun hijau,
Bagai mengorak seribu makna,
Ianya bagai mengolah sebuah liku-liku kehidupan…

Manusia adalah cipta Tuhan yang maha Esa,
Manusia asalnya diciptakan daripada tanah dan kembalinya ke tanah jua..
Kehidupan setiap manusia di muka bumi ini berbeza,
Ada yang bergeluman dengan kemiskinan dan kekayaan.

Kemiskinan…
Ia bagaikan satu noktah hidup yang tiada pengakhiran,
Semuanya sudah tertulis dalam suratan takdir,
Hanya kesabaran dan keredhaan yang terserlah.

Pedihnya jiwa seorang yang bergelar miskin,
Tetapi hidup kita  hanya sejenak,
Dalam jiwa manusia biarlah miskin harta,
Jangan miskin ilmu..miskin amalan yang akan kita bawa di alam akhirat..

Orang yang miskin dilarang tertawa,
Adakah kejinya seorang yang bergelar miskin…
Ingatlah wahai manusia,
Kadang kala orang yang miskin tinggi nilai perkertinya dan ilmunya.
Nukilan : Siti Noor Ain Binti Awang Bc 12110155


"Sahabat"

Sahabat…
Sahabat adalah teman..
Seorang sahabat ada di kala seorang kawan rebah..
Seorang sahabat ada apabila seorang kawan berada dalam kesusahan,
Seorang sahabat juga ada bila seorang kawan di timpa musibah..
Sahabat…
Engkau juga bagaikan payung
Untuk seorang kawan menumpang kepanasan dan kebasahan
Di kala di landa hujan,
Kau sentiasa ada di kala seorang sahabat memerlukan seorang teman..
Sahabat…
Sebuah ikatan persahabatan susah di cari..
Sahabat juga perlu ada di kala seorang kawan
Terasa kesunyiaan dan kesedihan
Seorang sahabat juga akan menjadi teman bual bicara…
Sebuah persahabat ibaratkan seutus benang...
Jika ianya di jalin dengan elok maka tersekam eratlah jalinan yang dibina.


Nukilan ilham: Siti Noor Ain binti Awang bc 12110155


Etika Mahasiswa UMS

08/01/2014, Universiti Malaysia Sabah- Etika berpakaian di Universiti amatlah di tekankan kerana etika ini merupakan salah satu peraturan yang terpaksa dipatuhi oleh semua pelajar. Pelajar haruslah berpakaian formal dan menutup aurat bagi yang beragama islam. Kebanyakan etika berpakaian harus dipatuhi ketika sesi kuliah berlangsung dan para pelajar harus berpakaian formal mengikut hari yang telah ditetapkan.
Kebiasaannya di Universiti Malaysia Sabah, etika berpakaian harus dipatuhi dan para pelajar harus memakai pakaian formal mengikut hari yang telah pihak yang berkuasa tetapkan. Seperti pelajar yang bergelar mahasiswa Universiti Malaysia Sabah harus berpakaian formal pada hari isnin,rabu, khamis dan jumaat. Manakala pada hari selasa para mahasiswa akan di benarkan berpakaian semi-formal. Walau bagaimanapun, para mahasiswa dan mahasiswi harus memakai kasut kerana ianya merupakan salah satu peraturan.
Pihak berkenaan seperti pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) juga turut mengeluarkan memo supaya para pelajar sentiasa mematuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan. Jika ada para pelajar yang mematuhinya pihak MPP akan mengenakan denda. Etika ini juga turut diterapkan di perpustakaan Universiti Malaysia Sabah. Hal ini kerana ingin melatih para pelajar supaya sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Di samping itu, penggunaan kad matrik juga dititikberatkan ketika berada di perpustakaan. Hal ini harus dipandang serius supaya semua pelajar pun turut memandang serius hal sebegini agar ianya tidak luput ditelan zaman.
Semasa menjalani musim peperiksaan juga pelajar-pelajar harus berpakaian formal ketika ingin masuk ke dalam dewan peperiksaan dan sentiasa membawa kad matrik dan juga kad pengenalan bersama-sama para pelajar. Jika seseorang pelajar itu tidak berpakaian formal dan melanggar peraturan peperiksaan yang telah ditetapkan pelajar berkenaan tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.

                                   Hasil Karya : Tuan Mohd Raffudin Bin Tuan Rani
                                                     Bc 12110174  


Festival Filem 2013
Khamis, 28 November 2013 Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah- Umumnya Sekolah Pengajian Seni merupakan salah sebuah sekolah di mana jiwa dan minda bersatu. Sekolah Pengajian Seni juga merupakan sebuah pusat pengajian yang memberi tumpuan kepada pengajian Program Teknologi Seni Visual. Program ini menawarkan kuliah-kuliah pengajaran yang berasaskan latihan studio dan kerja makmal.
            Bilangan pelajar tahun 2 Program seni Visual pada sesi 2012 ialah seramai 60 orang. Dalam subjek teras sekolah Audio Video Digital 1 di bawah didikan Sir Fazmi amat memberi cabaran intelektual terhadap mereka. Pada tahun ini pelajar-pelajar seni visual di tugaskan membuat satu cerita pendek  selama 2 minit dengan bertemakan unsur-unsur jenaka, epik, moden ataupun berunsurkan sedih. Di samping itu, dengan membuat cereka pendek para pelajar Seni Visual juga dapat mempelajari dan menpelopori lebih banyak pengalaman di samping dapat memupuk semangat perpaduan bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat’.
            Para pelajar seni visual kini sibuk dengan tugasan masing-masing yang di lakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 20 orang ahli. Mereka juga telah di bahagikan tugasan masing-masing seperti bahagian pengarah,pembantu takbir, make-up, busana dan sebagainya. Mereka juga sekarang sibuk dengan shouting bagi menyiapkan cereka pendek sebagai tugasan terakhir mereka. Objektif membuat cereka pendek ini ialah untuk pemasaran kamera. Contohnya membuat iklan kamera seperti kamera Canon, Nikon, Samsung, Sony dan Kodat.
            Menurut seorang pelajar seni visual tersebut, dalam kerja berkumpulan mereka telah memilih pemasaran kamera jenis kodat. Kumpulan mereka juga turut memilih cereka pendek yang bertemakan epik pada tahun 1970-an. Kini setiap hari mereka sibuk dengan shouting di mana-mana sahaja. Antara tempat yang di pilih mereka untuk membuat rakaman ialah di Sekolah Pengajian Seni, Pantai Odex, deretan kedai-kedai di daerah Putatan, Alam Mesra dan juga rumah-rumah yang berdekatan dengan Putatan.
            Menurut maklumat yang di perolehi, mereka juga membingkiskan sebuah kisah dua orang sahabat karib yang berkawan sejak kecil hingga sekarang. Hubungan mereka ibaratkan menantang minyak yang penuh. Keakraban antara dua orang sahabat ini yang bernama Linda (seorang yang menghadapi penyakit kanser) dan Orkid (seorang yang buta akibat kemalangan). Persahabatan yang terjalin semakin akrab walaupan mereka masing-masing mempunyai ketidaksempurnaan tetapi mereka bagaikan air di cincang tidak akan putus. Mereka menghabiskan masa dengan berjalan-jalan sambil mengambil gambar untuk di buat kenangan sebagai persahabatan mereka. Selepas 10 tahun menghidapi kanser Linda telah meninggal dunia dan kini Linda dan Linda menghadiahkan matanya kepada sahabatnya Orkid. Selepas menjalani pembedahan tersebut Orkid dapat melihat kembali dan dapat melihat gambar-gambar yang di ambil oleh Linda yang hanya tinggal kenangan dalam memori.
            Pelajar seni visual berusaha bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan ini tidak kira penat lelah. Sikap mereka yang sentiasa bekerjasama dan bertolak ansur dalam melakukan kerja perlu di jadikan pedoman oleh semua golongan masyarakat.

Hasil pena: Siti Noor Ain Binti Awang
(Bc 12110155)

            

Wau Tradisional Kebanggaan Rakyat



Perkataan “wau” berasal dari perkataan melayu Pattani (Thailand) memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Jika di sebelah pantai Barat dan selatan semenanjung seperti Selagor, Melaka, dan Johor. Ini dapat di buktikan melalui kisah catatan Tun Seri Lanang  yang menyatakan bahawa pada dahulunya Raja Ahmad sangat gemar bermain layang-layang bersama-sama dengan kerabat di raja dan tidak pula menyebutnya perkataan “wau”. Selain itu, kemunculan nama” wau” juga dikaitkan dengan salasilah bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau tersebut. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama dan secara klasifikasinya mereka memanggilnya “wau bulan”. Permainan wau amat digemari oleh penduduk kampung pada ketika dahulu. Permainan ini dimainkan sejak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Perkataan wau di percayai telah berasal dari huruf Arab kerana bentuk sayapnya yang menyerupai garis besar bahawa surat tertentu. Banyak lagenda dan cerita rakyat tempatan mengelilingi asal-usul yang berkaitan dengan wau bulan. Contohnya, kebanyakan  petani dahulu menggunakan wau bulan sebagai satu bentuk orang terbang yang berpakaian buruk untuk menghindari burung dari sawah padi mereka. Ada juga yang mengatakan sejarah wau bulan berasal  daripada perkataan Belanda “wauw” yang merujuk kepada burung pemangsa besar yang ditemui di Asia Tenggara. Peristiwa ini berlaku apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan di perkenalkan kepada pendudukan tempatan. Sejarah dan lagenda yang dikaitkan dengan wau ialah dari segi penggunaan warna yang mengunakan pelbagai jenis warna sebagai reka bentuk. Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China. Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.
Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat menuai Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kelantan, Kedah, Terengganu, dan juga Perlis.  Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menyara kehidupan mereka dengan  menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah  bayi itu menjelang dewasa. Oleh yang sedemikian,  kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi. Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.
Untuk menghasilkan sebuah wau yang cantik dan menarik, beberapa bahan utama perlu disediakan. Antaranya ialah seperti buluh (halus), benang, kertas (pelbagai jenis warna), gam dan pisau raut. Wau mempunyai empat bahagian utama iaitu kepala, sayap, pinggang dan ekor. Untuk menghasilkan satu wau yang menarik ianya bukan sesuatu yang senang. Pembuat wau mestilah mempunyai kemahiran, ketekunan dan kesabaran yang tinggi kerana ianya adalah merupakan kerja yang rumit terutama pada bahagian sayap dan tulang belakang. Buluh akan diraut dengan teliti dan halus bagi mendapatkan bentuk wau yang cantik. Bahagian sayap pula akan ditimbang dengan menggunakan jari atau mata pisau untuk mendapatkan keseimbangan di antara kiri dan kanan. Bahagian inilah yang akan menentukan keberhasilan sesebuah wau supaya ianya tidak berat sebelah. Semasa meraut, bilah-bilah buluh ini akan diliut-liutkan supaya sama lengkungnya di antara kiri dan kanan.  Seterusnya tulang belakang dan bahagian ekor pula akan diraut. Untuk bahagian ekor, buluh akan diraut lebih lembut berbanding dengan bahagian badan wau. Hal ini bertujuan mempengaruhi wau untuk menyesuaikan dengan keadaan angin ketika diterbangkan.
Wau Bulan kini bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan dan amat menitikberatkan nilai estetika seperti kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan ketinggian serta keindahan naiknya. Ianya juga turut popular suatu ketika dahulu dan sering dimainkan di kawasan-kawasan pendalaman seperti kawasan pantai dan kawasan lapang seperti sawah padi. Wau bulan juga mempunyai nilai estetika dari segi pembuatan coraknya. Penggunaan coraknya yang begitu unik yang menggunakan olahan motif flora seperti cantuman batik. Masyarakat di Kelantan juga amat menekankan aspek kebudayaan seperti permaian wau bulan sehinggakan menjadi lambang identiti negeri Kelantan Darul Naim dengan adanya lagu “Dikir Wau Bulan” yang selalu dilagukan.
Lirik Lagu Wau Bulan (Wau Bule) – Lagu Dikir
ewa..ewa..ewa bule
ewa..bule teraju tigo 2x
ini male samo-samo…
samo-samo bersuko rio 2x
ewa..ewa..ewa bule
ewa..bule teraju tigo 2x
cahya bulan tempat perindu
pantainya indah kayangan jiwa
kota idaman senyum selalu
taman serendah sekebun bunga
ewa..ewa..ewa bule
ewa..bule teraju tigo 2x
ini male samo-samo…
samo-samo bersuko rio 2x
ewa..ewa..ewa bule
ewa..bule teraju tigo 2x
ini male samo-samo…
samo-samo bersuko rio 2x
ewa..ewa..ewa bule
ewa..bule teraju tigo 2x
ini male samo-samo…
samo-samo bersuko rio 2x
Credit : Lagu Tradisional Kelantan
Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberi rangsangan terutamanya peserta dari luar negara. Wau bulan amat terkenal di luar negara tetapi ianya terkenal dengan gelaran laying-layang. Ianya terkenal di negara Jaipur (India) dan juga di Washington. Masyarakat yang tinggal di luar negara sentiasa mengamalkan permaian laying-layang dan juga ianya mempunyai musim yang tertentu untuk bermain layang-layang tersebut.
Selain itu juga, wau bulan merupakan salah satu produk yang mempunyai nilai kesenian yang unik berbanding dengan permainan-permainan tradisional yang lain. Wau bulan ini mempunyai nilai yang amat tinggi sehinggakan ianya turut digunakan sebagai lambang penerbangan Mas Airline. Jika kita memperhatikan secara tuntasnya, lambang yang digunakan ialah wau kucing. Di samping itu, wau bulan juga telah digunakan sebagai syiling dan juga wang kertas matawang Malaysia. Hal ini dapat menaikkan lagi identiti serta imej sesebuah bangsa dan negara ke arah dunia globalisasi yang kian membangun.







                                                                           Hasil Cebisan:” Suria Pagi”

Wednesday, 8 January 2014


PROGRAM BANGKEL PENULISAN PUISI DAN

FOTOGRAFI

 
SABAH, 26 November 2013- Sekolah Pengajian Seni Kreatif (penulisan) Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan satu program Bengkel Penulisan Puisi dan Fotografi.

            Mereka yang terlibat ialah pelajar- pelajar Sekolah Pengajian Seni tahun 2 yang mengambil major penulisan. Program tersebut berlangsung selama 3hari dua malam iaitu pada 23 November 2013 sehingga 25 November 2013 bertempat di Taman Langut Seberang, Tenom.

            Menurut pengarah program, Bengkel penulisan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada mahasiswa dan mahasiswi  tentang kelebihan pembelajaran diluar kelas. Selain daripada itu, ianya bertujuan untuk mewujudkan perkongsian ilmu dan pengalaman yang boleh memberi manfaat kepada semua pelajar seperti dalam menghasilkan sebuah karya yang matang. Bengkel Penulisan Puisi dan Fotografi ini juga memberi pendedahan tentang cara fotografi yang sebenar dan penghasilan karya berasaskan sumber alam. Seterusnya bagi melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berkebolehan dan berpengalaman dalam menganjurkan aktiviti yang melibatkan aspek pengurusan.

            Program seperti ini seharusnya diteruskan untuk masa yang akan datang kerana program seperti ini banyak memberikan manfaat kepada mahasiswa dan juga mahasiswi. Selain daripada itu, program seperti ini juga dapat membentuk jati diri dalam setiap diri mahasiswa dan juga mahasiswi agar menjadi pelajar yang cemerlang dan mencapai wawasan.

 

Penulis: Nina Aishah Binti Ramali

Matrik: BC 12160190

           

     

   

 

 

TEATER SEBAGAI ALAT PENGAJARAN/ SINDIRAN

SABAH, 29 November 2013- Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan satu persembahan teater yang bertajuk “Penggali Intan”.

            Teater Penggali Intan ini dipersembahkan oleh pelajar tahun 2 Sekolah Pengajian Seni yang mengambil major teater. Pelakon utama di dalam cerita ini ialah Shahril Latiff yang juga merupakan pelajar Sekolah Pengajian Seni tetapi mengambil bidang penulisan. Namun begitu, dia mempunyai bakat yang besar dalam bidang lakonan.

            Persembahan Teater “Penggali Intan” ini berlangsung pada 28 November 2013 yang bertempat di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah. Persembahan ini berlangsung pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 10 malam. Persembahan teater ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari sekolah luar seperti Sekolah Sains Sosial (SSS) dan sebagainya. Menurut Shahril Latiff iaitu merupakan pelakon utama dalam teater “Penggali Intan”, walaupun dia memilih major penulisan namun dia akan bergiat aktif dalam persembahan atau pementasan teater. Menurutnya lagi, dia amat meminati bidang lakonan ini dan dia akan menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dan bidang teater sebagai minat atau hobinya.

            Persembahan teater ini adalah sebagai satu penilaian untuk markah final bagi mereka yang mengambil major teater. Teater “Penggali Intan”  ini banyak memberikan unsur- unsur pengajaran yang berguna kepada masyarakat. Teater ini juga bertujuan untuk menyindir mereka yang lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya. Dalam cerita ini penulis ingin menegaskan bahawa kita perlulah menggali ilmu sedalam- dalamnya. Ilmu bukan hanya berada pada satu tempat sahaja kita perlulah meneroka ilmu itu di merata- rata. Kita perlu berfikiran positif agar masa depan kita cerah dan berjaya. Selain daripada itu, Kita tidak boleh memandang rendah kepada orang lain kerana mungkin suatu hari nanti dia akan berjaya lebih dari kita.

            Dengan adanya kesungguhan dan semangat yang kental dalam diri setiap individu tidak mustahil apa yang kita impikan selama ini tercapai. Kerana Usaha itu  adalah Tangga Kejayaan.

 

PENULIS: NINA AISHAH BINTI RAMALI

MATRIK: BC 12160190